
Antara simbolik gambar ini dan kisah yang nak aku ceritakan berkaitan. Jika anda lihat gambar di dalam blog, semua cantik-cantik, bersih, kemas dan smooth. Tapi jika anda melihat di sebalik blog yang dihasilkan, terpancar segala keserabutan, debu, pecah rumah, gangster dan sebagainya. Lihat saja gambar ini. Itu medan kerja aku.
Miserable bukan? Ke apa bahasa melayu cakap? tidak keruan? maklum saja bahasa ibunda aku
english. Sebab tu aku sokong sains dan math dalam
english. Apa-apalah.
Kisah yang akan aku ceritakan sebentar lagi adalah kisah benar dan takdak tipu2. Pengalaman sendiri..
Buat pengetahuan semua, kekasih aku, si najwa ada sedikit sakit orang pompuan. Jadinya kami berulang-alik ke hospital untuk sedikit rawatan peribadi bersama doktor mesir. Maklum sajalah jika ke hospital ongkosnya boleh tahan juga untuk stok sebulan barang dapur. Lebih-lebih lagi kami tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak. Terpaksa menapak dalam 700 m untuk mendapatkan teksi atau apa sahaja kenderaan.
Setelah aku, seorang yang tidak pandai membuat belanjawan, berbelanja sesuka hati, akhirnya kami mempunyai masalah
cash outflow. Duit simpanan di tangan hanya ada SR200. Semalam, mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan bagi najwa sebanyak SR160. Tambang SR20. Baki? SR20...
Aku macam sedikit bingung. Ke mana pergi duit aku selama nih? Aku ada sorok kat mana-mana ker? Sambil dalam perjalanan ke klinik, aku diam dan berfikir seribu bahasa. Aku taknak ceritalah kat korang yang najwa pujuk aku, sabarlah bang, duit tu masalah kecik, yang penting kita dapat hidup sama-sama. Satgi korang kata najwa berakal lebih dari aku pulak.
Kami sampai ke
Mustausof (Polyclinic)
al-Badr yang terletak di
Syari' Hajj. Aku biarkan najwa naik ke tingkat atas kerana dia sudah membuat temujanji bersama si doktor untuk mendapatkan rawatan, sedangkan aku berkejaran ke
sarraf (ATM) berdekatan untuk cuba mendapatkan status
scholarship aku yang berkemungkinan masih lagi ada kemasukan.
Aku dan waseem berjalan beriringan berpegangan tangan melintas jalan menuju ke mesin yang berdekatan. Aku bisikkan pada waseem yang kita sedang alami masalah kewangan, harap waseem sabar ye sayang. Waseem jawab :
"
kukku, kukku.." sambil tunjuk ke arah bola di tepi jalan. Paham tu kot.
Baki wang simpanan bank
arRajhi aku bernilai SR56.70. Bermakna, aku sudah tidak mempunyai sebarang biasiswa memandangkan aku sudah tamat pengajian di Saudi. Hmm.. Macam tak best jer part nih. Aku berjalan pulang ke klinik sambil mendukung si waseem dengan keadaan agak kecewa.
Seribu penyesalan bersarang di jiwa. Kenapa aku terlalu boros selama ini? kenapa aku tidak mempunyai sebarang simpanan di tangan untuk perkara-perkara kecemasan? kenapa dan kenapa? Sedikit kekalutan menyelebungi fikiran dan aku sedikit terguris!
Aku menunggu najwa di tangga bawah klinik kerana malas nak dukung waseem naik atas. Aku bulatkan tekad, memohon kepada Pencipta, mengadu kepadaNya walau dengan keadaan berdiri dan tekanan perasaan. Aku yakin, Allah Maha Mendengar dan Dia sentiasa memerhatikan pergerakan hambaNya. Aku yakin dan aku yakin..
Tepat kelibat najwa menuruni anak tangga, aku mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Ni nombor pejabat atau nombor rumah. Bukan nombor telefon tangan. Aku pantas mengangkat. Si penelepon adalah Abdul Rashid alFatoni, rakan sejawat aku yang bekerja dengan
Hajj Research Institute. Antara pengkhabaran yang membuatkan aku tersenyum sendiri adalah gaji anda bekerja akan masuk sabtu ini!
Alhamdulillah. Tersenyum aku sendirian sebelum pengkhabaran itu dimaklumkan pada najwa. Syukur alhamdulillah..
Satu lagi masalah yang menimpa, najwa terpaksa datang balik pada hari jumaat (esok) untuk mendapatkan lagi rawatan sakit puan. Itu bermakna aku perlu sediakan lagi Sr200 sekurang-kurangnya. Mana nak cekau?
Aku pun mula terfikir mak. Ini dah terpaksa dapatkan suntikan kewangan. Lalu mesej berharga 50 sen dihantar ke kampung buat modal ingin bantuan. Mak terus telefon, secara ringkasnya cakap:
"memang Pi sangat bertuah. Ada orang bagi duit pada Pi. Macam tahu-tahu jer orang bagi duit, terus mintak ni."Lebih kurang macam tulah ayat mak aku. Aku tanya siapa. Mak jawab :
"Pn. Maznah, kawan ayah. Dia bagi SR 2k untuk Pi dan keluarga."Aku saangat kelu. Sayangnya Allah pada hambaNya..
ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شئ قدرا
surah at talaaq : 2-3.
"And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out, And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion."