pukul 12.25 AM! Aku dan Abdul Rahman So budak dari Sri Leon keluar dari bilik temuduga. Apa cerita ni. Kami datang dari pukul 6.30 pm sehingga pukul 12.25 am baru kami keluar.
Itu antara muqaddimah cerita aku hari ini. Nak baca ker? tak baca pon tak apa. Aku nak menaip jugak. Buat kenang-kenangan di masa tua. Kisah klasik di masa depan. Mad cenok seperti biasa, rakus menelefon aku sejurus keputusan peperiksaan bertulis untuk 'high diploma' keluar. 'Diploma tinggi' atau high diploma merujuk kepada pengajian sambungan kepada para lepasan ijazah di Umm AlQura. Malaysia ada ker? Ntahlah.
"mung
najah!" (awak berjaya!).
Alhamdulillah.. Sebelum daripada mad cenok telefon,
hafiz ada juga telefon aku menyatakan khabar bahawa result sudah keluar. Aku bergegas menghadap pc dan mencari senarai nama aku di internet. Tertera nombor
72. Aku baca lagi sekali. Memang nama aku! Alhamdulillah..
Antara 400 orang pelajar yang mengambil exam bersama, aku termasuk ke dalam golongan 85 orang yang berjaya untuk panggilan temuduga hari ini. Benar, aku langsung tidak membaca. Bukan nak kata aku ni bijak atau hebat sangat. Tidak sekali-kali! Perkara pertama, aku nak balik Malaysia. Langsung aku tak peduli untuk mengambil peperiksaan ini. Kedua, aku tahu tahap ilmu aku macam mana. Tak layak. Ketiga, Dah aku tak baca buku, macam manalah nak berjaya. Cuma hari terakhir sebelum peperiksaan, ada aku ceritakan sebelum ini, aku hanya menghafal satu
hadis (sayings of the prophet) yang mana akhirnya hadis itu keluar. Alhamdulillah. Keempat, mereka yang memasuki dewan peperiksaan bertulis bersama-sama aku, kesemuanya mempunyai wajah bakal-bakal mufti dan ulama. Aku? hangpa kenal aku macam mana.
Tetapi
taqdir (destiny) Allah yang menentukan segala-galanya.
Berbalik kepada mad cenok, sejurus nama keluar, mad cenok berpesan supaya lebihkan lagi bacaan. Baca banyak lagi. Bab sejarah Islam, bab Ulum Quran, Hadis, I'rab dan pelbagai. Aku jawab :
"yer, baiklah."
Tapi aku langsung tak baca kecuali aku membaca apa yang aku seronok baca seperti sejarah sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan sedikit tafsir AlQuran.
Hari ini, kami bersama-sama pergi untuk temuduga yang dipanggil
ikhtibar syafawi. Mereka-mereka yang mengaji sekolah agama, tahulah perasaannya bagaimana bila hendak memasuki bilik peperiksaan. Anda akan ditanya face to face dan tak boleh meniru.
Kami bertolak awal kerana dijadualkan akan bermula selepas maghrib. Aku, makan pon tak sempat. Terima kasih kepada hafiz kerana banyak menolong aku. Pergi hantar, lepas tu tolong bawak najwa dan waseem jalan2. Terima kasih banyak-banyak.
Sesampainya di universiti, kelihatan sekelompok pelajar Saudi yang telah berada lebih awal di situ. Kami meneruskan langkah dan menghampiri mereka. Peperiksaan telah bermula. Mereka memanggil 8 orang sekaligus untuk ditemuduga oleh 4 orang pemeriksa.
Aku yang pada mulanya berasa biasa-biasa sudah mula cuak. Aku rasa menyesal sebab tak baca buku sungguh2. Tepi kiri kanan aku dah start ulang hafalan mereka dari pelbagai masalah. Nama2 kitab dan sebagainya permasalahan agama kerana kami tidak diberi silibus. Hanya berpandukan pengetahuan kami.
Setiap kelompok mengambil masa selama 1 jam. Mad cenok terpanggil antara golongan terawal. Sejurus sahaja keluar, kelihatan muka mad cenok agak tak jernih. Kenapa?
susah. Memang susah. Antara jawapan yang lagi membuatkan jantung aku tiba-tiba lari ke tengkuk. Wargh. Kenapa nih. Kenapa nih? Aku cuba bertenang dan duduk di atas kerusi serta membaca surah alMulk. Lalu . .
Aku tidur!
Bangun-bangun nama aku sudah dipanggil. Kelam kabut berlari masuk ke bilik temuduga.
Kami berlapan diperintahkan masuk mengikut turutan nombor. Aku keempat akhir. Arab-arab yang sekeliling 2,3 kali tanya aku. Hang datang exam ke nih? Apa? ingat muka aku ni tak layak masuk periksa ker? Tapi memang diakui, aku antara yang termuda menghadiri peperiksaan. Kebanyakan daripada mereka berumur antara 30-45 tahun.
Memasuki bilik temuduga, kami sekali lagi diperintahkan duduk di atas kerusi menghadap pemeriksa. 3 orang pemeriksa berwajah kuyu (pukul 12.02 am) memandang kami dengan pandangan yang paling bengis pernah aku lihat. Cuma mereka mengendurkan suasana dengan bertanyakan nama dan asal negara.
"
Malizi enta?" (Malaysian engko?)
Aku ingat nak jawab : "tak, german." Tapi takut aku keluar awal sangat. So aku jawab,
"
naam, ana malizi." (yer, saya malaysian)
"
Kam umruk?" (berapa umur awak?)
"26 tahun."
"
Masya allah. Syakluka sogheer" (masya allah. nampak muda.)
"
syukran." (ni interview apa ni?)
Kemudian peng'interview'an bermula. Soalan pertama ditanya kepada orang mula-mula tentang bacaan Quran. Baca apa yang termudah olehmu dari ayat Quran. Sebelum tu dia tanya dulu, berapa juzuk hafal quran? sebelum aku, kesemuanya hafal quran 30
juzuk (part). Huh!
Sampai giliran aku, dia tanya berapa juzuk hafal? Aku jawab 30, tapi tak ingat semua.
Depa gelak. Takper, baca apa yang kamu ingat.
Owh.. aku pun rembatlah baca apa yang senang. Aku hentam surah
alKahfi. Adalah dalam 3 ayat, dia suruh berhenti. Cukup katanya. Sedap sangat kot aku baca? hahaha
Kemudian giliran diteruskan sehingga kepada yang terakhir dan kembali kepada yang awal. Soalan seterusnya adalah berkenaan pengertian hadis, masalah hadis, nama-nama kitab, kitab tafsir yang dipelopori oleh mu'tazilah, assyairah dan salafy, permasalahan Qias, permasalahan sufi dan sebagainya lagi sehingga habis masa 25 minit. Eh, 25 minit jer tanya soalan?
Alhamdulillah, jawabku lega. Kami keluar dari dewan dengan perasaan yang tak berdebar. Pulang sehingga akan diberitakan keputusan kami. Aku taklah mengharap sangat kerana aku sedar kudrat aku bagaimana. Tetapi kesemuanya adalah ketentuan Allah. Dalam kita merancang, Allah juga mempunyai perancangan buat kita. Sebaiknya adukan perancangan kita kepada Allah agar Dia akan mengaturkan yang terbaik buat kita.. insya allah.
salam hormat dari saya.
-Lutfi Lokman, Umm AlQura.