pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, February 21, 2010

santai sahaja



kelmarin, saya menyambut Y.M.M Tg Ampuan Bariah, bonda kepada YDA SPB Tuanku Mizan Zainal Abidin di Hotel As Safwah Royale Orchid. Mujur ada beberapa teman seperti Cik Lie dan Ust Rahman Hamzah yang turut sama menyambut Tuanku. Alhamdulillah, dapat berkenalan dengan Ustaz Mastura dan Mejar Nawi yang turut sama di dalam rombongan tersebut.

Khabarnya esok Insya Allah Baginda Tuanku akan berangkat ke Kota Makkah untuk menunaikan umrah. Semoga kita dapat bertemu lagi. Amin.

Semalam, saya pergi main futsal bersama rakan-rakan dari UQ Pro Team di Kakiah. Saya sepak bola dalam 6 hingga 7 kali dan terus tamat masa. Waseem sangat seronok kerana dapat tendang bola dalam padang yang ada rumput warna hijau. Najwa pun seronok kerana dapat keluar dari kebosanan berada di rumah dan bertemu rakan-rakan seperti Kak Ila dan Kak Pah.



Hari ini, saya pergi kerja dan akan kembali petang ini untuk menghadiri kelas saya yang dijangka pensyarahnya akan datang. Semalam pensyarah tak datang.

Cuaca sekitar 28-32 C. Sudah setat nak masuk musim panas. Air cond sudah jadi satu kewajipan untuk dipasang.

Fotografi? Lupakan dulu seketika. Kadang-kadang ingin sahaja menjadi si gembala unta yang selalu saya lihat ketika menaiki kereta menuju ke pejabat di Jeddah. Dia tersangat santai dengan pencungkil gigi di mulutnya, berbaring berlantaikan pasir dan berbumbungkan awan putih. Hanya memerhati haiwan ternakannya agar tidak berkeliaran ke tempat lain. Pasti dia mempunyai banyak waktu untuk shoot gambar unta dan panorama alam yang indah ini. Tapi perasaan itu hanya kadang-kadang sahaja datang. Bila time terima gaji, saya selalu lupa perasaan itu.



Itu sahaja cerita untuk hari ini. Cerita ini sangat santai.

4 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam lotfi,

waseem dok main guli tu...hati2 sikit, takut dia letak dalam mulut nanti tertelan pulak.peringatan dari tok mama!

Marvic said...

waseem dah besar skrg... :D

Anonymous said...

mengapa tidak:)

anuar said...

like father like son...

kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...