pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, December 2, 2009

hari lahir emak Lutfi


Emak saya bernama Hjh. Laily bt Mohamed. Dulu dia seorang photographer di kolejnya. Dia cerita, dia ambil gambar pakai kamera ayahnya iaitu atuk saya berjenama Yashica yang mempunyai 2 lens. Gambar yang diambil adalah melingkungi gambar kawan-kawannya. Dia cuci slide tersebut dan dia jual kembali kepada mereka dengan harga 30 sen atau kurang dari itu. Tapi sayangnya kamera itu telah hilang ditelan zaman.

Kini, menjelang umurnya 52 tahun, saya telah menjumpai kembali kamera tersebut di sebuah kedai di Aziziyyah, Makkah alMukarramah. Harganya sekitar SR500. Teringat hari lahir emak pada 2 disember ini, saya membeli hadiah tersebut untuk disampaikan kepadanya. Terima kasih emak dan ayah kerana telah membimbing saya dan mendidik saya sehingga sampai ke tahap ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Saya tidak mampu membalasnya dengan wang ringgit mahupun riyal kerana masanya masih lagi panjang. Saya bimbang saya tidak mampu untuk menggembirakan emak dan ayah serta membahagiakan anda.

Saya tahu masa itu pasti akan tiba. Masa perpisahan selama-lamanya kita. Masa yang akan membuatkan hati saya jatuh berkecai. Masa yang memisahkan seorang ibu dari anaknya. Masa yang memisahkan seorang ayah dari anaknya. Hanya kita menunggu masa itu tiba dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Semoga kita dapat menempuhnya dengan sempurna dan tenang. Menulis ini membuatkan air mata saya bergenang. Saya sangat sayang emak dan ayah saya. Saya tidak mahu saat perpisahan itu tiba sedangkan saya jauh di sini. Saya ingin bersama-sama anda. Saya adalah putera sulung anda. Saya yang sepatutnya berada di sisi anda buat kali terakhir. Itu jika ditakdirkan Allah anda pergi terlebih dahulu. Jika saya terlebih dahulu meninggalkan anda, anggaplah ia sebuah 'pinjaman' dari Allah untuk membahagiakan anda. Redhailah pemergian saya yang akan menemui Tuannya. Halalkan makan minum dan segala sifat yang terhasil dari saya. Doa saya semoga kita tetap akan bersama sehingga ke akhirnya.

Masa amat mencemburui kita. Segalanya kini sudah jauh berubah. Saya masih lagi merindui saat saya anak kecil dan penuh manja. Yang tidak terbeban dengan segala kepayahan dan kesulitan serta tanggungjawab. Saat saya masih lagi berada di dalam belaian emak dan ayah. Seingat saya, pulangnya ayah dari kerja menaiki motor honda 70, saya akan terus berlari bercerita tentang apa mainan saya, apa berlaku pada saya dan emak akan menceritakan apa perbuatan saya seharian. Saya juga hairan bagaimana ayah boleh mengetahui segala cerita tentang saya walhal emaklah yang memberitahu. Kecil betul pemikiran saya ketika itu. Seronok menjadi budak-budak.

Emaklah penasihat unggul saya di saat saya berduka lara seribu derita. Saat saya hampir jatuh dan tidak berdaya untuk bangun, emaklah penawar dan pendamping diri. Terngiang-ngiang ayat emak yang begitu tenang ketika pembedahan pertama saya saat menderita sakit appendiks di hospital kuala terengganu "Insya allah selamat. jika mati sekalipun, emak redha sahaja. Pi pun sama yer" Ayat yang saya inginkan buat kali terakhir saya nanti. Semoga emak dan ayah meredhai saya dunia dan akhirat. Saya tetap anak kecil buat anda berdua.

Raya baru-baru ini memang merupakan yang teristimewa buat kita semua. Insya allah kita bakal meraikan aidilfitri bersama-sama lagi. Semoga memori indah ini terpahat buat selamanya. Amin.

Selamat hari lahir buat Pn. Laily Mohamed. Kami di sini merindui dan menyayangimu.

17 comments:

The Pamiesz® said...

kamera yashica tu macam kamera yang diguna oleh tsukasa-kun dalam kamen rider decade. very the unique. rasa macam nak satu. heheheh.

anyway, sanah helwa makcik laily! makcik untung mempunyai anak yang baik, ensem serta menurun sifat kephotoghraperan makcik ni. patutla gambo yang dia pukul lawo2. ada keturunan ghopenye. hohoho.

pi aku dah puji ko banyak dah ni. mane adiah untuk aku plak. aku tak mintak yang mahal2. d90 jadi la. hahaha.

Anonymous said...

ahmad fariz berkata....
slamat ari lahir cikgu laily..terima kasih tidak terhingga kerna telah mendidik sy menjadi seorang insan yang berguna....

hajah zainab bt abdullah said...

Selamat Hari Lahir buat mama Lotfi..semoga panjang umur & sihat walafi'at.

mama syahdu baca entri ni...tergenang airmata baca rintihan seorang anak yang soleh buat bonda tercinta...

Lotfi ...anda anak yang sangat baik!

dzuraini said...

Selamat HAri Lahir Pn. Laily Mohamed.

Semoga Emak Lotfi sihat sejahtera sentiasa..

احمد نظيف بن اسحاق said...

Salam..

Moga mak ko sihat dan dimurahkan rezki..

Nazif

khaulah mujahidah said...

emm..teringat kt cg laily.

thanah helwah cg!
moga sentiasa dalam rahmatNya.

Marvic said...

Happy birthday Auntie Laily..

May Allah bless you with many great things throughout the years to come... :)

umiazuddin said...

Dirgahayu Puan Laily..

Semoga hidup Puan Laily sekeluarga diberkati Allah sentiasa. Amin.

VpeaceV

Anonymous said...

ahmad fariz berkata....
slamat ari lahir cikgu laily..terima kasih tidak terhingga kerna telah mendidik sy menjadi seorang insan yang berguna....

berguna ke fariz ni? mcm xbape kene je ayat last tu.hoho.. just kidding. selamat hr lahir cikgu...kerana mendidik sy, matapelajaran kemahiran hidup membuat saya mahir untuk hidup seadanya.. masih igt cikgu ajar sy buat ikan celup tepung utk jualan gerai PUM dulu.. sampai hr ni sy mempraktikkan ilmu tersebut. pengalaman dgn cikgu amt2 dihargai, dan di kenang...cikgu, sy nok jd student smula...tp xmboh exam... selamat hr lahir!!muge sentiasa drahmati dan panjang umur.. amin..
-Haji Kassim

rezeki said...

salam lutfi,

selamat hari lahir buat ibu, semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki dan menikmati kebahagian di dunia dan akhirat buat lutfi sekeluarga

joegrimjow said...

sweet
leting
;)


appy bestday makcik

wa-a said...

untuk cikgu laili,moga allah berkati umur cikgu.terima kasih untuk segala kesabaran cikgu handle kami berniaga dulu.

heh.

banyak songeh kan kami ni?

sayang cikgu byk2!..:))

Azura Shahrin said...

nunu?? congrats...

K Jas said...

Dahulu tak faham maksud doa 'Kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil dahulu', sekarang baru tahu perasaan itu, perasaan seorang ibu yang amat mengasihani anaknya bukan sewaktu kecil sahaja malah selagi ada hayat ... Selamat Hari Lahir untuk ibu Lotfi.

Uncle said...

Dear Lotfi.
Bagus sekali nukilan rasa Pi. Happy birthday makcik!

Anonymous said...

Sanah helwah Cg Laily.syahdu bace nukilan hati anak sulung kesayangan @ Ust Hj Lutfi, moga do'a dari anak yg soleh membahagiakan ibunya dunia dan akhirat.Jgn lupe tlg do'akan juga utk Pcik Ayub dan anak2 di sini.
Barakallah

aMe said...

p..bila sebut pasal penyakit apendix mu tu..teringat aku kali pertama aku makan pau daging kucing sebelum aku g lawat mu dulu..eh..mu makang gok kan pau tu aitu kan?..same-same la kite sejenis karnivor..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...