pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, March 24, 2010

Me, gotta feeling

the baby boy

the baby girl

tajuk status aku semalam dalam fesbuk ialah tuntutan semakin banyak namun masa semakin menghambat. Begitulah lebih kurang. Fesbuk ni ada kebaikan dan banyak jugak keburukan. Pandai2lah anda menggunakannya. Ia lebih kurang macam jugak friendster, myspace dan blablablabala yang lain. Cumanya ia lebih berimej 'orang tua' dan tidak sangat kebudak-budakan serta keremajaan sebab ramai jugak orang tua yang join fesbuk termasuk aku. wakaka. Fesbuk jika dikatakan dari ciptaan yahudi, aku setuju kerana ia adalah satu ciptaan yang mengkaji dari aspek psikologi, keagamaan dan lain-lain lagi yang ternyata orang melayu lambat lagi nak mencapai ke arah itu. Kita baru jer buat ipin dan upin, diorang sudah menjelajah ke dunia biologi dan psikologi meninggalkan kita jauh ke belakang. Sebab apa fesbuk boleh popular? antara perkara yang mempopularkan fesbuk adalah 'status' yang bagi aku ramai orang suka. Aku pun suka jugak mengupdate status yang entahapapa dan orang lain lagi ramai yang mengupdate status entahapapa. Akujuga suka baca status orang yang entahapapa dan orang ada juga yang membaca status aku yang entahapapa. Tapi hakikatnya kita suka membaca status orang serta lebih terperinci, kita sangat nak tahu apa perihal orang lain walaupun kita dari luaran seperti tidak mempedulikan rumahtangga orang lain.

Antara perkara lain yang bagus mengenai encik fesbuk ini ialah cepat tersebarnya berita. Lebih cepat dari tv1. Itu sudah lawan kerajaan. Lagi perkara yang bermanfaat ialah tentang pemberitahuan dan sebarang jemputan. Senang. Kasi virtual kad sahaja. Tak payah habiskan duit tempah2 kad. Kemudian lagi, aku suka fotografi, jadi dari penggunaan fesbuk, aku boleh mengupdatekan sebarang aktiviti para fotografer yang berlaku di sana dan di sini. Mereka juga rajin berkongsi ilmu dan gambar buat pedoman para peminat mereka serta rakan dan taulan. Itulah dia fesbuk. Kuasa di atas diri anda untuk menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Rakan-rakan bertahun lamanya tak jumpa juga kita dapat jejaki dan mengetahui perkembangan dirinya. Ada yang alih-alih sudah beranak pinak tanpa disedari. Hai fesbuk, fesbuk.

Dari sudut psikologi, aku pernah terbaca satu kenyataan dari riwayat siapa pun aku dah lupa yang menyatakan bahawa, prinsip yang paling mendesak dalam jiwa manusia adalah idaman untuk dihargai. Ambik kata-kata ini dan praktikkannya pada mereka di sekeliling anda, anda akan dapati hasilnya sangat menakjubkan!

Dengan pujian anda dapat memperoleh lebih ramai kawan. Dengan sanjungan, anda dapat mengembalikan semangat seseorang yang kadang2 hampir tiba di penghujung. Begitulah apa yang aku maksudkan tentang prinsip idaman untuk dihargai itu. Dengan fesbuk, contoh itu terbukti. Berapa ramai yang upload gambar yang terbaik pernah mereka miliki semata-mata untuk mendapatkan prinsip itu. Ia tidak salah kerana itu adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat motivasi diri anda sendiri. Apa salahnya? yang salah kalau melampau-lampau dalam penggunaan. Asyik-asyik tayang gambar yang tak berapa senonoh untuk menarik minat pengkritik. Kita ni jenis mata yang bukan boleh main-main 'pause'. Tak gitu?

Itu baru muqaddimah, aku nak cerita sebenarnya aku sibuk sangat semalam. Di sini aku nak menerangkan apa yang aku buat sekitar 2,3 bulan ini.

Aku berkhidmat dengan TH Travel Service sebagai Reservation Officer di Wisma Tabung Haji Jeddah atas panggilan Hj Khairani. Setelah muktamad, aku berhenti kerja dengan Felda D'Saji. Aku memulakan kerja pada akhir bulan 12 tempohari. Setiap hari, aku berulang dari Makkah ke Jeddah yang sejauh 160km. Keluar jam 7 pagi (kadang-kadang) dan pulang jam 4 petang. Balik rumah, mandi, salin jubah dan keluar kembali ke kelas yang bermula jam 5 ptg. Kelas kebiasaannya akan tamat pada jam 8.40 malam dan ada juga yang terpanjang jika syeikh naik 'syeikh' sampai jam 9.30 malam. Pulang ke rumah, hampir-hampir jam 10 malam. Makan, tengok homework (seperti fesbuk, belog, photography dan sedikit menelaah buku :p) main dengan waseem dan naseem serta tidor. Begitulah rutin harian sehingga kini.

Semalam aku ke universiti setelah memohon izin dari bos untuk datang lambat ke pejabat. Aku pergi untuk urusan kad pelajar yang telah terbengkalai selama 6 bulan. Akibatnya, kami tidak menerima sebarang biasiswa untuk tempoh itu. Mujur bekerja, ada juga sedikit pendapatan. Pergi seawal pagi jam 8. Tunggu punya tunggu, arab ni datang pukul 9 pagi. Kertas semuanya sudah ready atas meja dia, ambil dan tandatangan dari dekan sahaja. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan nombor pelajar. Kemudian kami bergegas ke aziziyyah untuk menguruskan urusan biasiswa dan kad pelajar. Waktu hampir jam 11 pagi. Tiba giliran aku, aku punya nama tidak terdapat dalam senarai. Aku terpaksa pergi kembali ke Abidiyah (arafah) untuk mengesahkan nama aku.

Pecut kembali kereta ke sana. Setibanya di sana pegawai yang bertugas mengatakan aku ada kesilapan dalam nombor iqamah. Tunggu lagi 2 minggu untuk pengesahan. Sabar. Sabar dan terus pulang ke rumah untuk bersiap ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Tepat pukul 2 ptg, aku tiba di pejabat.

Bos mengarahkan aku pulang kembali ke Makkah membantu staff kami di sana kerana malam ni akan ada beberapa VVIP akan sampai sedangkan hotel masih lagi tidak ada!

Pulang kembali ke Makkah dan aku serahkan pada staff kami yang bertugas di Makkah untuk urusan itu dan terus bergegas ke kelas Quran, Ulum Quran dan Tafsir.

Selesai jam 9 malam, aku kembali ke hotel Dar Tawhid untuk urusan Tengku Norzehan dari pihak istana Perak. Kelam kabut menguruskan 1 royal suite yang berharga 12 ribu semalam! Naik atas, turun bawah, gigit bangunan hotel, bertumbuk dengan reservation dan sebagainya baru kami dapat bilik. Tepat jam 12 malam, kami melepaskan nafas lega kerana akhirnya bilik yang dihajati tercapai juga. Aku terus pulang ke rumah dengan kepala yang berdenyut-denyut kekurangan rehat.

Pesan kami kepada jemaah yang ingin sampai, terimalah apa sahaja hotel yang telah ditetapkan untuk anda. Di Makkah, kadang-kadang duit tidak langsung dipandang oleh pihak perhotelan. Bersyukur dengan apa sahaja hotel yang diterima kerana itu walaupun kami yang uruskan, tapi itu semua atas kebenaran Dia yang mengaturkan hidup manusia dan perjalanannya.

salam hari rabu. Wah. Esok cuti!~

8 comments:

kucingorengemok said...

rupa siapa la ye baby girl tu? macam serius je... :)

Marvic said...

gondul...hehehe

My Life said...

naseem asyik mata terpejam jer..

joegrimjow said...

fesbuk mmg satu agen berita yang sangt2 mantap

azmietaha said...

2 perkara yang menjadi sebab terbanyak yg manusia dimasukkan ke syurga ialah taqwa kepada Allah dan berakhlak mulia- mafhum hadith

-minta ustaz tolong ingat- mengingat antara kita (sedia maklum kita kan ke jenih yang 'tak sedar diri!) Heheheee!

iYda Juhar said...

yer !!!

usaha tangga kejayaan gitu.. ehhe

DadaIQ said...

Salam Ustaz Lotfi
Teruja membaca pengorbanan seorang pelajar yang juga seorang ayah dan seorang pekerja yang bekejar kesana kemari menimba ilmu sambil mencari rezeki dan mencari peluang bersama dengan anak2. Tak cukup sekadar itu, ditambah dengan mencuri masa berkongsi pengalaman and berdakwah melalui blog and fesbuk. InsyaAllah apa yang Ustaz lakukan akan menambahkan ketaqwaan kpd yang Maha Esa dan setiap gerak langkah mendapat ganjaran yang setimpal, insyaAllah. Semoga Ustaz tambah mengharungi cabaran dan ujian.

KurangBaik said...

la ingatkan baby boy. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...