"bapaknya udah tidur aja sama pembantu. Nggak perlu kawin lain lagi."
jelas imam seorang pemandu berumur lingkungan 42 tahun, berasal dari Surabaya, Indonesia. Aku terfikir. Semudah itu kehidupan ini.
Kami berbual panjang meliputi pelbagai perkara dari sudut kehidupan seorang driver di Saudi.
Dia, menunggu majikannya Ms Zena yang merupakan ketua operasi untuk 140 hospital di seluruh Jeddah. Ms Zena masih muda sekitar 28 tahun dan berketurunan Arab Mesir. Gaji bulanan mencecah SR21,000. Belum lagi mendirikan rumahtangga. Aku terpegun mendengar cerita Imam. Katanya lagi, Ms zena datang ke mari kerana nak berjumpa dengan pakwe2nya. Mereka tidak boleh menaiki satu kereta seperti mana kebebasan di negara kita menyebabkan mereka datang sendiri dan bertemu di satu tempat seperti di shopping complex di sekitar Jeddah.
Imam menyambung ceritanya lagi,
Ms Zena hanya tinggal bersama ayahnya. Masing-masing mempunyai kehidupan yang terpisah akibat kesibukan tersendiri. Ayah dan ibunya telah bercerai lalu isterinya pulang ke Mesir. Aku tanyalah bapak dia tak kawin lain ker? Ayat di atas sekali adalah jawapan kepada soalan aku itu tadi.
Kami terus berbual dan berbual.
Kata Imam, kebanyakan pemandu yang berada di luar menunggu majikan mereka membeli-belah 70% daripanya adalah tidak rasmi. Tidak rasmi bermakna tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan. Namun, mereka terselamat kerana kebanyakan polis di Saudi jika membuat sekatan jalanraya, akan melepaskan mana-mana kenderaan yang mempunyai perempuan di dalamnya. Itu 'keistimewaan' di Arab Saudi.
Dia sendiri katanya sudah 6 tahun bekerja di Jeddah tanpa mempunyai passport akibat dirampas oleh majikannya yang terdahulu. Dia melarikan diri dan bernasib baik terjumpa dengan Ms Zena yang kini membayar gajinya sekitar Sr2000 sebulan. Nilai yang cukup tinggi bagi seorang driver.
Aku bertanya tentang soal risiko ditangkap atau dihantar pulang. Kata Imam, kami jika ditangkap (tarhil) kami akan dihantar di satu depot di Jeddah dan tinggal paling lama seminggu di dalam penjara sebelum dihantar pulang dengan percuma!
Kos pembayaran hanya sr10 untuk fotostat dan seterusnya yang lain, kami hanya tinggal menginap di dalam penjara untuk tempoh yang ditentukan sebelum pulang dengan menaiki pesawat secara percuma ke tanahair. Kebanyakan jemaah Indonesia berbuat demikian kerana mereka hanya membeli tiket sehala bagi menjimatkan kos pengerjaan haji.
Aku lagi terpegun.
Bersama gajinya kini, dia sudah mampu menyara 2 orang isteri. Pertama berada di Surabaya, Indonesia bersama anak gadisnya yang berumur 19 tahun yang bakal menikah lagi 20 hari. Kedua isterinya yang kini berada bersamanya di sini yang bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji sr1000 sebulan dan mempunyai 2 orang anak yang ditinggalkan di Indonesia.
Alhamdulillah katanya. Ini sudah cukup lumayan. Jika saya di Indonesia, masakan saya dapat kecapi seenak ini.
Perbualan kami diganggu oleh bunyi telefon yang tertera nama Ms Zena. Imam kemudiannya memohon izin untuk mengundur dan insya allah diharapkan dapat bertemu lagi dikemudian hari bersama aku. Bagus sekali orang Malaysia katanya. Ini pertama kali saya bertemu orang Malaysia yang sanggup berbicara bersama saya. Aku angguk dan berjabat salam.
Aku pun sedang tunggu datin sedang bershopping. Jadinya taraf aku dan dia adalah sama. Kami seorang driver. Tapi banyak yang telah aku pelajari di sini tentang kehidupan dari pelbagai perspektif berbeza. Kita adalah sama, hanya amalan yang memisahkan kita. Hargai pemandu anda.
"there is no bad or good but thinking make it so" - Abraham Lincoln
-menaip dari belakang kereta GMC, Tahlia Street, Jeddah.
******
untuk keterangan lanjut sila layari : http://kaftanterengganu.blogspot.com
Follow @USERNAME

iklan ringkas untuk sapa2 yang berminat dengan 'baju kelawar'
untuk keterangan lanjut sila layari : http://kaftanterengganu.blogspot.com

5 comments:
tunggu datin? datin najwa ke? :)
Dear Lotfi.
Anda sekarang sudah boleh dikategorikan sebagai, "orang kaya-kaya". Heh3...salam pada asnawi, tuan dan rashid...
salam..
dahsyat punya kabel dasar laut! hehehe..
nice entry this time
tu kabel nak sambung tang mana?
:p
salam maal hijrah buat ostad, najwa dan waseem!
:D
SALAM..
DEAR LOTFI..
SELAMAT TAHUN BARU BUAT ENTA SEKELUARGA.. SEMOAG TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 LEPAS...DAN MOGA SENTIASA DALAM REDHA ILAHI SENTIASA..
CANTIK TASBIH KRISTAL TU.. BOLEH BUAT HANTARAN TU.. HHIIHIHIHII
Post a Comment