pengikut-pengikut yang menawan

Monday, March 8, 2010

khalifah duniawi


saya suka daun ini. Apa namanya ha? Oak leaves ek? pucuk paku? Belasah jerlah kadir.


Ustaz Mahmud. Seorang pendakwah yang gigih memperjuangkan Islam di merata-rata tempat. Juga seorang designer!



Kalo masa ini, mungkin saya kata, "hati-hati awak, nanti jatuh sakit." Sekarang bila sudah ada anak dua, mungkin saya akan kata, "takdak tempat lain dah nak duduk?" :p



Gosnells adalah sebuah pekan yang terletak di pinggir bandar Australia Barat (Perth) menghala ke arah tenggara. Perjalanan ke Pekan Gosnells berjarak sejauh kira-kira 20 km dari pusat bandar Perth. Kami menuju ke sana pada suatu hari dari hari-hari kami di Australia untuk berjumpa dengan seorang lejem (bahasa terengganu 101 yang bermaksud orang hebat) dalam bidang agama iaitu Ustaz Mahmud Kucuk. Beliau yang merupakan pemastautin yang berasal dari Turkey serta berkahwin dengan isterinya seorang rakyat Singapura sangat cekap berbahasa Inggeris dan berbahasa Arab. Kami pernah berhubung dan berjumpa di Makkah pada musim haji tempohari. Namun, malangnya saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan lebih lama bersama beliau akibat kesuntukan masa yang sangat mengejar dan menikam.

Beliau sangat aktif dalam berceramah serta menyampaikan dakwah di sekitar negara Australia. Tidur sememangnya tidak cukup bicara beliau pada Dr. Rahman. Tapi kerja dakwah lebih penting dan mulia dari tidur itu. Satu sikap yang amat diperlukan oleh orang yang berdakwah. Bukan macam saya. Ada masa lebih banyak dibazirkan pada perkara lain. Anda mesti tak begitu kan?

Program ceramah tersebut telah diaturkan oleh seorang rakan Dr Rahman yang bernama Mr. x (saya sudah lupa namanya). Ramai juga hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Itulah pengalaman pertama saya berada di dalam majlis yang mana rata-rata semua orang cakap bahasa omputeh. Saya cuba jugak nak cakap terengganu dengan mereka. Tapi mereka macam faham tak faham. Agaknya bila nanti pekena budu sekali, baru diorang terrer cakap Terengganu. Huh.

Najwa pada awalnya mempunyai masalah untuk masuk ke dalam majlis tersebut memandangkan semua orang cakap bahasa yang pernah dia belajar di sekolah menengah dahulu tapi dengan dialek dan sebutan arab. Namun, apabila diperkenalkan pada beberapa rakan-rakan yang baru seperti Umm Mariam yang berasal dari Palestin serta fasih berbahasa arab+english, barulah dia merasa tidak kekok untuk turut serta dalam majlis tersebut. Umm Mariam sangat cantik. Matanya warna biru tanpa perlu memakai kontek lens. Masya allah tabarakallah. Dia cakap arab pun dah macam oram puteh cakap arab. Austrab katakan. (australia+arab).

Tapi apa yang paling mengesankan saya pada majlis tersebut adalah sandwichnya yang sedap. Mujur ada waseem yang kelaparan, saya gunakan sebagai alasan untuk saya keluar dari dewan dan melantak makanan di luar dewan. Kopinya pun boleh tahan. Saya makan dalam 4,5 keping juga roti sandwich tuna itu sambil memerhatikan ke luar cermin dewan tatkala hujan renyai-renyai membasahi bumi Gosnells. Indah sungguh pemandangan itu lupa saya nak abadikan dalam kamera. Cahaya petang terus menyimbahi bumi Gosnells menghasilkan warna pelangi yang pelbagai. Saya sudah tidak keruan dengan majlis ceramah itu lagi, lantas keluar pergi ambil gambar. Hahaha. Saya agak, Dr Rahman pasti panas baran melihat saya hilang dari dalam dewan.

Kami keluar berjalan-jalan ke suatu tempat berhampiran dewan ceramah menuju ke taman permainan yang mempunyai sungai @ alur kecil ditepinya. Sangat cantik!!

Waseem seolah-olah telah biasa dengan cuaca Aussy yang seram-sejuk ini terus berlari pantas menuju ke taman permainan kanak-kanak. Dasar budak-budak. Kami bermain dan mengambil gambar lalu pulang kembali ke dewan ceramah utk makan. hahaha.. Makan jer kerjanya..

Akhirnya malam tersebut, kami pulang ke Perth dengan jayanya.. Saya senyum sebab gambar best2 serta sebab dapat berkenalan dengan beberapa rakan2 yang baru yang gigih memperjuangkan Islam di bumi terasing.

Anda mungkin ingin mengetahui sejarah Art of seeing. Klik sahaja di situ.

7 comments:

Q said...

ohh ohhh pic najwa kat kerusi tu hot kottttt! sangat. weewwwittt. bole ngorat? hahahha

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wooooow!! gambar najwa tu sangatlah cantiknya...dengan wall kat belakang tu...ranting2 kering...superb!

joegrimjow said...

hoho
best ni....

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

q:eih. laki dia ni jeles. jangan duk ejas isteri aku lah. wakakaka..

mama : tenks mama. tengok fotograferlah. hahahaha

joe : mekasih joe. rajing mung bacer belog aku. aku tok rajing gining. wakaka

ziha menulis said...

daun maple la..ahhaha sgt cuumeeeiii si waseem itu =)

Ajzie said...

ahha daun maple nama diberi

Mohamad said...

Ye betul Daun tu Maple leaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...