ini waseem bersama naseem. Tanpa disedari, dia kini sudah berumur 3 tahun bersama adiknya yang berusia hampir 2 minggu. - Nikon D80+18mm f3.5masa berlalu sangat pantas. Kita sentiasa dicemburui olehnya. Hari ini pada 15 mac 2010, genaplah umur abang waseem 3 tahun. Apa yang istimewa pada waseem? Sebab dia ada bapak macam saya. Itu part paling spesel. Bukan semua orang boleh ada bapak macam saya. Tak gitu?
Apapun, baba doakan waseem, naseem dan mama semoga kita sentiasa bahagia selalu serta dipelihara Allah. Baba tau, baba kurang berkemampuan, namun kita memiliki satu perkara iaitu 'kita'.
'Kita' ini akan tetap kita pelihara sampai bila-bila insya allah. Harapan baba pada hari kelahiran waseem yang ketiga ini semoga waseem akan terus menjunjung Islam dan memeliharanya sampai akhir walaupun baba tak seperti orang lain yang sungguh2 memegang dengan agama. Waseem pun tahu baba ni macam mana. Kadang-kadang datang time alim, jadi orang alim. Kadang-kadang datang time tak betul, jadi tak betul. Jangan tirulah perangai tak bagus tu. Waseem cipta perangai sendiri yang sentiasa berpegang teguh pada prinsip. oke sayang?
Satu lagi mama pesan, jangan manja sangat. jangan kuat menangis. nanti orang takmo kawan dengan waseem. jadi macam baba hang. kuat, hahahahaah!~
Sesungguhnya kami amat berbangga memilikimu sebagai zuriat kami. Akhir kalam,
ربنا هب لنا من أزواجنا وزريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
ameen.
Follow @USERNAME
ameen.


7 comments:
moga jadi anak soleh..as always :)
k.i.t.a itu sentiasa paling berharga :)
You are doing just fine, Lutfi..
Dear Lotfi.
InsyAllah yang waseem dan naseem akan menjadi anak-anak yang soleh....
mama doakan agar lutfi,najwa,waseem & naseem sentiasa sihat & ceria.moga2 kalian sentiasa mendapat rahmat & kasih sayangNya.
so sweet :)
Waseem dgr tuu ~
Happy Birthday.
Moga jadi musleh dan mukmin nanti.
ta sabar tggu die besar :D
selamat hari lahir untuk WASEEM dan KELUARGA!
hepi birthday abg waseem yg ke-3.semoga kekal hensem smp besar..jgn gadoh2 dgn adik naseem ye :D
Post a Comment