
solat terawih - masjid wakaf tembesu, kuala terengganu.
semua pembaca2 tegar dan pembaca yang tak berapa tegar serta orang yang singgah sekali-sekala terhadap belog najwa.com ini. Terima kasih, mintak maaf dan selamat hari raya. Oh, tak dilupakan juga orang yang main klik2 komputer terkebetulan bukak page ini. Selamat hari raya jua.
minal 'aidin wal faizin wa kullu 'am wa antum be alf khair!~ taqabbalallahu minna wa minkum
Raya pertama insya allah berada di Taman Desa Wakaf Baru, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu (sebelah pagar airport). Menu hari raya pertama adalah ketupat cicah kuah sate, air gas pon ada, air sirap pon ada. Nak makan nasi, bawak bekal sendiri.
Raya kedua, chow ke Kampung Pauh, Kubur Panjang, Kedah Darul Aman. Raya ketiga Kedah, dan keempat akan pulang semula ke Kuala Terengganu. Raya kelima ada di Kuala Terengganu. Raya keenam di Kuala Terengganu dan raya ketujuh dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Raya kelapan dalam kapal terbang.
Raya kesembilan di Makkah alMukarramah.
Raya kesepuluh di Makkah alMukarramah.
bla.. bla bla...
Apa nak bagi duit raya pada bapak waseem? eh, boleh sesangat. contact number ada tertera kat tepi. Kalo hantar mesej, sila nyatakan anda ini siapa yer. Maaf zahir dan batin.