Dunia ini penuh tuntutan. Dari sekecil-kecil tuntutan sehingga ke sebesar-besarnya tuntutan. Menulis belog ini juga adalah satu tuntutan buat diri aku. Anggap sahajalah ada orang yang berminat nak membacanya walaupun hakikatnya adalah di sebaliknya. Sekurang-kurangnya emak yang kini banyak mempunyai waktu kosong pasti membaca coretan anaknya ini. Namun, di sebalik segala tuntutan itu, terzahirnya satu perkara yang menghalangi dari aku memenuhi tuntutan tersebut iaitu kekurangan waktu dan ketidakpandaian menguruskan waktu. Akibatnya, aku telah kehilangan beberapa waktu yang amat berharga dan penting dalam hidup.
Setiap orang menuntut agar haknya dikembalikan. Kita kadang-kala berjuang untuk mendapatkan hak kita kembali. Sehingga bergaduh, berperang dan sebagainya. Definisi sebuah tuntutan ini amat besar jika kita ingin kupaskan. Ianya satu perkara yang meliputi ibadat, pergaulan, persefahaman, muamalah, arrahnu, skim biasiswa kanak-kanak, rumah anak yatim, multilevel, Donna karen dan sebagainya lagi. Banyak sungguh jika kita ingin sentuh dan dalami definisi sebuah tuntutan.
Namun, disebalik segala tuntutan itu, kita hendaklah cuba untuk memenuhinya dengan sekadar yang kita mampu. Jika ada ruang, isikan tuntutan dengan sebaiknya.
Aku mempunyai satu masalah iaitu, aku jarang dapat memenuhi tuntutan. Oleh sebab itu, semalam pun emak masih lagi berpesan iaitu supaya jaga solat. Jika dikira, aku sudah besar. Sudah berumur 27 tahun! Sudah suami orang. Bapak orang dan pelajar jurusan agama di Makkah alMukarramah. Tetapi, emak tetap memandang aku seorang anak kecil yang mesti diperingatkan dan disuruh lantaran emak sangat mengenali aku. Dia yang melahirkan dan membesarkan aku. Apatah lagi, aku sentiasa bersamanya lebih kurang 9 bulan mendengar dia berceloteh ketika berada di dalam perut sebagai kandungan yang berat. Dia dan aku mempunyai 'ittisal' (hubungan) yang tersangat istimewa sebagai anak dan emak. Hubungan yang lebih tepat disebut naluri. Jadinya, antara kelemahan-kelemahan aku yang ketara jika anda perasan adalah aku sentiasa mendahului perkara yang tidak patut didahulukan. Erti kata lain, aku bukanlah seorang yang tekun dalam membuat sebarang pekerjaan. Ada sahaja perkara selingan yang ingin aku lakukan.
Tabiat itu insya allah akan aku cuba ubahkan dari masa ke semasa dalam misi memulihkan diri dan memperbetulkan sahsiah diri sendiri. Banyak perkara yang remeh-temeh aku pedulikan dari perkara2 major yang sepatutnya lebih mendapat perhatian. Itulah aku. Sifat yang dimiliki sudah pasti tidak akan memungkinkan aku berjaya dan terbang lebih tinggi dari apa yang dikecapi sekarang.
Entah macam mana teringat pulak kenangan kecik2 masa belum baligh lagi kot umur 11,12 tahun. Aku kayuh basikal LeRun jenama Shimano ke sekolah. Aku naik basikal ke sekolah. Bukan naik kereta. Kayuh dari rumah di Pulau Kambing, Kuala Terengganu ke Sekolah Rendah Tengku Bariah yang terletak di Pasir Panjang. Kira-kira 7 km dari rumah ke sekolah.
Seawal pagi, aku akan turun dari rumah menuju ke sekolah sambil bawak basikal dan galas beg sekolah. Cuaca amat nyaman dan sangat sejuk. Time tu, Sabasun HyperMall takdelah sebesar macam sekarang. Kecik jer kedainya. Melalui beberapa perkampungan dan traffic light sebelum sampai ke sekolah. Pagi-pagi sejuk. Kadang-kadang kalo nasib baik nampak 'aweks' sekolah cina pergi sekolah jalan ramai-ramai. Mula lah aku konon-konon lepas handle basikal. Macam pro kayuh basikal tak payah pegang handle. Fuh. Nasib baik sepanjang perkecimpungan aku dalam perkara itu, tak pernah lagi sekalipun jatuh. Kalo tak, mana nak letak muka ini kena gelak dengan awek2 cina. Hahaha. Mesti aweks2 tadi tu semua akan teringat dalam memori masing-masing tiap2 pagi akan ada pemuda hensom kayuh basikal macam pro lebih2 lagi time dia lepas tangan. Wow! Mungkin itu bisik mereka. wakakakaka
Balik dari sekolah, aku 'wajib' singgah di gerai bisu. Aku panggil dia bisu sebab tukang jual tu memang bisu dan gerainya hanya menjual majalah, suratkhabar dan komik! Aku memang tak payah cakap banyak, dia tengok muka aku jer, dia terus hulur komik Raja Rimba atau Pedang Setiawan yg latest punya. Ada jugak aku try beli Dendam Kesumat. Tapi cerita macam hampeh. Asyik bergaduh, dari mula cerita sampai habis. Dahlah episod panjang2. Never ending story kata omputeh. Membazir. Jadi aku terus setia dengan komikRaja Rimba dan Pedang Setiawan. Sambil balik tuh, kalo nampak lagi awek2 cina balik sekolah, kadang2 aku kayuh basikal sambil baca komik. Fuh! Aku tahu, diorang mesti berbisik sesama sendiri...
"bodoh dia nih!"
Tapi apa peduli, yang penting kepuasan diri sendiri itu ada. hahahaha
Biasanya aku akan sampai dulu ke rumah. Jadi, komik akan selamat. Tapi nahas, jika aku terlambat pulang sebab ada ko-kurikulum atau kelas2 petang. Bila tiba di rumah emak sudah ada. Komik akan tersemat kemas di poket belakang atau di dalam beg atau dirampas emak.
Emak tidak marah sangat cuma katanya membazir. Kenapa dibazirkan duit beli komik. Kan bagus simpan duit beli perkara berfaedah. Pesan emak ibarat mencurahkan air ke dalam laut. Aku tetap membeli komik sehingga aku benar-benar insaf ketika telah masuk umur 15 tahun. Itu pun bila aku rasa komik ni menipu. Asyik orang jahat baru jer keluar. Bila nak habis cerita? Setelah berfikir dengan matang dan tenteram, aku pun berhenti dari dunia komik yang telah menghabiskan ribuan ringgit. Bukan aku simpan pun komik2 tu semua. Hilang entah kemana juga.
Apa kaitan cerita aku dengan tuntutan di atas yer? Takde kena mengena kot? yang penting aku tak mempunyai sangat waktu akibat tuntutan hidup yang amat mendesak kini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita yang tergantung dan tidak kena mengena ini. hahaha.
Follow @USERNAME

10 comments:
terhibur jugak baca celoteh nih...oh, lotfi dulu tinggal kat pulau kambing ye...
tergelak baca perenggan terakhir..kekeke..
komik2 tu dulu, antara yang pernah dibaca juga..
iya, tuntutan sangat banyak dalam hidup..perlu dahulukan yang mana lebih penting dan berfaedah..
ketiga2 komik tersebut aku pernah baca..aku x beli tp adik aku yg layan..sampai sekarang ada lagi koleksi dia tu...paling best mmg Pedang Setiawan...hahaha...
ala..relaks la ..bukan ko sorg je mcm tu..mak aku pon sama gak..petang ahad je dah call aku tanya aku sembahyang tak..dan dgn selambanya aku jawap tak pegi sbb bangun lewat...nasib baik ahad lepas aku x sihat sgt...wakakaka
KOMIK. Bencinta dengan KOMIK agak lama akhirnya buat kerja-kerja komik. 'COMICIAN' ke apatah anapun tak tau apa satu. Insyaallah ada redha allah kat situ.
-cerita ustaz @imam aka kameraman Lutfi kelakar dan menarik.
Salam Lotfi
Walaupun cerita tu tergantung tapi ada pengajar yang boleh diambil sebagai iktibar...
salam bro lotfi,
Abang saya ada pernah buat belanjawan komik yang dibelinya. Sekali kira-kira dia boleh membeli satu bijik kereta Wira Special Edition jika dia menggunakan duit itu dari membeli komik. haha.
Abang saya memang hantu komik. Jejak Wira, Raja Rimba, Dendam Kesumat dan seangkatan dengannya.
Sengal la pkcik lupti ne.
Hahaa~
Dear Lotfi.
Uncle rasalah...moral of the story is...."bawaklah basikal sambil baca komik..."
Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors
Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga di atas keizinan tuan bagi menggunakan beberapa foto N3 Jabal Nur. Semoga Allah membalas jasa baik tuan.
InsyaAllah saya akan menunaikan umrah pada pertengahan Mei ini. Jika tuan masih di Makkah, saya harap dapat menziarahi tuan. Semoga Allah memperkenankan dan memudahkan segala urusan kita, amin.
Ps. Seronok baca N3 tuan mengenai Jabal Nur tsbt.
Post a Comment