Monday, February 15, 2010

Khabar dari Makkah

Bukit yang terletak bertentangan dengan Jabal Nur, Makkah.


Makkah, Saudi Arabia - Makkah dan Jeddah dilanda banjir. Banjir biasa sahaja. Tapi disebabkan sikap dan perangai arab, maka ianya diwar-warkan sebagai besar.

Jika anda membaca di dalam berita, terdapat beberapa kes kemalangan yang melibatkan pengguna jalan raya ketika kejadian hujan lebat kelmarin serta semalam. Ini sekali lagi saya tegaskan akibat dari sikap dan perangai orang arab.

Kelmarin juga ketika perjalanan pulang ke rumah dari Jeddah, saya sudah melihat adanya kerja-kerja pemasangan longkang di sekitar highway utama Jeddah - Makkah. Ini satu pembaharuan setelah berkurun lamanya banjir berlaku. Benarlah kaum arab ini adalah satu kaum yang lambat berubah. Mereka sangat berpegang pada prinsip dan adat turun-temurun.

Pembinaan landasan LRT yang merentasi khemah-khemah di Mina, Makkah.

Perihal keretapi pun baru jer nak bermula buat. Perkara yang sepatutnya sudah dibuat lama dahulu. Tapi disebabkan pelbagai masalah dan mungkin kajian yang dijalankan oleh kerajaan saudi menyebabkan ianya tertangguh sehingga kini. Landasan itu kini sudah 50% siap yang menghubungkan manasik haji iaitu Mina, Arafah dan Muzdalifah. Insya allah khabarnya haji pada tahun ini, kita sudah boleh menggunakan LRT itu utk memudahkan perjalanan dan pergerakan. Berebut ke apa ker, sama-sama kita saksikan. Insya allah juga projek seterusnya adalah pembinaan keretapi dari Jeddah, Makkah dan Madinah. Maklumat masih belum lagi saya dapati secara detail. Cuma perancangan itu sudah ada dan jika anda (penduduk saudi) perasan dari perjalanan ke jeddah dan Makkah, bukit-bukit sudah ada yang diratakan utk satu projek jalan yang mega. Berkemungkinan ianya adalah projek landasan keretapi.

Align Centerteh cap askar. - wangi.

Rumah baru kami terletak di Khansa'. Kira-kira 5-6km dari Masjidilharam. Nanti jika berkesempatan, saya letakkan gambar rumah saya yang telah direnobetkan bersama Najwa. Banyak jugak masalah yang belum lagi setel pasal rumah nih. Tapi bak kata bos saya, pelan-pelanlah kayuh. Nanti sampai jugak ke destinasi.

Semalam kami ke Masjidilharam. Beriyyok-wok (bahasa terengganu 101 perkataan yang menunjukkan ke atas sesuatu yang ramai dan melemaskan. Contoh ke atas ulat, anak beranak yang ramai dsb.) orang di sekitar masjid dan di dalam. Maklumlah sekarang kan musim cuti untuk negara Gulf dan Saudi. Maka mereka datang untuk menunaikan umrah dan ziarah ke sekitar Masjidilharam bersama kaum keluarga. Hotel pun fully booked season nih. Kalo datang konon-konon nak walk-in ke dalam hotel dan book bilik, harap maaf. Susah nak dapat. Kecuali hotel2 4 star ke bawah insya allah ada.

Di sini kita dapat melihat pelbagai budaya dan adat resam. Mereka secara umumnya adalah kaum yang sama dan bertutur dengan bahasa yang sama iaitu bahasa Arab. Akan tetapi, terdapat perbezaan dari segi lahjah dan sebutan. Saya tak dapat mengulas dengan lebih lanjut disebabkan kekurangan ilmu dalam menangkap butir perbualan mereka akan tetapi, najwa mengerti mereka datang dari mana hanya dengan mendengar bual-bicara sahaja. Seolah-olah kita mendengar orang ber'kecek', kita tahu dia samada datang dari Kelantan, Besut, Setiu atau Pattani. Begitulah si Najwa ini.

Waseem sempat solat jemaah dengan saya semalam. Tapi dia sudah mula dewasa. Tepat masuk rakaat kedua, dia sudah keluar pergi ke tempat laluan tawaf (kami berada di tingkat 2) untuk melihat Kaabah dan orang di bawah. Mana tak kecut perut pikir anak hilang. Cumanya saya tawakkal yang Allah pasti akan memeliharanya kerana niat kita datang untuk menyembahNya dan bukan dengan niat yang buruk. Tamat memberi salam, sekonyong-konyong si kecit itu datang dari arah kanan. Berlari membawa kereta mainan sambil ketawa. Alhamdulillah. Saya sudah mula memikirkan untuk membeli tali rafia sepanjang 2 meter untuk ikat waseem di tiang Masjidilharam agar tenang dan khusyuk saya melakukan sebarang ibadah. Mungkin lain kali boleh dipertimbangkan cadangan itu.

Akhir sekali, kami pulang dan pergi membeli sedikit barang-barang keperluan rumah bersama uncle kabir si asnawi dan uncle soghir si rosid di Mustahliq, Ka'kiah sebelum pulang ke rumah.

Itu sahaja laporan semalam. Saya tak pandai sangat melapor apa2 perkembangan kerana tanggungjawab sangat banyak dan masa sangat tidak mencukupi. Apa yang berlaku di sekitar saya, akan saya bicarakan dan sentuhnya. Apa yang berada di luar saya, biarkan sahaja orang lain berbicara mengenainya. Manusia semakin ramai, namun dunia juga luas. Apa perlu kita rebut-rebutkan?

6 comments:

joegrimjow said...

smangat untuk ke mekkah semakin berkobar2!!!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam lotfi,

wow! cantiknyer gambar2.

bestnyer baca ceriter hari ni...sungguh, tak tipu. mama suka! perlu fikir camner nak 'ikat' waseem!

nak request leh ke...kalau ada kelapangan, ambik gambar kedai2, kedai abaya ker, heh3...suka tgk suasana..nostalgia.

Cik illya said...

salam.lutpi, macam mana ek keadaan dalam umah orang arab. teringin la nak tengok dekorasinya.

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

joe : datang jangan tak datang. hahaha

mama : thanks a lot. insya allah boleh tuh. nanti saya usahakan.

cik illya : hmm.. nanti saya try cari dan tunjukkan insya allah.

nurhaziraa said...

Manusia semakin ramai, namun dunia juga luas. Apa perlu kita rebut-rebutkan?

huh.ni ayat sendiri ka??huh,,canggihnya,,jelmaan a samad said ,,takpon faisal tehrani,,;p

Marvic said...

2 meter jer?...hahaha

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...