“Di saat semua orang mengusir dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika semua orang mendustakan aku, ia meyakini kejujuranku. Sewaktu semua orang menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta kekayaannya kepadaku.”
- Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib (570 -632)

ini orang, bila boleh cakap. Sangat meletihkan untuk melayan. Banyak cerita pasal kereta, kawan2 dia, dia punya mainan, dia punya kegiatan, PIBG, Futsal, ASB, KRU blablablabala.

'Mina' - selepas haji telah tamat.Semalam punya cerita, saya belajar satu subjek sejarah. Ya, semestinya kami belajar sejarah nabi Muhammad S.A.W. Cerita mengenai keturunannya, nasabnya, kelahiran, cerita mengenai pembedahan hatinya oleh Malaikat, cerita mengenai kisah penyusuan, cerita mengenai perniagaan yang diceburinya sehingga telah membawa ke Sham. Cerita mengenai terpikatnya seorang wanita bernama Khadijah terhadap Muhammad. Cerita mengenai risikan Khadijah. Cerita mengenai perkahwinan Muhammad dan Khadijah. Cerita mengenai wahyu pertama turun kepada Muhammad. Cerita mengenai di belakang seorang lelaki, pasti akan ada seorang perempuan. Sebagai penenang dan sebagai penyedap hati. Itulah cerita2 yang dilontarkan oleh Syeikh aku. Cerita yang membuatkan saya terfikir dan berfikir...
...
Isteri saya mungkin tidak secantik orang lain. Isteri saya mungkin tidak fasih berbahasa melayu seperti orang lain. Dia juga mungkin tidak memahami patah butir perkataan yang hari-hari saya lontarkan di dalam bahasa Terengganu 101. Dia kadang2 keliru dengan perangai saya yang hari ini oke, esok tak berapa oke. Dia juga pening dengan sikap saya yang hanya makan satu jenis lauk sahaja. Tapi yang pasti hari-hari mesti kena makan nasi. Isteri saya juga mungkin tidak begitu kuat untuk membawa kereta. Isteri saya ini juga pendidikannya tidaklah setinggi pendidikan yang telah anda kecapi. Isteri saya ini juga bukanlah tukang masak terbaik seperti tukang masak di felda d'saji atau asia restaurant.
Akan tetapi, ada satu perkara yang saya dapati pada dirinya yang saya sukar untuk luahkan di hadapannya. Perkara itu baru saya ingin ungkapkan di sini pada hari ini setelah beberapa tahun perkahwinan kami. Saya memerhatikan dan perhati kepada dia, saya tahu, itulah sifat paling teristimewa darinya buat saya. Sifat yang tak akan mengalihkan pandangan saya kepada perempuan lain. (walaupun saya kadang2 ada juga tengok pompuan lain). Sifat itu sama seperti apa yang terdapat pada Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Sifat yang telah mententeramkan hati seorang insan yang agung iaitu Muhammad S.A.W bilamana turunnya wahyu yang pertama.
Hakikatnya, seorang suami menginginkan isteri yang boleh menjadi penawar ketika saat kedukaan tiba. Ketika saat kronik melanda dirinya. Samada dari segi masalah kerjaya, kehidupan dan masalah-masalah lain yang bisa menggugurkan iman dari jiwa. Itulah kepentingan seorang isteri buat si suami. Sokongan itu amat diperlukan buat lonjakan diri dan daya kekuatan dalam menempuh hidup yang penuh cabaran dan dugaan. Sikap dan sifat itu terdapat pada isteri saya dalam mengendalikan perihal rumahtangga kami. Dia kadang2 boleh tahan juga garangnya. Tapi kadang2 dia adalah seorang yang sangat lembut dan romantik. Itu perkara yang telah menambat hati saya supaya tidak beristeri dua atau tiga atau empat buat masa sekarang.
Jika di dalam carta organisasi, suami adalah YDP dan isteri adalah timbalannya. Jangan bagi isteri jadi Yang Dipertua sudahlah.. Haru biru. :P
...
Isteri saya mungkin tidak secantik orang lain. Isteri saya mungkin tidak fasih berbahasa melayu seperti orang lain. Dia juga mungkin tidak memahami patah butir perkataan yang hari-hari saya lontarkan di dalam bahasa Terengganu 101. Dia kadang2 keliru dengan perangai saya yang hari ini oke, esok tak berapa oke. Dia juga pening dengan sikap saya yang hanya makan satu jenis lauk sahaja. Tapi yang pasti hari-hari mesti kena makan nasi. Isteri saya juga mungkin tidak begitu kuat untuk membawa kereta. Isteri saya ini juga pendidikannya tidaklah setinggi pendidikan yang telah anda kecapi. Isteri saya ini juga bukanlah tukang masak terbaik seperti tukang masak di felda d'saji atau asia restaurant.
Akan tetapi, ada satu perkara yang saya dapati pada dirinya yang saya sukar untuk luahkan di hadapannya. Perkara itu baru saya ingin ungkapkan di sini pada hari ini setelah beberapa tahun perkahwinan kami. Saya memerhatikan dan perhati kepada dia, saya tahu, itulah sifat paling teristimewa darinya buat saya. Sifat yang tak akan mengalihkan pandangan saya kepada perempuan lain. (
Hakikatnya, seorang suami menginginkan isteri yang boleh menjadi penawar ketika saat kedukaan tiba. Ketika saat kronik melanda dirinya. Samada dari segi masalah kerjaya, kehidupan dan masalah-masalah lain yang bisa menggugurkan iman dari jiwa. Itulah kepentingan seorang isteri buat si suami. Sokongan itu amat diperlukan buat lonjakan diri dan daya kekuatan dalam menempuh hidup yang penuh cabaran dan dugaan. Sikap dan sifat itu terdapat pada isteri saya dalam mengendalikan perihal rumahtangga kami. Dia kadang2 boleh tahan juga garangnya. Tapi kadang2 dia adalah seorang yang sangat lembut dan romantik. Itu perkara yang telah menambat hati saya supaya tidak beristeri dua atau tiga atau empat buat masa sekarang.
Jika di dalam carta organisasi, suami adalah YDP dan isteri adalah timbalannya. Jangan bagi isteri jadi Yang Dipertua sudahlah.. Haru biru. :P
p/s : tips utk adik2 yang bakal mendirikan rumahtangga. Kakak-kakak pon boleh ambik.

14 comments:
comel gila pakcik, tahniah tahniah. sonok najwa baca ni. tp, ni bodek ke ape? wakakakaka
sweet =)
semoga jodoh najwa n lutfi berpanjangan & bahagia dunia akhirat...amin~
q : haih hang neh. apa pulak bodek. ekhlass!
natrah : terima kasih. amin!!
Moga jodoh berpanjangan..
"buat masa sekarang" .. ?? hoho
-kazen-
weh.dasyat la waseem.cita sal PIBG. wakaka.
nway, najwa mmg best pon.;p
happy ever after korang dua!:p
*ust lutpi.tips ni amaaatt amat amat berguna ;p
ada kakak lebey tak?
timbalan sllu lagi banyak buat keje dari ydp...
mcm kazen tu ckp..."buat masa sekarang"....hahahha...ko ni kan lotpi...hancuss betol niat tu..wakakakaka
Perjalanan masih jauh lagi.....
SATU PUN DAH O.K!
Nak tambah silalah ikut prosidur. Tak salah (yang layak) cuma mungkin banyak datangkan masalah je... kan ustaz kan?
~fairlady~
tu kata2 rasulullah utk isterinya Khadijah op? petama kali saya jpe kata2 ni dalam rohiq makhtum meleleh air mata. Terharu, sunggahla kata2 ni menggambarkan bahawa Saidatina Khadijah cukup disayangi Rasulullah dan cukup dihargai...nk jd seperti tu jgk.
kakak najwa! mesti terharu bace nii.
kalau waseem bace pun mesti sayang lebih lebih kat maknye.
:)
tumpang, syukur unt 'waseem dpt ibu mcam k.najwa ^_^
Post a Comment