Setelah letih teruja dengan pemandangan Perth, kami tiga beranak terus tertidor kepenatan di rumah Dr. Rahman Abdullah yang terletak di Coode Street. Selang beberapa minit sedang tidur, Hisham telah menalipon rumah dr. Rahman utk mengajak kami keluar dinner dalam pukul 6 ptg. Waktu maghrib pada ketika itu ialah pada pukul 5.49pm. Saya hanya menganggukkan kepala sambil mata terpejam. Dalam pikiran saya, siapalah pulak si Hisham ini. Hahahaha. Akhirnya setelah meletakkan ganggang telefon baru saya terfikir bahawa si Hisham ini pernah saya temui di Makkah suatu waktu dahulu atas perkenalan dengan Dr. Rahman. Saya kembali menyambung tidor yang tidak berkesudahan. Tepat jam 6 petang lebih2 hisham sekali lagi menelefon mengatakan dia sudah berada di luar rumah. Sebelum itu, dalam pukul 5petang pada fikiran saya, ada seorang perempuan mengetuk pintu rumah. Saya membuka pintu dan terkejut melihat seorang perempuan cina sedang cuba memasuki pintu rumah. Tapi setelah berfikir secara logik, barulah saya sedar bahawa itu adalah suraya, anak saudara dr Rahman yang tinggal bersamanya. Mujur saya tidak menjerit : " tolong! ada orang ingin apa-apakan saya!" Mesti sangat memalukan insiden itu.

Kemudian kami hang out bersama Hisham ke satu tempat yang tidak beberapa jauh dari rumah dr.Rahman. Kira2 10 minit perjalanan, kami menuju ke Indonesian restaurant. Oh. sebelum terlupa, saya ingin memperkenalkan saudara hisham. Dia adalah seorang datuk bandar Perth. :p
Seorang anak muda yang kini bekerja bersama sebuah syarikat kewangan terbesar di Perth iaitu Citybank. Tapi dia bukan bekerja sebagai mesin kewangan. Mungkin adalah kerja yang dia buat. Saya pun tak berapa ingat apakah pekerjaannya itu. Anak muda yang berasal dari Taiping, Perak ini masih lagi meletakkan status single dalam akaun sosial facebooknya. Saya sudah tidak menyoal apa2 pada dia kerana itu adalah hak peribadinya sendiri. Sementelah saya terpaksalah meletakkan status married kerana najwa juga mempunyai facebook.

Setelah letih makan-makan dengan hidangan yang sangat sedap seperti 'sup bontot', telur apa kebenda ntah dan sup ayam, tak lupa juga ikan yang sangat best, akhirnya kami beredar dari restoran itu untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang, kami singgah sebentar di Kings Park untuk menikmati pemandangan kota Perth dari atas bukit. Sungguh mengasyikkan dan tersangat indah. Dari atas ini juga kita dapat menikmati Swan River. Tapi waktu malam, apa sangat nak lihat. Sayangnya saya hanya menggunakan tangan untuk mengambil gambar pemandangan ini tanpa tripod di sisi. Tapi not bad arr. Tangan saya sangat pegun.

Setelah berletih-letihan bermain dengan kesejukan, sampai telinga saya jadi biru, saya mengajak hisham pulang ke rumah. Lagipun, mata saya ini bukan boleh buka sangat. Saya guna mata hati jer untuk berjalan. Mata saya telah pejam.
Kami pulang dan telah tidur dengan kenyangnya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang kami sebagai tetamu asing di negara Australia ini.
...
Keesokannya, saya bangun awal memandangkan hari ini adalah hari jumaat. Walaupun di Makkah atau di Malaysia, saya tidak pernah bangun awal sebegini, tapi saya rasa saya sangat teringin untuk mengambil gambar kota Perth pada waktu pagi. Sampaikan dari semalam saya asyik memegang kamera dan berlatih untuk mengambil pelbagai posisi gambar. Tangan dan jari juga saya ada lakukan sedikit senaman untuk mengelakkan kekejangan ketika mengambil gambar. Fuh! Mantap.

tempat berlatih. -Backyard.

antara latihan yang saya lakukan.
Saya keluar dari rumah setelah berfikir banyak-banyak kali akan risiko keluar seorang diri. Saya bukan apa. Saya cuma takut tiba-tiba ada orang puteh menegur saya dan bertanyakan di manakah boleh dia dapatkan kedai nasi ayam. Apa saya nak jawab? Saya bukan tahu sangat kedai nasi ayam di Perth ini terletak dimana. Kalau saya jawab kedai nasi ayam di depan sekolah SMASZA batu buruk itu sedap, nanti dia kecil hati. Jadi saya telah mencuba untuk mengelakkan dari bertemu orang puteh pada waktu pagi. Bukan boleh dibawa berkawan sangat dengan orang puteh ini.

pemandangan dari dalam rumah Dr. Rahman menuju ke luar.
Sebelum keluar dari rumah, saya teringat pesanan dr. Rahman bahawa dalam kabinet rumahnya terdapat pelbagai makanan dan saya boleh mengambil sebanyak mana yang saya ingin makan. Jadinya pagi itu, saya bercadang ingin menjadi sedikit orang puteh. Sambil berjalan menuju ke dapur, saya berlatih bercakap dalam bahasa orang puteh. Antara perkataan yang saya masih boleh ingat dengan jelas adalah seperti ; "hello. How are you.", "Im fine thank you." dan "please to meet you." Fuh! Lega rasanya. Sudah seperti berada di Australia. Saya mencari-cari kopi di dalam kabinet Dr. Rahman. Wah! Kedapatannya seperti ada kopi orang puteh. Saya mengambil keluar dari kabinet dan meletakkan atas meja. Saya shoot sedikit rupa kopi itu untuk tatapan anda bersama keluarga supaya ada perasaan dengki terhadap saya yang berjaya meminum kopi itu di Perth, Australia. Saya mencari-cari gula di dalam kabinet. Saya letakkan agak-agak 2 sudu besar kopi ini ke dalam mug dan meletakkan 4 cawan gula. Aroma kopi sudah terbau di hidung. Saya sudah tidak sabar-sabar ingin menikmati kopi ini. 'Mocconna' namanya. Nama pun sudah bunyi orang puteh. Apatah lagi rasanya!
Saya kecapi rasa kopi itu dengan bantuan sebatang sudu kecil. Slurrpp...
Ptuihhh!!!! Saya meludah kembali ke dalam sinki berdekatan.
Apa neh? Masin gila kopi nih. Saya sudah mula bercakap bahasa terengganu. Hilang sudah perasaan berada di negara orang puteh.
Saya rasa sekali lagi. Mungkin akibat jetlag menyebabkan saya rasa begitu. Tetap masin!
Saya sudah rasa tidak sedap hati. Saya ambil kembali balang gula dan mengecapnya dengan tangan. .
Garam rupanya! Hampeh betol.
Nasihat saya untuk dr Rahman, letakkanlah label gula pada tempat yang sesuai dan janganlah tonjolkan sangat garam pada permulaan kabinet. Orang yang sangat aktif seperti saya cepat meratah garam tersebut. Itulah antara pengalaman saya membuat kopi di negara orang puteh.
Makanan pagi? saya bantai megi tomyam. Perghh.. dia punya sedap tak ingat dunia.

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Saya menyarung sepasang baju sejuk dan menggalas sebuah beg camera yang tertulis lowerpro. Berbekalkan sedikit keazaman dan kekuatan, saya baca bismillah dan terus keluar rumah. Di dalam Islam, anda digalakkan untuk membaca bismillah sebelum melakukan setiap pekerjaan yang baik agar mendapat keberkatan dan kebaikan dari Allah.
Inilah rupanya rumah Dr. Rahman dari luar. Rumah macam tak siap. Tapi sangat cantik dan sangat mahal. Dr. Rahman sudah berpesan pada saya supaya jangan bagitahu pada orang harga rumahnya ini mencecah ratusan ribu. Jadi saya pun akan menyimpan rahsia itu supaya tidak ada orang tahu tentang harga rumahnya ini. Oh. yer, saya lupa nak menceritakan perihal dr. rahman yang begitu baik hati membelanja kami bertiga datang kemari. Dia telah tinggal di Australia selama 18 tahun. Bekerja dengan.. Hospital kanak-kanak. Bahagian apa, saya lupa nak ambil kad dia. Jadi saya tak tahu. Tapi memang dia masak sangat dengan kanak-kanak ni. Setakat waseem nak kelentong dia, memang dia dah tahu. Jadi waseem sangat tension dengan dr rahman ini. Berumur tak lebih dari 60 tahun, masih lagi muda dan single. Saya tak pasti pulak status di facebook dia tulis apa. Dan masih mencari isteri yang solehah dan yang boleh cakap-cakap bahasa orang puteh sikit sebab dr rahman sudah agak kekok untuk bercakap melayu. Dengan saya memang kitorang sembang bahasa orang puteh sahaja. Siap boleh kitorang buat-buat lawak dalam bahasa orang puteh. Saya sentiasa gelak-gelak dan sebut ; "Oh! Its so funny."
Perkenalan kami dimulakan oleh ibubapa saya yang kebetulan datang ke Makkah ketika saya kahwin dahulu. Dia ada datang sekali dengan rayhar Travels. Jadi kami selalu berjumpa dan selalu makan2 di tingkat bilik yang dia duduk. Akhirnya kami menjadi kawan baik dan dr Rahman selalu mengunjungi saya di Makkah. Suatu ketika, Dr Rahman mempelawa saya untuk datang ke Perth. Saya yang masih lagi menjangka dia ini bergurau, saya kata ; "why not?". Akhirnya dia terus membelikan tiket pergi balik secara online kepada saya dan keluarga. Saya terus terkedu dan sudah susah hati memikirkan vocabulary yang tak beberapa banyak di dalam ingatan.


Berbalik kepada kisah saya tadi, apa yang dapat saya perhatikan di Perth ini, tahap kebersihan adalah 98%. Sangat bersih! Dari dalam rumah, sehingga ke jalanraya. Tak ada sampah di merata-rata tempat seperti yang kedapatan di Tepoh, Kuala Terengganu. Tak pun, singgah sahaja di Batu Rakit. Sampahnya tak boleh dibilang langsung.
Saya menelusuri perjalanan menuju ke jalan utama. Pagi yang indah dan tenang serta sejuk membuatkan saya berasa seperti berada di Perth, Australia. Semua pemandangan adalah cantik! Letih tangan nak ambil gambar. Sampaikan orang tua Australia nak lintas jalan pun saya ambil gambar. Jangan dia pikirkan saya ada niat jahat terhadap dia sudah. Dia sudah terlalu tua untuk dikidnap.

Sebatang pokok mati adalah objek terbaik untuk menjadi subjek utama dengan background biru.

Dr. Rahman tinggal di kawasan ini. Nanti jika anda ke Perth, singgah2lah ke sini. Kopi masin dia masih ada.

Saya melintasi pekan kecil dan sebuah kolej yang dinamakan Wesley College. Wesley College ini merupakan sebuah sekolah agama rakyat jenis Kristian. Terang Dr Rahman, sekolah ini adalah sekolah private yang terdapat di sekitar Perth. Walaupun banyak salib yang didirikan dan banyak gereja yang kedapatan di dalam, mereka hanya menggunakan nama gereja sahaja untuk menarik perhatian ramai anak-anak orang kaya. Padahal tak ada pun pengajaran mengenai 'Trinity' diajarkan di sini. Apatah lagi pengajian mengenai 'dosa warisan'. Langsung cikgu di Wesley College ini tak tahu. Itu belum tanya mengenai Old tastement dan New Tastement. Mungkin tergagap-gagap cikgu dia nak jawab. Surah dalam Bible pon tak hafal. Balik-balik nak mengajar di Wesley College.
Begitu juga pandangan orang kafir pada orang Islam. Nama jer Islam, tapi surah-surah dalam AlQuran tergagap-gagap nak sebut. Belum tanya pasal mad asli atau mad jaiz. Sudah terpaksa ke tandas untuk mengelakkan diri. Alih-alih nak tukar masuk kristian. Kecik betul pemikiran. Nauzubillahi min zaalik. Diaorang ingat masuk kristian senang. Kitab bible sahaja ada terdapat beberapa puluh buah versi. Lagi nak kena bangun pagi ke gereja hari ahad. Owh.. Kita serupa. Yang membezakan kita adalah ilmu dan amalan.

Di tengah-tengah jalan, saya melihat beberapa orang puteh Australia sedang mengayuh basikal. Setelah saya belajar daripada
nazif dan cikgu Iskandar di
Gelanggangfoto.com cara untuk membuat panning, saya ingin praktikkannya. Tapi malang. Ketika leka saya adjust shutter speed dan autofocus, orang puteh itu sudah berada di hadapan mata. Apa lagi, terpaksalah saya berpura-pura macam nak ambil gambar mereka. Mereka seronok dan sangat friendly seperti kata saya pada entri-entri yang lepas. Mereka juga mempunyai pemikiran yang sivik. Lihat sahaja mereka memandu di dalam lorong yang dikhaskan untuk basikal. Malaysia? ...

Akhirnya saya tiba di Sir James Mitchell Park. Antara taman terbaik untuk mengambil gambar. Akibat dari ketandusan model, saya hanya mengambil gambar panorama sahaja. Sesungguhnya saya masih gagal mengambil gambar panorama. Saya tak tahu dan saya tidak mempunyai lens yang mempunyai bukaan luas. Saya hanya menggunakan kit lens dengan bukaan sebesar 18mm. Jadilah. Buat apa mengigau inginkan langit sedangkan naik tangga pon gayat. Taman yang terletak di sebelah Swan River ini sangat cantik dengan kehijauan rumputnya dan pokok-pokok. Subhanallah ucap saya di dalam hati. Orang Islam digalakkan menyebut 'subhanallah', 'masya allah' dan 'tabarakallah' apabila melihat sesuatu yang memukau pandangan. Orang Kristian saya tak tahu. Mungkin mereka menyebut Oh My God.

Pemandangan Perth City dari seberang Swan River. Angin bergelora dan menghembuskan cuaca sejuk.

Dah nama orang puteh. Rilek2 jer pakai suar pendek tak takut sejuk. Saya? terketar-ketar kacip gigi sendiri.
Rasanya itu dulu kot untuk hari ini. Nanti saya akan ceritakan pengalaman solat jumaat di UWA University. Semoga mendapat manfaat di bulan puasa ini. amin.