
Pn. Rosie sedang membahagikan duit raya kepada kanak-kanak yang bernasib baik dapat naik ke pentas. Duit raya adalah merupakan amalan tradisi masyarakat Malaysia ketika hari raya. Mereka yang paling seronok adalah kanak-kanak. Bagi mereka, musim inilah peluang habis-habisan untuk mengumpul duit sementelah mereka tidak bekerja.

wajah yang mempamerkan kegembiraan ketika mendapat duit raya. Orang arab memanggilnya
'aidiyyah. Duit yang diletakkan di dalam sampul untuk meng
saspenkan budak2 dalam meneka berapakah duit yang terdapat di dalamnya.

Dato' Ghazz dan Rashid Syawal bergambar kenang-kenangan di hadapan pintu Konsulat Jeneral Malaysia. Rashid senyum sebab apa, saya pon tidak tahu.

Raja/sultan/anak raja/Putera Perlis sedang memberi titah ucapan kepada rakyat jelata. Penggunaan kalimah-kalimah istana membuatkan saya senak perut. Ini kerana, saya amat cetek dalam ilmu meletakkan kalimah2 istana. Tersilap penggunaan boleh menyebabkan kemurkaan dan derhaka kepada sultan. Malaysia masih lagi mengamalkan undang-undang berpelembagaan dan penuh kedaulatan.

Baju Melayu adalah pakaian tradisional kaum Melayu. Ia dipakai ketika hari raya, ketika majlis rasmi dan ketika kepuasan tak ada pakaian lain. Ada juga yang memanggilnya dengan nama baju kurung mengikut tempat dan daerah tempat tinggal.

Dr. Maza @ Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin, mantan mufti Perlis yang turut hadir di majlis semalam. Turut serta adalah adik Muhammad Zahid yang baru pulang dari musabaqah di Dubai. (aku dengar hujung2 telinga jer, kalau salah, minta maaf)

Syeikh ni saya lupa namanya. Tapi muka sangat familiar.

Abg Bad, orang melayu arab dan sultan bergambar kenang-kenangan.

Tuan Badrul (YDP) turut hadir semalam dalam membincangkan isu Persatuan kami yang telah ditinggalkan tanpa apa-apa notis dari Kerajaan Malaysia. Kami telah mengadukan hal ini kepada Consul General untuk tindakan selanjutnya. Diharapkan kepada orang-orang kuat kerajaan yang membaca belog ini dapatlah menyelamatkan kami dari dibelenggu masalah kewangan dan perihal kesejahteraan pelajar Malaysia di Saudi. Jasamu dikenang. (gambar ihsan reuters)
5 comments:
rasyid gile kot senyum sendiri2 haha
bnyak gambar xley view
huhu
bukan cato : dia memang macam tuh.
joe : eh, takleh view ker?
waseem kaler merah, macam gong xi fat chai :)
Syiekh muka familiar tu Shiekh Mahmud Abdul kot. Ta salah la.
Post a Comment