pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, October 10, 2009

ayah saya

Kampung Ngulang, Mata ayer, Perlis Indera Kayangan, Malaysia.

Lokasi - unknown.

zaman muda-muda. Lokasi - unknown.

Lokasi - unknown.


Di atas berikut adalah gambar-gambar seorang pemuda yang bergelar ayah saya. Ayah saya semalam telah mencapai umurnya 56 tahun pada 9 oktober 2009. Ayah saya adalah seorang orang biasa. Dia makan dan minum macam orang biasa dan dahulunya pergi bekerja macam orang biasa iaitu sebagaimana layaknya seorang pelukis plan untuk TNB pergi bekerja.

Seingat-ingat saya, sejak saya kecil lagi ayah saya bekerja. Sampai sebelum saya datang kembali ke sini pun, dia masih bekerja buat kali terakhir sebelum umur persaraan telah diumumkan. Ayah saya telah meninggalkan Tenaga Nasional Berhad dengan begitu rasa berat hati kerana pelbagai kenangan pahit dan manis telah dicapai bersama TNB. Bermula dari LLN sehinggalah kepada pertukaran nama TNB.

Ayah saya seorang yang sederhana. Dia juga sangat sistematik dan terperinci melakukan sesuatu kerja. Bukan macam saya, baharambang (bahasa terengganu 101 yang bermaksud terlalu kelam-kabut dll). Ayah saya telah dikurniakan 4 orang anak termasuk saya dan seorang isteri iaitu emak saya. Beliau juga telah dikurniakan seorang cucu yang memeningkan kepala iaitu si waseem™ yang telah dilahirkan di Makkah alMukarramah sama macam emak si waseem™ iaitu si Najwa.

Ayah saya telah saya pandang sebagai seorang hero dalam keluarga kami. Dia seorang yang pendiam, kerana yang selalu bising potpetpotpet adalah emak saya. Tapi jika ayah saya marah, rotan itu biasa-biasalah selalu kena. Sifat sesekali marah menunjukkan atas suatu perkara yang mahal. Menyebabkan anak-anak tidak berani melawan kata jika arahan itu dikeluarkan oleh si ayah. Saya pun bercadang ingin jadi macam ayah saya. Tapi masalahnya saya tidak sabar. Saya selalu marah si kecik ini jika ada sahaja perangainya yang tidak kena pada pandangan mata saya. Insya allah saya akan cuba berubah.

Ayah saya mempunyai adik-beradik yang ramai. Err.. 10 orang rasanya. Kebanyakan tinggal di Kuala Lumpur dan ada seorang yang tinggal di Melaka. Saya jarang berbual dengan ayah kerana seperti saya nyatakan bahawa ayah sangat pendiam. Tapi jika kami berbual, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dirasakan seperti 45 minit sahaja.

Setelah saya mempunyai seorang anak, saya dapat rasakan bagaimana kasihnya ayah saya suatu waktu dahulu terhadap saya. Sementelah saya merupakan anak tunggal buat tempoh selama 5 tahun sebelum kedatangan adik kedua saya. Bagaimana rindunya saya kepada waseem™ mungkin begitulah juga rindu ayah kepada saya suatu waktu dahulu dan mungkin kini. Ayah dan ibu tetap akan memandang anaknya seorang anak kecil walaupun anaknya telah berkeluarga dan bercucu cicit. Saya? Memanglah seorang budak kecil sebab banyak masalah tak selesai, saya lemparkan pada ayah dan emak. Mereka adalah penasihat hidup saya dan penyumbang yang akan saya kenangi sampai bila-bila.

Benar, ketika kecil, saya kadang-kadang tidak nampak apakah misi dan matlamat sebenar pendidikan ayah dan emak kepada saya. Kadang-kadang kita merasakan apa yang kita buat adalah benar, namun tidak pada mereka. Kita kadang-kadang lupa bahawa mereka telah banyak melihat ke depan hasil dari pemerhatian mereka dalam dunia kehidupan khusus untuk mendidik bakal anak-anaknya yang akan lahir untuk menyambung generasi dan warisan. Kini, menjelang dewasa barulah saya memahami apakah sebenarnya matlamat dan misi itu yang telah dibentangkan kepada saya suatu waktu dahulu.

Aidilfitri 2009 merupakan hari raya yang terindah buat saya yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Kami satu keluarga telah berkumpul kembali setelah hampir 6 tahun tidak dapat bersama. Lebih meriah dengan kehadiran 2 orang yang teristimewa buat keluarga kami iaitu najwa dan waseem™. Keriangan dapat saya rasai pada wajah kedua ibu bapa saya dan ahli keluarga yang lain. Kami sungguh seronok dapat berbuka puasa bersama, berterawih bersama dan sama-sama menyiapkan rumah untuk persiapan aidilfitri yang mulia (walaupun saya banyak tidur dari membuat kerja). Ayah sangat setia menemani saya ke masjid untuk berterawih walaupun kadang-kadang tertidur akibat keletihan. Namun, itu semua adalah pengajaran buat saya. Betapa ayah saya memberikan satu moral support yang tinggi bagi saya. Insya allah akan saya praktikkan pada anak-anak saya suatu masa nanti.

Kami juga mempunyai satu persamaan dari segi hobi iaitu mengumpul wang lama dan asing. Yer, ayah saya mempunyai pelbagai koleksi duit lama kebanyakannya syiling dari dalam dan luar negara. Emak juga begitu dan kini saya telah mewarisi perkara itu. Sungguh seronok melihat-lihat duit lama dan duit dari pelbagai negara yang telah kami dapati dari rakan-rakan dan saudara mara kami. Iran, Qatar, China, US, Singapore, Australia, Indonesia, Egypt, Sudan, South Africa, Turkey, Brunei dan pelbagai lagi matawang telah berada di dalam simpanan saya. Matlamat saya adalah untuk mengumpul segala matawang dunia dan membuka moneychanger agar cepat sikit saya kaya. hahahha. Anda ingin berkongsi? kenapa tidak.

Terakhir, melihat ayah sebelum terbang kembali ke sini, saya sangat sedih menatap wajahnya. Tapi lelaki kan macho. Takleh nangis-nangis. Saat yang paling sedih adalah ketika bersalam-salaman di airport KLIA. Ketika itu, hampir saya menggugurkan airmata berharga saya setelah bersalaman dengan ayah dan ayah membisikkan supaya jaga diri dan keluarga. Nur Haziraa & Roshidi pun ada ketika itu. Benar. Saya sangat takutkan satu perkara iaitu kematian yang akan memisahkan kami. Saya tahu, perkara itu pasti berlaku suatu masa nanti dan ianya sangat dekat. Cumanya saya berharap satu lagi impian saya akan tercapai iaitu ingin membawa keluarga saya meraikan aidilfitri di sini beramai-ramai. Ya. Meraikan aidilfitri dan berterawih bersama-sama di Kota Suci Makkah ini. Namun, saya bukanlah seorang orang kaya yang mampu membawa keluarga saya untuk datang ke sini. Hanya titipan doa dan harapan sahaja yang mampu saya utarakan buat kalian semua. Kenyataannya hanya Allah yang mampu merealisasikannya. Semoga ayah, emak dan adik-adik akan dapat saya balas jasa mereka yang telah banyak berkorban kerana saya. Amin.

Selamat hari lahir buat Hj. Lokman bin Amrah. Jasamu dikenang (macam dalam surat ucapan).

-letih menaip sambil kesat airmata.





Jumaat pada semalam
lokasi : sekitar Masjidilharam menuju ke Misfalah.











7 comments:

hajah zainab bt abdullah said...

salam lutfi,

hargailah jasa2 ayah ibu semasa mereka masih ada...

mama dah jadi yatim piatu...

- gambar2 tu sangat unik! ciri2 seorang photographer..

dzuraini said...

SELAMAT HARI LAHIR buat Pakcik Lokman

analessahorra said...

errm..macam familiar muka, macam bintang tangkap leleh jamal abdillah lah..kekeekkekeke

Motivasi Kerja said...

Kalu tgk gambo arab yang tgk botol tu..kalau kat Mesir tobat arab tu kencing dah dalam botol tu..huhu

Motivasi Kerja said...

Buat Haji Lokman: Selamat Hari Jadi. Tahniah dapat hadiah hari jadi paling bermakna. Tapi gmbar zaman dulu kalau ngaku pernah join ngn akil hayy pon aku percaya p..klasik dan nostalgia gtu..

olive oyl said...

kita dari negeri yg sama..

Azura Shahrin said...

salam...
Fuhhhhh punya dasyat panjang karangan wakaka. Tahniah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...