“susoh jadi orang pandai ni pi. Letih.”
- Kata-kata itu terngiang di telinga sejak tahun 1999. Kira-kira 11 tahun lepas. Kata2 tersebut diungkapkan oleh Ustaz Halias Abu Bakar yang merupakan antara pakar khat Negeri Terengganu Darul Iman. Beliau yang berkebolehan dalam seni kaligrafi arab berpendapat sangat meletihkan jika kita mempunyai skill yang rata-rata bukan semua orang memilikinya. Namun, jelas beliau, pendapatan akan lebih dari mencukupi hanya dengan mengaplikasikan skill yang telah kita miliki ini. Cuma ianya memenatkan.
Aku memerhati dan menelaah kebenaran pendapat itu selama 11 tahun. Tapi bukanlah 11 tahun aku duk pikir benda tu jer. Banyak perkara lain jugak aku pikir. Bencana Haiti pun aku pikir jugak. Benar. Ianya memang sangat benar. Kita masing-masing telah dikurniakan Allah dengan pelbagai kebolehan yang tidak sama. Secara dasarnya, kita adalah berbeza. Ada yang pandai memasak, ada yang pandai bertukang, ada yang pandai membaiki kereta, ada yang pandai menulis, ada yang pandai berceramah, ada yang pandai membaca belog, ada yang pandai menonton siri drama dan sebagainya. Jangan susah hati, anda punya skill tetap ada walaupun anda menyanggahnya dan mengatakan anda tidak memiliki apa-apa.
Ia berkait dengan motivasi diri. Kita pertamanya harus sedar ke mana arah tuju kita. Apa yang kita ingin lakukan dan apa yang kita suka lakukan. Sejak kecil lagi, aku selalu mendengar slogan dan laungan tentang menentukan masa depan. Dari emak, ayah, cikgu, rakan-rakan dan sebagainya semua menekankan aspek menuju ke depan dan bukan gostang (bahasa terengganu 101 yang bermaksud reverse) ke belakang.

Setelah menyedari target utama kita dalam kehidupan, kita bolehlah mula menggunakan segala apa yang ada di sekeliling untuk mencapai target dan hadaf kita. Perumpamaannya adalah seperti kita ingin ke Bassteng (bahasa terengganu 101 yang bermaksud bus station) yang terletak di bandar Kuala Terengganu dari Seberang Takir. Bandar dan Seberang Takir hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang lebar menghala terus menuju ke Laut China Selatan. Pelbagai teknik boleh kita gunakan untuk mencapai hasrat 1 Malaysia kita untuk ke Bassteng. Antaranya ialah dengan menaiki bot nnambang (bahasa terengganu 101 yang bermaksud bot penambang yang membawa penumpang) berharga sekitar 1 ringgit untuk ke seberang sana. Kita juga boleh menggunakan kenderaan darat seperti kereta myvi, kancil, kenari, kera, kerengga, trak tentera, motorsikal vespa dan sebagainya untuk ke seberang sana. Akhir sekali antara perkara yang masih lagi tiada di Negeri Terengganu adalah menaiki LRT untuk ke Bassteng.
Matlamat kita sama iaitu menuju ke Bassteng. Cuma cara menuju ke sana adalah berbeza dan kita menggunakan pelbagai tenik dan skill untuk sampai ke sebarang sana. Ada yang membaca bismillah dan try jalan atas air, ada yang berenang merentasi sungai, ada yang naik jet-ski, ada yang menyelam dan macam-macam lagi. Skill itulah yang membezakan kita dengan yang lain. Contoh lain, kita ingin membangunkan ummat manusia. Ada yang berceramah, ada yang pergi keluar-masuk dari kampung ke kampung, ada yang menyeru dalam khutbah jumaat, ada yang menyampaikan dakwah di kedai kopi dan ada yang menulis di dalam akhbar-akhbar harian dan maqalah. Juga tidak ketinggalan yang menyampaikan dakwah dengan penulisan belog dan fesbuk. Skill tetap diperlukan untuk menyampaikan maksud dan kefahaman. Cuma jaga dan jangan sekali-kali skill itu disalahgunakan. Gunakan ia untuk perkara kebaikan dan anda akan dinilai di situ.

Berbalik kepada perkara masa depan tadi, setelah kita menetapkan target kita untuk apa perlu kita lakukan dan jadi dalam masa 20 tahun atau 30 tahun akan datang, kita tunduk dan nilai pada diri kita, apa yang ada pada kita. Sesetengah orang, tidak tahu langsung apa yang dia ada. Dia kadang-kala tidak sedar yang dia mempunyai satu skill yang tidak kedapatan pada orang lain. Itu satu kelemahan. Selalu bercita-cita untuk menjadi seperti orang lain dan tidak menyedari kehebatan diri sendiri. Kemudian semangat motivasinya semakin menurun dan terus 'down' akibat sikap ingin menjadi seperti orang lain dan dia tidak dapat mencapainya. Silap. Anda totally silap. Asah skill yang telah dimiliki dan gandakan usaha dalam menaik-taraf potensi diri. Lonjakkan diri anda dan sertai mereka dalam mencipta 'market' anda. Jika skill anda bercakap, maka teruskanlah bercakap 24 jam tanpa henti agar anda akan mampu menjadi pemidato dan pensyarah yang hebat suatu hari nanti. Jika skill anda menconteng dinding, maka teruskanlah conteng dinding yang dibenarkan agar graffiti decoration anda akan dikenali seantero dunia nanti. Jika skill anda pandai mencuri barang orang, jangan pulak anda rompak bank dalam usaha untuk menaik taraf diri sendiri. Skill tetap tidak terlepas dari hukum haram dan halal. Itu guna belajar usul fiqh dan fiqah untuk mengetahui apa yang halal dan apa yang haram.
Banyak lagi skill yang simple-simple tapi bila diasah, bakal membuahkan hasil yang lumayan guna untuk diri dan keluarga serta masyarakat. Kaji kembali apa yang anda miliki dan apa yang anda perlu miliki. Masalah akan timbul apabila anda memiliki hanya sebahagian dan sesetengah dari skill yang diperlukan. Contoh senang macam aku lah. Aku tak ada skill bercakap, aku tak ada skill menulis, aku tak ada skill fotografi (sekadar ambik gambar untuk tunjuk pada orang kampung bolehlah),aku tak ada skill business-minded dan sebagainya. Apatah lagi skill baiki kereta. Element kereta pon aku ingatkan itu filter utk air cond. Tapi, aku memiliki sebahagian dari semua-semua skill yang disebutkan di atas. Cabarannya adalah untuk memenuhi kesemua skill-skill yang ada dan mengasahnya agar terus melonjak naik ke hadapan. Itu sangat mencabar dan aku masih lagi dalam proses yang belum selesai.

Skill juga boleh diaplikasikan dalam pekerjaan seharian. Aku boleh menaip dengan laju hasil latihan dalam program mavis beacon typing dan hasil main game taip dalam fesbuk. Aku gunakannya untuk menaip surat-surat kerja, syarahan dalam kelas dan meluahkan perasaan dalam belog ini. Itu juga skill bukan? Aku suka fotografi, jadi aku gunakannya untuk memberitahu pada dunia luar bahawa Makkah ini indah dan sangat menggamit hati. Itu juga skill bukan? Anda suka membaca belog? itu juga skill bukan? mengetahui segala maklumat terkini, mungkin membolehkan anda menjadi corresponder untuk CNN siapa tahu suatu hari nanti?
So, konklusinya, kenali dahulu apa skill yang telah anda miliki, adaptasi skill itu dan asahinya agar ia sentiasa dalam keadaan bersinar dan bergemerlapan. Kemudian terapkan skill itu terhadap pembelajaran anda, kerjaya dan kehidupan. Anda akan dapati, hidup ini sangat indah sebelum ianya akan dibinasakan nanti. Selamat bermotivasi. Fuh. Cekap juga aku mengarang macam Dr Fadilah Kamsah pun ada.
Follow @USERNAME

4 comments:
gambar yang akhir tu.....WOW!!
skill memotivasikan orang pun ada.. asah ler, mana tahu jd pakar motivasi palak nanti.. fuh, mantop!
:D
lawo tone.. tone nasik dagang tow.. haha...
Post a Comment