Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Wednesday, October 21, 2009

Tong bukan Thong.

"In Progress"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Ruang Pejalan kaki - besar gedabang"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Menara masjid dan dewan kuliah"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Papan tanda"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Teratak usang putera raja saudi"
Al-Awali, Makkah.

"Lens flare"
Al-Awali, Makkah.

"Road To Muzdalifah"
Muzdalifah ring road, Makkah.

Maafkan saya. Ianya adalah Zhong 'TONG' Bus. Bukan Zhong 'THONG'.

'Pokok'
Surau Universiti Umm alQura,
Aziziyyah, Makkah.

Bila amatur bercerita

Percaya atau tidak, photographer sangat 'alert' atau 'sensitif' dengan cahaya. Ini berdasarkan pengalaman aku selama memegang kamera dSLR yang baru setahun lebih. Cahaya memainkan peranan penting dalam menerbitkan gambar2 berkualiti. Tanpa cahaya, gambar akan suram dan tidak mempunyai satu tarikan. Kecuali mereka yang amat mahir dalam penggambaran dan teknik lighting.

Pengalaman juga mengajar aku, jika anda ingin mengambil sesuatu gambar, jangan bertangguh. Jika bertangguh, peluang untuk mengetemukannya kembali sangat sukar. Kecuali jika kita mempuyai perancangan terhadap sesuatu gambar dan memerlukan beberapa peralatan penting sebelum penggambaran.

Sebelum ambil gambar. Pertama, aku lihat suasana sekeliling, dan aku bayangkan apa yang aku inginkan gambar terhasil. Kemudian, aku setup ISO agar kena dengan keadaan, siang 100-200, indoor 400-600, malam 800. Kemudian setting aperture dan shutter speed mengikut kehendak gambar. Akhir sekali, aku perhatikan White Balance (WB). Selalunya aku pakai Kelvin. semakin tinggi nombor, semakin kuning / merah gambar akan terhasil. Semakin sikit nombor, semakin biru gambar.

Aperture juga memainkan peranan penting dalam menentukan ke'sharp'an gambar dan penghasilan langit biru bak kata sifu nazif. Untuk f8 dan keatas, hasil yang menakjubkan akan ketara di langit. Cumanya, shutter speed perlu dikawal dengan merendahkan angka agar 'balance' dalam kawalan untuk menghasilkan gambar sempurna dan tidak gelap. Untuk menghasilkan 'blur' background, anda memerlukan lens yang mempunyai bukaan cahaya besar seperti f1.4, f1.8, f0.95 dan sebagainya lagi.

Itu jer secara mudah pemahaman kamera aku. Ada banyak lagi yang lain, cuma kadang2 kita tak perlu sangat bergantung kepada teknik dan mengikut 'rules'. Naluri hati pun penting juga untuk mewujudkan 'cerita di sebalik gambar'.

Kullu Sourah Hikaayah. Setiap gambar ada ceritanya.

Mengambil gambar ibarat membancuh nescafe. Jika terlebih letak nescafe, tambahkan susu dan air juga lebih. Jika terlebih letak susu, tambahkan nescafe dan air. Jika tak reti buat, order jer kat kedai. Senang.

Alfatihah buat Pok Su Nuar yang telah kembali ke Rahmatullah 4 am tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat buat beliau dan meletakkan beliau di dalam golongan muqarrabin. Amin.

Renungan

Dari abu Sa'id alKhudri r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Ajarkanlah kepada orang-orang kamu yang hampir meninggal membaca kalimah La ilaha illallah."

Kitab Jenazah (sahih Muslim : 864)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipeliharanya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta, sehingga sedekahmu itu tambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar dari itu."

Kitab Zakat (sahih Muslim : 970)

- Ucapan jutaan terima kasih didahulukan kepada mereka yang sudi bersedekah kepada sahabat saya si Diabati. Insya allah duit akan saya sampaikan kepada dia hari sabtu ini. Jazakumullahu khairan Jaza'.

10 comments:

wa-a said...

sukke ah dgn quote "naluri hati pun penting juga untuk mewujudkan 'cerita di sebalik gambar'.."

betul sgt lah tu.lagi2 dgn org kurang ilmu yg suke shoot sesuke hati je. heh. saye ah tu..

PINATBATE said...

Subhanallah! Cantiknya Jamiah Ummul Qura..bertuah sungguh sesiapa yg dapat mengutip ilmu daripadanya..

Salam takziah..mudah-mudahan Pok Su Nuar digolongkan dalam kumpulan para solihin.

Uncle said...

Pergh...ni dah terlampau advance untuk Uncle ni.....ni syllabus Masters nih.....errr...syllabus Certificate takde ke?

joegrimjow said...

mantop2

besenye gune iso auto
huhu
amato gile

..blindart.. said...

salam...
minta izin copy renungan kat atas...

umi_e said...

Al-fatihah buat Pok Su Nuar semoga keluarga yang ditinggalkannya tabah menerima pemergiaannya...

kucingorengemok said...

road to muzdalifah sangat cantik

kaklisa said...

refreshing apa yang akak belajar untuk subjek photojournalism berbelas2 tahun dulu....sekarang ni dah berkarat rasanya, pegang camera pun yang auto je....

ummu masyita said...

Al Fatihah untuk Paksu Nuar.Takziah untuk keluarganya dan ustaz sekeluarga

Syukran atas pictures yang menceritakan segalanya

nurleeta said...

lutfi.. teringat2 foto masa musim haji lepas.. alangkah bestnya klu dapat lagi job tu utk musim haji yg menjelang ni.


ShoutMix chat widget