pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, January 14, 2010

statistik semasa

waseem as a role-model.

dia dan kereta jangan cerita.

asmaak adDaanah, Makkah alMukarramah.


lama tak main edit2 ngan photoshop.

35mm f1.8 dibeli di kedai ahmeng.

inilah gejet yang mak dan ayah saya marah serta terkejut. Bini? toksah ceritalah!

Cerita di entri di bawah benar-benar mencabar keegoan seorang lelaki perkasa seperti saya. Saya menangis teresak-esak macam budak-budak dalam pejabat. Yerlah, baca masa opis hour. Bos mungkin perasan, tapi buat-buat tak paham. Nanti dia takut tersilap tegur, mungkin saya akan bertindak membakar pejabat. Sekarang kan musim main bakar-bakar. Gereja pon boleh orang bakar, takkan pejabat tak boleh bakar. Pemikiran yang sangat sempit. Memalukan Islam dan secara amnya, memalukan saya sebagai seorang yang beragama Islam dan rakyat Malaysia. Bukan itu caranya. Bukan itu gayanya. Hasilnya, Malaysia sudah terkenal dengan cerita membakar gereja. Rata-rata orang internasionale yang saya temui apabila mengetahui identiti saya sebagai seorang pemegang passport Malaysia akan bertanyakan perihal gereja dibakar. Diorang takde pulak tanya mengenai perihal apakah nama kuil yang telah dibina oleh Lim Goh Tong di Genting Highland, atau bertanyakan mengenai cara-cara menyediakan kuih bronok berwarna merah yang digaul nyior, atau bertanyakan sekurang-kurangnya negeri Terengganu itu betulkah terletak di Malaysia? alih-alih topik gereja dibakar jugak yang menjadi spekulasi.

Apa-apalah. Itu terletak kepada pemimpin nak 'setel'kan macam mana. Kita mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Berbalik kepada perkataan tanggungjawab yang ingin saya ulaskan setelah terfikir beberapa saat tadi, kita masing-masing mempunyai tanggugnjawab yang hendak atau tidak hendak, mestilah kita laksanakan. Jika kita tidak laksanakan tanggungjawab itu, rutin harian masyarakat lain akan terganggu dan menyebabkan kecacatan pada kesempurnaan harian. Contoh lebih mudah adalah penjual nasi lemak. Beliau mestilah berniaga setiap hari walaupun beliau mempunyai hak untuk tidak berniaga pada hari Isnin atau hari raya Deepavali. Apabila beliau cuti sehari kerana ingin menghantar anak yang diterima masuk ke Universiti Utara Malaysia, beliau akan menyebabkan ramai pelanggan merasa kecewa dan sedih. Pelanggan yang terdiri dari pelbagai golongan dan kakitangan akan merasa hampa apabila singgah di kedai biasa lepak, nasi lemak tidak ada! Ini boleh mengganggu ketenteraman kehidupan seharian mereka. Mereka akan merasa tidak sedap hati kerana terpaksa membeli nasi lemak lain yang tidak kena dengan selera harian mereka.

Bertambah teruk, ada yang tidak makan langsung sehingga mengganggu metabolasi badan mereka. (metabolasi pun aku tak tahu apa benda). Mereka yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat swasta akan kembali ke medan kerja tanpa mendapat apa yang mereka inginkan. Ya. Nasi lemak itu menggamit perasaan mereka. Menyebabkan rindu yang amat sangat sehingga kosentrasi kerja pun terganggu. Mereka akan bekerja sambil lewa walaupun bersungguh-sungguh, namun terdapat juga ingatan yang sedikit yang kurang menyenangkan terhadap kenangan tidak merasa nasi lemak pagi tadi. Ini sekaligus akan menyebabkan peratusan pencapaian maksimum syarikat atau badan kerajaan terjejas. Jejasan sedikit apabila digabungkan berminggu-minggu, berbulan-bulan akan menyebabkan kemerosotan teruk pada majikan. Itu baru seorang pekerja. Jika tukang cuci pun berperangai seperti itu. 2 bulan sampah tidak dibuang. Bau busuk sudah pasti akan berkeliaran menyepei (bahasa terengganu 101 yang bermaksud bertenggek@menyibuk) di dalam pejabat. Akhirnya, lambat-laun majikan terpaksa menanggung kos serta kerugian yang teruk dalam penyata kewangan yang berakhir pada 2009. Satu pengakhiran yang tidak relevan dan koleratif. (koleratif ni macam produktif jugak kot).

Itu salah satu contoh kecil mengenai bagaimana seorang peniaga nasi lemak sedap berjaya memberi impak yang besar kepada pembangunan negara kita Malaysia. Apatah lagi jika masalah keluarga yang dibawa ke pejabat oleh bos atau pekerja dan dicampur-aduk dengan kerja harian yang berlambak dan tertangguh? Itu sudah pasti akan dapat mencepatkan kejatuhan saham syarikat dengan merudum ke paras terbawah.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah saya sangat sibuk dalam minggu-minggu terkini. Saya alhamdulillah telah bekerja separuh masa lagi dengan THTS sebagai reservation officer. Nak letak manager macam hebat sangat. Terima kasih kepada bos kerana telah mengofferkan saya kerja yang pada mulanya nampak slow dan lembab, tapi terakhir kini, kerja telah meningkat dengan mendadak sehingga saya lemas dan tak boleh bernyawa. Pembahagian masa amat penting dalam merangka akal yang sihat, kerjaya yang sukses dan pembelajaran yang komited. Saya ada beberapa masalah ribut yang melanda dengan mendadak pada minggu-minggu ini yang ramai orang tak tahu. Antaranya ialah musim peperiksaan untuk pelajar-pelajar pra-master telah bermula. Soalan yang sangat mencabar dengan masa yang terhad dan limited. Tapi saya letakkan itu semua di tepi. Maksud saya, saya meletakkan pembelajaran adalah sebagai satu perkara sampingan. Anda pasti terkejut bukan? Macam mana boleh buat begitu sedangkan saya datang ke sini, sepatutnya belajar adalah matlamat utama dan bukan kerjaya.

Oke. Itu adalah target yang saya letakkan ketika saya belajar di level Ijazah dalam kuliah bahasa arab dan pendidikan. Target yang berbunyi : "pembelajaran adalah matlamat utama". Apabila saya telah berjaya menyelesaikan target tersebut (walaupun tidak sempurna dan tidak lah sangat sama macam aim saya) , saya kini telah beralih ke arah yang lebih tinggi dan mencabar. Otak saya tak dapat berfikir dengan baik jika saya tidak meletakkan satu wawasan dan satu gambaran yang relaks dan tenang. Oleh itu, saya meletakkan pembelajaran adalah satu makanan rohani yang perlu saya hadiri dan saya timba. Saya seorang pekerja di waktu yang sama, saya menimba ilmu akhirat dengan pensyarah saya yang berada di Umm alQura ini. Itu boleh menjadikan otak saya sedikit tenang. Jika saya meletakkan hadaf (target) utama saya ialah pencapaian tinggi dalam mata pelajaran, mengaut segala ilmu, mengetahui segala takrifan dan bersaing dengan pelajar-pelajar saudi dalam mata pelajaran nahu, akan menyebabkan saya tension serta mengalah dalam persaingan. Jika sebaliknya, saya akan murtaah (senang hati) dan tidak tertekan dengan 2 perkara yang anda telah lakukan bersama-sama secara parallel (sejajar) dan tak mungkin akan bersiku (bahasa terengganu 101 bermaksud sependapat).

Perkara lain yang tambah menyerabutkan otak saya ialah perihal perpindahan rumah saya ke Khansa'. Satu daerah @ perkampungan yang terletak kira-kira 5km dari masjidilharam. Rumah yang berharga SR10k itu telah berjaya menghabiskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja saya. Rumah buruk dengan segala kecacatan terdapat pada rumah itu. Tapi kami redha dan pasrah kerana kami terpaksa pindah secepat mungkin. Semua berlaku serentak. Pindah rumah, cat rumah, alih barang dan lain-lain perkara yang terpaksa saya pikirkan. Jamban pun saya kena pikirkan warna apa yang sesuai. Itu tak termasuk kos pemikiran warna lantai, baju yang perlu dipakai dan lain-lain lagi. Persekitaran yang sesuai atau bagaimana ingin menangani isu anak-anak jiran yang berkeliaran di hadapan rumah inginkan mainan waseem.

Lagi satu perkara yang terakhir dan tumpang merumitkan diri saya sehingga nak sikat rambut pun tak sempat adalah isu penggunaan kereta. Saya dalam masa terdekat ingin membeli sebuah kenderaan bernama kereta untuk penggunaan saya di sekitar saudi. Untuk memandu sampai Malaysia rasanya saya tak mampu. Kereta pun akan fed-up dan bertindak membuat mogok lapar mungkin. Harga yang dicadangkan adalah sekitar SR15k dan ke bawah. Kalo ada 2 ribu pun bagus jugak. Tapi untuk menyelesaikan semua ini memerlukan MASA! Saya kini amat kekurangan masa dan masa amat menghimpit serta menghantui saya. Pak Abu pun tidak balik lagi. Saya tak boleh abaikan dia kerana dia seorang yang telah berumur dan saya pikir dia pun sudah macam ayah saya. Oh! Lupa memperkenalkan Pak Abu. Dia seorang ketua Cantumas Travel yang menggajikan saya untuk menguruskan perihal kenderaannya. Dia pun tak ada orang sangat nak mintak tolong di sini dalam perihal perkara-perkara orang melayu seperti makan roti canai, pakai baju melayu sepasang, minum air sirap dan lain-lain lagi perkara yang tumpang sama memberati bahu saya. Tapi pesan pak abu, buat kerja biar ikhlas. Allah yang akan membayar segala penat-lelah kita jika orang yang kita hajati tidak membayar dengan sepatutnya. Hmm...

Natijahnya saya tension sebab takleh jawab exam nahu yang susah giler. Argghh!! Itu pasal saya karang jawapan2 di atas untuk saya kemukakan pada mak dan ayah saya. Sekian, wassalam.

Lutfi bin Lokman,
pelajar jurusan pra-master ,
kuliah syariah,
Universiti Umm alQura,
Makkah alMukarramah.

jawatan lain : officer manager for THTS, driver Cantumas Travel, pekerja sepenuh masa IKEA, Psikologist, unOfficial Photographer for Demotix.com, dan pakar terapi diri sendiri serta keluarga.

10 comments:

Marvic said...

aku tumpang sedih dgn dugaan ko...sabar je la wei..

aku tumpang sedih dgn pergolakan di msia

aku tumpang sedih dgn perwatakan sesetengah insan di msia

aku tumpang sedih kat semua org termasuk diri aku sendiri

PINATBATE said...

syahdu..!

pu3 balqis said...

waseem...
dah panjang la rambut dy..
comey..!

hajah zainab bt abdullah said...

waseem! soooooo cute!!

Uncle said...

Dear Lotfi.
Seronok baca cerita lotfi. Ceritalah lagi....

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

marvic, sabar dan sabar. ada jalan penyelesaiannya. tentang isu sekarang, kita dah jadi gaduh. orang kristian membenci orang islam. orang islam dah membenci orang kristian. orang kristian tak akan lagi memandang islam sebagai satu agama yang mulia dan beretika. dakwah untuk orang kristian sudah sedikit tercalar. Apapun, aku harap janganlah kerana mereka ini, kami as a muslim akan dipersalahkan seratus peratus.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kak pinat,

hmm. luahan perasaan sendiri memang best.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

putri,

yup. nak kasi panjang lagi. tapi tak tahu sempat atau tak. mak dia dah jeling2 dan tanya banyak kali bila nak gunting rambut. bila nak potong rambut. aiiii.. macam tak selamat jer.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

mama,

tenks mama. macam bapak dia lah. soo cute! hahahaha..

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

uncle,

kalo bos penyamun dah puji ini macam. saya lagi semangat menulis. hahaha.. tenkiu bos!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...