pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, December 8, 2009

takut

black n white version.

kubri - fly over.

Pandangan dari tingkap rumah aku. - dahlah, makkah.

Macam mana nak mulakan ye?

... Alhamdulillah atas keselamatan dan kesihatan yang Allah berikan kepada kita. Atas nikmat dan udara yang masih dapat dihirup pada hari ini. Alhamdulillah. Syukur atas kesihatan dan kenikmatan yang Allah berikan pada kita. Alhamdulillah. Semoga nikmat ini tidak dikufuri dan digunakan dengan sebaiknya.

Sebentar tadi, aku bercakap telefon dengan makcik aku di Terengganu. Makcik yang baru terkena stroke menyebabkan percakapannya tidak seperti dulu. Aku berbicara, berbual seolah-olah dia masih sihat dan kuat seperti dahulu. Bertanyakan makan apa pagi ini, minum apa, dan cuba untuk menguatkan hatinya dengan melontarkan sejauh-jauh kebimbangan kepada sebuah 'kematian'.

Dia bercerita yang dia takut. Sangat takut. Baru-baru ini dihadiri mimpi makcik-makciknya (nenek saudara aku) yang telah lama meninggal datang berjumpa. Satu petanda. Satu alamat. Seperti mana nenek aku dahulu menjelang kematiannya. Menjelang malam, hatinya takut pada sesuatu. Namun tidak pasti apakah perkara itu. Dia sangat resah menanti hadirnya sebuah siang dalam dirinya. Siang yang mungkin tidak akan kekal berpanjangan. Memori kehidupannya kembali menerjah ruang minda. Sejarah kehidupan dirinya dan keluarganya. Kesemua itu datang berlegar-legar di fikiran. Bermain-main untuk menghitung amalan hidupnya. ya Allah. Aku kelu. Betapa kehidupan itu amat singkat dan amat pendek!

Setiap yang hidup pasti akan mati. Aku cuba untuk tidak menakutkan. Jangan bimbang pesan aku. Kematian sebenarnya adalah satu perkara yang menggembirakan. Kematian menghubungkan kita dengan satu daerah yang hampir. Kematian akan membawa kita berjumpa dengan kekasih idaman semua. Kekasih yang merupakan Pencipta kita. Yang meminjamkan ruh dan jasad kepada diri kita. Yang memiliki segala-galanya. Banyakkan istighfar. Cuba untuk memohon maaf kepada mereka yang masih ada. Halalkan makan dan minum. Allah masih menyayangi kita, memberikan kita alamat dan tanda untuk kesedaran. Jika pun mati, redha dan pasrah dengan menerima. Syaitan tika ini berbondong-bondong datang untuk mencelarukan fikiran kita. Bermati-matian mereka berusaha untuk menyelewengkan akal dan iman kita. Kuatkan hati, kuatkan iman, kuatkan tawakal. Kalahkan musuh itu untuk terus kita tetap kekal di dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

ya Allah. Tetapkanlah hati kami di dalam keadaan beriman kepadaMu. Tetapkanlah kami di jalan yang lurus. Di jalan yang diredhai olehMu ya Allah. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan muslimin serta muslimat semua. Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang dekat kepadaMu. Jauhkanlah api neraka dari diri kami ya Allah. Terimalah ibadat dan taubat yang telah kami lakukan dan jangan jadikan kami dari golongan yang sia-sia. Amin.

Isk. Aku sendiri naik seram sejuk memikirkan kematian yang bila-bila boleh datang. Kita tak tahu dari mana dia datang. Mungkin di dalam lena, mungkin ketika di dalam kenderaan, mungkin ketika sedang bershopping, mungkin ketika bergurau senda, mungkin ketika sedang mengambil gambar dan sebagainya lagi. Doa dan doa supaya Allah mengambil nyawa kita di dalam keadaan husnul Khatimah. Dalam keadaan aqidah yang selamat dan benar, dalam keadaan hati yang tetap serta di jalan yang lurus. Doalah wahai saudaraku sekalian. Aku berseru kepada anda supaya jangan terlalu leka dengan perkara dunia. Kita dinamakan insan kerana kita sering lalai dari peringatan. Kita sering sibuk kepada perkara yang sementara lalu meninggalkan perkara yang abadi dan kekal. Kerana itu peringatan sentiasa perlu ada di antara kita agar kita tidak selama-lamanya 'berasa sedap duduk' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud kedudukan yang stabil) dan mengabaikan segala nasihat serta amaran. Hati-hati terhadap sebuah kematian yang dijanjikan datang dengan mengejut!

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. DariNya kita datang, dan kepadaNyalah kita kembali. Jangan disangkakan umur 18,19,24,26,35 tahun anda lambat lagi mati. Mati tidak mengenal usia. Mati tidak menunggu umur 63 tahun. Mati sentiasa mengintai kita dari pelbagai sudut. Apabila tiba ajal dan tiba saat serta waktu, maka akan tercabutlah serta terpisahlah ruh dari jasad. Semoga ketika itu, kita berada di dalam iman kepada Allah.

Pesan buat adik-adik, janganlah berhutang, jagalah solatmu, jagalah amalanmu, jagalah hubunganmu dgn ibu bapa, saudara, serta rakan taulan. Jagalah akhlakmu serta pastikan kesahihan aqidahmu sebelum bertemu Allah. Sentiasa memohon taubat dari hasil kehidupanmu selama ini. ya Allah peliharakanlah adik-adikku ini dari azab dan seksamu ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa mereka. Amin.


9 comments:

Fida said...

thank you for this.

My Life said...

salam...

subhanallah.....

doakan semua yer

The Pamiesz® said...

kita hidup untuk mati.

maksudnya: hidupnya kita ni di dunia ini hanyalah sepenuhnya bagi menyediakan bekalan kita menghadapi mati.

syurga atau neraka tempat kita? tu semua rahmat Allah yang menentukan. tak payah amik tahu. kije kita? beribadah dan terus beribadah dan berdoa kepada-Nya agar kita termasuk dalam golongan yang dapat rahmat-Nya.

yang penting, kita sedor status diri kita sebagai hamba.. cuma HAMBA yang satu hari nanti akan pulang jua kepada TUANnya...

KurangBaik said...

Ya ALLAH, ingatkan kami, kami hanya seorang hamba...

Keep on sharing ;)

um. masyitah said...

Salam Ustaz
teringat sewaktu menjaga arwah nenek yang sakit dan sering menceritakan sesuatu yang sukar diterima akal.setelah kematiannya,barulah saya faham apa yang dikatakannya. Maha Suci Allah

radhiahsyahida said...

tazkirah yg baek!
thanx.
Allahumakhtim 'alyna bihusnil khatimah.ameen3

Uncle said...

Dear Lotfi.

Uncle suka baca tulisan Lotfi. Very relax and tak payah pening kepala...sangat "down to earth", straight to the point dan tak banyak berkias...I guess that's what people like to read....cerita pun tak berat....keep on writing....btw, gambar dari tingkap tu sangat menarik perhatian Uncle...apa jadi kalau dihitam-putihkan? Just curious...

azmietaha said...

INGAT 5 PERKARA, SEBELUM DATANGNYA 5 LAGI YANG MUNGKIN SEDIKIT SUKAR UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN!

SegiSega aka SegaSegi :) said...

Salam.

Really taching. Subhanallah. Semoga makcik saudara cepat2 sembuh. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...