Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Saturday, November 21, 2009

pandangan anda






8.33 - sampai pejabat
8.40 - roti canai & teh tarik
9.40 - masuk pejabat gmail, fesbuk, blog
11.00 - siap2 nak solat zuhur
12.30 - makan tengahari & tukang letak nasi untuk 400 jemaah. Mana cramp tangan.
3.00 - siap2 nak solat asar
4.45 - balik umah

itu jadual seharian seorang part timer. Amacam? mulia tak pekerjaan?

Saya ingin memohon sedikit bantuan daripada anda tentang assignment yang perlu saya buat sementelah saya bekerja dengan research institute as a senior photographer. Saya namakan ianya senior sebab saya sudah ada junior Photographer iaitu si Asnawi Hassan. Apa sahaja gambar yang cantik dan menarik, saya akan shoot. Apa yang saya perlukan ialah cadangan daripada anda. Bagaimana anda inginkan gambar tersebut keluar?

Saya telah mendapat peluang untuk mengambil gambar mana2 sahaja tempat dan mana2 sahaja keadaan dari Kementerian Dalam Negeri Saudi di bawah kelolaan Maahad Khadimul Haramain kecuali di dalam MasjidilHaram, di dataran luar masjidilharam dan gambar2 yang tak sepatutnya di ambil. Pertolongan anda amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

p.s : semalam dah 2 kali kena tangkap dengan polis. Tapi alhamdulillah, ada pas, dapat lepas. Kalo tak, masuk pejabat polis jugak. Oleh itu, nasihat saya hati-hati bila mengambil gambar. Sekarang banyak mata2 gelap.

Jumaat semalam diserikan dengan khutbah dari Syeikh Saud alShuraim. Dia menangis semasa membacakan ayat dari surah alBaqarah. Saya pun turut menangis. Menangis sebab menguap. Solat pun dah terpaksa solat di atas food court sahaja. Akibat dari lautan manusia yang memenuhi dataran masjidilharam.

8 comments:

My Life said...

salam..

sungguh rindu nak kesana.. jelez dgn enta dan mereka2 menetap kat sana...

ambik gambar dengan penuh keikhlasan dan dengan penuh gembira, insyaallah gambar yg terhasil pasti manis (-_-)
doakan ana..

Fida said...

national geographic material. kalau thomas j abercrombie masih hidup, tentu dia ambik Pi jadi protégé dia.

joegrimjow said...

len kali kena p awal tu masjid
huhu

bile la nak merasa smyg kat sana

kucingorengemok said...

bagaimana gambar keluar? atau 'gambar apa' yang saya nak tengok? saya suka gambar bertema 'islam milik semua' - lebih banyak gambar pelbagai bangsa/budaya yang embrace islam... skrg byk pakcik arab/india/pakistan, kalau dapat gambar pakcik jepun buat haji, mesti syok :) [adakah menjawab soalan?] selamat maju jaya!

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

KOG : yes. anda telah menjawab soalan.

Joe : insya allah bro. tak lama lagi tu, sampailah.

kak fida : fuh. NG terus.. fuh.

ML : insya allah. itulah yang saya inginkan.

norah_nor said...

hurm..selain gambar 'islam milik semua'gambar susah payah org2 di tabir belakang...

sam said...

salam.. mintak tolong amik gamba dataran ke tempat saie melalui maulud Rasulullah tu bleh tak?.. semasa ke sana mengerjakan umrah tahun lepas, hari2 melalui dataran berpasir untuk sampai ke masjidil haram.. tapi, rasanya skang dah berbatu marmar kan.. Subhanallah.. semoga Allah menjemput ku kembali ke sana.. Amin .. :)

umiazuddin said...

salam ukhuwwah...

1) gambar candid kehidupan seharian penduduk tempatan.

2) gambar seni architecture bangunan di sana.

Selamat mengambil gambar bernilai lebih daripada ribuan perkataan :)

VpeaceV


ShoutMix chat widget