Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

Tuesday, June 30, 2009

l tengok orang lain buat garis macam ini l aku pun buat jugak l nampak cool juga l amacam? l



memakai kasut sendiri.


baru pulang dari masjidilharam. Apa ntah aku nak cerita..

...

..

Monday, June 29, 2009

Abdul Bari Fawaz (Madinah)











ini semua kat atas adalah gambar Abdul bari bin fawaz yang baru diperanakkan 3 minggu yang lalu. Dia ada datang ziarah waseem semalam. Comel dan sangat kiut!~ Dia juga seorang yang pendiam sebab ummi dia cakap, sepanjang perjalanan dari Madinah ke Makkah, dia hanya diam dan tidor sahaja. Memang orang Madinah ini diam-diamlah sikapnya. Tapi tak macam bapak dia. Ada sedikit kontra. Kakakakaka..

Semalam punya cerita, kami ke Masjidilharam lagi. Najwa buat umrah. Aku kena jaga si kecik ini. Sikap waseem sudah berubah semenjak dua menjak ini. Dia semakin agresif. Sudah tidak pendiam seperti dulu. Baru 2 hari kami sedar sikapnya itu. Mungkin sebab dia dikelilingi oleh baby2 kecil menyebabkan dia terasa dirinya sudah dewasa. Bermula dengan baby Amer, anak ust Radhi n Kak Sal, bertemu baby Ahmad, anak A'sad dan Yusra serta akhir sekali bertemu dengan Abdul Bari anak Fawaz dan dr. Izzah. Terus menjadi lasak dan tak 'makan saman' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud tak dengar cakap).

Semalam juga waseem tolong abg Bangladesh di dalam masjidilharam menggulung karpet getah laluan pejalan kaki yang merentang antara pintu Malik Abd Aziz dan Pintu Ajyad. 2 karpet terus dia gulung. Semua orang berhenti dan gelak-gelak tengok waseem. Aku duduk jauh-jauh jer perhati. Segan pun ada, bangga pun ada, malu pun ada. Semua ada. Serius ramai orang kerumun tengok budak kecik ni gulung karpet. Last sekali, dia berhenti sebab lenguh gulung karpet dengan tangan. hehehe. Arab ada 2,3 orang yang tepuk tangan. Awek Turkey dah cubit2 pipi dia. Cis. Jeles betul aku. Kalau aku gulung karpet macam waseem tu, agak2 ada tak awek arab ke melayu ke nak cubit pipi aku ha?

Semalam juga waseem dapat salam dengan imam masjidilharam yang selalu masuk melalui pintu Ajyad. Aku tak tahu apa nama imam tu. Nanti aku siasat apa nama dia. Baru salam dengan imam dah rasa bangga. Apa lah waseem nih. Siap cium tangan imam.

Kemudian sekali, kami menuju ke rumah Ust. Mad Mahmud, yang terletak di Ajyad Musofi. Beliau ada buat sedikit jamuan makan utk meraikan kepulangan ust. Radhi dan Kak Sal ke Malaysia. Letih kami mendaki bukit terubat apabila melahap kari ikan, ketam goreng, udang, daging goreng dan ayam. Lengkap. Fuh. Kenyang jer, turun dan balik rumah terus tidur.

Alhamdulillah. Pulang ke Malaysia? Apa tuh? Sejenis kuih baru ker? Sedap tak?

Saturday, June 27, 2009

Hariz

ini hariz. Belognya di sini. Budak jurusan Medic di University Jordan. Apa ntah nama universiti itu. Aku bukan ambik kisah sangat. - Kudu Aziziyyah, Makkah.

Jalan menuju ke Arafah. Sekali tengok macam aku cilok dari gambar orang lain.

Tapi ini buktinya aku yang ambik.

Macam duk kat Oversea kan? huh. Model pon... bolehlah buat sementara waktu.

Dia juga kaki photographer. Lihat saja cara dia jelajah dunia di flickr dan belognya. Cantik dan penuh seni gambarnya. Salah satu gambar aku yang dia ambik dah jadi avatar untuk aku puya fesbuk.

sedang shooting masjidilharam dan perkara sekitarnya.

cuma dia agak gagal mengshoot model ini. Susah sangat nak shoot.

Apa kesalahan yang dia buat?

potret bertajuk 'father and son'. Oh. najwa nampak macam senyum-senyum sumbing.

Hariz dan waseem bergambar di tepi masjidilharam pintu 1, Malik Abd Aziz gate. Hariz memakai kain pelekat di dalam jubah menggambarkan dia seorang jemaah Malaysia.


Ulama pastinya lebih senang untuk bertemu dan berdamping dengan golongan ulama. Ustaz-ustaz lebih senang berjumpa dan bertemu rakan dari sejenis golongannya. Bebudak nakal juga pasti sangat terbuka untuk berkawan dengan rakan yang sekepala dengannya juga. Begitu juga photographer tentu senang dan seronok berjumpa dengan rakan sealirannya juga. Hariz ni aku kenal melalui belog sahaja. Tak lama pon tempoh perkenalan kami terus dia datang umrah. Tak sempat aku nak siasat pasal dia. Datang umrah menaiki bas selama lebih kurang 24 jam dari Jordan. Aku pun bawaklah jalan2 sekitar tempat biasa dan mengambil gambar.

Ohh.. Beberapa hari kebelakangan ini agak sibuk dan celaru. Balik sudah dikensel pada 25 jun. 27 jun juga dikensel dan akan ditangguhkan kepada tarikh yang tertentu. Julai mungkin. Wallahualam. Nikmati gambar dulu. Banyak lagi cerita. Rehat dulu. Belog ini baru sihat dari demam influenza yang melanda.

"mana waseem?"

siri bercakap dengan belog

testing wan tu tri. lu apapasal tak bagi gua updet belog? mau gaduh ka? sengsara hidup ini.

-siri bercakap dengan belog.

Sunday, June 21, 2009

soalan sukar

najwa tanya aku :

"Macam mana nak sebut nombor nih?" sambil dia menulis angka2 terbabit di atas sehelai kertas.



2,000,000,000,000.00



...


..

aku mencongak


sa

puluh

ratus

ribu

puluh ribu

ratus ribu

juta

puluh juta

ratus juta

bilion

puluh bilion

ratus bilion

trilion

...

..


aku jawab :

"kepala haliang"

_______________________

bahasa terengganu 101 yang bermaksud budak2 nakal.

Saturday, June 20, 2009

isti3jal

tahu apa makna isti'jal @ isti3jal ? isti'jal memberi maksud gopoh. gelojoh. nak cepat. gaduh (bahasa terengganu 101 yang memberi makna gopoh). nok derah (lagi bahasa terengganu 101 yang memberi maksud ingin cepat) dan sewaktu dengannya.

Setiap perkara yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan tenang dan jangan kelam kabut. Juga jangan terlalu gopoh dan terlalu cepat untuk mencapai matlamat atau destinasi.

PC yang aku gunakan ini mungkin merupakan hari terakhir akan berada denganku di sini. Dia akan pulang bersama si Rashid ke Malaysia memandangkan PC ni pun bukan aku yang punya. Jadinya rasa tidak manis aku selalu nak updet jika tidak ada PC lain di sisi. Mungkin aku lebih tumpukan banyak masa terhadap perkara2 lain dari mengupdet gambar dan belog. Harap maklum dan jangan bersikap isti3jal yer. Ah! Perubahan drastik juga boleh termasuk di dalam makna bagi perkataan tersebut.

Baru2 ini pun, aku membuat perkara itu. Terlalu gopoh dan terlalu cepat membuat penilaian. Terima kasih di atas doa dan pengharapan yang kalian berikan kepadaku. Allah itu Maha Pendengar. Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Terima kasih kerana sudi membaca coretan usang di bawah2 ini. Kata-kata anda amat bermakna buat aku selaku penulis coretan2 di bawah. Aku percaya, keajaiban sentiasa menyelubungi kita walau di mana kita berada. Salam hormat dari saya kerana waseem sudah bangun.

-Boleh menonton 'Shaun The Sheep' lagi selepas ini. (paham ka?)

Friday, June 19, 2009

luahan















haih..da nak balik da kawan aku ni sorang..eh saloh,3 orang..wakaka

3 taun lebey,duk ngan lotpi n family..n sedar x sedar da nak 4 taun aku ada kat tanah suci mekah ni..banyak kenangan pait ke kelat ke manis ke masin ke pedas ke..pendek kata ada blake..dari amatur pakai pns,sikalang sudah pakai dslr maa...wakakaka..

setelah baca sari berita penting di blog lotpi,yg mana mengatakan dye xde rezeki nak sambung master di ummul qura..aku cam kejut gok la posen..doh la dalam keadaan mamai baru bangun tdo..terlintas dalam ati aku,pasni aku nok lepak ngan sape..lotpi aku da anggap cam family aku sndri..ye ah,sepanjang aku duk sini,dye yg paling rapat ngan aku..papehal aku cari dye..kehulu kehilir pun ngan dye gok..

aku pernah la dengar orang sebut2 sebelom ni..manusia ni dok berapa nok menghargai ape yg dia ada sehinggakan dye kehilangan menda tu..aku wase2 btol ah..kalau aku kata aku sedey sebab dyeorg kene balik,kang kene kutuk plok ke lotpi..wakakaka...dakpe ah pi,mu nok kutuk pun kutuk la..aku dok kisoh pun..tapi sedey ni mikir sek mu nok balik..pasni sape nok ajok aku gi tabung haji?sape nok ajok aku gi asia?sape nok ajok gi haram?sape nok ajok aku makan bila lapor?sape nok tepon aku tiba2 n kata "siap ah,aku ada bawoh doh ni"...

dari wassem xdop lagi,sampai wassem kuor,sampai wassem umur 2 taun lebey..aku tgk budak ni membesar..haih,cepat nyer masa berlalu..dlu aku dukung dye wat umrah masa kecik,n last skali bape bulan lepas aku dukung dye lagi..beza dye berat ngan ringan jela..hahaha..

x dinafikan,org yg paling rapat ngan kita adalah family kita..n bagi yg da kawen,isteri la yg paling rapat..tapi bg yg bujang tapi berpunya cam aku ni,kawan la antara aku paling hargai..n sepanjang aku duk sini,lotpi,najwa n wassem la org paling rapat ngan aku..dari aku x minat lansung bab camera,sampai la skrg ni aku da ada camera cap ayam sndri..mmg btol kawan memberi pengaruh besar dalam hidup seseorang tu..bila dalam keadaan camni,kenangan selama aku duk ngan lotpi,najwa n wassem silih berganti..(fuhh,cam ayat novel doh sket2 ni..wakaka)...xkan aku nak citer semua kang?gile ke ape..tapi antara yg aku akan ingt,lotpi kadang2 msg aku bila dye nok makan..nampak simple..tapi bila msg tu n pelawaan tu sampai masa tgh malam,which is masa2 aku tgh lapo tu..ish,terharu la gua cakap..tersentuh jugak la jiwa kental aku ni..wakakaka...siyes,aku idup pun baru setaun jagung..xbnyk pengalaman..tapi setakat aku hidup,aku bley kira ngan jari bape org kawan yg sanggup sama2 susah ngan aku...xramai..n lotpi,najwa n wassem antara orang2 tu..

n notes ni pun aku tulis,sebab aku xde ruang blog cam lotpi nk dedicate ucapan2 camni..n aku pun bukan pandai mengolah bahasa pun..plus aku ni jenis liat membaca..lagi la haru..

so,dikesempatan ini (cam nk wat dedikasi hari raya la plak..wakaka) aku nk ucap

ribuan tima kasih n jutaan pengharagaan kat lotpi,najwa n wassem atas semua layanan or pape jela pun dari korang..

wassem jaga baba n mama mu molek2..kalau napok mata baba lior ngak,sound je..ganer towwsss..

n kpd lotpi,thx sebab wak air nescape sokmo ke aku bila gi umah mu..wakaka...

n kpd najwa,thx gop sebab masok ke aku bila aku lapo..kekgi balik mesia aku belanja mu makang kepok 20sen..

papehal pun,kepada lutfi,najwa n wassem..ingt lah kenangan kita dalam mercedes xdop econ tingkap buleh buka sket je,n iringan lagu sheerin..nostalgia detik tu tuh..n aku doakan korang diluaskan rezeki,sentiasa dirahmati..n dijemput lagi untuk menjadi penghuni mekah..

tu jela kot..sembang panjang dok guna dop..sok jupe lagi sek2 mu..just thx alot 4 evrythng (again) n sek2 mu mmg d best..pasni sure aku terasa bila sek mu xdok doh sini..

-asnawi hassan. eh, asnawi ismail.


sapa tak paham bahasa terengganu. tanya aku. nanti aku translate. susah karangan orang terengganu nih.
...

Terima kasih dan sama2 di atas ucapan ini. Tak disangka-sangka. Muka ganas, badan kental pon tetap mempunyai hati selembut sutera. Membaca luahan hati seorang sahabat ini membuatkan kami turut tersentuh dan mengalirkan airmata. Kenangan itulah yang telah mengikat kami. Pelbagai peristiwa susah dan senang dilalui bersama. Lucu, bodoh, lawak, kelakar, bangang, marah, penat dan sebagainya telah berlalu di dalam arena kenangan itu. Ya, kenangan yang pasti tak akan berulang. Buat selama-lamanya.

Bukan asnawi seorang sahaja, kami mempunyai beratus sahabat, malahan beribu orang yang telah kami tatapi dan kami anggapi sebagai seorang sahabat. Komuniti yang telah terbina di bumi Saudi ini sangat menyimpan memori istimewa buat kami sekeluarga. Dari yang bujang sehingga telah beranak pinak. Dari yang jauh sehingga menjadi dekat. Dari yang asing menjadi terus rapat dan sanggup bersusah payah. Itulah keindahan apa yang dinamakan sebagai 'ukhuwwah'. Pastinya ukhuwwah itu tidak akan terbina hanya 20 minit berkenalan. Ia memakan masa berbulan malahan bertahun-tahun. Semalam pun, aku diraikan oleh sahabat-sahabat usrah di satu majlis yang sangat teristimewa bertempat di hotel Hj. Arshad.

Kami sendiri apabila mama dan baba pulang dahulu, seminggu juga mengalirkan air mata. Setiap ruang dan sudut di pandangan kami membangkitkan nostalgia. Terbayang watak dan gerak orang yang dirindui. Apatah lagi selalu bersama dan kamceng. Perpisahan itu sememangnya suatu yang amat menyakitkan. Kenangan ke Madinah, ke Jeddah dengan kereta mercedes panas tak ada aircond, kenangan berfotografi bersama-sama di padang pasir. Kenangan berpindah rumah persatuan di Shishah bersama pemandu arab yang terlaju dahi dari muka, kenangan membuat umrah, kenangan memanjat jabal nur waktu malam dan sebagainya lagi. Apatah lagi asnawi dan ayub merupakan orang yang menemani aku di saat kelahiran Waseem. Hati yang gundah agak tenang dengan kedatangan rakan seperjuangan. Lebih-lebih lagi kenangan accident kereta di highway Jeddah yang akan tercatat indah di memori masing-masing.

Kehilangan pasti terasa, namun janganlah ia ditangisi berterusan. Hiduplah seadanya dan binalah suasana baru yang jauh diyakini akan lebih indah dan bermakna. Selamat tinggal buat sahabat-sahabatku. Insya allah, kehidupan di waktu mendatang akan lebih baik dan indah. Insya allah. Mudah-mudahan dengan izinNya...


-nawi, mu pujuk balik bini aku. Dari tadi duk nangis. Letih ah gini.

Thursday, June 18, 2009

sari berita penting

Souq Ad Diafah - Zahir, Makkah.

souq ad Diafah - Zahir, Makkah.

siluwett

berita ringkas

Makkah, Saudi Arabia : Lutfi dan sekeluarga akan pulang ke Malaysia for good. Result sudah keluar yang menyatakan anda tidak layak belajar di sini. Err.. Bukan Lutfi sahaja, malahan semua pelajar foreigner pun tak dapat. Jadi Lutfi pun menerima dengan seadanya. Kesian juga pada rakan-rakan yang sungguh-sungguh membaca dan berharap. Allahu musta'aan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Lutfi kini melihat beberapa potensi di Malaysia untuk meneruskan sisa hidupnya. Jika ada tawaran yang lebih baik, beliau akan mempertimbangkannya kelak. Sekian dahulu untuk tengahari ini. Karim Walia melaporkan dari bilik gerakan.

tribute to uncle

peralatan untuk menembak.


penembak perlu peka terhadap keadaan sekeliling. Kadang2 perlu menyamar jadi tukang sapu sampah.

perlu mesra dengan keadaan sekeliling. Tengok betapa mesranya mereka.

Hj. Ismail- Felda D'saji.

Hj. Said - Felda Dsaji.

membaca quran di mana-mana.

dia cuci eskelator utk mendapatkan gaji halal.

apa subjek utama kat sini?

ini subjek utama.

cari barang tersembunyi.

solat juga boleh di mana-mana.

Puan Hajjah Aniza dan Syeikh Hj. Azam.

Melihat hasil tembakan.

. . . tribute to uncle . . .

al Safwah Tower, Makkah alMukarramah.

Uncle in person.

Rashid. Budak ni baru jer reti cakap melayu. Lahir kat US. Student paling junior tapi berangan nak berkawan dengan senior. Huh.

Uncle dan Rashid sedang bercakap-cakap bahasa omputeh. Aku paham, tapi buat tak tahu jer.

Menyaksikan keindahan rumah Allah dari tingkat 17.

Mengambil gambar ini mengingatkan aku nostalgia tahun 2001. Aku pernah ambik gambar macam ini dulu. Aku menginap di hotel aziz khooger. sekarang sudah diruntuhkan dan digantikan dengan as safwah tower ini.

Bezanya dulu tak ada wide lens. Ini baru 18mm. Kalo 10mm? Agak2 kaki aku pon masuk. Uncle, sudah sampai masanya kena cuci tingkap ni kot. hehehe

Kami tiba betul2 time keemasan. Waktu matahari sudah berada pada pencahayaan terbaik.


Aku tahu, korang nak tengok gambar aku la nih. Nah. aku dan uncle.

tembak-tembak smalam, jumpa uncle, terus dapat naik hotel dia. Wooo.. Teruja lagi.. Woo.. Nanti sembang semula.

Wednesday, June 17, 2009

lapar

"Ding. Lapor nih. Meggi ada?"

"Habis doh. Acu tera tanya mat aming."

"Aming! Meggi ada? Ulurlah barang sebungkus dua."

"Abis. Aku pung lapor gop nih. Tanya Lukmang. Kot2 dia ada stok."

"Mang. Meggi ada? Kami kebulur nih."

"Aku baru perabiskan meggi yang terakhir di koperasi. Hehehe. Telur ada sebutir lagi kalu nok."

"chett."

...

"Untuk berbisnes, biarlah buat betul2. Jangan main-main. Kita takkan berjaya kalau kita asyik main-main. Dunia bisnes bukan dunia mainan. Anda berani??" Soal Lukmang kepada anak buahnya.

Aming, Ding, Dweng, Miji, BBeki, Azuani, Zul Izzi dan aku menganggukkan kepala tanda setuju. Kami terus menyusun strategi untuk membuat pelan bisnes yang berjaya.

...

..

.

"Mung beli mana burger nih?" Soal Asnawi pada Syahir dengan nada penuh kedengkian.

"Sek-sek tahun 4 jual. Mu try tanya Lutpi. Bleh tahan burger sek yer. Beli mana dop au." Terang Syahir sambil menghabiskan baki kunyahan burger.

...

"Pi, burger 2." Nawi meng'order'.

"Tulis nama kat dalam kertas tu! Dalam pukul 11 malam kekgi, mari ambik di bilik aku."

"Ok. Mung beli mana burger nih?" Soal nawi berminat.

"Adalah.."




..

"Miji, dopleh guna 2 sterika ker? Nanti aku gi ambik seterika di bilik gosok baju. Oke?" Soal Lukmang naif.

"Tak bleh. Nanti elektrik berat sangat. Meletup bangunan ni baru tahu." Miji memberi keterangan.

"Ooh.."

"Banyak order malam nih?" Lukmang bertanyakan padaku.

"Adalah dalam 20 orang. Kalau tiap-tiap malam maintain 20 orang order, kaya kita man!" Aku buat kalkelet bodoh.

Lukmang terdiam.

"Tapi takpe ke kita goreng burger pakai sterika nih?"

hahahaahhaaha!

-teringat zaman lapar di Maahad Tahfiz dulu. Korang ingat tak lapar ke lepas habis baca quran 3,4 juzuk semalam? Kadang-kadang ada yang sampai 10 juzuk. Maggi tak cukup untuk menampung kelaparan kami. Dewan makan? setakat kek pisang hari-hari muka pon dah jadi pisang. Campur dengan air nescafe o terlajak gula. Tak tahan. Alternatifnya, aku dan rerakan nakal mencuba goreng burger pakai sterika. Sempatlah seminggu kot. Lepas tu tak berani buat. Takut meletup maahad tahfiz kami. Aku runsing jugak takut-takut para penghafaz alQuran ni jadi biol ke, apa ker sebab makan burger kami. Tapi alhamdulillah, nampaknya semua jadi orang yang berguna. Tengok sahajalah asnawi. Oke dia kan? hahhahahaha.. Gelak-gelak dan gelak lagi.

_______________________________________________________________

nota kaki :

Acu tera = cuba try

Sek-sek = puak-puak

sek yer = puak dia

dop au = entah

Tuesday, June 16, 2009

T.U.N.D.A

menara masjidilharam pada waktu malam. - by asnawie

"ya taibah, ya taibah.." nasyid dari syria. -Hilton, Makkah.

'Rishh' kambing panggang yang sedap. - Hilton Hotel, Makkah.

Budak-budak biasanya meniru orang tua.

senyuman budak-budak.

ini orang tua yang meniru budak-budak. Pelik tak?



"kenapa ambik gambar saya?" -Abdul Waheed Trading Co, Hilton.

Sunset from AsSafwah Tower, Makkah.

Sunset 2 from AsSafwah Tower, Makkah.

Dakveder.

Untuk kak sham yang nak tengok sunset kat Makkah. Gini jerlah rupanya.
Kena cepat, tepat dan pantas mengambil gambar di sekitar masjid. Elok-elok jer aku simpan kamera, polis datang melintas di tepi. Fuh..


Tarikh penerbangan ditunda pada 27hb tanpa apa sebab. Cuma encik tiket bagitahu yang flight pada 25hb dikenselkan tanpa sebarang notis. Ada hikmah nih. Tapi tak tahu apa dia. Tak dapat nak tangkap.

Baru pulang dari masjidilharam. Alhamdulillah, 2 kali kami ke masjid, (semalam dan harini) 2-2 kali kami dapat naik kereta free. Biasanya tambang ke masjid adalah dalam 10-15 riyal. Tapi agaknya Allah nak suruh kami selalu datang ziarah rumahNya maka diganjari kami dengan kenaikan free sebanyak 2 hari. Esok nak try lagilah.

Cuaca sedingin 37C. Dingin tak?

Palestin apa cerita sekarang? Tengok dah senyap semua. Ingat-ingatlah sama. Jangan ikut trend dan musim. Ini bukan pesen mainan kat kampung. Musim ni main wau. Semua budak2 gila main wau. Wau bulanlah, wau kertas, wau atromeng, wau power rangers dan macam2 jenis wau. Aku main jugak, layang-layang suratkhabar. Jimat dan murah. Kemudian musim ni main basikal bmx. Aku pun main jugak, siap ambik lap baring cecah telinga. Biasanya terbabas masuk paritlah. Konon-konon nak jadi wayne rooney, tak pun mike doohan tapi dah main terbabas cium anak berudu dalam parit, macam mana nak sign kontrak dengan lucky strike. Uh..
Ada juga datang musim laga ikan sekila. Aku tak tahulah kampung korang panggil apa. Ikan sekila nih, biasa kami pergi menangguk di parit tepi rumah nenek. Aku penakut. 3 pupu aku yang tolong tangkapkan. Kemudian letak dalam botol dan simpan dalam tunggul pokok kelapa yang dah ditebang. Agak2 dalam seminggu, keluar warna-warni. Galak jugak kami berlaga time tuh. Kalau kalah, menangislah. Apa lagi.

Itu tak kira musim main kad tepuk lantai lagi. Musim 'tikam'. Musim biji getah. Musim komik. Musim galah panjang. Musim tali getah. Musim bola kaki tiga. Musim bola katok. Musim 'game' (main ngan pompuan) dan musim tudung botol. Ohh. banyak sungguh musim time kecik2 dulu. Meriah rasanya kehidupan yang dipenuhi segala musim-musim yang menawan. Namun, seperti definisinya musim itu yang hanya sementara dan tidak kekal, ia datang dan pergi seolahnya air sungai yang mengalir. Berlalu meninggalkan kenangan dan sekelumit perasaan gembira dan seronok.Begitu juga perihal palestin kini. Aku tengok dah senyap takdak bunyi macam dulu. Segelintir jer yang masih bersemangat dan bersungguh-sungguh memperjuangkan isu tersebut. Sebab itu, kita jangan cepat melatah dan mengikut arus. Pegang satu jatidiri atau teras untuk membina kekuatan jiwa. Ini, orang berpalestin, kita pun ikut palestin. La nih, senyap terus, palestin ke mana, kita ke mana. Semoga kita tetap dengan pendirian kita dan keimanan. Amin.

Sunday, June 14, 2009

Bingung

Dia ini aku rasakan sudah cukup aku latih untuk menjadi ayah yang penyayang. Tunggu apa lagi? Kahwin jerlah.

Kecik-kecik tak boleh main, bila besar, bawak anak buat alasan nak main. Trick lama.

nasi salik. Resepi? nantilah korang tanya sendiri najwa. Aku pun tak tahu.


B.i.n.g.u.n.g. Adalah pernyataan yang tepat untuk menggambarkan suasana kami pada ketika ini. Ibarat bergantung tidak bertali. Tapi tak jatuh. Keputusan peperiksaan masih lagi tidak keluar. Susah juga nak pilih orang untuk program master ni yer? Kalau aku tahu susah-susah macam ni, baik aku apply PhD terus. Senang.

Menghitung hari untuk pulang hanya berbaki 11 hari sahaja lagi! Ya, 11 hari. Time tu lah nak buat visa re-entry, time tu lah nak kemaskan saki-baki barang yang perlu di bawa balik terus atau tinggalkan di sini. time tu lah nak siapkan segala2 perkara. Tiket sudah dibeli dan dikonpemkan tarikhnya pada 25 jun. Aku sudah sangat bingung sekarang ini. Hidup seolah-olahnya tiada pedoman. Berlayar tenang menuju ke penghujung lautan.

Nak menaip pon sudah kadang2 tidak ada mood. Idea langsung tidak datang. Berfotografi? Adalah kadang2 ambik 2,3 keping gambar. Sudah tidak segalak dulu. Kami hanya bertandang ke Baitullah mengharapkan doa dan tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa. Balik dari Masjid, singgah di Felda D'saji pekena teh 2,3 cawan. Teh dia macam sudah berada di Malaysia! Fuh. Aku pun sudah jarang2 bukak belog orang lain, menonton komen atau membaca isu semasa. Fikiran sangat kosong dan sepi.

...

Berbicara mengenai fotografi, aku terfikir aku meminati bidang photojournalism lebih daripada wedding photography dan seangkatan dengannya yang mengenakan bayaran kepada pelanggan. Susah sebenarnya nak handle pelanggan. Lebih2 lagi nak suruh pelanggan posing macam gini, posing macam gitu. Idea tak ada, pemalu dan pengalaman langsung tak pernah wujud. Otak pulak tak kreatif sangat. Setakat ambik gambar waseem jadi model, semua orang boleh. Berbeza dengan Fotojurnalisma yang mementingkan penceritaan di dalam gambar. Aku minat. Lagipun tak cantik tak apa, yang penting ada mesej tertentu. (info dari pak ngah)

kanak-kanak pakistan yang menjadi jurujual menggalas pakaian berkelana di sekitar Makkah mencari pelanggan.


"wara'a kullu soorah, hikaayah"

di belakang setiap gambar ada ceritanya.

Itu perkataan yang aku ujarkan kepada Dr. Basim Qadi, salah seorang anggota research institute Maahad Khadimul Haramain. Dia mengangguk dan hasilnya gambar aku semasa haji baru2 ini telah ditayangkan di Maahad Khadimul Haramain semasa presentation di hadapan Mudir Universiti dan Mudir Maahad itu sendiri. Bangga? toksah dok ceritalah perasaan itu. Aku ingat gajah pon senang-senang jer masuk lubang hidung aku time tuh.

Namun, untuk mengambil bidang photojournalism ini, aku rasa tak perlulah tukar bidang yang sedang aku ceburi sekarang ini dan memasuki bidang fotojurnalisma semata-mata untuk mendalami ilmu fotojurnalisma. Cukuplah ianya sebagai sampingan sahaja. Aku sangat-sangat mendambakan ilmu bahasa arab dan ilmu agama ini. Aku sedar yang aku langsung tak tahu apa-apa pasalnya. Aku lebih senang mendalami ilmu lughah, feqah, hadis, sirah, quran dan seangkatan dengannya demi perjuangan aku yang minimum di dalam agama Allah. Perkara lain adalah sampingan.

Kerana itu jua, aku gagahkan diri untuk menyambung lagi di sini. Maksud aku menyambung pengajian di Umm AlQura. Ilmu yang didapati di sekitarnya tidak dapat ditakluki hanya dengan nombor 6. Enam tahun berada di Makkah masih tidak mencukupi buat diri aku. Orang lain mungkin sudah menguasai pelbagai perkara. Tapi itu orang lain. Ejaan 'orang lain' dan 'aku' itu sendiri sudah berbeza, apatah lagi mendefinisikan perkataan dan terjemahannya.

Akhir kata, tunjukkanlah kami ya Allah, jalan yang telah Engkau permudahkan. Anda doakan kemudahan orang lain, anda juga turut mendapatnya. Ameen.

Saturday, June 13, 2009

candid



Waseem cool.

waseem bercita-cita menjadi pelajar jika dia tidak bersungguh-sungguh menjadi model.

Asnawi bercita-cita ingin menjadi model jika dia tidak belajar bersungguh-sungguh.

Seorang warga tua Afrika melintasi kedai yang terbakar 2 tahun lepas - Souq Sawarikh, Jeddah.

"stylo tak gua punya rambut?" - Souq Sawarikh, Jeddah.

"kaing ni buleh wat selimut" - Souq sawarikh, Jeddah.


"Mari pilih-pilih bang. Banyak murah" - Souq Sawarikh, Jeddah.

"Mok weh, amber letih doh jjalang banyok sangak" - Souq Sawarikh, Jeddah.

"akulah sebenornya superjang" - Souq Sawarikh, Jeddah.

"Letihnya aku, hari-hari nyapu sampoh" - Dahlah, Makkah.

"Ambik gambor kita tuh" - Halagah, Makkah.

"ikang tu besor ni wok!" - Baroom Centre, Jeddah.

Perak terbilang - Ghazzah, Makkah.

Floating Mosque, Jeddah.

"dia tengok kita ke, kita tengok dia?" -Baroom centre, Jeddah.

'Breakfast' - Ghazzah, Makkah.

"Guaner tows"- Ghazzah, Makkah.

'Motosikal Polis lampu merah' - Ghazzah, Makkah.

'Adik-beradik memakai spek mata itam' - Ghazzah, Makkah.

'Jemaah Malaysia mengambil kesempatan cuti sekolah untuk datang menunaikan umrah' - Ghazzah, Makkah.

Coming soon. So soon. Sohun? Itu mee kan?

Friday, June 12, 2009

bbolok


osman

najwan

Dahlah, Makkah.

Dahlah, Makkah 2.


rashid, faris, najwan, osman. - Tranzit cafe, Makkah.

asnawi dan kaabah. Safwah Tower, Makkah.


sapa tahu apa makna bbolok?

...

fuh. 20 kali try log in, baru boleh. Cubaan..

Result pra master macam biasa. Masih tidak keluar. Toksah duk tanyalah aku pasal bila aku balik dan apa result periksa. Malas dah nak jawab. Letih.

...

Dalam 3,4 hari ni asyik main ulang-alik jeddah jer. Tak jauh pon jeddah -makkah dalam 70km lebih2 jer. Malas nak celoteh apa2. Takdak isu. Korang pergi baca belog orang lainlah. Banyak lagi masalah umat kat belog depa. Berfotografi pun rasanya maalas sangat. Malas itu indah. Bukankah?

Ditakdirkan aku rajin, aku letaklah gambar2 candid sekitar masjid baru2 ini. Ramai betul jemaah Malaysia, rasa macam duduk malaysia pulak. Muda-muda pulak tuh. Masya allah. Saudara dan kawan2 pon ramai yang datang. Tak menang tangan rasanya. Kenalan2 belog pon ada jugak. Seronot dan rasa macam artis pon ada. hahahahaa.

Buat rakan2 yang sedang dilanda vairus peperiksaan. Selamat berkepit dengan buku dan kitab. Rajin2lah membaca. Masa aku sekolah rendah Tengku Bariah, Kuala Terengganu dulu, dekat dinding menghala ke kantin sekolah ada terpampang perkataan 'membaca jambatan ilmu'. Pastu ada lukisan jambatan dan pokok2 sikit. Bermaknanya membaca itu adalah wasilah utk mendapatkan ilmu. Tapi kalau main hentam membaca di malam peperiksaan, macam biasalah, esok mesti rasa puas hati kalau tak dapat jawab dalam peperiksaan. Macam aku. hahahaha.

Wednesday, June 10, 2009

pekerja baru


- tolong bapak cari duit lebih -

masyghool

Faris - felda DSAJI, Makkah.


= busy.

Monday, June 8, 2009

sharing is caring

lagi highspeedphotography. Shutter speed dah disetkan pada semaksimumnya 1/4000. Kalo ada lagi laju, aku nak setkan sampai 1/14 000. Aku ingat boleh tangkap gambar angin. Ini idea asnawi pulak. Dia siap bawak gelas datang rumah niat nak menuntut ilmu. Baguslah anak murid zaman sekarang. Bawak gelas kasi tok guru. Orang bawaklah nasi ayam ker, ayam tazaj ker, kek pisang dan air milo lecah macam makanan waktu malam di maahad tahfiz dulu pun oke. Ini bawak gelas. Apapun, selamat berkongsi.


aku pernah tengok zilzals buat macam ni suatu waktu dulu. Dia dah melalui semua ini. Betul bob? Cuma dia tak ada anak lagi. hahahahaha





Inilah rupa gelas yang nawi bawak.


sharing is caring. Kat mana aku baca ha? Dah lupa. Kat website flickr kot?


Aku duduk berteleku di atas sejadah sejurus selesai solat subuh tadi. Berzikir dalam mencari erti sedikit ketenangan. Mengingati rahmat Allah yang memberikan aku ruang untuk berfikir dan bernafas. Memberikan aku seribu kesihatan dan keelokan luar mahupun di dalam. Memberikan nikmat berfikir dan berpengetahuan. Alhamdulillah...

Aku kembali sedar, najwa pun belum solat subuh. Terbungkam tidor bersama anak kesayangannya si waseem. Aku sudah selesai menunaikan kewajipan. Dia mesti dikejutkan! Kerana apa? kerana aku ingin berkongsi. Berkongsi nikmat yang dirasai, berkongsi perhubungan antara Allah dan makhlukNya. Sejurus, dia juga sepatut mendapat nikmat ini. Nikmat yang dijanjikan Allah satu ketenangan hidup di dunia dan akhirat. Aku tidak mahu keseorangan mengecapi kebahagiaan ini. Aku ingin berkongsi. Berkongsi dan terus berkongsi. Alangkah indahnya hidup jika anda pun sudi merasai kebahagiaan dan ketenangan sebuah solat. Kerana itu sharing is caring.

Dilanda kerunsingan hidup pun, solat mampu merungkaikannya. Dilanda masalah sebesar mana sekalipun, solat ada jawapannya. Solat adalah satu ibadah yang menghubungkan antara pencipta dan makhluk ciptaanNya. Kita bermunajat, kita berdoa, kita mengadu seribu satu permasalahan kita terus kepada Allah tanpa ada apa2 perbatasan dan halangan. Allah Maha Mendengar. Itu janjiNya.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

Banyak diungkapkan di dalam AlQuran. Mendengar yang sentiasa dikaitkan dengan mengetahui. Kerana ada sesetengah perkara kita hanya mendengar tanpa mengetahui langsung apa2 mengenainya. Kita hanya sekadar mendengar dan mendengar. Berlainan dengan mendengar dan mengetahui. 'Mendengar' anda hanya boleh menerima, akan tetapi ditambahkan dengan 'mengetahui' anda dapat menerima dan memberikan kembali.

Letih kan baca artikel aku. Kadang2 jadi ahli sufi, kadang2 jadi ahli tasawuf, kadang2 jadi ahli tariqah, kadang2 jadi ahli sastera, kadang2 jadi ahli fotografi, kadang2 jadi ahli pasukan pengakap muda. Macam2 berlaku. Uh. Sekali lagi saya menegaskan, sharing is caring. Wassalam.

p/s : komen kat entri bawah2 ni banyak sangat. nanti saya jawab satu2 insya allah. Otak masih lemah lagi ni.

tahniah buat ustaz hj fawaz dan dr. izah Madinah utk kelahiran baby yg kiut miut. Allahumma baarik fiih wala tadurruhu..

Saturday, June 6, 2009

available light










'kaki'

bermain dengan tona warna. Aku dapat dari bad. Timo kasih bad. Tak, aku takkan lupa aku hutang mu nasi dagang tepi flat seri kolam. Nanti aku balik msia, aku tepong mung suruh mari terengganu. Jangan dop mari pulop.

. . .

Kebelakangan ini malas pula menulis/menaip. Tak, tak ada masalah apa2. Luka pun tak ada. Apatah lagi ragam perut. Semua 'smooth' dan berlaku dengan yang sepatutnya. Result tak keluar-keluar juga. Apa nak jadi nih? Hari nak pulang hanya tinggal 19 hari tepat. Aku nak balik terus ke, atau nak datang lagi? Kerja2 kemas barang masih terbengkalai. Banyak lagi kerja yang perlu dibereskan menjelang kepulangan ke tanah air tercinta. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.

خدني معك
بالجو يا حلو
خليني معك
إسرح يا حلو

جمالك جمال
مش عادي
وكلامك كلام
مش عادي
شو بدّك دلال
ع صوت الدلال غفيني
وشو بدك غرام
بليل الغرام هنيني

خيالك خيال
مش عادي
وجاييني بزمان
مش عادي
بتوعدني بأمان
لاقيني
لاقيني بمكان
ننسى الزمان ونغني

مشي معي
ساحرني الحلا
وهالقلب اسمعي
عم ينده هلا

خيالك خيال

'akhadzni maak' - yara n fadlu shaaker


Friday, June 5, 2009

high speed photography

Pulang dari solat jumaat, kebiasaannya akan ada orang arab yaman yang meniaga di tepi2 masjid. Aku berjalan pulang sambil memerhatikan si penjual yang melaungkan dengan kuat :

"MOouzz! MOuuzz!"

"Karezz! Karezzz!"

"Hab-hab! Hab-hab!!"

"Khouh! Khouh!"

"Yallah, Ta'al Shouff!!"

* mouz - pisang
karez - cherry
hab2 - tembikai @ timun cina
khouh - peach
yallah, ta'al shouff - jom, mari tengok

Oh! Depa ni jual buah2. Padahal setiap kali aku solat mesjid ni mesti aku tahu yang depa ni jual buah-buahan. Tapi kadang ada juga pertukaran musim depa jual epal, limau, daun mint, sayur-sayuran segar, tomato, daun kari, kerengga dan sebagainya lagi. Aku berjalan pergi . . .

Aku pusing balik. Tanya harga buah cherry tu sebakul berapa? 10 riyal. Jawab arab yaman tuh. Aku hulur sekeping duit 10 riyal dan berlalu pergi dengan gembira mendapat sebakul buah cherry yang taklah sangat manis cuma sedap-sedap mulut mengunyah sambil berjalan pulang.

Engkorang tahu apa yang aku pikirkan dengan buah ni? Tunggu selepas selesai aku upload dulu.



nah, tengok. Sebakul ni 10 riyal. Mahal ker?

Mak aih, lajunya komen. Korang tak tidor ke? hahaha. Ni tukarannya. 10 riyal saudi bersamaan RM 9.32.

. . .

Bini aku tepon. Order air. Dia kat bilik sebelah. Boleh tahan!~


. . .

Inilah yang dinamakan high speed photography. Priority terletak pada Shutter speed (exposure). Tapi kalau salah aku sebut nama dia, janganlah marah. Diam-diam sudahlah.

Sebelum gambar terjadi di dalam sebuah kamera, anda perlu membayangkan bagaimanakah gambaran yang bakal anda hasilkan. Untuk mendapat gambaran dan khayalan, anda perlu banyak membaca. Itulah yang membezakan orang cerdik dan sebaliknya. Banyak membaca banyaklah pengetahuan. Banyak pengetahuan, tahulah bagaimana nak berkhayal seperti yang aku suruh.


Mungkin gambar aku belum sempurna sepenuhnya, tapi aku puas hati.

"Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca i luv u!" Eh, tak kena ke pantun tuh?

putih dan merah. Kena kan? Macam baju aku time kanak2 dulu.

antara yang terbaik pernah aku hasilkan. Amacam asnawi? Cakap saja tak guna. Pereksa Quran esok lambat lagi.



Behind the scene :

exif data :

ISO : 250
exposure : 1/40000
f number : f11
wb : K 4950
focal length : 50mm


nasib baik tak keluarkan kamera dia. Fuh.

NIKON D4?

aku tengah syok belek2 belog, belek2 facebook, belek2 forum yang ntah apa2 berlaku bergaduh masalah wahabi, ahbash, syiah, sunni, pondok, ikhwan, jemaah islamiyah, gim, isma, cia, gijoe dan pelbagai lagi tiba-tiba . .

"ceek! ceek!.." aku dengar kat tepi bawah meja. Aku jenguk kepala tengok apabenda??

anak aku sedang mengambil gambar!!! Hahahahahaha! Gelak seribu bahasa!

featuring Nikon d4 by photographer waseem mohd lotfi.

model tak sekolah. Rambut pon tak reti sikat.

betulkan ISO, shutter kasi laju sket. Click!

sekali lagi. Model bergerak.

Bergerak dekat dengan subjek untuk mendapatkan pose terbaik.

muka model yang terkejut tengok nikon d4 waseem. Mana datang neh??

kasi mantap sket dia punya portrait. Kenalah meniarap. Time nih aku dah start guling-guling ketawa.

Tengok gambar via LCD. Tapi cuma display 2 kaler. Hijau dan Biru. Atas merah tu Flash gun dia.

Berlari nak pergi potret gambar mama dia pulak.

Kasi zoom sket...

Slalu mak n ayah ambik gambar anak. Kali nih, anak ambik gambar mak. Huh!

Kalo try komposisi senget pon macam oke jer. Orang kata gambar dengan angle pelbagai.

Begitulah ceritanya. Bro Udey, Bro Saifulnang, Bro Bazuki, Bro Zainalhalim, Joey Lawrence pun aku ingat dah tak boleh cari makan lepas nih. Mengigau nak beli kamera nikon d4 waseem. Limited Edition ni. Lelongan bermula dengan harga $450,000.00 . . . Wakaka. Hilang tensen.

Thursday, June 4, 2009

waseem pah ceroh 4

menggunakan sepenuhnya natural lighting iaitu si matahari yang telah ditapis dengan langsir putih.



muka nikmat






shhh!

senyum nnyekit (mengada-ngada)

horrey!

malas nak cerita banyak. Tengok gambar jerlah dulu kali nih. Sakit kepala masih lagi ada.

p/s : melayu tolong melayu. Cina pon boleh tolong jugak. Daripada simpan duit banyak2 tak tahu belanja ke mana, baik korang buat kebajikan. Dapat point untuk akhirat. Beg 'Coach', 'LV', 'Marlboro' bleh beli, takkan tak boleh tolong orang buat benda baik kot? Silalalah klik di sini.

senyum.tawa.riang.ria.seronok.






kena tak tajuk kat atas dengan gambar?

antara yang perlu difikirkan oleh fotografer adalah menyesuaikan tajuk dengan gambar. Fotografer ni demam. Nak outing tak boleh. Berkurung dalam rumah, makin tambah demam rasanya. Inilah kerjanya.

exif data : ISO 400
exposure : 1/20
f number : f8
wb : 5000 K
focal length : 18mm
flash : optional TTL

selamat mencuba.

Wednesday, June 3, 2009

demam2

dulu kecik-kecik, time susah makan ubat, mak ajar hancurkan panadol, letak dalam air kopi. Tanpa disedari, tertelan ubat. Air kopi? wah, pekena kopi kampung pon best jugak!

bila demam melanda ..

"apa khabar semua??"

rasa nak menulis/menaip tetap menebal dalam diri walaupun hari ini aku sedikit - demam - tapi tak apalah. sedikit sahaja pon, bukan panas sangat.

Aku tak suka jika dilanda demam. Ini kerana, isteri aku akan memaksa dengan sekeras-kerasnya aku makan panadol. Lalu aku akan makan dengan muka penuh kerutan seribu. Bukan apa, dah banyak kali makan panadol, lekat kat halkum. Pahit? Hanya Allah yang tahu.

Senang cerita, aku tak suka ubat-ubatan jenis pil, kapsul dan sebagainya. Aku tak pernah check lagi dengan doktor, tapi aku rasa-rasalah, tekak aku ni kecik. Ubat pon tak muat nak masuk. Hahahaha. Sebab tu aku slim.

Sedikit panas di kepala dan tengkuk. Juga aku rasa macam lenguh di pinggang belakang. Kuat kerja? hahaha. Takdelah. Makan panadol bersama air zam2. Insya allah lega.

Selepas makan ubat, isteri aku akan memaksa aku berbungkus di dalam selimut sehingga peluh jantan menitik. Aircond tak dibenarkan sama sekali. Berbeza yer kalau aku demam dan najwa demam. Jika dia demam, aku pergi tidur bilik sebelah dengan waseem memandangkan kami berdua akan berpeluh jika tak tidur di dalam air cond. waseem lebih2 lagi melampau. Tidur dalam air cond pon boleh berpeluh!

Tapi tidak sebaliknya. Najwa tetap tinggal sebilik dengan aku walaupun diserapi udara panas dan tanpa air cond yang menyamankan. Waseem? Awal2 lagi sudah blah ke bilik sebelah.

Itulah perkara yang boleh saya puji isteri saya jika saya tak sehat. Dia akan menjadi doktor terjun dengan tiba-tiba. Mengingkari arahannya, ibarat melakukan dosa yang besar. Patuh is the best way.

Sepatutnya merancang nak keluar ke masjid, tapi hati sudah tidak keruan, berehat adalah perkara terbaik. Apa khabar anda semua? harap2nya sihat sentiasa. Sementara sihat, gunakanlah dengan sebaiknya peluang itu. Nanti sudah sakit, barulah teringat nak makan macam-macam makanan.

Tidur dalam peti ais boleh cepat sembuh tak? panas nih!!


Tuesday, June 2, 2009

selepas subuh

nah kalendar. waseem dah mengamuk sebab kena paksa bangun ambik gambar. kakakaka

the holy mosque - view from grand continental hotel

burung-burung berterbangan dan berkicauan. Burung pun bangun awal. Korang bangun pukul berapa?

menambahkan subjek manusia di dalam gambar untuk memberikan gambar satu 'mood'

matahari sudah terbit dari barat. Eh, dari timur Makkah.

pemandangan yang aku rasa tak akan dapat dijumpai di mana2 tempat dalam dunia.

waseem breakfast roti berbekalkan kereta mainan hadiah mak ngah.

pekerja2 masjidilharam sedang membersihkan lantai marmar di kawasan luar masjid. Mula bekerja seawal 6.30 am.

dedikasi buat makcik fazzy. sebab dia sayang kucing. Sapa lagi suka kucing? sila ambil gambar neh. Mana nak dapat gambar kucing arab pakai contact lens?

hotel hilton, zam2 tower dan peti simpanan barang berharga SR5 untuk 5 jam. Kalo hilang token, bayar denda SR50.

aku tahu, tokey nikon corporation pasti bangga aku tayang brand dia kat sini. Buat malu2 pulak nak komen gambar aku neh.

aku sedang syok layan ambik2 gambar tengok via viewfinder, tiba2 pakcik ni buat cakk!!! tak terkejut kita?

kenapa matahari kat Makkah ni tak melahirkan lens flare ha? aku rasa sebab awan tak banyak kot. -tanya soalan jawab sendiri.

kalau si dia sudah buat macam ini, berhentilah ambil gambar dan keluarlah dari situ cepat2!

side mirror.

nih, muka ambil gambar pukul 3.40 pagi.

kami bangun pada pukul 6.00 petang. setelah tertidor dari pukul 1 tengahari. Tak lama kan? sekejap sahaja. Setelah kebosanan berada di rumah yang selalu mak aku sebut "macam kapal pecah", lalu kami bertekad untuk ke masjidilharam pada waktu selepas subuh. Agak2 dalam pukul 5.34 pagi, kami keluar dari rumah menuju ke masjid.

Suasana pagi sangat indah seperti yang pernah aku nyatakan sebelum2 ini. Dengan udara yang segar, manusia pelbagai, polis menguap, burung berterbangan, murid-murid ke Maahad Haram (institut pengajian dalam masjidilharam) dan tak kurang cahaya matahari yang sangat sihat.

Pada waktu pagi, orang mulai sibuk dengan urusan masing2. Ada yang baru masuk bekerja. Ada yang baru ingin bersarapan, dan tak kurang yang masih tergolek tidur di atas lantai luar masjidilharam.

Cuaca tidak berapa panas, sekitar 26C aku kira. Sangat mendamaikan. Aku mendail nombor pakngah. Berkira-kira nak ajak sarapan pagi di KUDU. Berdekatan hotel grand continental. Bukan dalam hotel. Kat bawah. Mak Ngah angkat telefon sembang bagitahu diorang nak ke Tanaim untuk menunaikan umrah dalam pukul 6.30 am nanti. Oke. Kami meneruskan perjalanan kami ke KUDU yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari pandangan.

Memesan pesanan biasa kalau aku ke KUDU, telur dan daging goreng beserta roti bakar. Kami makan2 di luar masjidil haram sambil memerhatikan manusia yang lalu lalang. Masing2 dengan hal masing2. Kedapatan juga jemaah malaysia yang singgah memerhatikan kami sedang enak meratah makanan pagi.

Sejurus kemudian, kami memasuki masjid selepas menyimpan beg kamera di sundooq amaanah (luggage locker) yang berharga seperti tertera di bawah gambar di atas.

Waseem kena tahan di hadapan pintu utama Malik Abdul Aziz (gate 1) kerana membawa kereta hummer ke dalam masjid. Tapi jaga tu hanyalah bergurau dengan waseem. Mujur waseem tak marah dia. (masih dalam mood seronok).

Lautan manusia seperti biasa memenuhi masjid dengan pelbagai ragam dan niat. Ada yang memasukinya kerana bekerja, ada yang kerana ingin menunaikan umrah, ada yang ingin tawaf, ada yang ingin berjalan-jalan melihat pemandangan dan sebagainya lagi.

Kami pantas menelusuri anak tangga menuju ke medan tawaf.

Usai tawaf, kami berlindung dari panas matahari pagi di kawasan multazam. Waseem tak henti2 mengejar hamaamah (burung merpati) yang berkeliaran di kawasan lapang matof (tempat tawaf). Waktu pagi, pekerja akan mengalihkan karpet2 merah di sekitar matof untuk pembersihan dan kerja2 cuci lantai.

Sejurus kemudian, aku mencadangkan kepada waseem untuk cuba mencium hajaratul aswad (batu hitam yang asalnya lebih putih dari susu diturunkan dari syurga oleh Jibrail dan dihitamkan oleh dosa-dosa bani adam, diletakkan di penjuru Kaabah antara multazam dan rukun yamani).

Waseem angkat tangan tanda oke. Aku menggalas Waseem sejurus pergi mencelah-celah lautan manusia melawan arus menuju ke hajaratul aswad. Manusia pelbagai rupa kami dapat lihat apabila melawan arus. Ada putih, kuning, hitam, coklat, sawo matang, kemerah-merahan dan biru pon ada. Subhanallah (maha suci Allah) yang menciptakan manusia dengan pelbagai bentuk, rupa dan warna. Ragam pun pelbagai.

Kami cuba beratur di antara asakan orang ramai yang berebut2 ingin mencium batu tersebut. Namun, setelah hampir dengan hajaratul aswad, aku mengalah. Bimbang keselamatan Waseem. Aku keluar kembali dari berebut mencium batu tersebut. Cuba anda cari apa faedah cium batu hajaratul aswad.

Kami keluar dari masjidilharam setelah matahari agak terik membahang. Sedangkan waktu baru menunjukkan jam 8.30 am. Di luar pintu Malek Abdul Aziz, kami bertembung dengan pak Ngah dan Mak Ngah yang baru pulang dari Tanaim sejurus ingin mengerjakan umrah. Pendek cerita sebab aku dah nak tidor, kami pulang dan aku menaip cerita ini serta edit sedikit gambar untuk korang percaya cerita yang aku ceritakan tadi.

agak3lah..

mana satu aku? time ni kat kolumpo. Kecik2 dah biasa main LRT. Eh, LRT dah ada ke belum time tu? Gambar aku bersama sepupu-sepapat.




sekarang terserlah kan anak aku tiru muka aku.

maaflah, belogsepok ini pening. nak sign in takdapat2. ntah hapapa. harini baru oke. ikuti perkembangan seterusnya nanti. terima kasih kerana sabar menunggu.

alhamdulillah..

alhamdulillah.. ucapku ketika melangkah masuk ke pintu gerbang belog ini.. alhamdulillah.. semakin perlahan dan perlahan.. lalu aku menyambung tidor.. hahahahaha

ShoutMix chat widget