anjing gatal sebelum di'lepuk' oleh waseem. Padan muka hang. Tapi cute giler anjing neh. subhanallah.
Saya tak berapa ingat nama tempat neh. Tapi ada 'bay' gitu kat belakang. Marina bay? ortodok bay? bay watch? eh, itu bay kat depan. hahaha
Dr. Rahman. orang yang bertanggungjawab membawa kami ke Perth. Kalo takde dia, saya mungkin lupa bahasa melayu. Dah biasa sangat cakap omputeh neh. Saya suka rumah dia. Simple, kemas, cantik dan macam rumah omputeh. wakakaka
Mak dan anak yang sama mengada-ngada. -Caversham Wildlife Park, West Aussy.Kita buka tahun 2009 dengan cerita seronok dan menarik. Kita tutup pun, mestilah dengan cerita yang seronok dan menarik bukan? Saya belek kembali, tajuk time january 2009 adalah kertas soalan itu. Tak best langsung tajuk dan cerita. Sapa ntah penulis artikel tuh. Tapi orang war-warkan penulis dia memang hensem. Entahlah. Hahaha.
Jadual saya agak padat dan 'pack' lenim (bahasa terengganu 101 yang bermaksud sekarang ini). Semalam punya outing terpaksa dibatalkan atas masalah2 kesihatan kakak ipar najwa dan juga untuk menjaga waktu saya yang tak beberapa ada sangat. Alhamdulillah, kesihatan dia sudah pulih dan saya juga mempunyai sedikit masa pada waktu pagi yang amat tenang dan permai ini.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w : ''Allahumma baarik li Ummati fi Bukuuriha" au kama qaal. Mafhumnya "ya Allah berkatilah ummatku pada waktu paginya". -hadis diriwayatkan dari Abu Daud.
Gambar-gambar di atas adalah gambar kenangan kami ketika berada di luar negara. Kami mengunjungi Perth pada waktu musim panas di Saudi atas jemputan Dr. Rahman Abdullah, pakar kanak-kanak di sebuah hospital ternama di Perth.
Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kerana sehingga hari ini masih terngiang-ngiang lagi rasa kopi masin di rumah beliau. Jika tidak di atas jemputan itu, masakan saya boleh berceloteh bahasa omputeh dengan orang puteh. Nak sembang dengan arab, asyik tertukar 'p' jadi 'b'. Tak 'abble' langsung! (apple).
Saya bukan berniat ingin menyambung cerita atau artikel tentang perjalanan saya ke sana kerana kertas catatan saya sudah hanyut entah ke mana. Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai orang-orang baik yang telah saya temui sepanjang hidup saya. Semakin kita dewasa, semakin ramai orang yang telah kita temui. Pertemuan dengan orang ini, bukan kita yang aturkan. Maksud saya, pertemuan yang bukan berjenis 'temujanji'. Jenis 'temujanji' itu kita yang setkan masa utk bertemu orang. Pertemuan yang ingin saya bicarakan adalah pertemuan yang telah ditaqdirkan Allah kepada kita.
Jika dahulu, ketika berada di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, saya hanya bertemu Abg Ee, Ea, nenek saya, mak, ayah, Mama, aboh, Mokma, Kak ja, Kamal Tauhu @ kamal gemok, mokki dan keluarga pakcik mad noor sahaja kerana mereka tinggal berdekatan dengan rumah nenek saya dan mereka adalah waris-waris saya. Paling tinggi pun saya pergi adalah kuala lumpur untuk bertemu tak lain dan tak bukan adalah waris-waris serta kerabat saya. Itu pun saya sudah terasa sangat ramai orang hidup dalam dunia ini. Namun kini, saya semakin terkejut melihat dunia tersaaangat luas dengan pelbagai ragam orang dan wajah. Mereka ada yang dikurniakan Allah baik, ada juga yang ditaqdirkan untuk menjadi kurang baik.
Hasil ketelitian saya, hasil penyelidikan saya, hasil pengamatan saya, saya mendapati, jika kita berhati baik, Allah akan kurniakan kepada kita orang yang baik-baik untuk ditemukan. Orang yang tak baik pun ada juga Allah ketemukan, namun, bukan tak pasal-pasal kita bertemu tetapi bersebab. Fikirkan dan renungkan kata-kata saya ini. Nak taip dan tampal dalam bilik untuk bacaan sebelum tidur pun boleh. Saya tak kisah sangat nama saya tertera di bawah quote itu.
Jika nak saya sebutkan orang-orang baik yang berada di dalam senarai saya, sangat banyak. Tapi saya tak ingat. Tambahan pula cpu saya jenis windows94. Slow dan sangat tak bagus. Jenis cpu pakai insert disket besar. Apa yang best dalam cpu ini hanyalah main game 'pac-man' atau versi terkini di facebook.com 'waka-waka'. Itu mainan waseem. Bila bukak leptop, dia ada kat tepi, dia akan sebut 'waka-waka'. Hangpa tak bukakkan dia game tu, jenuhlah dengar dia sebut sampai berbuih mulut.
Waseem yang dipaksa duduk di tempat letak bayi dalam kereta. Apa ntah oram puteh panggil. Saya tak tahu. Yang penting, waseem sangat tak suka!
Semalam, saya, Tn. Badrul, si Rashid US, najwa dan waseem ada bertemu dengan Abg Rosman. Abg Rosman bertugas sebagai Managing Director utk syarikat Abdul Latif Jameel Co. Ltd TOYOTA (ALJCL) di Middle east. Dia tinggal di Jeddah bersama keluarganya. Orang yang sangat simple, baik dan mesra. Terima kasih kepada tuan bad kerana memperkenalkan kami kepada orang yang baik-baik ini. Baik bukan bermakna kerana dia memberikan kami banyak duit atau sebagainya (walaupun memang abg rosman bagi duit). Baik kerana dia berkongsi kepada kami 'ilmu' dalam kehidupan ini. Apa yang memori windows94 saya ini masih ingat adalah pada perkataan abg rosman :
atau lebih kurang macam itulah katanya. Dia membuka cerita mengenai bossnya iaitu Tokey ALJCL ini. Dah nama tokei toyota, jadi dia kemana-mana hanya pakai kapalterbang peribadi jenis 838?383? dah lupa. hehehe. Rumah pula bersepah di merata-rata dunia. Jepun ada, German ada, Europe ada, Italy ada, Sungai Wang Plaza pon mungkin ada 2,3 bijik. Namun, ada satu sikap yang sangat membuatkan dia 'deserved' utk menjadi kaya iaitu dia sangat dermawan, humble, baik hati dan tak meninggi diri. Dia (bos toyota ini si AL) yang percaya pada falsafah di atas iaitu apa yang anda berikan, anda akan dapat kembali sentiasa memberikan derma hasil duitnya sendiri dan melaburkan banyak keuntungannya untuk jalan yang diredhai Allah. Dia juga mencipta aset sendiri dengan menanggung pembelajaran beberapa local worker saudi untuk ke Jepun yang memakan belanja lebih kurang 1,2 million seorang. Namun, hasilnya sangat membanggakan. Dari segi didikan keluarga juga, terang abg rosman lagi, AL ini sangat menyemai sikap tidak membanggakan diri terhadap anak-anaknya. Mereka diasuh untuk bekerja dari bawah di syarikat ayahnya. Terang abg rosman lagi, anaknya pernah menelefon abg rosman utk memohon approval sedangkan dia terlebih berhak untuk membuat sebarang keputusan. Tapi disebabkan sikap 'respect others' yang telah tertanam di dalam diri mereka, mereka amat menghormati orang lain yang lebih dewasa di dalam syarikat tersebut.
Anda nak tahu betapa kayanya dia? datang saudi, tengok kereta apa yang paling banyak orang pakai? apa? viva? itu adik aku punya kereta. Galant? Corolla? Camry? Fortuner? Yaris? semua toyota sapu. Di dalam pejabatnya juga sambung abg rosman lagi terdapat sehelai kain kiswah yang dipasang khas dengan cermin kaca dan terdapat air conditioner khas supaya kualiti kain itu tidak terjejas. Nilainya jutaan ringgit malaysia. Susah nak dapatkan orang yang semakin kaya, semakin tunduk. Susah tapi tidak mustahil.
Abg rosman sendiri ceritanya dia bermula dengan susah. Kehidupan yang lebih kurang apa yang saya alami sendiri kini. Namun, berkat kesabaran, kesungguhan dan kepercayaan kepada diri sendiri, dia kini merubah hidupnya ke arah yang lebih baik. Terima kasih abg rosman di atas segala pemberian meliputi material dan rohani. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
Itu baru satu bab dalam kehidupan saya. Banyak lagi bab orang lain yang telah saya ketemui yang sangat memberikan kesan dan keterbukaan dalam minda saya. Berbalik kepada Dr. Rahman sendiripun yang mempunyai latarbelakang pendidikan bukan agama, akan tetapi kini sangat tekun mempelajari agama serta mengamalkannya. Semasa berada di Perth, solat 5 waktu, dia yang kejutkan untuk kami sama-sama ke musolla berdekatan iaitu di Musollah UWA. Berada dan bertemu dengan kelompok komuniti muslim di sana amatlah mengesankan diri saya. Mereka berada di dalam masyarakat yang rata-ratanya beragama lain, mampu melonjakkan diri untuk menghidupkan Islam di bumi terasing dan menghayatinya. Itulah mereka, orang yang sangat gigih memperjuangkan agama Islam demi mengekalkan agar generasi seterusnya dapat menikmati apa itu Islam. Kita? sebab berada di Makkah, 3 orang pemandu teksi yang telah saya temui ketika haji baru-baru ini berumur di dalam lingkungan 45-60 tahun belum pernah mengerjakan haji seumur hidup. Kerana apa? kerana belum mendapat seru dan hidayah katanya... ??
'insan adalah satu teknologi yang sangat sosfikated' - lutfi lokman.
Juga terdapat insan2 di luar sana yang berpendidikan 'sekular' kita kata. Akan tetapi, mereka lebih gigih dan lebih bersungguh memperjuangkan agama daripada orang yang datang berlatar belakangkan agama. Orang sambut happy new year, kita pun sibuk sama pergi countdown, orang sambut krismas, kita lebih lagi dari orang kristian. Siap berlakon jadi Santa Claus pulak. Apa lagi yang tinggal?
dari kiri belakang : Mujahid Hilmi, dato'@ abg Yusri, Shukri, Muaz Hilmi, Ust Hilmi Harun, Zul Ganu.
depan dari kiri : dr rahman, penulis, Auni, Ust Aizuddin. (cameraman, Hisham)
Penulis ketika belajar di Australia. Wakakakaka.. eja ekzejeret pon tak reti, nak belajar di aussy? wakakaka.
Itu adalah segelintir dari kami iaitu orang yang didefinisikan berpendidikan agama. Bukan semua. Hanya segelintir. Saya bukan kata saya terbaik. Saya adalah apa yang anda saksikan dan kenali. Jenis manusia yang tak boleh letak kategori. Oleh itu, seru saya kepada diri saya dan anda, cuba berkawan dengan mereka yang 'di luar sana', dapatkan maklumat, pengalaman, ilmu, dan perkongsian hidup dari mereka. Mereka mempunyai 'satu pandangan' terhadap agama yang kita 'tidak nampak'!
Jadual saya agak padat dan 'pack' lenim (bahasa terengganu 101 yang bermaksud sekarang ini). Semalam punya outing terpaksa dibatalkan atas masalah2 kesihatan kakak ipar najwa dan juga untuk menjaga waktu saya yang tak beberapa ada sangat. Alhamdulillah, kesihatan dia sudah pulih dan saya juga mempunyai sedikit masa pada waktu pagi yang amat tenang dan permai ini.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w : ''Allahumma baarik li Ummati fi Bukuuriha" au kama qaal. Mafhumnya "ya Allah berkatilah ummatku pada waktu paginya". -hadis diriwayatkan dari Abu Daud.
Gambar-gambar di atas adalah gambar kenangan kami ketika berada di luar negara. Kami mengunjungi Perth pada waktu musim panas di Saudi atas jemputan Dr. Rahman Abdullah, pakar kanak-kanak di sebuah hospital ternama di Perth.
Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kerana sehingga hari ini masih terngiang-ngiang lagi rasa kopi masin di rumah beliau. Jika tidak di atas jemputan itu, masakan saya boleh berceloteh bahasa omputeh dengan orang puteh. Nak sembang dengan arab, asyik tertukar 'p' jadi 'b'. Tak 'abble' langsung! (apple).
Saya bukan berniat ingin menyambung cerita atau artikel tentang perjalanan saya ke sana kerana kertas catatan saya sudah hanyut entah ke mana. Apa yang ingin saya ceritakan adalah mengenai orang-orang baik yang telah saya temui sepanjang hidup saya. Semakin kita dewasa, semakin ramai orang yang telah kita temui. Pertemuan dengan orang ini, bukan kita yang aturkan. Maksud saya, pertemuan yang bukan berjenis 'temujanji'. Jenis 'temujanji' itu kita yang setkan masa utk bertemu orang. Pertemuan yang ingin saya bicarakan adalah pertemuan yang telah ditaqdirkan Allah kepada kita.
Jika dahulu, ketika berada di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, saya hanya bertemu Abg Ee, Ea, nenek saya, mak, ayah, Mama, aboh, Mokma, Kak ja, Kamal Tauhu @ kamal gemok, mokki dan keluarga pakcik mad noor sahaja kerana mereka tinggal berdekatan dengan rumah nenek saya dan mereka adalah waris-waris saya. Paling tinggi pun saya pergi adalah kuala lumpur untuk bertemu tak lain dan tak bukan adalah waris-waris serta kerabat saya. Itu pun saya sudah terasa sangat ramai orang hidup dalam dunia ini. Namun kini, saya semakin terkejut melihat dunia tersaaangat luas dengan pelbagai ragam orang dan wajah. Mereka ada yang dikurniakan Allah baik, ada juga yang ditaqdirkan untuk menjadi kurang baik.
Hasil ketelitian saya, hasil penyelidikan saya, hasil pengamatan saya, saya mendapati, jika kita berhati baik, Allah akan kurniakan kepada kita orang yang baik-baik untuk ditemukan. Orang yang tak baik pun ada juga Allah ketemukan, namun, bukan tak pasal-pasal kita bertemu tetapi bersebab. Fikirkan dan renungkan kata-kata saya ini. Nak taip dan tampal dalam bilik untuk bacaan sebelum tidur pun boleh. Saya tak kisah sangat nama saya tertera di bawah quote itu.
Jika nak saya sebutkan orang-orang baik yang berada di dalam senarai saya, sangat banyak. Tapi saya tak ingat. Tambahan pula cpu saya jenis windows94. Slow dan sangat tak bagus. Jenis cpu pakai insert disket besar. Apa yang best dalam cpu ini hanyalah main game 'pac-man' atau versi terkini di facebook.com 'waka-waka'. Itu mainan waseem. Bila bukak leptop, dia ada kat tepi, dia akan sebut 'waka-waka'. Hangpa tak bukakkan dia game tu, jenuhlah dengar dia sebut sampai berbuih mulut.
Waseem yang dipaksa duduk di tempat letak bayi dalam kereta. Apa ntah oram puteh panggil. Saya tak tahu. Yang penting, waseem sangat tak suka!Semalam, saya, Tn. Badrul, si Rashid US, najwa dan waseem ada bertemu dengan Abg Rosman. Abg Rosman bertugas sebagai Managing Director utk syarikat Abdul Latif Jameel Co. Ltd TOYOTA (ALJCL) di Middle east. Dia tinggal di Jeddah bersama keluarganya. Orang yang sangat simple, baik dan mesra. Terima kasih kepada tuan bad kerana memperkenalkan kami kepada orang yang baik-baik ini. Baik bukan bermakna kerana dia memberikan kami banyak duit atau sebagainya (walaupun memang abg rosman bagi duit). Baik kerana dia berkongsi kepada kami 'ilmu' dalam kehidupan ini. Apa yang memori windows94 saya ini masih ingat adalah pada perkataan abg rosman :
'what u give, u will get back'.
atau lebih kurang macam itulah katanya. Dia membuka cerita mengenai bossnya iaitu Tokey ALJCL ini. Dah nama tokei toyota, jadi dia kemana-mana hanya pakai kapalterbang peribadi jenis 838?383? dah lupa. hehehe. Rumah pula bersepah di merata-rata dunia. Jepun ada, German ada, Europe ada, Italy ada, Sungai Wang Plaza pon mungkin ada 2,3 bijik. Namun, ada satu sikap yang sangat membuatkan dia 'deserved' utk menjadi kaya iaitu dia sangat dermawan, humble, baik hati dan tak meninggi diri. Dia (bos toyota ini si AL) yang percaya pada falsafah di atas iaitu apa yang anda berikan, anda akan dapat kembali sentiasa memberikan derma hasil duitnya sendiri dan melaburkan banyak keuntungannya untuk jalan yang diredhai Allah. Dia juga mencipta aset sendiri dengan menanggung pembelajaran beberapa local worker saudi untuk ke Jepun yang memakan belanja lebih kurang 1,2 million seorang. Namun, hasilnya sangat membanggakan. Dari segi didikan keluarga juga, terang abg rosman lagi, AL ini sangat menyemai sikap tidak membanggakan diri terhadap anak-anaknya. Mereka diasuh untuk bekerja dari bawah di syarikat ayahnya. Terang abg rosman lagi, anaknya pernah menelefon abg rosman utk memohon approval sedangkan dia terlebih berhak untuk membuat sebarang keputusan. Tapi disebabkan sikap 'respect others' yang telah tertanam di dalam diri mereka, mereka amat menghormati orang lain yang lebih dewasa di dalam syarikat tersebut.
Anda nak tahu betapa kayanya dia? datang saudi, tengok kereta apa yang paling banyak orang pakai? apa? viva? itu adik aku punya kereta. Galant? Corolla? Camry? Fortuner? Yaris? semua toyota sapu. Di dalam pejabatnya juga sambung abg rosman lagi terdapat sehelai kain kiswah yang dipasang khas dengan cermin kaca dan terdapat air conditioner khas supaya kualiti kain itu tidak terjejas. Nilainya jutaan ringgit malaysia. Susah nak dapatkan orang yang semakin kaya, semakin tunduk. Susah tapi tidak mustahil.
Abg rosman sendiri ceritanya dia bermula dengan susah. Kehidupan yang lebih kurang apa yang saya alami sendiri kini. Namun, berkat kesabaran, kesungguhan dan kepercayaan kepada diri sendiri, dia kini merubah hidupnya ke arah yang lebih baik. Terima kasih abg rosman di atas segala pemberian meliputi material dan rohani. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
Itu baru satu bab dalam kehidupan saya. Banyak lagi bab orang lain yang telah saya ketemui yang sangat memberikan kesan dan keterbukaan dalam minda saya. Berbalik kepada Dr. Rahman sendiripun yang mempunyai latarbelakang pendidikan bukan agama, akan tetapi kini sangat tekun mempelajari agama serta mengamalkannya. Semasa berada di Perth, solat 5 waktu, dia yang kejutkan untuk kami sama-sama ke musolla berdekatan iaitu di Musollah UWA. Berada dan bertemu dengan kelompok komuniti muslim di sana amatlah mengesankan diri saya. Mereka berada di dalam masyarakat yang rata-ratanya beragama lain, mampu melonjakkan diri untuk menghidupkan Islam di bumi terasing dan menghayatinya. Itulah mereka, orang yang sangat gigih memperjuangkan agama Islam demi mengekalkan agar generasi seterusnya dapat menikmati apa itu Islam. Kita? sebab berada di Makkah, 3 orang pemandu teksi yang telah saya temui ketika haji baru-baru ini berumur di dalam lingkungan 45-60 tahun belum pernah mengerjakan haji seumur hidup. Kerana apa? kerana belum mendapat seru dan hidayah katanya... ??
'insan adalah satu teknologi yang sangat sosfikated' - lutfi lokman.
Juga terdapat insan2 di luar sana yang berpendidikan 'sekular' kita kata. Akan tetapi, mereka lebih gigih dan lebih bersungguh memperjuangkan agama daripada orang yang datang berlatar belakangkan agama. Orang sambut happy new year, kita pun sibuk sama pergi countdown, orang sambut krismas, kita lebih lagi dari orang kristian. Siap berlakon jadi Santa Claus pulak. Apa lagi yang tinggal?
dari kiri belakang : Mujahid Hilmi, dato'@ abg Yusri, Shukri, Muaz Hilmi, Ust Hilmi Harun, Zul Ganu.depan dari kiri : dr rahman, penulis, Auni, Ust Aizuddin. (cameraman, Hisham)