pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, October 4, 2009

Deretan kisah

kelihatan, tapak hospital ajyad yang telah diruntuhkan. Pandangan dari AsSafwah Tower.

Pandangan MasjidilHaram dari AsSafwah Tower. Pernah seorang jemaah ditahan kerana mengambil gambar dari tingkat atas hotel ini menggunakan flash. Sebarang penggunaan kamera adalah tanggungjawab sendiri kerana istana raja berada dekat dengan masjdilharam menyebabkan kawalan ketat dilaksanakan terhadap bangunan2 sekitar - sumber rujukan uncle.



saya sendiri tidak tahu bagaimana saya ingin kemukakan kisah saya kali ini. Biarlah saya mulakan dengan perlahan-lahan dan teratur (fikir saya).

Kisah pertama.

Saya telah selamat mendarat di Lapangan Internasionale Jeddah pada pukul 6 lebih-lebih. Kami cepat-cepat beratur dan alhamdulillah kami cepat. Jika tidak kedapatan 46 orang warga Pakistan baru sampai di belakang kami.

Masuk hari kedua saya berada di Makkah, saya ingin mengambil beberapa keping gambar untuk bakal dimasukkan dalam portfolio saya nanti. Saya mencari-cari beg kecil warna hitam yang terisi di dalamnya body nikon d60 + lens 18-55mm, lens tamron 28-300mm with macro dan flash light sb 600. Malangnya saya tak dapat menjumpai di manakah ia berada. Saya kebuntuan dan akhirnya teringat bahawa beg itu saya letakkan di atas ruangan bagasi di dalam pesawat MH150 tempoh hari. Ternyata saya lupa untuk mengambilnya. Saya terus macam nak demam. Anggaran aset itu bernilai lebih kurang RM5000.

Kisah kedua.

Beberapa minggu yang lepas, saya ada minta abg ipar saya untuk meng'email'kan surat tawaran kemasukan ke program Master di Umm alQura. Program Master yang mana mengambil masa selama 6 tahun untuk diselesaikan, amat bernilai buat orang yang jahil seperti saya ini. Cubalah dahulu untuk tempoh 2 tahun sebelum saya boleh melanjutkan pelajaran ke dalam bidang Master yang meliputi tempoh selama 4 tahun. Setelah abg ipar saya mengemailkan borang tersebut di pejabatnya di Wisma Tabung Haji Jeddah, dia terlupa untuk mengambilnya kembali dari alat scanner. Tiba-tiba semalam apabila saya memerlukan surat tersebut untuk diberi kepada pejabat universiti, abang ipar saya menjawab, surat itu tak jumpa! Saya terus terbatuk dengan batuk yang panjang..

Kisah ketiga.

Saya telah membuka satu akaun HSBC dari bank yang berdekatan di Kuala Terengganu, Malaysia. Pembukaan akaun baru dengan yuran kemasukan sebanyak RM250 amat menggembirakan saya. Ini kerana, saya tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke Tabung Haji yang terletak di Jeddah. Saya hanya perlu keluarkan duit di mesin ATM HSBC yang bernama SABB sahaja di sekitar kota Makkah. Dalam hotel Hilton pun ada mesin ini. Di depan kawasan perumahan abg ipar saya pun ada mesin ini. Jadi, ini akan memudahkan saya dalam membuat urusan badal haji, badal umrah dan segala urusan kewangan yang akan masuk ke dalam akaun saya. Terima kasih kepada kakak Nurrihan dari HSBC kuala terengganu yang membantu saya dalam mengendalikan urusan pembukaan akaun ini.

Kelmarin, setelah bercita-cita untuk membuat bayaran muka bagi rumah baru kami, saya berhajat kepada sedikit bantuan kewangan yang boleh saya keluarkan dari bank SABB. SABB adalah rakan kongsi bank HSBC di negara Arab Saudi ini. Setelah 2,3 kali saya masukkan kad saya, rupa-rupanya saya tersedar bahawa saya telah lupa kepada PIN akaun tersebut. Sedikit pun saya tak ingat, apakah nombor yang saya pakai. Saya mencuba nombor tarikh lahir saya, nombor surat beranak, nombor siri jiran saya dan segala nombor serta angka yang saya fikirkan terbabit. Akhirnya akaun saya telah dibekukan akibat melebihi banyak kali cubaan. Komputer pasti memikirkan saya ini seorang pencuri murahan yang mencuri kad ATM orang dan membuta-tuli mencuba untuk meng'akses' akaun orang itu. Itu antara kelemahan komputer berbanding dengan orang. Selain beberapa kelemahan yang lain seperti komputer tak boleh minum nescafe dan komputer juga tidak boleh berjogging.

Memikirkan jumlah wang yang terdapat di dalamnya, saya terus demam.

Kisah keempat.

Saya bangun pagi dan bercadang membawa isteri serta anak saya untuk berkunjung ke rumah terbuka Allah di Masjidilharam. Hari-hari rumah ini terbuka dan 'non-stop'. Saya meninggalkan segala kamera dslr saya dan saya hanya tumpukan tujuan untuk memohon bantuan dari Allah Azza Wajalla.

Saya berlari-lari anak menuju ke sebongkah batu hitam yang terbentuk empat segi terletak di tengah-tengah masjidil haram bernama Kaabah asSyarif. Manusia tidaklah terlalu ramai dan saya boleh tawaf dengan begitu selesa sambil bergerak laju dan hanya berselangkan 4 baris dari garisan Kaabah. Sambil tawaf, saya terfikir dosa dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya hidup di dunia ini. Banyak!!

Saya terus terang bercakap di dalam hati tentang beberapa perkara dosa yang banyak saya lakukan. Saya berharap supaya Allah mengampunkan dosa saya. Kesalahan saya dengan ibu bapa, menyakiti hati orang, dengan mertua, adik beradik dan jiran serta saudara mara. Tak lupa juga kesalahan dengan rakan2 dan yang paling penting adalah kesalahan saya dengan Tuan saya iaitu Allah subhanahu wataala. Saya menangis dengan sesungguhnya tangisan. Walaupun lagu yang femes sekarang ini nyanyian lucky laki terdapat liriknya yang menyentuh bahawa 'ayahku berpesan bahawa laki2 tak boleh nangis', tapi sebenarnya silap. Lelaki juga boleh menangis kerana menyesali pelbagai dosa dan kesilapan yang telah dia lakukan. Cuma bagi lelaki yang menangis kerana tak dapat menawan hati seorang wanita, lelaki itu perlu malu pada diri sendiri dan pada Allah. Banyak lagi yang perlu ditangisi dari menangisi pemergian seorang kekasih yang belum lagi miliknya bernama wanita.

Saya menjarakkan diri dengan beberapa jemaah perempuan yang asyik gayanya macam nak sentuh orang jer. Orang tua. Nanti batal wuduk, jauh pula saya terpaksa pergi untuk mengambil wuduk.

Selesai tawaf sunat dan mengadukan segala permasalahan saya dengan Allah, saya solat sunat betul2 dihadapan multazam (pintu Kaabah yang bersalut emas). Saya solat dan berdoa kepada Allah mengenai Ibu Bapa saya. Mertua saya. Adik beradik kesayangan saya. Isteri dan anak saya. Rakan2 saya dan umat Muslim seluruhnya. Saya sayang mereka dan anda semua. Segala doa yang telah dikirimkan juga saya cuba untuk ingati dan doakannya. Semoga Allah memakbulkan doa itu. Amin. Akhir sekali saya selitkan juga doa terhadap ketiga2 kisah saya di atas. Semoga jika ada taqdir yang dapat menentukan perkara baik bagi saya, maka saya terima dengan seadanya.

Kisah kelima.

Pagi tadi, emak telefon memaklumkan bahawa saya boleh transferkan duit ke dalam akaun kawan saya si asnawi. Kemudian nanti keluarkan. Alhamdulillah.

Petang tadi, abang ipar saya telefon memaklumkan bahawa dia telah menjumpai surat kemasukan saya itu. Alhamdulillah.

Malam tadi, abg ipar saya sekali lagi telefon memaklumkan bahawa uncle Azmi (pegawai MAS) di Jeddah telah memberitahu bahawa beg kamera saya selamat berada di salah seorang pegawainya di lapangan terbang internasional Jeddah. Alhamdulillah.

Akhir sekali, saya telah memulakan kelas pra master saya buat julung-julung kalinya pada asar tadi. Alhamdulillah. Seronok kisah memasuki kelas pertama itu. Nanti saya ceritakan.

Apa lagi yang anda tidak percaya kepada Allah? Yang Maha Mendengar, Melihat dan Mengetahui. Saya sendiri terfikir, kenapa Kaabah diciptakan terlalu besar dan menakjubkan. Jawapan pertama berkemungkinan kerana semasa pembinaannya oleh nabi2 pada zaman dahulu, mereka bertubuh besar dan sangat tinggi. Jawapan kedua berkemungkinan Allah ingin menunjukkan pada umat manusia pada zaman sekarang akan kekuasaanNya. Kita sangat takjub dan kagum pada benda2 besar. Oleh itu, Allah menggunakan Kaabah untuk membuktikan keagunanNya. Setakat Kaabah yang besar itu Allah boleh bangunkan apatah lagi untuk membinasakan kita yang kerdil ini. Subhanallah. Maha Suci Allah dari mereka yang mempersekutukanNya.

Demikianlah kisah saya yang benar2 saya alami dan saya sedikit pun tidak bohongi anda. Lagipun, apa faedah berbohong dengan bersungguh2 membuat taipan pada waktu malam ini. Baik saya tidur dengan selesa dan nyenyak dari berkongsi dengan anda cerita bohong.

Berbalik pada cerita pemergian saya ke kelas pra Master saya petang tadi.

Saya sebenarnya telah memasuki satu program 'High Diploma' ataupun Diploma tinggi atau dalam bahasa arabnya dinamakan 'Diblom 'Ali'. Diploma tinggi ini merupakan salah satu cabang dari program Master yang kesemuanya memakan masa 6 tahun lamanya. Enam tahun?.

Saya mungkin perlu mengambil diploma tinggi ini kerana peralihan kursus atau disebabkan kuliah kami tidak menyediakan laluan pintasan untuk terus mendapatkan Master. Walaubagaimanapun, lulusan dari Diploma Tinggi ini bakal meneruskan pengajian dalam bidang Master selama 4 tahun yang berikutnya. Faham ke penerangan saya ini? Saya sendiri pun pening..

Petang tadi, hati bercampur gaul dengan 2 perasaan. Pertama perasaan gerun. Kedua perasaan seronok. Gerun kerana memikirkan saya bakal menjalani pengajian yang mana hasil dari pengajian ini telah menerbitkan syeikh2 dan alim ulama di seluruh negara Saudi. Antaranya Syeikh Mahir alMua'qili itu sendiri iaitu Imam MasjidilHaram kini. Begitu juga beberapa lagi syeikh2 yang masyhur di sekitar Saudi yang mungkin anda sendiri tidak mengenalinya kerana saya pun tidak kenal.

Seronok kerana saya bakal menimba ilmu bersama orang-orang Arab yang sememangnya tak boleh bercakap bahasa Terengganu.

Awal pemergian kami ke kelas, saya dapati hanya 3 orang yang hadir. Itupun muka sebaya dengan ayah saya. Kami (saya dan Mad cenok) masuk dan mengambil tempat duduk. Kami berbual-bual kosong bertanyakan khabar kampung Cenok, cerita urutannya dan pelbagai lagi perkara kami sembangkan termasuk perihal Manchester United yang kini dibayangi oleh Chelsea.

Tiba-tiba datang seorang orang tua yang berjambang memakai serban. Saya sudah konpem mengatakan bahawa dia adalah syeikh kami yang bakal mengajar kelas Feqah kami pada petang ini. Rupa-rupanya, dia juga adalah pelajar kerana dia masuk ke dalam kelas dan terus meluru ke tempat duduk di sebelah saya. Whaattt!!

Saya terus tiba-tiba terasa begitu muda apabila beberapa kali juga kami salah meneka siapakah syeikh yang sebenarnya yang bakal mengajar kami apabil pintu dibuka. Kesemua yang masuk, tak ada seorang pun yang mempunyai janggut yang pendek macam saya dan Mad Cenok. Kesemuanya berserban dan berjubah serta mempunyai janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Umur? Ayah saya kadang-kadang boleh memikirkan dia seorang remaja jika menonton pelajar2 kelas diploma tinggi ini.

Akhir sekali Syeikh Siddiq alFaki telah memasuki kelas dan memulakan syarahannya yang bertajuk, 'jangan kerana cikgu, anda membenci matapelajaran'. Hebat kan tajuk itu? Sangat mengesankan dan sangat seronok mendengar syarahan yang diberi. Arghh. Sudah sangat letih dan sangat tak sihat untuk meneruskan penaipan ini. Cukuplah setakat ini dulu. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk memberi bahan bacaan buat anda yang khusyuk membaca. Terima kasih dan selamat malam.

uncle sharir sedang menguji gadget sony a200 dan kesannya terhadap industri food photography.

29 comments:

PINATBATE said...

Subhanallah..!
Maha Suci Allah yang Maha mendengar permohonan hambaNYa yang meminta..

Mabrouk..!
Alangkah bertuahnya mendapat peluang yang menjadi rebutan hatta oleh orang-orang tua..

gambar last tu menandakan blog uncle lepas ni sure banyak gambar makanan yg super mabeles..buat air liur menitik-nitik...

nurleeta said...

..Lutfi, tq, kisah kali ini sangat menginsafkan...apa saja yang berlaku..hanya Allah swt tempat bergantung dan mengadu.. Menjadi pengajaran kepada semua terutamanya aku.

Aunty said...

SUBHANALLAH! Itu saja yg dapat aunty ucapkan.

cikgu zainab said...

Salam Lutfi...

Alhamdullilah! Allah mempermudahkan segala yang sukar...Allah mendengar rintihan kita.

( wow! uncle.. )

ryani said...

jika berada dlm kebuntuan, kembali kpd Allah..bukannye menuduh diri cuai atau leka...terima kasih Allah atas kurniaanMu itu...

subhanallah...entry yg sungguh bermakna =D

f a i r u z said...

sedih lak rase kenangkan diri ni.....dosa merantai diri....

suhana said...

subhanallah. kisah yang cukup menginsafkan. hanya Allah tempat mengadu...

akujahil said...

pergghhhh kisah yg mantap ..... doakan utk semua pengunjung blog muung jugok

azmietaha said...

LUTFI ana tak tau pasai apa ana kali ini jadi lelaki yang sensitif bila baca entry enta. Ana lucky atau ana ini lelaki yang kurang lucky... Rasanya tiga titik air mata tiba-tiba terbit dicelahan bulu mata yang pendek ni... Tiga titik tu pakah mampu untuk memadam segala kebodohan, kejahilan dan segala dosa yang telah ana lakukan, pada Allah, pada ibu-bapa dan pada seluruh makhluk bumi ini?

SELAMAT BELAJAR YA MASTERJI!

P/S: UPIN... IPIN DAN ASEEM dah makin selesa agaknya?

cahaya kelip-kelip said...

mmg khushuk..

nazliahnazeer said...

masyaAllah.. subhanallah..
thanks for sharing.. love this post very much.
anyway tahniah dapat sambung master. :)

Motivasi Kerja said...

Ya Allah Ya Mujiibus Saailin. Pesan aku berdasarkan pengalaman kalau ATM kad tu mung jangan pakai banyak sangat no pin. cukuplah 2@3 yang mung senang ingat. Kekgi dang tukar gak memang salah masuk la..aku guna 1@2 nombor jer..kalau salah no pertama..bleh cuba lagi..ATM kad kang sampai 3 kali jer..

احمد نظيف بن اسحاق said...

Walaupun bahasamu sekema di entry ni aku amat menghargainya.. shukron jazilan..

uncle pet..!! said...

adehhhh.. unsle shahrir dh strt mnembak dh.. ahiksss..

Marvic said...

I do believe in HIM

Fazzy said...

memang best kisah ustaz lotpi kali ni.. wat la lagi!! tak jemu ambo membacenyerrr

kucingorengemok said...

hanya pada allah tempat kita mengadu...

err, kalau uncle dah terer ambik gambor, kita nak tutup blog! maluuu!

nur haziraa said...

mashallah,,T_T

tq 4 sharing,,,bmakna sgt,,,n tahniah dpt smbg master,,


,,,,الله يوفقك


*nti waseem sempat x dpt sekolah kt sna?haha

nur haziraa said...
This comment has been removed by the author.
Uncle said...

Dear all.

Lotfi, malam ni jadi ka? Pada yang lain2 tu jangan jeles, ok? Ni first hand experience berguru dengan Ustad Kamera! To KOG, UP, KN dan Pinat yang Uncle kenali dan lain2 yang tak dikenali, lepas ni Uncle buat gambar yang power punya! Heh3...

Rantong said...

Nice blog. Informative & impressive content.
______________________
View Profile: Rantong™

noris helmi nordin said...

Alhamdulillah, kisah dan pengalaman benar yang pasti dapat dialami juga oleh yang lain dibumi bertuah mengikut ketentuanNYA.
Selamat belajar.......

Anonymous said...

kalu D3 tertinggal, dok tau arr guane.. mujo xdok D3 lg hehe..

-kazen-

ummuhaq said...

subhanallah... bnyk p'ajrnnye... bagus jg ust citer kat cni...

..::بشرى::.. said...

saya mengharapkan nti en. lotpi akan menjadi tokoh agamawan sebaris UZAR,Dr MAZA,di mesia dan tokoh2 yg lebih hebat seperti di saudi sendiri

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

macam mana nak reply satu2 komen kat sini ha? sementelah banyak sangat. oleh kerana itu, saya dengan ini bahawasanya menaip, terima kasih di atas segala komen yang diberikan. yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. amin di atas segala doa. - jawapan orang malas nak taip satu2.

cahaya kelip-kelip said...

biasala.. org dah famous kn... camtu je la jwpnye..
hee

celotehcomel said...

indahya pemandangan ditanah suci....

My Life said...

alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...