pengikut-pengikut yang menawan

Monday, November 30, 2009

vote for the best!

gambar #1


gambar #2


gambar #3


gambar #4


gambar #5


gambar #6


gambar #7

gambar #8 (atas permintaan ramai)

setelah berfikir banyak2 kali. saya buntu. saya minta tolong anda pikirkan untuk saya. manakah antara gambar2 tersebut yang difikirkan layak dihantar kepada pertandingan yang bertajuk 'haji'.

Sila letakkan undian anda kepada hanya 2 pilihan gambar yang difikirkan terbaik.

Contoh :

saya pilih gambar #3 dan #4.

saya suka gambar #1 dan #5.

ambik jerlah nombor #4 dan #2 bukanlah lawa sangat tapi hang suruh aku pilih.

#4 dan #5.

Wow! #5 dan #1.

Keputusannya, saya akan memilih nombor #4 dan #5 berdasarkan ranking yang tertinggi.

Tarikh tutup undian adalah 4 disember 2009.

Terbuka kepada semua blogger, fesbuker dan orang yang baca belog www.na5wa.com ini.

Setiap orang layak mengundi sekali sahaja. Anony (tanpa nama) sila sertakan nama sebenar dan email yang sah untuk melayakkan anda mengundi.

Undian anda adalah rahsia negara. Jangan bocorkan undian anda kepada sesiapapun.

Selamat mengundi.

Hadiah? Undian ada hadiah ker? Kalau menang, saya tayanglah gambar duit kat sini nanti. ok?

Terima kasih kepada semua undian anda!

Friday, November 27, 2009

Siri Kembara 6 Sahabat Ke Arafah (episod 1)

SK6SKA (1)

Sebelum terlupa, aku nak meriwayatkan kisah kami mengerjakan haji semalam. Pertama kali mengerjakan haji dengan tersangat letih dan sakit kaki. Selalu smooth jer.



Kami bertolak seawal 8.30 pagi. Aku, nawi, aizat (student madinah), Salam (student madinah), Muiz (student madinah) dan Rashid menuju ke Aziziyyah Janubiah, tahan misywar (prebet sapu). Kami menaiki GMC usang setelah harga disepakati sebanyak sr30 seorang. Driver arab tu cakap, dia akan hantar ke kawasan yang paling dekat sekali dengan arafah. Kami kira on jer.

Kami melewati Masjidilharam yang lengang dan kosong, menuju ke Qudai dan melalui Batha Quraisy lalu terus ke Muzdalifah. Kelihatan polis menyekat segala kereta-kereta kecil termasuk van dan 4x4. Kami pusing dan u-turn berdekatan jalan ke Muzdalifah dan driver menurunkan kami di situ. Uish. Aku tengok jalan, masih jauh lagi nih. Agak2 ada dalam 5km untuk sampai Arafah. Setelah bercakap lebih kurang, dia cakap inilah jalan yang paling terdekat dia dibenarkan masuk. Jalan lain, hanya bas dan coaster bermuatan 25 orang sahaja dibenarkan.



Kami turun dan memulakan 'journey to Arafah' kami. Beg yang berisi makanan bergilir-gilir digalas. Untuk 2km yang pertama perjalanan, kami masih tidak terlalu letih. Air pun tak bawa. Aku dan Nawi bukan main seronok shoot sana-sini sementelah, inilah peluang untuk menonton 'sejuta wajah menuju satu arah'. Setelah masuk 3km, kami mulai keletihan. Aizat dan Asnawi saling bertanyakan bilakah kami akan sampai? Aku jawab dekat jerlah sebab aku memang tahu yang jaraknya jauh lagi!




Kami perlahan-lahan berhenti berehat tapi tak boleh minum sebab air tak bawak. Kering kontang rasanya tekak dan leher kami. Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Alawi Tunisi for Driving license. Satu-satunya bangunan yang terletak di hujung Muzdalifah sebelum memasuki Arafah. Berhenti rehat sebab nampak orang jual air teh!

Aku mendekati. Sistem kebersihan memang 'out' terus! Ambik gula pakai tangan dia jer si Pakistan yang jual air nih. Teh pulak dah habis. Tapi disebabkan dahaga yang melampau, air panas pon jadilah. Nawi membayar SR2 untuk segelas air panas. Aku dan Rashid boleh ejas dapatkan susu cair dan gula untuk harga SR2 itu. Kami duduk di tepi tembok untuk berteduh. Kepenatan mula terpancar dari wajah masing-masing. Dalam duduk-duduk minum air, aku shoot sekeping dua gambar untuk disimpan dalam koleksi peribadi dan untuk perkongsian.



Dari kejauhan, aku tengok ada lori Mubarrad (chiller) datang berhenti di hadapan kami. Tajuk kat iklan lori tu tulis air minuman laban (susu masam). Aku dah separuh syok. Merasa air free kita kali nih. Pemandu lori terus membuka pintu belakang dan mencampakkan air sekotak-sekotak (24 dozen laban) kepada para jemaah. Berebut mereka yang ternampak pembahagian tuh. Tak terkecuali aku. Asalnya nak pergi ambil gambar. Tapi bila aku tengok ada sorang orang tua tu minum macam tak ingat dunia dia punya sedap, aku pun serbu sama dengan kamera-kamera dan dapat satu kotak air! Fuh.

Kami membahagikan sesama sendiri air tersebut dan aku tengok si nawi yang selama ni amat membenci susu sudah mulai lupa daratan meneguk air laban!

Tak lama kemudian, datang lagi lori yang terpampang air epal! Ouhs. Ini lagi hilang dahaga. Si Nawi pergi berlari untuk mendapatkan sekotak air jus epal. Tapi hampa. Kerana dia yang 'kecil' itu tersepit di celah orang ramai yang lebih 'besar' dari dia.

Alhamdulillah, ada pakcik India aku kira di hadapan kami menghulurkan air epal yang dia dapat untuk dibahagikan. Jus epal pulak kami rasa. Perut macam dah bunyi lebih kurang sebab kitorang tidak bersarapan pagi. Aku pun hanya makan sujuk (frankfurter) sekeping yang Najwa goreng pagi tadi.

Perjalanan diteruskan menuju Arafah. Cuaca agak sederhana.Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Awan berkepul-kepul timbul menandakan cuaca sangat 'clear' dan tenang.
Salam mengheret tikar, Muiz memeluk khemah, Nawi menggalas beg kamera dan khemah, Rashid dan Aizat membawa beg makanan sambil beriringan. Aku galas kamera dan beg yang berisi kamera. Berlatih untuk jadi photojournalism.

Aku minat photojournalist sebab ia mengabadikan gambar dalam bentuk cerita. Tapi masalahnya, aku tak pandai nak buat caption pada gambar. Itu rasa-rasanya kena masuk kelas photojournalistlah. Nantilah, cuti-cuti Malaysia nanti aku ejas kat mana-mana tempat yang menawarkan crash course tersebut.

Kami menyusuri jalan raya. Keringat peluh telah membasahi seluruh tubuh kami yang diselaputi oleh Ihram berwarna putih. Debu-debu yang berterbangan juga menyelitkan diri mereka pada pakaian kami.

Kami merentasi padang pasir untuk mencari jalan terdekat ke Arafah. Di sebelah kiri kami, kelihatannya projek monorel yang hampir siap landasannya diberhentikan sementara untuk laluan haji. China telah diberikan kepercayaan untuk menerajui projek pembinaan. Kemungkinan besar, tahun depan, kami sudah boleh menaiki Monorel ini. Bang! Tiket ke Arafah untuk 4 orang yer!

Perjalanan diteruskan lagi. Dari jauh kelihatan seorang jemaah haji memakai tongkat berhenti minum air. Aku terasa tercabar dengan kekuatan beliau. Kita yang muda dan tidak mempunyai masalah ini mengeluh keletihan, tetapi dia yang memakai tongkat tetap meneruskan perjalanan menuju ke Negeri Arafah yang mengumpulkan seluruh manusia!

Setelah agak lama berjalan, kami memutuskan untuk menaiki misywar lagi. Kereta vennett yang kebiasannya menempatkan kambing di dalamnya, kini kami menjadi penghuninya. SR10 diberikan sebagai upah untuk mereka merentas padang pasir menghantar kami ke masjid Namerah.

Rasa macam dalam cerita Indiana JOnes pon ada. Merentas padang pasir, lalu bawah jambatan, elakkan pokok2 berduri, fuh! Sungguh thriller.

Akhirnya kami sampai di satu tembok. Dari bawah, kami nampak menara masjid Namerah sebagai destinasi kami. Kami memanjat tembok. Alhamdulillah..

Kelihatannya border Arafah terpampang megah di hadapan kami di sisi masjid Namerah. Manusia berlonggok-longgok dengan anggaran 2.5 juta orang. Seperti siri pengembaraan lagaknya. Kami telah sampai ke satu negeri yang asing iaitu negeri Arafah. Beginikah keadaannya apabila di Padang Masyar nanti? Manusia serba putih bergelimpangan di sana-sini. Pemandangan yang sangat menakjubkan tidak terdapat di tempat lain selain dari Makkah alMukarramah.

Thursday, November 26, 2009

'Sejuta wajah menuju satu arah'










Episod pengenalan. Tunggu episod seterusnya. Letih jalan kaki tak abes lagi neh!~

selamat hari raya. Korban lembu buat masak apa?

Alhamdulillah, segala hajat dan doa kiriman telah aku bacakan dan kita sama2 berdoa agar Allah memaqbulkan apa yang dicita. Insya allah. Amin.

Tuesday, November 24, 2009

alHajju Arafah

Bunga datang memberi senyum padamu. Ahlan ya Duyuufur Rahman.

Matahari memanahkan sirnanya buat panduan dirimu.

Al-Quran sebagai panduan diri.

Solat tiang agama. - Masjidilharam, Makkah.

Alan from Norway.

Bapak Alan.

Untuk dijual.

Tidur.

Ikat anak.

tumpang caj tepon yer.

letak gambar jerlah. cerita dah tak sempa. teyy pun dah lupa macam mana rasanya. Labbaikallahumma labbaik. Kirimkan doa anda pada saya.

Monday, November 23, 2009

Pembesar Negara

Bakal2 Mufti dan orang besar.

Tak payah ambik gambar bersama-sama Tun pun orang tahu yang aku ada dalam majlis tu kan?

amacam kita punya hero dalam 'Makkah Drift'? Ganas tak?

Datuk Ahmad Shabery pun layan DSLR. Apa lagi?

Saturday, November 21, 2009

pandangan anda






8.33 - sampai pejabat
8.40 - roti canai & teh tarik
9.40 - masuk pejabat gmail, fesbuk, blog
11.00 - siap2 nak solat zuhur
12.30 - makan tengahari & tukang letak nasi untuk 400 jemaah. Mana cramp tangan.
3.00 - siap2 nak solat asar
4.45 - balik umah

itu jadual seharian seorang part timer. Amacam? mulia tak pekerjaan?

Saya ingin memohon sedikit bantuan daripada anda tentang assignment yang perlu saya buat sementelah saya bekerja dengan research institute as a senior photographer. Saya namakan ianya senior sebab saya sudah ada junior Photographer iaitu si Asnawi Hassan. Apa sahaja gambar yang cantik dan menarik, saya akan shoot. Apa yang saya perlukan ialah cadangan daripada anda. Bagaimana anda inginkan gambar tersebut keluar?

Saya telah mendapat peluang untuk mengambil gambar mana2 sahaja tempat dan mana2 sahaja keadaan dari Kementerian Dalam Negeri Saudi di bawah kelolaan Maahad Khadimul Haramain kecuali di dalam MasjidilHaram, di dataran luar masjidilharam dan gambar2 yang tak sepatutnya di ambil. Pertolongan anda amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

p.s : semalam dah 2 kali kena tangkap dengan polis. Tapi alhamdulillah, ada pas, dapat lepas. Kalo tak, masuk pejabat polis jugak. Oleh itu, nasihat saya hati-hati bila mengambil gambar. Sekarang banyak mata2 gelap.

Jumaat semalam diserikan dengan khutbah dari Syeikh Saud alShuraim. Dia menangis semasa membacakan ayat dari surah alBaqarah. Saya pun turut menangis. Menangis sebab menguap. Solat pun dah terpaksa solat di atas food court sahaja. Akibat dari lautan manusia yang memenuhi dataran masjidilharam.

Friday, November 20, 2009

Jumaat 20 Nov

Letak gambar dulu, cerita kemudian yer.
'Wajah dari India'
'India lagi'
'Lagi India'
'Baca Quran'
'EgyptAir'
Jumaat Hari Ini
'Jumaat hari ini'

Thursday, November 19, 2009

pesanan penaja

pelanggan-pelanggan kami bukan calang-calang orang.

Junior Official Photographer for Hajj Research Institute.

Senior Official Photographer for Hajj Research Institute.

Kazakastan.

Mengayuh sehingga ke langit.

China.

punyalah sibuk dengan kerjaya dan orang haji, aku tak sempat nak cerita banyak dan mengarang banyak. Cuma ada beberapa pesanan yang ingin aku utarakan sebelum bermulanya hari wukuf.

1. Jika ada sesiapa yang nak buat badal haji, tapi tak mampu dengan harga yang sangat tinggi seperti 18 ribu atau 21 ribu, takpe. Aku hanya memerlukan badal haji dengan harga 2000 ringgit ke bawah. Bukan apa, sebab ramai sangat orang 'local' yang nak buat haji, tapi tak dapat badal haji disebabkan tabung haji tidak membuka 'tender'nya seperti tahun2 lepas. Mereka ini bukan orang 'jalanan' mahupun orang 'picisan'. Mereka orang yang sangat insya allah boleh dipercayai. Mereka asyik duk tanya aku pasal badal haji. Apa aku nak jawab kalo sememangnya tak ada. Jika anda ada terfikir untuk membuat badal haji dan tidak mempunyai saluran yang tepat, emailkan saya di kamitaken@gmail.com, atau telefon saya, atau msg saya di 00966568903450. terima kasih di atas sebarang kerjasama.

2. Jika ada saudara mara yang nak datang ke Makkah selepas anda membaca artikel di belog ini pada hari ini, aku nak pesan satu perkara. Iaitu 'dodol durian' @ 'lepok'. Bagi nombor saudara anda pada aku, dan aku akan hubunginya. Sememangnya aku tak suka durian, tapi apakan daya.. Ini semua cerita benar. Takde tipu-muslihat yang tersembunyi atau sebagainya. Tolong yer.

sekian, masuk tidor dulu.

2.33 am
Lutfi Lokman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...