pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, October 18, 2009

tajuknya adalah kita...

iso 160, wb kelvin 7200, shutter 1/250, aperture f8, focal length 35mm, level edited.

iso 160, wb kelvin 7200, shutter 1/250, aperture f8, focal length 35mm, level edited.
Al-Mahjar Street, Jeddah.





ayah, saya berazam akan hadiahkan ayah sebijik benda nih utk ayah bawak pergi masjid sama-sama. Mungkin pengerusi masjid akan terkejut bila ayah suluh muka dia dengan spotlight kereta nih. hehehehe


EKSPRESIKAN DIRI ANDA BERSAMA WASEEM












Masya Allah Tabarakallah. Besar dah anak aku ni rupanya. Ingat masih kecik. Tengok sajalah muka dia. Sebesar lubang kamera.


Rasanya sudah lama saya tidak meletakkan gambar anak saya yang bernama waseem™. Ini gambar tadi si waseem™. Kadang2 saya rindu untuk menjadi bebas-sebebasnya. Rindu untuk menulis mengikut apa yang terkandung di dalam kepalahotak saya. Rindu untuk berceloteh apa sahaja dan berkongsi dengan anda. Namun, itu bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan kini. Setiap kata-kata, setiap luahan, setiap artikel perlu disemak terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dan dipublishkan. Bukan kerana saya merasakan diri saya femes atau terlalu popular. Tidak. Sama sekali tidak. Cuma saya merasakan tanggungjawab yang dipikul adalah satu amanah yang besar. Bagi saya, inilah salah satu medan dakwah atau medan saya mengajak anda ke arah kebaikan. Saya akui, saya bukanlah orang yang pandai berceramah, berpidato, bersyarah, apatah lagi mengajar. Jauh panggang dari periuk.

Saya mendapati dengan menaip, mesej saya dapat anda baca dan jelas. Oleh itu, saya mestilah terlebih dahulu memikirkan sedalam-dalamnya apakah perkara yang akan saya hadapkan kepada anda sebelum saya menaip dengan jari-jemari yang halus lagi indah ini.

Anda mungkin tergolong dari pelbagai golongan dan lapisan serta pemikiran. Medium yang saya hadapi bukanlah calang2 dan bukanlah orang2 picisan. Anda adalah salah seorang ilmuan dan para cendekiawan yang sangat terbilang dan profesional. Jangan menyangka menjadi lecturer baru dipanggil profesional. Orang kampung pon, jika pemikirannya intelektual, tetap akan bersifat profesional. Bukan? Kerana itu juga, saya pasti, apa yang ditulis, pasti akan dipersoalkan suatu hari nanti. Bukan takut dengan anda, cuma takut dengan Rabb Jalil yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Berbalik kepada gambar2 saya, ada beberapa request atau permintaan yang inginkan saya paparkan gambar2 di dalam masjidilharam dan kaabah. Insya allah suatu hari nanti akan saya penuhi tuntutan itu. Insya allah. Cuma buat masa kini, rakan2 saya banyak yang menguploadkan gambar2 di dalam Masjidilharam, sekitarnya dan pelbagai lagi gambar yang mungkin memenuhi tuntutan anda. Saya sebenarnya selalu berfikir di luar kotak. Dari Maahad Tahfiz lagi saya berpendapat begitu. Akibat itulah, saya dan rakan-rakan dikenali dengan anggota berhaluan kiri. Kami bukanlah terdiri dari golongan bijak pandai atau budak baik. Kami sebaliknya. Tanyalah rakan2 yang mengenali kami. Anda akan tahu siapa saya. Tapi takdelah kejahatan saya sampai bakar bangunan, bunuh orang, kencing dalam sinki atau sebagainya. Cuma nakal2 melampau sahaja.

Namun, di sebalik kenakalan itu, tersembunyi satu azam. Satu cita-cita yang tak pernah dilahirkan. Perkara itu berterusan sehingga ke hari ini. Saya sentiasa merasakan Allah sangat menyayangi saya. Betapa jahatnya saya kepada Dia, Allah tetap memelihara saya dan memimpin saya ke jalan yang baik. Sehingga akhirnya saya tercampak ke sini. Ke sebuah Kota Suci yang didambai seluruh umat manusia bernama Muslim. Subhanallah.

Jadinya, apa yang saya paparkan bermula dari fotopages, sehinggalah kepada belog ini, adalah kisah yang bermain di luar kawasan Masjidilharam dan Kaabah. Apa yang saya paparkan lebih kepada budaya saudi dan cara hidup mereka. Apa yang berlaku di sebalik tabir, apa yang berlaku di belakang 'dinding' sebuah kemasyhuran Kaabah dan Kota Suci. Anda perlu tahu. Jangan melatah mengatakan saya mencemari kemuliaan kota suci ini. Sedangkan kisah Abu Jahal dan Abu Lahab didedahkan Allah di dalam alQuran dan pelbagai lagi sejarah yang diperkatakan oleh nabi junjungan kita Muhammad S.A.W. Oleh itu, saya berusaha meneliti, mengalami, menimba dan mempelajari apa yang berada di sekitar Makkah dan perkara sekeliling untuk disampaikan kepada anda.

Apa yang saya beri, sampaikan dan olah mungkin berbeza dengan orang lain. Itu kerana apa yang saya sebutkan di atas bahawa 'saya selalu berfikir di luar kotak'. Dinamakan 'kotak' kerana ia mempunyai perspektif dan sudut yang berbeza. Jika hanya rata dan straight dinamakan 'dinding'. Faham?

Berbalik kepada gambar anak saya, saya amat terharu dengan perjuangan rakan2 saya yang datang ke sini meninggalkan anak dan isteri. Saya juga mempunyai pengalaman tersebut selama seminggu baru2 ini ketika menjadi imam di Terengganu. Seminggu meninggalkan najwa dan waseem menjadikan saya tidak keruan. Kadang2 rasa seronok mengenangkan perasaan bujang datang bertandang. Tapi ianya tidak lama. Alhamdulillah, saya memaksa asnawi untuk datang tidur dengan saya. Bukan satu bilik. dia bilik lain. Inikan pula mereka yang datang meninggalkan anak2 dan isteri2 berjauhan beribu batu, berbulan lamanya. Apakah perasaan itu? bagaimana dapat digambarkan? sudah pasti terbayang-bayang wajah si anak yang comel dengan telatahnya dan perangainya bermain-main di mata. Tak lupa juga isteri tercinta. Sayu mengenangkan. Berada di kejauhan membuatkan kita gusar kadang2. Apakah isteri kita mampu untuk berdikari sendiri? apakah anak kita mampu untuk berjalan sendirian tanpa kita selaku pelindung kepada mereka? Jika apa2 berlaku, kita pasti akan lemah. Kita tak mampu untuk berbuat apa2 melainkan doa dan berdoa agar semunya berjalan lancar dan selamat. Kita sangat lemah. Namun, pengorbanan inilah yang akan dinilai oleh Allah dalam menguji hamba-hambaNya. Bagi mereka yang berjauhan, saat bertemu merupakan saat paling indah dan berharga buat mereka. Detik pertemuan itu setiap hari dihitung dan dihitung. Pertemuan antara mereka dan zuriat serta isteri merupakan detik yang paling terindah di dalam kehidupan. Benar bukan?

Baru2 ini, dalam bas sekolah. Eh, bas ke kuliah. Aku dan Mad cenok berbicara. Mad cenok ni kadang2 fikiran dia sangat bernas. Tapi yang tak bernas pon banyak jugak. Apapun, pesan mad cenok. Anak2 ini perlu dianggap sebagai amanah. Allah amanahkan kepada kita walaupun kita yang lahirkan, kita yang besarkan dan sebagainya, tapi itu adalah satu amanah yang Allah beri kepada kita supaya kita didik dengan baik dan sempurna. Kita jangan mengharapkan apa2 balasan dari 'amanah' ini. Allah yang akan bertindak memberikan kesedaran kepada mereka kelak. Jika kita berfikir dengan baik bahawa anak2 ini adalah satu amanah, maka suatu hari nanti jika mereka tidak menjadi 'orang', setelah pelbagai usaha kita lakukan untuk meng'islah'kan mereka maka kita tidak akan diserang sakit jantung dengan 'amanah' ini. Kita akan sentiasa cool dan sentiasa mantap untuk meneruskan misi memelihara barang 'amanah' ini. Kita juga tidak patut mengungkit kepada 'amanah' bahawa kitalah yang bersusah payah mendidiknya, melahirkan, memberi makan kerana itu sememangnya tanggungjawab kita yang telah diamanahkan oleh Rabb Tabaraka wa ta3ala.

Kepada anak2 pula, mereka patut tahu apa yang disifatkan 'birr walidain'. Konsep yang mengetengahkan berbuat baik kepada ibubapa yang banyak disebut di dalam alQuran. Kita berbuat baik kepada mereka bukanlah kerana ingin membalas budi atau jasa mereka yang sememangnya tak terhitung dan takkan terbalas. Akan tetapi, kita berada dalam method berbuat baik kepada ibubapa. Kita diwajibkan Allah untuk menjaga orang tua kita sehingga akhir hayat mereka. Berbuat baik kepada ibubapa yang akan dinilai oleh Allah sehingga akan dikurniakan keredhaanNya dan ganjaran syurga buat kita.

Itulah ceramah yang aku hangguk-hangguk dalam bas petang kami ke dewan kuliah di Abidiyyah, Arafah. Semoga hubungan kita anak beranak dan keluarga akan diberkati oleh Allah. Amin.

nota : gambar sekarang kena letak watermark @ signature sebab pameran akan berlangsung tidak lama lagi. wakakakaka.

15 comments:

Anonymous said...

terima kasih...saya suka baca tulisan ustaz yg tak lokek berkongsi ilmu...moga Allah merahmati ustaz sekeluarga :)

KurangBaik said...

Salam perkenalan.

Sangat bagus point2 dari Mad Cenok. Sangat bernilai untuk dikongsi bersama.

p/s: Gambar 1 & 2 canteek!!!

Uncle said...

Brilliant...."think out of the box" dan jangan jadi "stereotype". Tapi part yang meninggalkan keluarga beribu batu tu yang tak tahan tuh....macamanapun, ticket for December dah booking siap! Bila nak kena teyy?

i'm no longer cato;patchi said...

alohai comeynye budak diatas nuh

Anak Ostat Amin said...

sementelah aku berfikir kendatipun makan nasik sambil berbicara indah disulam kehebatan sastera ngko ini sayugia dilihat dan diteladani masyarakat glokal. aku pasti kau sangat memahami. terima kasih.

nur haziraa said...

sy suka penyampaian begini,,
klu suma naqibah sampaikn begini,,xdala saya mls nk p usrah,,haha

*note:sejuk at tgk bdk ni:)

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

anony : terima kasih. semoga Allah merahmati anda selalu dan semoga Allah membukakan akal dan minda seluas-luasnya tentang kehidupan ini. amin.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kurang baik : salam perkenalan jua. Sememangnya mad cenok adalah orang tua yang penuh pengalaman dan berfikir jauh kedepan. Ada makna pada kata2nya cuma kami jer yang tak beberapa ambil peduli. hahaha

thanx for the vote. memang pengcahayaan sangat tepat time tuh. bukan selalu jalan2 petang neh.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

uncle : hehe. tok guru tak menanti perlu kita pergi panjat gunung, panjat bukit untuk mendaki, atau bertapa di dalam gua untuk kita temuinya. Memadai dengan sembang2 di lounge safwah tower berbekalkan pizza dan hot chocolate. hehehe.. kata2 uncle memang mendatangkan kesan pada saya. insya allah akan disemai subur selagi akal diberi nikmat.

tang pekena teyy tu tak tahu lagi bila boleh direalisasikan. sibuk sket la nih. nantilah insya allah.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

cato: kenapa tak updet belog dah? dah tutup ek?

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

pamie : aku sngat memahami intisari kandungan mung itu. wakakaka. adoilah. kendatipun betol hang neh.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

nurhaziraa : usrah. usrah itu kadang2 menyeksa jiwa. tapi. kita perlu pergi. kutip idea dan ilmu namun olahkan mengikut pandangan kita. semoga kita tidak menjadi seperti naqibah yang kita tak suka penyampaiannya. hahaha.. thanx.

Fida said...

Waseem sungguh comel,mashaAllah. Macam mana tak jatuh cinta dgn budak kecik ni..

Azura Shahrin said...

sedangkan saya hanya berkesempatan berada di kota mekah dalam beberapa hari sudah dapat menggambarkan ada beberapa perkara yang kurang menyenagkan. inikan pula lufti yang mmg menetap lama disana...bergaul dengan mereka.takut nak tanya pada orang lain, saya beranikan jugak tanya kat lufti...apa yang lufti terangkan...tak banyak lari jauh dari apa yang saya fikirkan.

miss capricorn said...

happy to see waseem again...yay!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...