Sunday, February 14, 2010

my everything

Syari' Hajj, Makkah.

Ray Zakhir, Makkah.

Ray Zakhir, Makkah.

Is'af itu Ambulans.

Highway Jeddah-Makkah.
The Sky Is Clear
the Air Is Clean
the Land Is Green
thank You Allah

the Path We Walk
the Lines We Talk
the Thing We See
thank You Allah
thank You Allah

say Thak You Allah
thank You Allah

When I Sleep
when I Eat
when I Breath
thank You Allah
thank You Allah

say Thak You Allah
thank You Allah

in The Night Or In The Day
every Morning After Prayer
i'll Never Forget To Say Thank You

there Are Times When I'm Alone
feel Alright Or Not So Strong
i'll Pray To You And Say
thank You Allah
thank You Allah

so Friends Everytime Remember
allah The Most Merciful
say Thank You Allah
thank You Allah

- by Raihan, "Thank You Allah.
"

Semalam hujan terrrsangat lebat di Kota Makkah dan Jeddah amnya. Saya bernasib baik kerana pulang dari kerja dan sampai ke rumah sebelum maghrib. Makanya ketika hujan, saya berada di rumah tempat berteduh di Khansa'.

Semalam juga guruh , petir dan kilat bersahutan antara satu sama lain. Langit tersangat gelap dilindungi awan yang hitam kepekatan. Terasa ketakutan di sanubari dengan ancaman yang kecil dari Allah swt. Malam sebelum saya terlena, waseem mengangkat tangan saya dan meletakkan di atas tubuhnya seraya mengarahkan saya memeluknya. Ketakutan mungkin dengan gegak-gempita suara mendebarkan berkeliaran di langit malam. Saya tersenyum sendirian dan membisikkan kata-kata usah takut dengan guruh. Itu adalah rahmat dari Allah beserta hujan yang turun membasahi bumi Makkah ini.

Kira-kira 20 tahun lepas, perkara itu telah berlaku. Saya tinggal bersama nenek di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Ayah berada di Kuantan atas urusan kerja di sana dan emak berkursus di luar Terengganu. Tinggallah kami bertiga di rumah usang peninggalan atuk itu. Bertiga kerana sepupu saya juga ada tinggal bersama nenek.

Waktu malam, saya mencari nenek supaya nenek dapat tidur dan peluk saya. Dentuman guruh dan petir amat menakutkan. Tambahan, dari dalam rumah nenek, kedapatan cermin polos di tepi bilik air menampakkan cahaya bersambaran di dada langit.

Nenek memeluk saya dengan kemas. Nenek kemudiannya melagukan :

"hasbi rabbi jallallah, ma fi qalbi, ghairullah, nur muhammad sallallah.. nur muhammad sallallah.. laisa laha min doonillahi kaasyifah, laisa laha min doonillahi kaasyifah. La ilah illa llah, alMalikul haqqul mubeen muhammadur rasulullah, sodiqul wa'dul amin.."

"Tidurlah, jangan takut. Nenek ada."

sehingga saya tertidur di dalam pelukan nenek bersama haruman bunga tanjung @ selasih yang digemarinya..

Sungguh, saya berasa aman dan lena bersama pelukan dari seorang nenek yang penyayang dan sangat penyabar. Di akhir hayatnya, dia sangat seronok jika saya duduk dan bersembang bersamanya mengenai perihal agama. Dia malahan hilang sakit dan lenguh jika dapat bersama saya berbincang mengenai perkara-perkara agama yang sangat-sangat dirinduinya.

Sebelum akhir hayat nenek juga, kami berbicara mengenai perihal syurga, akhirat dan kematian. Nenek tahu, ajalnya pasti akan tiba. Kami bertukar-tukar cerita dan nenek menceritakan saya segala keperitan hidupnya sejak kecil sehingga beranak-cucu dan akhirnya akan meninggalkan kami semua.

Nenek telah meninggalkan kami semua hampir 2 tahun. Namun, peristiwa bersama waseem semalam menggamit semula memori kerdil saya bersama nenek.

I miss my nenek. Semoga nenek sentiasa berada di dalam lindungan Allah serta rahmatNya. Alfatihah buat arwah Hajjah Wok Binti Awang.

3 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Like father, like son jugak la ~heheh.

InnalilLah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan soleh solehah :)

bila due date najwa?

My Life said...

salam

dear ustaz..

moga arwah nenek ditempatkan dikalangan org2 beriman.. insyaallah..
jaga kak najwa & waseem baik2..

nurhaziraa said...

al-fatihah,,,

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...