pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, December 29, 2009

rabea' outim


aku bekerja di Jeddah. Sebagai apa, biarlah rahsia. Kerja biasa-biasa aja. Setiap hari aku lalu lebuhraya Makkah-Jeddah. Balik pun Jeddah-Makkah. Dalam perjalanan, aku memerhatikan sekeliling. Aku tengok pokok, tengok gunung, tengok padang pasir, tengok badwi rotan unta, tengok kereta, tengok polis patrol, tengok stesen minyak, tengok cahaya langit, tengok awan, tengok burung, tengok kambing biri-biri, tengok meter minyak, tengok jalan tar, tengok pasir, tengok sherlock homes dan lain-lain. Hari-hari aku geram tengok cuaca yang cantik dan sangat cantiklah pendek kata.

Jadi bersempena dengan kehadiran musim sejuk dan best ini, aku nak ajak hangpa semua outing. Kita pi ambik gambar keadaan hijau dan cantik di sekitar kota makkah ini. Penyertaan free dan bawaklah family, makanan dan apa2 sahaja yang berkaitan. Nak tahu tempat dengan jelas, call or msg or email me. oke. Selamat ber outim.

6 comments:

iYda Juhar said...

huh???

jauhnye wesss.

nati second round buat la kat malaysia plakss yer. hee

:)

Uncle said...

Dear Lotfi.
Bila nak buat kat Jalan Cahaya 13? Uncle tunggu ni...

ZanariahMdzain said...

Dear en.lotfi...
saya nak tanye tips..kalo pakai lens 50mm/2.8, nak amik gambar dalam 4-5 org, cemana nak setting nak bagi org2 tu jadi sharp, x de yg blur...tqvm

ummuhaq said...

alohs... nak pegi mcm mn... mcm dekat je mesia dengan makkah...

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ankel n iyda : alamak. mana bleh buat malaysia. jauh sangat. hehehe. tapi tunggulah kalo ada rezeki saya sempat balik, kita jumpa n buat outing. hehehe

zanariah : utk ambik gambar sharp semua orang, tukar aperture kepada nombor yang lebih besar seperti f8 dan keatas. cuma kena balance dengan iso dan shutter speed takut gambar gelap nanti. selamat mencuba.

ZanariahMdzain said...

tqvm...akan mencoba weekend ni, I.Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...