pengikut-pengikut yang menawan

Friday, October 30, 2009

Semalam. Hari ini. Esok

gambar diedit menggunakan curve > image adjustment dalam photoshop cs4 utk menggelapkan sikit gambar yang over exposure. Hargailah matahari anda.

Jemaah kini sudah mulai membanjiri persekitaran masjidilharam.

Gambar yang diambil dari tepi bukit Safa (Kawasan Saie), sebelum tiba-tiba ada beberapa polis lalu ditepi. Fuh! Mencabar betul.

Encik Zainuddin seorang Chef yang dilahirkan di Kuala Berang, Terengganu. Kini memasak di tepi Masjidilharam. Gordon Ramsey pon dengki kalau dia tahu.

3 Orang abam dari Pakistan sedang berehat memerhatikan mas'a (tempat saie) yang kini telah diperbesarkan dan dipertingkatkan kemudahan. Sangat selesa. Macam highway Utara Selatan.
Jika aku dikurniakan lensa wide angle, pasti lebih cantik gambar ini. Tapi apapun, 35mm memang best.

Pakcik2 dari India, Pakistan dan Bangladesh sudah mula memenuhi bumi Makkah.

Pakcik ini sebenarnya adalah anak kepada ayah dia.

Pakcik ini memberikan renungan tajam. Takut2 aku publish gambar dia dalam majalah mingguan wanita.

Fly over yang menghubungkan Malawi dan Jarwal. Dibawahnya terdapat bulatan 'gila'.

Untuk Uncle. Saya sudah tidak perlu bersusah payah ke Jepun. Jepun hanya di tepi rumah saya.

"Yang, janganlah merajuk. Muka U kalau merajuk, macam burung." "#$%&*!"

Mauqif Sayyarah Hujun. Tempat letak kereta bernama Hujun.

Menara Masjid Jin.

Gambar2 diatas diambil ketika aku dalam perjalanan pulang kelmarin. Banyak sangat fenomena dan moment yang cantik untuk aku abadikan di dalam D80 ini. Cuma.. takut. Sejak mula terjebak dengan fotografi ini, aku mulai menghargai cahaya, komposisi, perkara pelik, dan masa. Bagi aku, setiap perkara sangat berharga dan jika boleh, ingin aku abadikan di dalam kamera.

Semalam. Semalam kami (Persatuan Pelajar Makkah) mengadakan Kursus Haji bersiri yang disampaikan oleh kawan aku, si Tuan Bad. Ustaz Man bertanya, kenapa aku tidak kedepan? sedangkan akulah yang sepatutnya memberikan kursus dan ceramah. Jawapan aku ialah, aku tidak dikurniakan bakat untuk berceramah dan bersyarah. Untuk sembang, itu memang tugas aku. Tapi, untuk mengendalikan beberapa siri ceramah berat, aku tak mampu. Mungkin masanya belum lagi tiba. Benar, expectation orang sangat tinggi jika anda seorang pelajar dari Umm alQura. Orang tetap memanggil anda 'ustaz' walaupun anda cuma boleh ingat 3 Qul sahaja. Bagi aku, siri haji adalah satu tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan penerangannya. Tuan Bad adalah orang selayaknya dalam membicarakan dan menyampaikan amanat ini. Tak salah orang lebih muda dari kita ke depan dan memberikan ilmu pengetahuan kerana kita sangat jahil dan 'bodoh'.

Tentang siri semalam, terima kasih di atas sambutan dan sokongan yang diberikan. Walaupun aku tak terlibat dalam pengendalian serta persiapan, tapi aku berbangga dengan komitmen dari anda semua. Gambar2, mungkin diupload di Facebook sahaja. Nanti pulak sambung. Waseem berak!

10 comments:

The Pamiesz® said...

burung tu nampak macam romantik.. tapi upe2nye loyar buruk macam hang. hahaha

hang publishkan tak gambo pakcik tu kat dalam mingguan wanita? aku rasa beliau sangat sesuai jadi model frontcover.

uncle pet..!! said...

cntik2 pics.. jln cita pn mnarik..
syoq bca blog ampa..

joegrimjow said...

perghhh
menarik ok gambar2

Linda Abdullah said...

Hurrmmm kat tempat 3 abam dari Pakistan tu ler pernah kene tegur dgn seorang polis arab hensem 3 bulan lepas yang melarang mengambil gambar, padahal bukan amik gambar masjid pun, amik gambar rumah atas bukit jer..eh polis tu tak pakai uniform tau, pakai jubah ala Sheikh gitu..huhuu

Terror lah mung seludup D80..fuh

Uncle said...

Dear Lotfi.
Uncle nak tanya sikit....kat situ ada jual tiket sekali tak? Kalau beli kat situ, visa dia issue sekali ke? Kalau senang, nak bagitahu kat aunty nanti...tak payah pergi Triways ke!

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

pamie : cet. ada pulak sama macam aku. aku ada belog. burung tu takdak belog. aku pakai suar. burung tu tak pakai suar. wakakaka

aku dah sent kat mingguan wanita, tapi depa reject. diorang cakap sepatutnya pakcik ni dihantar ke majalah maskulin.

ankel pet : thanx ankel pet. saja2 jer mengarut sambil buang masa.

joe : terima kasih wahai pembaca yang setia.

linda : depa tu saja2 jer nak tegor pompuan. patut hang jerit kuat2. baru depa kelam kabut lari sambil selak jubah dan pegang egal. wakakaka..

seludup? belom lagi. itu baru kat luar. kat dalam, nanti..

ankel : hish. ngeri nak masuk kat dalam tuh. tengok jer dari luar jajahan tempat tuh. ada gak iras2 jepun. tapi tang tiket tu tak berani nak tanyalah. satgi depa sebut : "potong kepara".. wakakakaka

redanna said...

lutfi, saya dah sampai madinah!! lambat lagi masuk mekah...huhu

Hanyny said...

ahhh tmpt saie dah luas laa.

kucingorengemok said...

pakcik-pakcik tu nampak soleh betul, sejuk hati mandangnya...

buku gambar haji tu takde jual online ke?

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

redanna : do contact me. nanti bleh jumpa. err.. korban dan dam skali. wakakaka

hanyny : yup. dah luas dah macam highway jabor - kl. kekeke

kog : isk. sedang usahakan. insya allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...