pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, September 6, 2009

tongkat ali

dalam bot penambang. Seram suam-suam jugak hulur kamera luar dari bot. Kalo jatuh... Susahkan ikan nak kena upload gambor dari dalam sungai.


Aku start enjin kereta, perlahan-lahan menuju ke kawasan perumahan yang berada di seberang lapangan terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Hajat di hati ingin membeli sepeket tongkat ali CNI. Selalu sangat minum lepas terawih jadi macam ada kaw jugak kalau beli dan buat sendiri di rumah.

Kereta meluncur laju melintasi beberapa buah kawasan perumahan. Kelihatannya manusia bersimpang siur (ada ke manusia bersimpang siur?) membeli makanan, membeli air batu, memunggah gas dan sebagainya lagi pekerjaan yang perlu dibereskan sebelum menjelang berbuka puasa. Aku mengerling cermin pandang belakang dan terus masuk ke selekoh perumahan desa bakti yang terletak tidak beberapa jauh dari kawasan perumahanku. Aku mesti cari stokis Pak XYZ yang pernah aku beli kopi daripadanya 2 tahun lepas. CNI menjanjikan pulangan lumayan jika anda seorang ahli dan sangat aktif dalam perniagaan. Mesti sudah jadi jutawan Pak XYZ nih.

Aku memperlahankan kenderaan kerana berhati-hati takut terlepas pandang rumah Pak XYZ ini...

Kan aku dah terlepas! Reverse balik kereta.

Eh! Ini bukan rumah dia. Seraya memandang sebuah rumah besar yang aku mula-mula pandang. Tapi lorong rumah dia memangnya di sini. Oh, mungkin di depan lagi. Aku mula melajukan kenderaan.

2 tahun bagiku agak mencelarukan fikiran. Kadang-kadang banyak perubahan menyebabkan aku tidak cam keadaan persekitaran.

Nah! Aku telah sampai di hadapan kedainya yang menyewa sebuah rumah.

Sama macam dulu!

Kotak2 bergelimpangan.

Baju bersidai tak betul.

Poster2 CNI merata-rata.

Sampah.

Kertas-kertas dan suasana kusam serta tidak terurus.

Aku bagi salam.

Pak XYZ jawab salam dan keluar dengan cara baju tak sempat nak pakai. Hanya kain pelekat. Orang melayu. Apalah sangat.

"Nak beli apa?" Soalnya pada aku. Wah. Mesranya.

"Kopi tongkat ali sebungkus pok." (pok ; bahasa terengganu 101 yang merujuk kepada pakcik)

"duploh inggit"

Aku teringat minuman kegemaran aku dulu CNI Cafe.

"CNI cafe ada dop lagi?"

"ada."

"berapa sepeket besar tu?"

"17 inggit" jawab Pok XYZ dengan keadaan kelam kabut menyediakan plastik untuk aku.

"ambillah sepeket" Pintas ku cepat.

"Kalau saya bagi yang dalam plastik, lagi murah. Boleh dapat 16 inggit utk 20 paket. Nak?" Soal Pok XYZ pada aku lalu menunjukkan bekas tupperware yang berisi cni cafe.

Aku membelek paket besar yang berada di tangan, tertulis di dalamnya 20 sachet. Oh.. Sama jer bilangan. Kira okelah kalau beli yang dalam tupperware dan isi dalam plastik dapat 16 inggit. Apa sangatlah.

"bagilah."

Aku hulurkan not RM50 pada Pok XYZ.

Dia bagi balik 13 inggit. Siap bilang-bilang. Tongkat ali 20 inggit. cni cafe 17 inggit.


Aku diam.

Apa yang tak kena? tadi kata 16 inggit sepeket. ini sudah jadi 17 inggit jugak. Aku hanya mampu berfikir di dalam hati dan bercakap di dalam hati sambil berlalu keluar.

Ada 2 kemungkinan.

Pertama mungkin dia nyanyuk.

Kedua mungkin dia tak cerdik.

Sebab itulah 2 tahun tak menjanjikan apa-apa perubahan pada kedainya.

Orang melayu. Ni jenis ambik sendiri tongkat ali kalo tiba-tiba berasa nak minum. Lupa bayar dan hujung tahun kelam kabut kalo audit datang.

-satu pengajaran buat diri sendiri.

9 comments:

kucingorengemok said...

overdose tongkat ali tu...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kog : hahaha.. mungkin lah kot.

UnCLe pEt.. said...

gmak nye pok chik tu hok oberdose kot.. ahiksss..

remi said...

la...bakpe dok tunjuk balik duit baki tu? Cakap la kat pak cik tu duit baki tu kurang seringgit.
Pak cik tu xkan marah punye lah..

Hanita Cuta said...
This comment has been removed by the author.
Hanita Cuta said...

Biar halal lah ke dier kekgi siang ke dia dok lepah dinung... kadang2 manusia ni dok peghasang ngak...

Roshidi said...

mung pong satu... naper dok bgtau... Tak cukup singgit dok leh bayo tiket air asia tuuu... Hahahaha... tak per ahhh... niat sedekah jer laa...

miss GAZA said...

comella gambaq tu..
haish!



bagus ke cni ni?
=P

arain said...

He..he.. he..
Ala Pie, dah le ko drive punya jauh, tak kan singgit pun ko nak kira.

Member ana slalu cakap, dah naik keta BMW, maknanya banyak duit le...

Alang2 ko dah drive jauh2, kira halal le.

Pasai pak cik tu kira ok le, masih di takuk lama,kawan ana yang berjaya dalam CNI, sumanya dah pasang 'dua'...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...