pengikut-pengikut yang menawan

Friday, March 5, 2010

the naseemians 2

Gambar untuk orang kampung.















1 mac

pukul 6 ptg, najwa tepon. aku angkat dan bagitahu yang aku berada di dalam kelas. Kelas dr siddiq alfakki bersisa 20 minit. Najwa msg aku yang dia keluar darah!

Aku sudah mula tak sedap duduk. Asyik melirik pada jam. Berdoa agar cepat kelas selesai. Tepat 6.25 pm, kelas selesai dan aku memberitahu member sebelah ayatullah kirkiztan yang aku terpaksa ponteng kelas seterusnya kerana isteri aku berdarah. dia mengangguk dan aku keluar berlari tidak cukup tanah.

Alhamdulillah, kerana dikurniakan kereta senang bergerak. Aku pecut 140km. Tiba di Muzdalifah, satu selekoh, aku memperlahankan kereta kerana masing2 kereta bergerak perlahan. Rupanya ada kemalangan yang menyaksikan seorang budak arab terlentang. Aku terus pandu perlahan. Kalut macam mana pun, jangan menambahkan lagi kekalutan.

Aku kembali ke rumah di Khansa' untuk mengambil ubatan najwa dan barangan aku. Aku seterusnya ke Shishah utk melihat najwa di rumah Abg di. Dia nampaknya sedikit letih.Ditemani oleh kak Bushra dan Khala Asiah. Yusra dan Suhaila pun ada sama datang. Aku urut2 belakang Najwa sebab dia kata letih dan sakit. Darah ada keluar sikit dan bukan banyak sangat katanya Khala Asiah. Alhamdulillah, keadaan dah beransur baik. Najwa berehat dan melelapkan mata.

8 pm.

Najwa kembali sakit. Sakit perut katanya. Atas nasihat Kak Bushra, kami pergi menuju ke Hospital As Salam yang terletak di Jabal Nur untuk pemeriksaan lanjutan. Main teka-teka sendiri tak berapa kena rasanya. Hospital As Salam dahulunya merupakan tempat lahir waseem. Jadi kami sudah mula mengenali beberapa kakitangan hospital kerana kerap melakukan pemeriksaan di sini.

Sesampai ke sana, Dr Janna mengkhabarkan bahawa bukaan lubang peranakan telah mencapai kepada 3.5 cm. Pada bila-bila sahaja malam ini, Najwa akan beranak. Aih. Tak cukup bulan jawabnya!

Tapi masalah timbul apabila Hospital As Salam tiada kemudahan incubator. Kebiasaannya bayi yang lahir tidak cukup bulan mesti dimasukkan ke dalam incubator untuk bantuan kepada kesempurnaan bayi. Dia mencadangkan supaya kami pergi ke Hospital Alawi Tunisi.

Mendengar nama Alawi Tunisi, aku sudah mula tidak sedap hati. Kami balik ke rumah dan berbincang.

Aku menelepon Dr. Rahman, nun jauh di Perth, Australia untuk mendapatkan pandangan. Dia menjawab apa cara sekalipun, Najwa perlu dibawa ke hospital kerana akan beranak pada bila-bila masa sahaja pada malam ini. Bayi juga perlu tinggal di dalam incubator kerana kelahiran pra matang. Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat daripadanya, kami setuju untuk tidak memanggil bidan dan membawa najwa ke hospital yang sepatutnya.

Abg Firaidi mencadangkan supaya kita pergi ke Hospital Wiladah (bersalin) yang terletak di Jarwal. Najwa sudah mulai sakit-sakit kembali. Kami bergegas ke sana.

Masuk di dalam, Najwa diarahkan menjalani pemeriksaan. Sah, kandungan tidak mencukupi 9 bulan. Najwa ditanyai status dirinya samada Saudi atau Foreigner? Foreigner jawab Najwa jujur. Maaf. Incubator tak mencukupi. Hanya terhad kepada Saudian sahaja. Kami keluar hampa.

Seterusnya kami menuju ke Hospital Ahli di Aziziah. Pun begitu jawapannya. Kami pasrah dan menuju ke Hospital Alawi Tunisi di Aziziah Janubiah. Receptionist menasihatkan agar kami pergi ke hospital lain kerana katanya, untuk pendaftaran beranak sahaja sudah berharga sr15 ribu!
Incubator caj untuk sehari sr3 ribu. Kurang-kurang baby terpaksa tinggal dalam 2, 3 minggu. Kira sendirilah berapa kami perlu bayar.

Kami keluar lagi. Kali ini menuju ke Hospital Annur. Pun begitu jawapannya. Kerana kami rakyat asing dan bukan Saudi. Kami menuju ke Hospital Umm Qura. Jawapannya juga sama. Samada incubator tiada atau kerana kami bukan Saudi. Kami telah hilang punca!

Setelah bertanyakan beberapa orang yang arif, kami terus menuju ke Tanaim, ke Hospital Baksh. Jawapan tetap serupa. Kami pergi lagi ke Heraa' General Hospital yang terletak bersebelahan Hospital Baksh. Dr menasihatkan agar aku pergi sahaja ke Jeddah. Aku tanya balik, hospital mana di Jeddah? Dr angkat bahu dan jawab: -

"tak tahu.."

Aku ajak Najwa balik dan terakhir kami pergi ke Polyclinic Rahmah yang terletak di Rusaifah. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku yang baru pulang dari kerja dan terus ke kelas petang tadi merasakan teramat letih serta rasa mahu pukul orang. Namun, aku tahu ini ujian dari Allah kepada kami. Aku percaya rancangan Allah adalah sebaik-baik rencana. Aku membaca ayat qursi dan ayat seribu dinar serta beristighfar beribu kali.

Aku masuk ke dalam Polyclinic dan aku jerit isteri aku mahu beranak!!

Kelam kabut receptionist telefon doktor dan mengarahkan kami naik ke tingkat 1. Alhamdulillah, dr datang dan merawat najwa serta memeriksa kandungan. Dia memberitahu yang kandungan masih tidak cukup bulan namun, tanda-tanda beranak sudah kelihatan. Bukaan sudah menjangkau sehingga 6 cm. Najwa diarahkan untuk beranak di situ namun dia perlu berjalan-jalan untuk mempercepatkan bukaan sehingga 10 cm. Yang ada dalam hospital itu, aku, waseem, kak bushra, najwa, nurse 2 orang, receptionist dan doktor.

Tepat 3.41 pagi, keluarlah si kecil ini dengan selamat dan tangisan yang mengirinya. Aku sujud syukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah. Sempat pikir nak ambil gambar macam-macam!

Azan subuh berkumandang, kami bergerak menaiki kereta pulang ke rumah bersama bayi yang baru dilahirkan seberat 2kg..

Itulah sedikit rentetan cerita yang ingin aku tulis agar suatu hari nanti, anak aku akan membaca pengalaman kelahiran ini sebagai ingatan buat dia dan generasi kami seterusnya. Tiada yang mudah dan percuma dalam kehidupan ini. Berusahalah untuk senang agar tidak dihina dengan sehina-hina penghinaan sambil tidak melupakan tanggungjawab yang dipikul.

22 comments:

miss GAZA said...

assalamualaikum..


Ya Allah!!! waseem dah dapat adek rupanya!! mabruk2! comelnya!! makin ceriala dunia fotografi lpasni..:):)



waseem, jadi abg yg baek ye.. jgn nakal2! jgn buli adek comel tu pulak nanti! huu.. :P:P

pu3 balqis said...

mabruk a'laikum..
erm.. pengalaman kelahiran yang terlalu banyak cabaran..
apapon ia jelas utk ust sekeluarga kerana kalian mmpu..

apapon tros kuat ya.. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. susah2 dahulu, senang2 kemudian ya.. yang penting semua selamat..

adik waseem comel sgt.. =P

radhiahsyahida said...

aslmkm..
alhamdulillah..
disebalik ujian, ada 'rezeki besar' Allah nak bagi..
congrat utk sume esp. abg waseem.. =)
semakin hensem bila dah jadi abang tuh! he..hee..

baarokaLlahu 'alaykom!

Mohamad Fitri B Mohd Azlan said...

assalamualaikum,

disebalik ujian yang menimpa ada hikmah yang akan ditemui dengan ketentuan-NYA.

tahniah!!!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

comel baby! bila agaknya berpeluang jumpa lutfi & famili, especially waseem.

CM said...

Salam


wellcome the new model...lufthi dah ada model baru yg sangatttt comel,,wassem jugakk dan dah ada teman..


cm boleh bayangkan betapa berdebarnya menghadapi saat getir macam tu..persoalan bangsa dan kenegeriaan selalu melupakan kita adalah sama manusia dan saudara seislam...hmm arabian still arabian forever cam tulah depa kan..

Anonymous said...

Tahniah buat Ustaz Pi dan Najwa , juga abg Waseem. Pakcik Ayub do'akan semua selamat dan kekal dianugerah rahmat dan redho ALLAH SWT seterusnya.
Insya ALLAH terus dilimpahi rezeki bernilai anugerah ALLAH SWT juga sbg amanah yang tidak boleh dipersiakan.
Barakallahu fiikum

norah_nor said...

sedih...sedih..sedih...beribu kali sedih...kesian najwa....tapi cepat gak bb boleh kuar sepital yer

was a silent reader said...

buat pakcik lotpi dan makcik najwa : tahniah atas kedatangan ahli baru yang dah lama dinanti2 kan! ujian yang hebat untuk orang yang hebat! :)

buat waseem : semoga jadi abang paling bess untuk si adik comel!

buat naseem : enti heluu ktir2. :) semoga membesar menjadi anak solehah.

mabrouk 'ailaikum!

Siti Sarah said...

Abg lutfi , kaknajwa : Sedih. :( Semoga Naseem menjadi puteri yang solehah. Kak najwa & abg lutfi.. Sabarla, ujian tuhan.

Allah knows everything.

Sedih baca entry ni.

:(

miss capricorn said...

bsar btol ujian en kamitaken dan najwa nak lahirkan naseem...aimi doakan semoga sentiasa di bawah lindunganNya da dipermudahkan segala urusan kalian sekeluarga

Mazwandi Mustaffa said...

Pertamanya tahniah dengan kelahiran cahaya mata pertama.

Keduanya Ustaz dah baca email hamba belum? Jika belum sila baca (atoknyeee@hotmail.com) dan jika sudah tolong inform hamba.

Boleh juga agaknya ustaz atau rakan2 ustaz dpt berjumpa dgn abang hamba agar perkara itu dapat diselesaikan.

Mazwandi Mustaffa said...

Silap taiplah, bukan pertamale, kedua, tahniah dapat anak yg kedua..... maaf.

Mungkin akal asyik memeikir perkara yg berlaku dtanah haram skrg. Org kafir sudah masuk ke tanah haram mekah.......

UmmuAdam said...

Salam Lotfi,

MasyaAllah...banyak rintangan rupanya tapi pasti ada hikmah disebalik kejadian. Semuga Naseem menjadi anak yang solehah.

The Pamiesz® said...

نسيم هبت علينا من حمى المصطفى

نسيم فيها الهنا فيها الدوا والشفا

بشمها يصلح الظاهر لنا والخفا

يا بخته من للنبى فيكل حال اقتفى

على قدم صدق مع اهل الهمم والوفا

هم الرجال الاكابر هم هم الشرفا

هم اهل الاسرار هم اهل النقا والصفا

يا حادى اسجع فحالى بالنبى قد صفا

Uncle said...

Dear Lutfi.
Tahniah sebab dapat anak nombor 2. Jaga depa elok2....Uncle doakan yang terbaik untuk Lotfi sekeluarga!

akak ros said...

salam,
disebalik dugaan ada kemanisan..
Di Malaysia tak kira kau rakyat Malaysia ke, atau asing,hospital kerajaan tetap menolong,RM1 utk rakyat kita dan rm5 utk rakyat asing,bertuahnya rakyat Malaysia...

Marvic said...

congrats....

ibusayang said...

sungguh sedih.. itulah nasib diperantauan. ape2pun ada rahmatnya disebaliknya. semoga najwa tabah sepanjang menjalani tempoh berpantang dan cepat semboh.

AmeenNa said...

alhamdulillah semuanya selamat...

Tahniah Pi n Najwa.

Waseem...jaga adik baik2, waseem masih tetap 'peberet' aunty tau!

Motivasi Kerja said...

Salam buat sahabat lama. Tahniah kehadiran Naseem pasti lebih meriuhkan suasana. Aku pun tak sabar menanti kehadiran insan comel dalam hidupku yang tengah menunggu hari. Lama tak jenguk di sini. Ko pun boleh tahan juga kerana tidak menjenguk aku. Hatiku berkata "Hampes Lotpi" Mungkin ingatan pada kawan lama semakin terkikis. Apa pun jua terimalah komen aku yang seakan-akan penulis novel ini (dalam mood baca buku sastera bro..)

Mohamad said...

Tahniah atas kehadiran orang baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...