pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, November 18, 2009

ayat seribu dinar 2


'In person Head Chef'. Hj. Azri Abas, dari Dungun ke Kota Makkah.

2.30am, 17 nov 2009.
Dahlah, Makkah.

"Lutfi! Najwa! Tolong buka pintu!" Jerit jiran sebelah rumahku.

Aku bergegas keluar. Mata masih lagi rabun akibat baru 10 minit masuk tidur.

"Kenapa nih? Iskandar Razak! (bukan nama sebenar) Bukak pintu nih. Ni apahal gaduh2 tengah malam nih!" Aku mengetuk deras pintu rumah Iskandar Razak.

Senyap secara tiba-tiba. Dari dalam kedengaran tangisan si isteri teresak-esak. Aku menunggu di luar rumah. Suara pergaduhan kecil berbunyi. Semakin kuat dan semakin kuat. Sah mereka sedang bergaduh besar. Aku panik. Apa aku nak buat ni? Takkan nak jadi konon-konon hero, masuk dengan terajang pintu rumah orang. Itu bukan hak aku.

Dipendekkan cerita, aku tolong telefon saudara depa berdua nih suruh datang jenguk. Aku dah malas nak peduli. Hari-hari gaduh. Gaduh-gaduh hari. Ceritanya, si suami beristeri dua. Umur masih muda. Silapnya dia tipu isteri pertama dan tipu isteri kedua. Macam lirik PRamlee pon ada. Macam-macam hal manusia ini. Cerita bukan untuk umpatan, tapi untuk pengajaran.

Aku memandang jam yang tersangkut. Sudah pukul 4 pagi! Aku masuk kerja pukul 8! Subuh 5.15. Aku sabar menanti subuh sebelum tersungkur kembali di dataran tilam empuk.

Sedar tak sedar sudah pukul 11 pagi! Arggh! Ini bukan setakat konpem. Ini sudah wajib merah aku punya punchcard. Tapi, HeadChef dah pesan, biarpun lambat, datang juga kerja. Aku melangkah longlai dan lemah menuju ke tempat kerja.

Aku berjalan santai melintasi parking Hujun, jemaah Indonesia kelihatannya baru tiba. Berbaris-baris bas Zhong Tong memarkirkan badannya di tepi jalan MasjidilHaram Road. Para pekerja yang terdiri dari warga Pakistan dan Afrika mulai sibuk mengangkut barangan jemaah ke dalam Hotel yang berdekatan.

Aku mengalihkan pandangan ke kiri dan kanan sebelum melintas menyeberang jalan. Berjalan di hadapan sedikit, aku sudah tiba di Ghazzah. Tiba di Ghazzah, aku mula merasa berada di Malaysia. Kelihatan sana-sini jemaah Malaysia bertaburan. Sementelah, pejabat Tabung Haji yang utama terletak di Hotel Janadiriyah, Shiab Amir berdekatan dengan Ghazzah. Kebiasaan, jemaah Malaysia yang tinggal di sekitar Ghazzah ini akan masuk melalui pintu Marwah dan menuju ke tingkat atas Masjidilharam.

Aku berpaling ke belakang dan kelihatannya beribu-ribu manusia sedang menuju ke masjidilharam. Mereka pergi awal untuk mendapatkan tempat yang lebih selesa dan untuk bertenang agar tidak kelam-kabut. Aku mempercepatkan langkah menuju ke pejabat.

Dalam duk ralit berjalan, aku terpandang 2 jemaah Malaysia warga emas sedang melilaukan pandangan memerhati masjid. Aku kira mereka kagum dengan pembangunan masjidilharam. Aku melepasi mereka dan berjalan sambil tekan shutter mengambil potrait kiri dan kanan. Tiba-tiba aku terfikir bahawa mereka tadi mungkin sesat. Aku patah kembali.

"Assalamualaikum makcik. Makcik cari sapa? tunggu orang ker?"
...

Setiap kejadian, ada hikmahnya. Jangan mengeluh dan jangan kecewa. Bersyukur dengan apa yang didapati pada hari ini, Allah akan gandakan berlipat kali untuk anda. Jangan berebut hak yang orang lain dapati. Rezeki anda, tidak akan dikurangi dengan penambahan rezeki pada orang lain. Setiap orang adalah dengan kadarnya. Allah telah menetapkan jalan hidup kita. So, cubalah untuk menjadi hamba yang 'bersyukur'.

أشكر الله على أن رزقني من أهلي من يقوم بتنوير دربي إلى طريق الخير فله الحمد والشكر.. لئن شكرتم لأزيدنكم


...
1.30 pm, 17 Nov 2009
Felda D'Saji, As Safwah Tower.

Nenek Noraini bercerita, mereka berdua sememangnya panik dan takut. Maklumlah baru 3 hari menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Sebenarnya Nenek Noraini menunggu Makcik Hazizah kerana kesiankan Makcik Hazizah yang terpaksa bertongkat akibat kesakitan pada sendi-sendi. Kemudian, semasa keluar, mereka terlupa tempat letak selipar. Maklumlah pada usia 71 tahun, baru dia berpeluang menjadi tetamu Allah. Itu menyebabkan mereka terpisah dari kelompok rakan-rakan yang datang membuat tawaf.

Mereka bercadang perlahan-lahan untuk mencari jalan pulang ke Hotel Sevilla Barakah yang terletak di Syubaikah. Namun, mereka buntu akibat pintu yang kelihatan seakan-akan sama.

Nenek Noraini berkata, amalkan selalu membaca ayat seribu dinar dan yakin dengan apa yang terkandung di dalam ayat itu. Ini semua ketentuan Allah. Dengan izinNya, kita akan dapat keluar dari masalah dan ditambahkan rezeki dari perkara yang tidak disangka.

(حديث مقطوع) حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْجَعْدِ ، أَنْبَأَ قَيْسُ بْنُ الرَّبِيعِ ، عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ الْمُنْذِرِ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ خُثَيْمٍ : " وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا سورة الطلاق آية 2 ، قَالَ : الْمَخْرَجُ مِنْ كُلِّ مَا ضَاقَ عَلَى النَّاسِ "

Tahukah anda :

1. Kebanyakan orang yang tinggal di Saudi, suka membuang sampah merata-rata.
2. Menyebut nama isteri, kakak, adik perempuan, anak perempuan, makcik, nenek di hadapan orang yang tak ada kena mengena dengan keluarga adalah satu keaiban bagi mereka.
3. Perempuan kuat jeles.

9 comments:

Anonymous said...

ni cerita sambung dgn entry bwh ke? ish!! cerita xpenuh ar...camner nk dpt anugerah penulis cerpen terbaik ni

My Life said...

terima kasih banyak2 yer....

kucingorengemok said...

ooo kekdah slot potong² macam pulp fiction ;) lambat berhikmah, kalau tak sapa nak tolong makcik² tu cari hotel, alhamdulillah

ZanariahMdzain said...

saye ade soklan lg tapi kali ni bab fotoshop, kalo sudi nak ajar saye...tqvm & reali appreciated..
kalendar waseem kat sebelah tu, edit gune fotoshop ek???camne nak buat tuh??background itam,kt tepi gambar cam koyak2 sket..tulisan tuh, i.Allah saye lei wat..
tq again..
selalu ke pg bkt ajyad tuh??

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

anony : hehehe.. takpe. tak dapat terbaik pon takpe. saya jenis tiba2 hilang mood. nak buat macam mana. hehehe..

ML : sama2.

KOG : harap2 bos baca. jadi dia tak marahlah datang lambat. hehehe

zanariah : ekceli itu 2 layer. yang bawah gambar cik waseem. yang atas adalah layer warna itam. pilih brush yang macam carik2 gitu dari tool brush, pastu padam jer warna hitam yang atas dan tinggalkan yang lebih2 kat tepi tuh. insya allah jadi gitu. selamat mencuba.

suhana said...

astro oasis tgh tayangkan khabar haji and part of it was an interview with chef n bos d'saji :-)

Linda Abdullah said...

Mung telah berjaya mengimbau peristiwa sesat di Masjid. Pernah sesat lupa jln nak balik hotel kat Madinah dari Masjid Nabawi masa first day dtg, exited pergi Raudah punya pasal.kakakaa

Keluar pi Masjid pagi-pagi buta dah lupa jalan balik, dah lah bawa makcik tua plak tuu..kasihan.. tanya abam polis semua tak tau..ceh suruh diaorg pergi kursus baca peta Saudi..hahaa

ZanariahMdzain said...

tq so much...

akak Roosni said...

salam,
bukan nak kmen pasal cerita tapi nak komen fasal pengancara astro oasis,soalan2yang dikemukan kepada penceramah terlalu panjang2 cuba pendek dan padat dan kadang kita dah tahu apa yang diperkatakan selanjutnya kesian tetamu yang menunggu .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...