Bro Ridzwan, Fotografer rasmi yang didatangkan khas oleh THTS dari Malaysia. Kelihatan di sebelahnya adalah Ust Abdul Rahman Hamzah, Timb. Pengurus Maktab THTS. - Felda D'Saji, As Safwah Tower.
Para jemaah Malaysia yang menutup mulut takut debu masuk dalam mulut. Pakailah niqab makcik adik kakak. Senang. Tak payah susah2 nak selak kain telekung.
minum petang sambil celup2 teh. - Dahlahtul Jin (tepi rumah aku).Masa sangat mencemburui kita. Tapi aku tetap luangkan masa yang sedikit ini untuk aku lakarkan karya kepada anda. Karya yang tak seberapa di sisi orang yang tak menghargai dan besar nilainya kepada mereka yang mengerti dan memahami.
Tak ada apa yang menarik untuk diceritakan melainkan siri2 pengalaman berjumpa jemaah2 dan moment yang menarik.
Maaf kepada jawapan yang tak dapat dijawab, kepada cerita yang tergantung, kepada apa sahaja yang tak sempurna untuk disiapkan. Maaf. Aku terkadang leka dan alpa. Aku sedikit pun tidak mempunyai akal yang bersistematik. Akalku sangat celaru dan sentiasa ber'bolok' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud serabut).
Banyak sangat perkara yang ingin dikejar sehingga terlepas segala-galanya. Semoga aku dapat perlahan-lahan mengatur kembali jadual dan waktu. Insya allah.
Biarlah kita dipandang orang sebagai insan yang tak bernilai melainkan untuk perkara2 tertentu sahaja. Namun, sekurang-kurangnya kita tidak hipokrit. Kita tidak menipu. Kita tidak berpura-pura. Kita adalah diri kita sebenar. Langsung tidak perlu menggunakan medium lain untuk menampakkan kita hebat dan bersinar. Orang pasti dapat menilai apa perkara yang telah kita lakukan. Itu orang. Apatah lagi jika nilaian itu dilakukan oleh Allah, Argh! Sudah pasti Dia lebih mengetahui tentang apa yang telah kita kerjakan dan apa yang bakal terjadi seterusnya.
Manusia tidak selama-lamanya sempurna. Tidak selama-lamanya berada di dalam keadaan yang betul dan landasan yang lurus. Mereka tetap akan terjerumus di dalam kancah kekeliruan dan kekalutan walaupun sekali-sekala mencelupnya. Kita kadang2 merasakan perkara itu hanya remeh dan perlakuan kita adalah biasa. Tapi, kita tidak sedar yang perbuatan kita itulah bakal merosakkan dan bakal menjatuhkan kredibiliti dan kemegahan yang telah kita alami. Kenapa kita tidak menyedari? Kerana telah merasakan terlalu pandai dan bijak dalam kehidupan.
Berbuat baik kepada semua orang sebenarnya akan menyelamatkan kita dalam pelbagai situasi yang tidak terjangkakan. Kita belum tahu dengan siapa kita berurusan. Apa peranan dia. Siapa dia di sisi pihak yang lain. Kita hanya mengukur dia berdasarkan akal dan fikiran serta mata luaran kita sahaja. Namun, dengan berbekalkan sifat baik dan niat yang ikhlas, orang yang kita telah ketemui itu, kemungkinan di luar jangkaan kita akan memerlukan pertolongan dia di masa sukar. Kesimpulannya, berbuat baik sahajalah dengan semua orang walaupun kita telah letih dengan 'karenah' mereka.
Nasihat di atas hanya ditujukan buat orang2 yang pandai dan memahami intisarinya. Tolong jangan tersalah tafsir dan membuat andaian sendiri walaupun itu hak anda. Selami maknanya dan anda tahu itu membawa kebaikan.
selamat hari sabtu.

17 comments:
kalau blogspot ada tanda "like" macam facebook, akak dah letak tanda "like" kat sini.
ustaz abd rahman dah ke mekah... boleh la kita beli abaya lepas ni ;) ps: nak heret deris gi muzium islam petang ni, nak tengok waseem kat dinding!
sekarang aku dah tau dah macamana muke aku bile tua nanti. time kasih pi.
dk eh.. kami xpikiaq pelik2 eh.. kami pham.. ahiksss..
krm slm uncle nnt..
pakcik..iman adalah mutiara..
Nice photos here, thanks for sharing.
sukanya tulisan post ni.
sgt meaningful.
thanx ust!
=)
Ya Allah...suka semua gbar kali ni
kelihatannya, rumah abg pi dekat dahlah eh?
Encik lotpi..nak tanya sket...
gambar yg pakcik tgh shopping tu pakai lens apa???
gambar2 encik amik pakai mode ape ek??dh lame jd silent reader blog neh..
zanariah : semua pakai mode M, lens 35mm f1.8
thanx eberibadi..
Yang tersurat tu insyaAllah dah tersingkap, cuma yang tersirat itu masih lagi terbungkus penuh dengan tanda soal.
p/s: IKHLAS cakap ana tak faham la Ustaz...ngaji tak habis lagi... Hihihi!
lutfi, kami sagt jeles!!! kenapa hj rahman hanya bawak abg wan je...huhu...kami tak nak jumpe ke? hehe teringin nk jumpa waseem and berkenalan dgn najwa..

redanna : call me.
Post a Comment