pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, February 23, 2010

Tuanku Mizan Zainal Abidin

dia hanya sempat memandang saya. Saya hanya dapat mengangkat tangan tanda saya hormatkan dia. Kami dipisahkan oleh para VIP yang lain yang mengerumuninya sejurus baginda tiba di perkarangan Hotel Dar Tawheed Intercontinental.

Itulah Agong. SPB YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni AlMarhum Sultan Mahmud AlMuktafi Billah Shah telah tiba semalam menaiki Mercedes yang diescort oleh 8-9 bijik kenderaan polis dan komando. Hasrat untuk mengambil gambar baginda telah terbantut kerana saya terlebih dahulu bertanyakan Syeikh Halim AlKathiri yang merupakan rakan akrab Baginda Tuanku yang menetap di sini tentang permohonan untuk memotret gambar Tuanku. Namun, perkara itu mungkin akan mengundang masalah nanti. Oleh itu, hasrat itu telah saya pendamkan di dalam hati sahaja. Insya allah di kelainan hari, akan saya usahakan.

Seterusnya rombongan Diraja itu berangkat naik ke bilik yang telah disediakan sementara saya melewar-lewar di kawasan lobi hotel sebelum seterusnya bertolak ke Felda Dsaji. Tuanku dijadualkan mengerjakan umrah pada jam 9.30 malam. Saya melihat jam. Saya melihat perut. Saya melihat mata. Ada lagi satu jam. Saya terus blah dan makan nasi goreng di Felda lalu langsung pulang ke rumah. Ada lagi tanggungjawab yang lebih besar harus saya uruskan sebelum boleh memotret Tuanku.

Alhamdulillah, Tuanku pada pandangan saya sudah sihat dan masih gagah berjalan tanpa bantuan tongkat atau wheelchair walaupun baru sahaja selesai pembedahan lututnya yang dijalankan di Munich, German. Insya allah suatu hari nanti, kita akan bersua lagi. Walaupun Tuanku mungkin tidak akan membaca belog ini, namun saya ingin memberitahu pada Baginda bahawa saya amat berbangga memiliki Baginda sebagai Sultan dan Agong bagi Negeri Terengganu dan Negara Malaysia. Daulat Tuanku.

5 comments:

joegrimjow said...

xberpeluang lagi jumpa dengan baginda

kucingorengemok said...

o ya... sama² org ganu, mesti dia baca blog ni! hehe :)

Uncle said...

errr kalau belajar kat dungung dulu boleh kira orang tengganu tak?

Anonymous said...

Daulat Tuanku!
Jazakumullah kheyran katheero

abangsulung said...

Salam,
Seronok berada dekat tanah suci. Selalu buat umrahtu. Saudara kenal ngan Che Lie As SAfwah tu. Kalau jumpa dia kirim salam ye dari saya "abangsulung". Tau dia tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...