Ada tak manager bank HSBC yang baca belog ini? boleh tak arahkan saudi tutup jer bank SABB dia kat sini. Wujud macam tak wujud dan makin mengelirukan orang dengan kewujudan. Saudi, saudi. Sungguh misteri sikap mu itu. Aku makin malap...
Baru ni, petunjuk sudah dikeluarkan, tapi usaha yang gigih perlu dilakukan untuk menjayakan rancangan. Namun, jika kita berada di tahap bawah, apa daya kita untuk mengarahkan orang atasan membantu kita jika dia tidak mempunyai langsung kepentingan. Apatah lagi anda orang 'asing'.
Apapun, petang ini akan di adakan rumah terbuka Tabung Haji Jeddah. Silalah datang kepada yang boleh datang. Aku? Insya allah akan berada di sana dengan d80 untuk sebarang candid dan moment yang cantik. insya allah. selamat bermakan-makan. HSBC, Hsbc jugak. Open house ada ketupat! Fuh.
....
Semalam, kami (aku, rashid US dan nawi) mengunjungi Uncle lagi. Lebih kepada sessi pembelajaran dan timba pengajaran. win-win situation. Haahah. Kami memberikan uncle sedikit pengalaman kami mengenai kamera dan uncle memberikan kami beribu-ribu pengalaman beliau yang sangat 'luas' dalam kehidupan. Wah. Ceramah dari uncle memakan masa selama 3 jam non-stop. Banyak yang dibualkan. Kami bertanya, uncle menjawab. Paling menarik topik perbincangan yang dibentangkan adalah mengenai sikap pendakwah yang sangat stereotaip. Betol ke eja macam ni? stereotaip tu apa sebenarnya ha? Saja nampak orang guna perkataan tu, aku pun nak guna. Tak tahu betul ke tidak maksud dia. hahahaha. Tak kesahlah. yang penting, uslub atau manhaj dakwah sebenarnya sangat luas dan berkembang pesat. Jangan jumudkan fikiran dan hanya kita taqlid secara membuta tuli kepada pihak salaf tanpa sebarang alasan dan nas yang membenarkan mereka. Kadang-kadang kita cuba meniru ulama dari segala segi, namun kita tak memahami apa yang mereka sedang cuba sampaikan. Kita melihat mereka dari satu segi sahaja dan tidak melihat mereka dari perspektif yang berbeza.
Islam ini mudah. Janganlah anda cuba untuk susahkannya. Dalam menuju ke satu destinasi, banyak jalan yang boleh digunakan. Ada jalan kapalterbang, jalan kapal laut, jalan keretapi, jalan raya yang berturap, jalan raya yang tak berturap kes YB kalah pilihanraya, jalan semak samun, jalan kapal selam pun mungkin ada. Banyak. Itu tak termasuk jalan kaki, jalan 'gateh' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud mengayuh) basikal, jalan 'ngerek' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud mengheret) tin dan sebagainya lagi. Kitalah bakal menentukan jalan yang hendak kita lalui untuk mencapai maksud. Kaji terlebih dahulu jalan yang bakal kita lalui, buat homework, study dan kembangkan pengetahuan melalui pembacaan serta praktikal. Bertanya juga salah satu cara dalam pembelajaran untuk dapatkan ilmu.
Dunia semakin maju dan berkembang pesat. Islam telah dijanjikan akan sesuai dengan segala zaman. Apa yang terkandung dalam alQuran dan Hadis sangat 'song' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud sesuai) digunakan dari dulu, sekarang dan akan datang. Itu janji Allah dan Rasul yang kita tak perlu pertikaikan. Kewujudan 2 aspek penting ini adalah menjadi guideline kepada kita dalam memacu kehidupan. Jika kita meninggalkan salah satu atau kedua-duanya sekali, maka kita akan jatuh ke lembah kesesatan dan semakin jauh menghilang dari sinar kemuliaan. Untuk mendaki kembali, memerlukan proses yang maha letih dan memenatkan. Akan tetapi, jika kedapatan, para pendakwah atau para ilmuan yang memahami dan mengerti akan konsep manhaj dakwah, mereka pasti dapat membantu orang-orang yang berada di dalam kesesatan yang nyata ini. Mereka boleh memulihkan malahan melonjakkan mereka yang tadinya berada di tahap bawahan untuk terus berada di atas dan sehingga berjaya menawan puncak kebahagiaan dan kesenangan di dalam sebuah agama yang bernama Islam.
Apa yang penting bagi pendakwah tersebut adalah memelihara asas yang utama itu tadi. Cara penyampaian? Terpulang kepada kebijaksanaan dan kewarasan akal anda.
Bagi aku, apa yang aku dapati dalam kehidupan hari ini samada di sini atau di tanahairku, akan aku sampaikan kepada anda melalui celoteh bosan di belog ini. Sedikit atau banyak itu tidak menjadi masalah. Sedikit lebih baik dari tidak wujud. Namun, bercakap tanpa usul dan tanpa pegangan serta ilmu menjadi satu masalah yang besar bagi aku. Aku akui, aku bukanlah yang terbaik dalam pengajian. Belajar sekadar untuk kepuasan diri dan bukannya mengejar status penjagaan pointer atau segalanya. Belajar kerana aku rasakan aku jahil. Alhamdulillah, Allah memberikan peluang untuk terus menambahkan ilmu dan pengalaman dengan masih berada di sini yang aku sendiri tidak tahu apa penghujungnya.
Uncle bertanya semalam, apa u punya plan untuk masa akan datang? Aku kelu untuk menjawab. Sesungguhnya aku adalah orang yang tidak mempunyai plan atau matlamat. Aku sendiri tidak tahu apa akan aku jadi atau bekerja dalam masa 10, 15 tahun akan datang. Walhal, insan itu seharusnya meng'set'kan satu matlamat untuk dirinya sebagai target dalam mengejar dateline. Wallahualam. Aku serahkan pada Rabbu Jalil dalam menentukan tempat yang sesuai bagiku. Aku ada satu matlamat yang sederhana dan tak besar. Jika aku nyatakan, gelak besar anda semua. Baik tak payah. Biarkan ia. Semoga jika ianya tercapai, akan aku nyatakan itulah matlamatku.
Berbalik kepada soal melebarkan perbincangan di belog ini, aku sememangnya akan berkongsi apa yang aku dapati di sini sebagai bahan bacaan buat anda. Memang kedapatan isu yang tak menarik dan langsung tak layak dianggap sebagai bahan bacaan, namun. Namun aku tahu pembaca lebih bijak berfikir dan lebih matang dalam menilai apa yang sesuai untuk diambil pengajaran dan apa yang sebaliknya. Perkara matang ini dapat dinilai dari segenap komen yang dilemparkan. Anda ingin menegur, insya allah akan aku terima dengan hati yang sangat terbuka. Belog ini bagi aku, bukan sekadar belog biasa yang membicarakan soal hati, soal perasaan, soal masyarakat sekeliling, soal kerajaan, soal pembangkang, soal keagamaan, fotografi dan sebagainya akan tetapi, apa yang lebih besar jika anda perasan adalah soal 'kejuruteraan manusia'. Itu cita-cita aku yang telah diasuh dari kecil tentang kejuruteraan manusia ini. Aku sangat 'into' dalam perkara2 kejuruteraan manusia. Teknologi yang sangat tinggi dan susah untuk dicapai oleh semua orang.
Kejuruteraan insan adalah satu cabang yang sangat mencabar minda dan menggerakkan seluruh tenaga akal dalam mendalaminya serta menganalisanya. Nantilah aku ceritakan apa yang aku fahami dari apa yang dinamakan 'kejuruteraan manusia ini'. Itupun kalo aku ingatlah. Aku ni jenis cepat pelupa.
Lapar perut pulak bila sembang banyak-banyak. Mau pergi makan nasi dulu. Gambar upload kemudian.







11 comments:
Salam.
Hi Kamitaken(wah cam nm jepun lak, ada kaum kerabat dari sn ye)
Actually Ms. Legolas baru je mengikuti blog ni setelah terbaca dlm blog uncle..(uncle ni mmg pandai promosi..)
For me tulisan awak sangat bagus dan segar.Teruskan la menulis tentu ramai yang sependapat dgn sy..
ja ne..
best rgds,
ms.legolas
okay, mkn dulu, kami tunggu ceritanya..
pnjg ooh mukaddimah!
skrg dah banyak sangat pengaruh luar
kite kene jadi yang mempengaruhi dah, jangan mudah terpengaruh
ketupat tuh.. lapa lapaaa...
Dear Lotfi.
Well said. Ada masa, datang lagi....ni dah terlupa pulak apa menatang aperture (betul ke spelling ni)tu? Baru semalam cerita. Ni yang Tun selalu marah kat Uncle ni...regards to nawi and rashid.
lutfi, masa bukak HSBC ac tu.. ada tak skali ngan internet banking ? Klu ada leh wat transfer ke account lain...
Jangan sampai matlamat menghalalkan cara di dalam berdakwah. Kena mempengaruhi bukan dipengaruhi. Maaf jika salah.
kjas : yup. setuju. sebab itu saya nyatakan di dalam artikel tersebut,
"..Apa yang penting bagi pendakwah tersebut adalah memelihara asas yang utama itu tadi. Cara penyampaian? Terpulang kepada kebijaksanaan dan kewarasan akal anda..."
matlamat memang tidak boleh menghalalkan cara kerana itu bukan ajaran yang dibawa oleh Islam.
jika kita dipengaruhi, kita tidak dinamakan pendakwah. kita akan dinamakan termakan dakyah.. wallahualam bissowab. terima kasih di atas perkongsian.
Assalamualaikum. Camner dah ng masalah duit mung tu? Banyak tuh boh. Aku alami masalah sama jugak kat Mesir dulu. Nangis tak berlagu lah.
If u dont mind, visit me at my blog! Huhu.
Cuma nak ingatkan kembali untuk diri sendiri dan untuk Lutfi dan untuk kawan-kawan yang sedang BELAJAR.
ILMU MATEMATIK DAN ILMU MANTIQ
DUA-DUA TU PENTING!
-Jemput datang 'open house' ana pada yang berkesempatan. Jumaat malam.
kek cokolet cheese ke tadi tu..nampak sedap je...huhu
Post a Comment