Seorang lelaki warga India membalut kepalanya dengan plastik dari Supermarket Bin Dawood. Balutan itu dipercayai dapat menghalang kepalanya dari mendengar leteran isteri.
Seorang lelaki warga Pakistan sujud syukur di dalam hujan menandakan tanda kesyukurannya kepada Allah kerana menganugerahkan hujan tatkala dia datang menunaikan haji. Musim haji kini telah tiba.Amacam saya punya tajuk? gempak semacam jer. Tapi itulah hakikatnya. Bukan selalu saya berpeluang main hujan. Ditambah lagi di dalam masjidilharam. Ianya disebabkan Makkah disirami hujan hanya sekali setahun.
Nantilah saya ceritakan detik cemas bagaimana saya sujud di dalam air yang hampir menenggelamkan bucu hidung saya dan membasahkan dahi saya ketika menunaikan solat asar berjemaah di Masjidilharam. Cemas dan sangat saspen. Ditambah dengan solat yang diimami oleh Syeikh Maher alMu'aiqily.
Tak kurang juga cerita mengenai seorang lelaki terjatuh akibat licin ketika bangun dari sujud di sisi saya. Nantilah. Saya tersangat letih dan sangat memerlukan rehat yang cukup demi meneutralkan otak saya akibat tak sehat bermain hujan di sekitar masjid dan sekitar Kaabah.





14 comments:
best2.. xsbq nk tgu sbsequent chpter..
t tumpang krm slm ngn uncle shahrir no..
menarik cerita ni...tak sabar nak tunggu sambungannya.
gambar2 semua cun!!
berdebar2 nak tunggu cerita dari lutfi.. (-__-)
soalan skit- tengah solat berjemaah, kalau orang sebelah rebah, kita patut tolong atau teruskan solat (macam kusyuk tak perasan la)? harap maafkan kejahilan saya
Masa sujud tu memerlukan skill yang tinggi supaya tidak tersedut air ;)
abg lopti =P
tanya sket, boleh syarahkan ayat ini;
"Cemas dan sangat saspen. Ditambah dengan solat yang diimami oleh Syeikh Maher alMu'aiqily"
kalo imam lain tak berapa cemas dan saspen ka??? =D
salam ziarah...subhanallah...terharu sya tgk org yg sujud syukur di tgh2 hujan tu..cantik2 la gambo bro n crita2 yg mnarik..bila la sya blh bpeluang nak smpai ke sni..
Pergh...suspense giler ni...kena beli pringles, kopi o 2 cawan, kain selimut, bantal, tunggu kat depan laptop....errr pukul berapa start ni?
kekekeke... lambat lagi start. mungkin tahun depan. wkakaaka
syahduuuuunya tgk gambar org yang bersujud tu..hanya allah ja tau apa perasaan syukur seorang hamba.. :(
yer. baekkkk.
kami akan tunggu cite tersebut.
heh
weh,gi asia ujung minggu ni..lapor ni..
ok,,kami akan tgu cita seterusnya,,,;p
*gambar2 cantik!
aku suka gambar yg najwa ambik...hehehehe
Post a Comment