pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, December 22, 2009

Featuring...

Nur Aisyah Humaira' Bt Nur Azam Mustafa.

Wajah suci seorang bayi. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnakannya.


"masak apa hari ni yer?"


born in 7 zulhijjah 1430. The Baby of Hajj!~

sebab kak fida banyak kali sangat mintak B&W punya version, dan saya tahu dia suka hitam dan putih, jadinya saya terpaksa study tentang penataan cahaya di dalam hitam & putih. Agak sukar mulanya untuk mendapatkan penataan cahaya yang tepat. Kami (bro Ridzwan dan saya) terpaksa berkali-kali mencuba dan berkongsi pengetahuan antara satu sama lain. Apa yang saya kongsi, mestilah perihal kamera saya yang dah jahanam. Dia (bro ridzwan) lainlah. Dia kasi saya ilmu yang cukup baaaanyak tentang pengcahayaan dan posing.

Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, tapi alhamdulillah, nur aisyah humaira' masih lagi steady menjadi model kami. Cuma bapaknya sahaja yang sikit-sikit kasi jelingan manja pada jam menandakan soalan yang bakal meletus bila-bila masa sahaja kepada kami "bila korang nak abis main kamera nih? aku sudah mau tido". Agak2 saya, dia tidak pergi kerja hari ini. wakaka

utk pujuk bapak aisyah, kita suruh dia posing sekeping. Baru dia lupakan perihal waktu itu.

Kami menyambung lagi acara mengambil gambar dengan pelbagai teknik dan posisi. Sangat menarik! Benarlah kata pepatah yang tak pernah lagi saya dengar orang ungkapkan. "Terjun di dalam perkara yang diminati dapat mengabaikan dunia seluruhnya". Hahaha. Saya reka sendiri pepatah tuh.


Aisyah merupakan cahaya mata pertama bagi pasangan Nur Azam & Nur Aniza. Diharapkan bakal menjadi anak yang solehah dan membanggakan ibu bapanya di kemudian hari nanti insya allah. Amin ya Rabb.

sifu yang mengajar saya semalam. Dia baru jer 5 tahun main kamera digital. Tapi sudah berbelas tahun main kamera filem. Dari Large Format, Medium format, SLR, DSLR dan terkini menyambar Canon G11 sebagai kamera cadangan untuk pengguna compaq. Hj Ridzwan datang sebagai official photographer utk THTS.

Dunia warna warni sangat menyeronokkan. Akan tetapi, asas kepada warna itu adalah hanya 2 perkara. Ia samada putih atau hitam. Terbentuknya putih atau hitam itu bergantung kepada corak yang kita hasilkan. Anda sendiri boleh menentukan apakah warna yang sesuai untuk diimejkan pada diri anda. Bukan?

Agaknya sebab inilah kak fida sangat suka version B&W. Sampai saya terpaksa study how to create a marbeles B&W photos.

Credit to Abg Azam, kak Niza & Nur Aisyah (selaku tuan rumah dan model), Hj Ridzwan (cikgu matematik), Waseem (yang muntah dan masih lagi demam ketika di rumah abg azam) last but not least kepada Najwa yang sanggup seret diri sendiri untuk melihat shooting ini. hahhaha.. Enjoy!~ Lagi 2 minggu exam!

7 comments:

kak Fida said...

memang marbeles. two thumbs up!
Cantik sekali.Engaging images which add more soul to the photos.
Mabrouk! Kalah Allahyarham Pokcik Abercrombie ni.

en_me said...

sifu otai tewww.. salamm dr me dikejauhaannns

Uncle said...

Dear Lotfi..
Ni pukul 4.30am nih! Tak boleh tidur lagi teringatkan teyy....anyway, gambor mung semuanya cung!

My Life said...

salam..
dear lotfi
betul kata uncle tu.. gambar semo comel2... moga ia terus berpanjangan dan bertambah baik.. insyaallah

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Nur Azam said...

ya lotpi san, jazakallah ukhairan dtg potosoot. Masa anta call tu terus ana telan pil tahan tido tu yg steady je tuh. Nice pics taken...anta sgt berbakat.

redanna said...

ops, sorry, akhirnya kami balik ke Malaysia tanpa sempat berkenalan dengan najwa n waseem...lain kali lah ye...:) kim salam pada najwa..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...