"abang! yang tingkat 2 tu takde ekon. Cuba pergi tanya!" Arahan isteri aku pada aku sambil gosok2 perut dia. Aku punya mata dah rebeh (bahasa terengganu 101 yang bermaksud senget) semacam dah nih. Balik kerja, takdak rehat, otak pikir nak baca buku, makan lintang-pukang, geram nak ambil gambar lagi. blablablabla..
"maa fi. Haza mo lil eejar." (takdak! Ini bukan utk disewa) Jawab tukang jaga pintu umah. Kalo di Mesir mungkin panggil bawwabah kan? Saudi aku tak tahu apa dia panggil. Jaga kot? hahaha tak pun Pak security.
Kami meneruskan perjalanan menelusuri celah-celah Kota Makkah. Dari Rusaifah, menuju ke Khalidiah, singgah sebentar di Misfalah sambil najwa menunjukkan rumah tempat lahirnya di Nakasah, kemudian kami bergerak lagi ke Awali yang tak mungkin kami menyewanya di situ kerana itu penempatan orang2 kaya dan elit. Cuma cuci mata yang dah rebeh ini. Akhirnya kami tersadai di kaki bukit Jabal Thur. Di bawahnya kedapatan beberapa imaarah (bangunan) yang baru siap dan ada banner utk disewa. Aku cuba pergi bertanya.
Berapa bilik nih?
5 bilik bang.
sewa berapa?
30 ribu bang.
... (start kereta, chow laju2)
Kami akhirnya pulang kembali ke rumah abg ipar di Shishah yang kami tumpang sementara waktu sebelum berpindah lagi. Kepala sudah pusing. Rumah lagi, kereta lagi, kerja lagi, exam lagi, fotografi lagi, beranak lagi, isu penggunaan kalimah Allah lagi, gereja kena bakar lagi, blog lagi, fesbuk lagi, pak abu lagi dan macam2.
Kelmarin, aku dan asnawi hassan mencongak2. Kira2 aku sudah berpindah sebanyak 5 buah rumah. Memang stok badwi terus. Mula2 kahwin, aku tinggal di rumah abg najwa. Uncle aku pesan, (ini bukan uncle815) bila dah kahwin, carilah rumah sendiri. Jangan tinggal dengan mak mertua, ipar duai dan sebagainya. Mungkin mula-mula tak ada masalah, lama-lama bila dah timbul masalah, ia akan menjadi besar. Tinggallah rumah kecik sekalipun, asal duduk berdua dan tak ganggu orang. Itu pesan uncle Zahari, abang kepada mak aku. Dia antara orang yang bertanggungjawab menyaksikan perkahwinan aku di sini 4 tahun lalu selain mak dan ayah.
Rumah pertama kami di Roudhah. Tinggal 2 hari dah kena keluar sebab tuan rumah tak suka budak-budak yang kebetulan abg ipar aku datang bertandang. Angkut barang keluar. Rumah kedua kami di Khansa'. Terpaksa keluar sebab tuan rumah nak bagi anak dia yang baru kahwin tinggal di rumah tu. Keluar lagi. Kemudian, aku berpindah di Shishah. Rumah yang agak hampir sempurna dan strategik. Tapi disebabkan aku tidak mengetahui status aku tempohari samada lulus atau tidak utk pengajian MA ini, aku bertindak melepaskan rumah itu. Keluar lagi.
Balik dari Malaysia, aku terjumpa sebuah rumah di Dahlah. Apartment yang kecil, tapi cukup untuk aku 3 beranak dengan sewa yang menakjubkan SR2000 setahun! Dekat pulak dengan masjidilharam. Tapi sayang sekali, terpaksa keluar jugak sebab mak kepada tuan rumah dah bagi sewa pada orang lain tanpa pengetahuan anaknya. Anak takkan nak lawan mak. So, kami pun keluar dengan syarat, tuan rumah akan pulangkan kembali wang sewa. Sedih, tapi sekurang-kurangnya aku jimat banyak duit pada musim haji yang lalu dengan hanya berjalan kaki ke masjid dan jumpa orang.
Terakhir mungkin dan terkini, kami menyewa di Khansa' kembali. Bersama Abg Arshad yang akan menjadi jiran kami. Sewa agak mahal SR10k dengan 4 bilik dan 2 bilik air. Emm... Keadaan di dalam agak teruk. Dinding dah macam cerita 'twilight zone', ngeri jugak tengok. Tapi berbekalkan ilmu yang aku pelajari semasa bekerja dengan 'IKEA' dulu, hehehe kami akan cuba mencantikkan apa yang tak cantik.
same great quality, even lower prices! Amacam asnawi? IKEA lagi kita!
err.. Lupa nak cerita, rumah di Dahlah haritu, sebenarnya kami baru tahu cerita semasa nak pindah, yang kakak kepada tuan rumah meninggal di kawasan rumah tu akibat terjatuh dari tingkap rumah kami. Bunuh diri ker, terjatuh ke, wallahualam. Itu mengikut cerita-ceriti beberapa orang yang tinggal di kawasan kejadian. Wahhh!! Nasib baik kena pindah!
Itulah antara beberapa siri perpindahan rumah kami. Masa sedang mencari-cari rumah di seluruh Makkah tempohari (lebih kurang 2 minggu lebih) najwa punya strategi ialah tengok aircond rumah orang. Kalo aircond di satu floor tu takdak, aku lah yang kena turun pergi tanya ada kosong ke tak? Korang bayangkan berapa ribu rumah yang tak pakai ekon kat Makkah nih? Terkehel aku punya kaki pergi turun-naik rumah.
'erti sebuah kehidupan' itulah.. jelas mak semasa balas msg aku mengadu.
Follow @USERNAME

10 comments:
bulan 3 tahun depan boleh la ni nak tumpang
oh. tu ke tips cari rumah kosong? first time dengar. haha. comel2.
salam..
dear ustaz lutfi... waseem nak dapat adik yer?? alhamdulillah
Eh pindah rumah baru ka? boleh la nak datang beraya Aidilfitri nanti yer..hahahaa
xpe pi.. sbr je dulu ek.. insya allah de nye la rezeki nnt2..
wah xsabar nk tgk hasil kerja 'IKEA' mr.lutpi and mr.nawi..huhu
hebat la ko dgn nawi..terrer bab nak bertukang mcm Ikea..nanti balik ke msia..korang redecorate la balik rumah aku ek..hehehe
abg pi, 'IKEA punya Chop ka 'Lotpi Sekeluarga punya chop? :D
Teruslah berjuang..jgn lupa ..gambar before and after rumah baru tu nanti..
salam ziarah:)
waa..waseem nk dpt adik ke?
so sweet:)tahniah2
Post a Comment