jus strawberry yang dicampur dengan sedikit laban (susu masam) bagi menghasilkan rasa terbaik dari ladang. Bukan sedap pon.
rupa pekerja yang selalu aku pergi beli air jus buah-buahannya. Seorang Mesir, seorang lagi pun mesir. Para jemaah umrah atau haji atau pelawat ke negara Saudi pasti tidak akan melupakan rasa buah-buahan yang telah diproses menjadi jus segar. Rasa buah begitu menebal di dalam air yang dihasilkan. Lebih-lebih lagi air mango. Time mula2 datang Makkah, aku boleh dikatakan tiap-tiap hari minum jus mango ni. Sekarang? Kalau ada air lain, bagi air lainlah dulu. - Shishah, Masjidilharam Road.
Superbike. Percaya atau tidak, orang arab hanya membuat perhiasan untuk dijadikan barangan antik di sekitar rumah masing2 tentang motor ini. Kebanyakan motor di Saudi didatangkan dari negara-negara Asia seperti Jepun, China dan Korea. (ada ke motor dari korea?)
Jangkitan H1N1 agak ketara di sekitar negara Saudi Arabia. Menurut maklumat yang didapati semalam, angka mereka yang meninggal sudah mencapai ratusan orang. Namun, pengkhabaran itu masih lagi dalam peringkat siasatan kerana maklumat itu aku dapati dari seorang pemandu teksi tua yang gagal mengingati di manakah terletaknya Shishah. Alhasilnya aku dihantar ke lain. Topeng penutupan muka juga boleh digantikan dengan pemakaian penutup muka dengan berasaskan tudung seperti perempuan di dalam gambar di atas. Caranya senang sahaja. Anda belitlah macam-macam mana pon. Jadilah tuh. Niqab juga antara amalan terbaik bagi mengawal pernafasan anda dari dijangkiti kuman H1N1.
Seorang pemuda sedang bermain-main dengan topi hijaunya yang dipakai bagi mengelakkan kepanasan cuaca di kota Makkah alMukarramah ini. Cuaca di sini agak sederhana berbanding dengan 2,3 bulan yang lepas. Waktu malam, cuaca boleh mencapai sehingga 30C. Penurunan cuaca yang berlaku menandakan kota Makkah akan memasuki musim sejuk tidak lama lagi. Peringkat cuaca sekarang dipanggil 'meezan' iaitu nama bagi musim di antara panas dan sejuk. - rujukan dari Firaidi abd Rahman.
Seorang pekerja syarikat Dallah warga Bangladesh melintasi sebuah kedai Indonesia yang menyediakan pelbagai bahan makanan kepada rakyat Asia yang tinggal di Saudi Arabia. Makanan-makanan asia kini sudah tidak sukar untuk didapati. Petai, tauhu, taugeh, serai dan pelbagai lagi jenis tumbuhan asia terdapat di kebanyakan kedai Indonesia. Durian pon ada. Tergamak betol.
Kerajaan Saudi tidak mempunyai inisiatif ataupun usaha untuk menghapuskan sebarang kereta-kereta lama yang sudah 'expired' tarikh gunanya. Contoh dari gambar di atas menggambarkan sebuah kereta Toyota Corolla model hitler yang masih lagi diguna pakai sehingga ke hari ini. Asal ada stereng, minyak dan boleh tekan hon. Berbeza dengan negara Singapura yang hanyamenghadkan kenderaan tidak melebihi usia 5 tahun. Betol ker?
Waseem masih lagi tertimpa penyakit gatal2 kulit dan mengelupas. Kemungkinan besar akibat dari perubahan cuaca dan beberapa faktor lain. Cumanya diminta anda mengucapkan perkataan 'Masya Allah' jika melihat waseem. Sekian terima kasih. - Dahlah, Makkah.Berita ringkas dilaporkan oleh BERNAMA Lutfi.
IKLAN RINGKAS

Pameran pertama dari fotografer Lutfi Lokman dijadualkan akan berlangsung pada 23 oktober 2009 - 22 januari 2010. Pameran akan diadakan bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Orang ramai digalakkan datang untuk melihat, mempelajari sejarah, seni dan warisan Kota Suci Makkah. Anda boleh merujuk jadual serta beberapa maklumat penting yang lain di sini.
kredit kepada nurul hafiz, kak nurul dan kak marlida.
kredit kepada nurul hafiz, kak nurul dan kak marlida.



14 comments:
kena ajok semi n fali g nih..hehe
-kazen-
salam lotfi,
seronoknyer dapat baca berita nih.
teruskan menulis "berita2" dan juga uploadkan gambar2 yg menawan tu..
rindu gila nak tgk2 gambar kat mekah...
"selamat hari raya"
best dpt story dr sane.. keep it up mate..!!
perempuan model h1n1 tu nampak kurus, penat puasa ye? :)
pameran? wah, tahniah!
teruskan berberita
Congratulations....Happy for you! InsyAllah Uncle balik December nanti masih sempat tengok. I'll make a date!
adoih lotfi.. posting yang hanya menambah keinginan yg sangat mendalam kepada jus nenas (citer mase gathering ari tu..) byk yg sedap kat mekah tu.. susu pon sodap.. klu susu segar ada tambah something kan.. tak igt dah..
ish.. syukur lah durian ada kat sana.. kan Najwa teringin ?
23 oktober??? sungguh bermakna tarikh tersebut.
tak pe tak pe.. aku apply cuti dah pon.. heheh
Tahniah sheikh...mabruk! :)
insyaAllah bolehla ketemu....31/10 ada pertandingan di muzium...enta bila balik lagi?
aaaa// lupa nk ucap tahniah.. sememangnya dah agak dari dulu.. u deserve it.
Teringat masa duk mesir dulu..tak tahan bunyi hon. Kereta arab wajib ada hon, brek dan stereng. betul doh mung kabo tuh. Se lagi xleh lawan jus mango arab. Fuh mmg pure gile. Fresh!
assalamualaikum..
bertuahnya badan.. dpt tinggal di tanah mekah..
seronok menatap cerita dr mekah..
semoga Allah memberi kesempatan, kemudahan untuk bro lufi mencurah pengalaman dan saya membaca serta menimba ilmu di belog nih...
syukran!
Post a Comment