pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, November 12, 2009

anak saya

mana ada ramai orang.














kak na n abg rizal - Ghazzah, Makkah.


anak saya takdelah comel sangat macam anak orang lain. Anak saya gigi depannya sudah tiada kerana kerakusan menikmati coklat. Anak saya kulitnya tak berapa cantik sebab alergik dengan cuaca dan permakanan. Anak saya kepalanya besar menyimpan 800 terabyte memori. Anak saya suka menangis kalo orang ambil kereta mainannya. Anak saya malas naik tangga rumah. Semestinya saya yang dukung dia. Anak saya suka makan kulit ayam. Macam saya. Kami selalu berebut. Anak saya tak pandai lagi kencing sendiri. Mesti saya kena temankannya. Anak saya tak lancar lagi baca alfatihah walaupusun umur dia sudah nak masuk 3 tahun. Anak saya tak boleh cakap terengganu dengan fasih walaupun itu sepatutnya syarat seorang lelaki dewasa yang berketurunan terengganu. Jika tidak, anda akan digelakkan dengan pertanyaan "kenal tak biskut ssoneh tu apa dia?". Anak saya suka main lari-lari time orang solat dalam masjidilharam. Tapi..

Dengan sifatnya yang begitu, sudah cukup untuk saya merinduinya. Dengan sikapnya yang begitu sudah cukup untuk saya menyayanginya. Saya amat sayang anak saya. Biarpun apapun yang terjadi. Anak bagi saya adalah satu amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Anak ini adalah penyambung zuriat dan warisan saya. Anak ini bakal membawa jenama 'Lutfi' sementelah ketiadaan saya..

Sudah tidak ada apa sangat nak dibincangkan. Jemaah haji sudah mula 'ramai' dan 'banyak'. Nak makan nasi pun tak senang. Mujur bos bagi makan free pada pekerjanya. Boleh juga saya ambil teh ais secara peribadi. Tapi jika jiran saya di atas turun untuk sesi teh tarik, saya pun terpaksa juga membeli teh tarik melalui kaunter depan. Nanti apa pula kata budak-budak server. Macam ambil kesempatan pulak. Apapun, kerja yang saya hadapi kini amat mencabar jiwa keremajaan saya. Asyik nak kena bangun awal jer. Tak kurang juga cabaran dari segi terpaksa melepaskan moment2 cantik akibat terlambat ke opis. Oh. Begini rupanya perasaan seorang pekerja. Tapi saya 'enjoy' dengan kerja makan free saya. Untuk pengetahuan anda, saya pekerja separuh masa di Felda D'Saji, As Safwah Tower. Berada di tepi masjidilharam amat memberikan pengalaman berharga dan menarik. Jom datang lawat saya sambil berbelanja memberi keuntungan kepada felda.

15 comments:

dzuraini said...

anak awak memang comel di mata saya.

keremajaan anda tidak tertejas dengan bangun awal..hehehee..

selamat bekerja..

Q said...

mashallah,kiuts anak jenama lotp ni.

*aku rs cm bcb karangan, saya seekor kucing, atau saya sejenis jenama bernama lutfi..

KurangBaik said...

Bangun awal lo...agar usia remaja (remaja lagi ke?) yang dinikmati menjadi lebih panjang.

p/s: kata2 untuk diri sendiri... ;p

My Life said...

SALAM.....

MUDAHAn2 WASEEM MENJADI SEORANG ANAK YG SOLEH BUAT ABG LUTFI & KAK NAJWA...

jiran lutfi sudah semestinya..... unkel.. hehheehhe

kucingorengemok said...

uncle tak ajak makan kat restoren dia ke? :)

joegrimjow said...

seyes cite gile!!

Johana Johari said...

untuk seorang wanita yang masih belum dikurniakan zuriat ini, walau bagaimana bentuk zuriat yg Allah bakal kurniakan, itu adalah yang terbaik. Lutfi di sana, doakan rezeki akak punya zuriat ek...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kak zu : ha? saya memang comel? ah. memang pon. hahahaha

BRAND q : masya allah.. masya allah. ini memang karangan type saya sebatang pensil. hahah

KB : yup. bangun awal sebenarnya dapat menyegarkan minda. Tapi masalahnya, selalu terbangun lewat. hehe

ML : Amin! itulah jiran setia yang ajak kita minum teh. hehehe.. sibuk sangat skarang nih. minum teh pon dah jarang2.

KOG : tak boleh. dia takut rugi restoren dia. Maklumlah kami ni pelahap.

joe : siyes citer giler dan siyes giler citer adalah sesuatu yang berbeza. mung nih. hahahahhaha

johana : jika rajin, baca entry2 lepas saya mengenai istighfar. Insya allah kami doakan dan semoga cepat dapat anak. amin!

ashiena said...

waseem yg comel.. :)

azmietaha said...

Ana pernah hilang selipar kat sini... selipar tak mahal, murah je!
Salam untuk KELUARGA WASEEM dan sampaikan salam untuk Rasulullah dgn ucapan 'Assalamualaikum ya Rasulullah!'

-jazakallah.
(sedang terpesona dgn keindahan INDRAWI hasil tembakan LUTFI)

cikdoktorfalsafah said...

waseem!
comel sangattt.

next time kita kene jumpe taw waseem~
:D

bila kakak dah jadi pakar kanak-kanak nanti.
Hee :D

Anonymous said...

seumpama anak mat saleh transform jadi anak cina...wkwkwkw...

-anuar-

mer said...

knape comel sgt budak kemetot tuuuuuu...nnt balik mesia i culik dia!haha

nur haziraa said...

jeles muka wasem licin!=p

ummuhaq said...

anak saya sunan 1 thn 9 bln suka sgt tgk gambar abang waseem yg waseem hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...