pengikut-pengikut yang menawan

Friday, November 27, 2009

Siri Kembara 6 Sahabat Ke Arafah (episod 1)

SK6SKA (1)

Sebelum terlupa, aku nak meriwayatkan kisah kami mengerjakan haji semalam. Pertama kali mengerjakan haji dengan tersangat letih dan sakit kaki. Selalu smooth jer.



Kami bertolak seawal 8.30 pagi. Aku, nawi, aizat (student madinah), Salam (student madinah), Muiz (student madinah) dan Rashid menuju ke Aziziyyah Janubiah, tahan misywar (prebet sapu). Kami menaiki GMC usang setelah harga disepakati sebanyak sr30 seorang. Driver arab tu cakap, dia akan hantar ke kawasan yang paling dekat sekali dengan arafah. Kami kira on jer.

Kami melewati Masjidilharam yang lengang dan kosong, menuju ke Qudai dan melalui Batha Quraisy lalu terus ke Muzdalifah. Kelihatan polis menyekat segala kereta-kereta kecil termasuk van dan 4x4. Kami pusing dan u-turn berdekatan jalan ke Muzdalifah dan driver menurunkan kami di situ. Uish. Aku tengok jalan, masih jauh lagi nih. Agak2 ada dalam 5km untuk sampai Arafah. Setelah bercakap lebih kurang, dia cakap inilah jalan yang paling terdekat dia dibenarkan masuk. Jalan lain, hanya bas dan coaster bermuatan 25 orang sahaja dibenarkan.



Kami turun dan memulakan 'journey to Arafah' kami. Beg yang berisi makanan bergilir-gilir digalas. Untuk 2km yang pertama perjalanan, kami masih tidak terlalu letih. Air pun tak bawa. Aku dan Nawi bukan main seronok shoot sana-sini sementelah, inilah peluang untuk menonton 'sejuta wajah menuju satu arah'. Setelah masuk 3km, kami mulai keletihan. Aizat dan Asnawi saling bertanyakan bilakah kami akan sampai? Aku jawab dekat jerlah sebab aku memang tahu yang jaraknya jauh lagi!




Kami perlahan-lahan berhenti berehat tapi tak boleh minum sebab air tak bawak. Kering kontang rasanya tekak dan leher kami. Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Alawi Tunisi for Driving license. Satu-satunya bangunan yang terletak di hujung Muzdalifah sebelum memasuki Arafah. Berhenti rehat sebab nampak orang jual air teh!

Aku mendekati. Sistem kebersihan memang 'out' terus! Ambik gula pakai tangan dia jer si Pakistan yang jual air nih. Teh pulak dah habis. Tapi disebabkan dahaga yang melampau, air panas pon jadilah. Nawi membayar SR2 untuk segelas air panas. Aku dan Rashid boleh ejas dapatkan susu cair dan gula untuk harga SR2 itu. Kami duduk di tepi tembok untuk berteduh. Kepenatan mula terpancar dari wajah masing-masing. Dalam duduk-duduk minum air, aku shoot sekeping dua gambar untuk disimpan dalam koleksi peribadi dan untuk perkongsian.



Dari kejauhan, aku tengok ada lori Mubarrad (chiller) datang berhenti di hadapan kami. Tajuk kat iklan lori tu tulis air minuman laban (susu masam). Aku dah separuh syok. Merasa air free kita kali nih. Pemandu lori terus membuka pintu belakang dan mencampakkan air sekotak-sekotak (24 dozen laban) kepada para jemaah. Berebut mereka yang ternampak pembahagian tuh. Tak terkecuali aku. Asalnya nak pergi ambil gambar. Tapi bila aku tengok ada sorang orang tua tu minum macam tak ingat dunia dia punya sedap, aku pun serbu sama dengan kamera-kamera dan dapat satu kotak air! Fuh.

Kami membahagikan sesama sendiri air tersebut dan aku tengok si nawi yang selama ni amat membenci susu sudah mulai lupa daratan meneguk air laban!

Tak lama kemudian, datang lagi lori yang terpampang air epal! Ouhs. Ini lagi hilang dahaga. Si Nawi pergi berlari untuk mendapatkan sekotak air jus epal. Tapi hampa. Kerana dia yang 'kecil' itu tersepit di celah orang ramai yang lebih 'besar' dari dia.

Alhamdulillah, ada pakcik India aku kira di hadapan kami menghulurkan air epal yang dia dapat untuk dibahagikan. Jus epal pulak kami rasa. Perut macam dah bunyi lebih kurang sebab kitorang tidak bersarapan pagi. Aku pun hanya makan sujuk (frankfurter) sekeping yang Najwa goreng pagi tadi.

Perjalanan diteruskan menuju Arafah. Cuaca agak sederhana.Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Awan berkepul-kepul timbul menandakan cuaca sangat 'clear' dan tenang.
Salam mengheret tikar, Muiz memeluk khemah, Nawi menggalas beg kamera dan khemah, Rashid dan Aizat membawa beg makanan sambil beriringan. Aku galas kamera dan beg yang berisi kamera. Berlatih untuk jadi photojournalism.

Aku minat photojournalist sebab ia mengabadikan gambar dalam bentuk cerita. Tapi masalahnya, aku tak pandai nak buat caption pada gambar. Itu rasa-rasanya kena masuk kelas photojournalistlah. Nantilah, cuti-cuti Malaysia nanti aku ejas kat mana-mana tempat yang menawarkan crash course tersebut.

Kami menyusuri jalan raya. Keringat peluh telah membasahi seluruh tubuh kami yang diselaputi oleh Ihram berwarna putih. Debu-debu yang berterbangan juga menyelitkan diri mereka pada pakaian kami.

Kami merentasi padang pasir untuk mencari jalan terdekat ke Arafah. Di sebelah kiri kami, kelihatannya projek monorel yang hampir siap landasannya diberhentikan sementara untuk laluan haji. China telah diberikan kepercayaan untuk menerajui projek pembinaan. Kemungkinan besar, tahun depan, kami sudah boleh menaiki Monorel ini. Bang! Tiket ke Arafah untuk 4 orang yer!

Perjalanan diteruskan lagi. Dari jauh kelihatan seorang jemaah haji memakai tongkat berhenti minum air. Aku terasa tercabar dengan kekuatan beliau. Kita yang muda dan tidak mempunyai masalah ini mengeluh keletihan, tetapi dia yang memakai tongkat tetap meneruskan perjalanan menuju ke Negeri Arafah yang mengumpulkan seluruh manusia!

Setelah agak lama berjalan, kami memutuskan untuk menaiki misywar lagi. Kereta vennett yang kebiasannya menempatkan kambing di dalamnya, kini kami menjadi penghuninya. SR10 diberikan sebagai upah untuk mereka merentas padang pasir menghantar kami ke masjid Namerah.

Rasa macam dalam cerita Indiana JOnes pon ada. Merentas padang pasir, lalu bawah jambatan, elakkan pokok2 berduri, fuh! Sungguh thriller.

Akhirnya kami sampai di satu tembok. Dari bawah, kami nampak menara masjid Namerah sebagai destinasi kami. Kami memanjat tembok. Alhamdulillah..

Kelihatannya border Arafah terpampang megah di hadapan kami di sisi masjid Namerah. Manusia berlonggok-longgok dengan anggaran 2.5 juta orang. Seperti siri pengembaraan lagaknya. Kami telah sampai ke satu negeri yang asing iaitu negeri Arafah. Beginikah keadaannya apabila di Padang Masyar nanti? Manusia serba putih bergelimpangan di sana-sini. Pemandangan yang sangat menakjubkan tidak terdapat di tempat lain selain dari Makkah alMukarramah.

6 comments:

rezeki said...

salam lutfi,

selamat hari raya aidil adha

satu pengalaman yg menyeronokkan utk dikongsi bersama dari sudut yg berlainan dari perjalanan biasa yg dilalui utk ke arafah

tk bro

Uncle said...

Dear Lotfi and the Siglap 5.
Semoga mendapat haji mabrur! Tahun depan boleyy join......

hajah zainab bt abdullah said...

Salam Lotfi,

"Seronoknya" perjalanan Lotfi & rakan2 menuju ke Negeri Arafah. Semoga mendapat haji yang mabrur, Insya Allah.

neem said...

salam..

rindunyer kat sana. moga ada rezeki dapat g sana lagi..

eid mubarak ^^

Marvic said...

hensem plak aku tengok rashid kat pic 1..

cerita korang berebut air tu best..tp overall cerita korang buat haji ni mmg best la

KurangBaik said...

Best2x ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...