hutang gambar mesti dibayar, hutang budi dibawa mati.
abstrak
yer. Minggu peperiksaan. Semalam saja-saja datang ppm, melawat teman-teman membaca buku. Kelihatan semua rajin menelaah kitab di malam peperiksaan. Saya pun pada mulanya bercadang untuk menelaah sama di situ. Tapi memandangkan kertas notes saya tertinggal di rumah, saya terpaksa balik jugalah (saya rajin membuat nota. Jangan tak tahu.) .
Internet pon amat membantu kami ketika musim2 peperiksaan ini. Antara bantuan yang diberikan adalah memperlahankan connectionnya. Jadi kami tidaklah berhadap sangat dengan monitor. Alternatifnya, mengadap kitab.
Banyak sangat nak cerita, sampai saya tak boleh nak taip apa-apa. Gambar pon tak boleh nak aplod sebab internet sedang menolong kami. Syukran internet di atas kelajuan yang tidak terhingga ini. Sampaikan tak tekan mouse lagi, windows dah keluar. Huh! Laju betul konnetsyennya. (*&^^#@!)
Di dalam berusaha, jangan lupa bertawakal. Rajin-rajinkan solat dan berharap kepada Allah. Jika kita sudah sedia malas bersolat sunat, ambil peluang di musim peperiksaan untuk memulakan berharap kepada Allah dan semoga ianya istiqamah hingga berterusan ke akhirnya. Insya allah.
Terima kasih kerana membaca entri ini dan terima kasih kerana doakan saya dan rakan-rakan yang sedang bermujahadah di sini. Dimaklumkan tarikh paling awal peperiksaan berakhir adalah pada 9 januari. Isnin. Itu adalah tarikh terakhir saya melihat kitab saya di universiti umm al qura. Jika dikehendaki Allah, berkehendakkan saya meneliti lagi kitabnya, pasti saya akan melihat lagi kitab dari ilmu agamanya dengan lebih lanjut di masa hadapan. Jika tidak diizinkanNya, maka saya akan pulang berjumpa anda di malaysia. Jemput datang rumah saya di kuala terengganu yer. Saya belanja makan pulut lepa (sejenis pulut yang berintikan ikan dan kelapa). Anda pula jangan lupa bawa kek coklat sebab saya asyik mengidam kek coklat sahaja kini. Mungkin saya hendak mempunyai anak perempuan. Bukankah banyak orang perempuan yang sebenarnya suka kek coklat? Kek coklat, dihiasi dengan coklat yang meleleh turun pula. Ohh!! Tak tahan..
Kek yang kak eni buat di malam majlis perpisahan ust abd rahman sangat sedap. Tapi katanya kak eni nak makan banyak-banyak datang umahlah pukul telur. kak eni, kesianlah telur itu jika dipukul dengan kuat. Dia pun mempunyai perasaan. Mungkin kita harus menukar cara dengan memujuk telur itu keluar dengan sendiri. Baru tidak dinamakan penderaan. Saya nak aplod gambar kek coklat kak eni, tapi internet selow maka tak bolehlah saya nak berkongsi dengan anda betapa sedapnya kek coklat yang kak eni buat. Terima kasih kak eni. Takperlah, saya makan kek coklat yang najwa buat pon boleh tahan jugak rasanya. Nazif pernah makan kan. Oit nazif.. Best tak kek coklat najwa buat?
Eh! tajuk kat atas apa ha? kek coklat ke musim peperiksaan?
Follow @USERNAME