mekasih pade yang komeng-mengomeng tu. Tapi blogspot ini telah peninglah.. asyik kuor yang sama jer. macam tak updet. ke komputer aku jer yang jadik gitu ha? menambah kemalasan utk apdet. tapi memandangkan tak kemana-mana, pagi yang hening ini aku bangun dan aku telah kacau nescafe lagi. ini bukan keluaran nestle ni, ini nescafe datang dari thailand. Sahabat aku pok Li Lau bawak dari Bangkok. hadiah besday katanya. hadiah besday kasi sepaket nescafe? haha.. bolehlah. Tanda ingatan itu penting. Nilai persahabatan terletak di situ. Bukan terletak pada sepaket nescafe siam itu. Dahlah tulis bahasa siam. Aku mana tahu baca tulisan siam. Ada 34 ekor huruf katanya mad cenok. Lahjah (dialek) lagilah banyak. Oh! sebut pasal mad cenok, partner in crime aku, dia rembat mumtaz (excellent) terus utk exam kali ni. Aku ni jayyid jiddan jer. Bangga aku ada partner macam hang ni mad. (mad takkan baca blog aku sebab dia orang cenok, thailand. suruh online ym pon kadang2 jer keluar rupe dia).
berbalik pada situasi nescafe itu tadi, macam nescafe rasanya. Bukan tapi macam tapi sedap. Apa yang aku perhatikan, masyarakat patani atau thailand, mempunyai satu daya lonjakan diri untuk meneruskan hidup dan sama sekali agak berbeza dari kebanyakan kita termasuk akulah. Kita sentiasa berada di 'zon selesa'. Mereka tidak. Mereka mengusahakan pelbagai perkara demi untuk mengecapi kemajuan dan kekayaan. Mereka tidak malu. Berani. Di Makkah sendiri, mereka mengusahakan pelbagai perniagaan. Dari menjahit kopiah, baju thobe, pakaian pengantin, jual laksam, jual nasi kerabu dan catering serta sebagainya. Itu tanda mereka amat berdaya saing. Satu kelebihan buat diorang.
Kalo hangpa boleh cakap pelet (bukak sendiri kamus, pelet tu apadia) patani, lagilah kamceng dengan diorang. Jangan tak tahu, aku boleh sedikit sebanyak sembang bunyi patani. Antara perkataan yang aku dapat hasil pertembungan budaya di sini ialah :
apekobar = apa khabar
geno = macam mana
keysit = makan nasi
tepung = kuih
buoh kayu = buah-buahan
pat brapo = tanggal berapa
bek ni / tu = macam ini / itu
fuok2 = puak2
pelite = lampu
tujin = peti ais
dan banyak lagi. mana nak ingat semua time nih. time sembang nanti bleh ar kuar sedikit sebanyak. menarik kan? nak buat macamana, major aku study kontradiksi linguistik. Ada gak pekdahnya. orang patani juga kebanyakan tak boleh menyebut huruf 'j' dan 'c'. ini disebabkan di dalam bahasa siam tak kedapatan huruf2 itu. bayangkan betapa sakitnya perut kami mendengar pok Li Lau nyanyi rangkap lagu ini.
"mana janji- janji mu dulu.." yang bertukar menjadi "mana yanyi-yanyi mu dulu..". Mad cenok pernah cakap kat aku, dia nak beli komputer jenama eker (baca air :in english + ker). korang tahu jenama apa? acer. kekeke... Nak belajar masak? belajarlah dari diorang. tomyam? tomkha? patpet? poktek? kinkau (makan nasi)? namplau (air masak)? hahaha.. memang kaw2 punya! Itu jer kot pasal orang patani kali neh. Kredit utk diorang kerana aku pernah hidup di khansa', makkah yang merupakan kawasan orang patani dan dikelilingi masyarakat patani. seb baik waseem takleh cakap lagi. kalo tak, kemungkinan besar bunyi pelet siam. kakakaka.
...
sambungan kisah entri semalam. sebenarnya novel tu dah siap. cuma dalam kepala hotak. tak tahu bila boleh taip dan print dalam bentuk material. sapa nak beli, meh jumpa aku, korang bayar duit, aku citer..kekeke.. Idea untuk buat novel ini sebenarnya terbit selepas extreme sangat baca novel ramlee awang murshid. Jangan tak tahu aku peminat setia beliau walaupun aku ketinggalan banyak novel best2. Makkah mana ada novel melayu. orang malaysia pulak takde yang berminat nak post kan pada kami di sini. huk huk huk. Cerita pasal novel, buku cerita dan sebagainya. Minat membaca yang sedikit ini telah dipupuk oleh mak dan ayah. Nasib baik diorang pupuk jugak sedikit sebanyak. Jika tidak, mungkin buta huruf. Seingat aku, aku pernah baca novel2 berat seperti karya a samad said, hamka, arenawati, pak sako, shahnon ahmad dan juga faisal tehrani. Memang berat untuk mengkhayalkan situasi dan menggarapkan pemahaman. Karya yang paling aku suka ialah hamka. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Memang meruntun hati dan menarik minat untuk menjiwainya. Ia adalah ibarat satu karya yang agung dan permata buat para pecinta seni penulisan. Banyak karya HAMKA yang memberi kesan hasil penulisan yang begitu gigih di dalam memperjuangkan agama Allah. Aku menangis bila membaca karyanya yang mengisahkan Nabi Muhammad berdakwah ke Taif. Cara beliau menggambarkan suasana amat hidup dan senang untuk dibayangi. Juga perihal tafsir al azhar tulisan beliau yang mengupas alQuran begitu dekat dengan kehidupan seharian kita. Cubalah anda renungi dan bacalah novel2 yang bermutu. Ini duk baca novel cinta-cinti. Adoi.. Tak menjadi masalah. Kita kan suka membaca apa yang senang kita khayalkan. Sebab apa kita suka membaca novel cinta? kerana kita dilamun cinta mungkin, seterusnya kita membaca dan boleh mengkhayalkan watak-watak yang timbul dari novel dengan bebas. Kita boleh bayangkan muka si hero dengan sekacaknya, kita boleh bayangkan muka si heroin dengan penuh kejelitaan dan mantap, persekitaran dan keadaan yang sangat bebas kita fikirkan membuatkan kita terpaku kepada keajaiban novel dalam hadir di benak pemikiran. Cumanya perlu ada garis panduan supaya kita tidak lari dari landasan. Jangan terlalu hidup di alam fantasi nan indah. Dunia hari ini tidak menjanjikan keindahan seperti yang tertulis dalam novel cinta. kalau nak tahu, aku pernah baca budak setan dan banyak lagi karya ahadiat akashah, novel yang tebal tu, apa ntah nama dia, fantasia bulan madu? eh, bulan sabit? ntah.. dah lupa. tapi tebal yang amat. aku pinjam dari asrul. novel cinta dan cinti dan cintun dan banyak lagi novel2 karya bekas penulis majalah gila-gila dari syarikat creative enterprise. Novel 'Jibam' hangpa dah baca? Kisah masyarakat yang amat lucu dan sakit otak kanan bila baca. Termasuklah karya yang amat diminati oleh pelajar2 masa kini iaitu bila cinta bertasbih yang mirip dengan ayat2 cinta.Cinta madinah pun aku baca.
asalnya aku nak sambung cerita aku yang semalam jer, tapi dah meleret ke kisah novel. ajaib kan otak aku? boleh meleret-leret sehingga keluar dari topik. oh.. betapa berharganya akal ini.
Tapi aku takmo sambung sebab aku tak semangat. Jika ada komen melebihi 40 orang yang membuat permintaan, baru aku sambung. tak aci guna anonymous serta tidak berlink. hahaha. sajer nak buat istibyan @ survey.
...
perihal najwa. Dia seorang insan yang paling bertuah kerana mendapat suami macam aku. Jarang nak cari laki tulis pasal bini dalam blog. Rata-rata penulis adalah pompuan dan selalu puji suami diorang. Jeles aku. Takdak bini aku nak puji aku dalam blog macam orang lain. Dia ada blog. Tapi ntah hapa-hapa. Penuh dengan masakan dan penulisan amiah yang aku tak paham. Tapi konpem takdak puji aku. Takleh kasilah, privacy. huh!
Dilahirkan di mustashfa wiladah, Jarwal, Makkah pada tahun 1988. Bulan april. 29 haribulan. Anak kelima dari 7 orang adik beradik dan satu-satunya anak perempuan. Berpendidikan sehingga tamat sekolah menengah dan berkelulusan dari aliran sains dan matematik. Tapi dalam bahasa arab. Apa ingat tak pening belajar biologi dalam bahasa arab? Dalam bahasa melayu pun aku tak pass.. Kami sangat kontradiksi. Dia minat sains dan aku minat sastera. Dia makan makanan arab + barat, aku makan nasi dan budu. Dia boleh cakap arab amiah, aku boleh cakap terengganu pekat. Dia suka tengok mbc 4, aku suka tengok tibi satu. waseem suka mbc 3.
Persamaan pun banyak jugak ekceli. Aku makan nasi suap ikut mulut, dia pun sama. Aku jalan guna kaki, dia pun sama. Aku minat seni fotografi, dia minat lukis. Aku suka dengar lagu ahmad ala dan yara, dia pun sama. aku suka tidur, dia pun sama. aku suka membazirkan duit, dia pun sama. aku ada anak nama waseem, dia pun sama ada anak nama waseem. Aku suka keropok lekor, dia pun sama. Itulah orang panggil chemistry kot? hahaha..
...
soalan susah nak jawab : kalo orang sebut gini dalam msg ker,ym ker, dlam shoutbox ker, kita nak jawab apa ek?
salam.
apa jawapan dia? waalaikummussalam ker? atau salam kembali? atau apa saja sebab aku tak tahu nak jawab macamaner.