pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, March 21, 2010

Profesionalisma

australia. jenis perabis stok.

dalam dewan peksa sirah semalam.

2, 3 kali jugak taip-taip pastu delete. Tak ada masa untuk menulis panjang.

Manusia secara umumnya lebih senang mempercayai apa yang dapat mereka nampak, apa yang dapat mereka dengar dan apa yang dapat mereka rasa. Itu tabiat semula jadi manusia. Mereka sukar untuk mempercayai sesuatu perkara yang jauh dan yang tidak nampak. Oleh kerana itu, ramai manusia yang tidak ber'iman' atau mempercayai Allah. Ini kerana Allah bersifat wujud tetapi bukan dapat dipegang atau disentuh.

Untuk memberi keterangan kepada manusia tentang kewujudan Allah, kita memerlukan dalil naqli dan dalil aqli. Naqli bermaksud apa yang dipindahkan atau diwariskan dari AlQuran dan Hadith tentang kewujudan Allah. Dalil aqli pula bermaksud apa yang dapat dibuktikan dengan akal. Bagi mereka-mereka yang tidak dapat menerima keterangan dari AlQuran dan Hadith. Saya bukan nak membahaskan mengenai apakah itu dalil aqli dan apakah itu dalil naqli. Jika anda berminat, google sahaja dan masukilah laman2 web belog lain yang mempunyai keterangan mengenai perkara berkenaan. Kan saya selalu berkata bahawa saya ini pemikir di luar kotak penalti.


...

Lama dahulu, saya ada seorang kawan bernama Hasbullah. Orang panggil Bulloh. Juga orang panggil Dik Loh. Kami berkawan sejak dari darjah 3 sehingga kini. Sama-sama satu sekolah, sama-sama satu maahad dan sama-sama berada di tanah Saudi Arabia. Banyak perkara yang saya belajar daripadanya.

Antara perkara penting yang terdapat pada diri Bulloh adalah ke'profesional'an. Definisi profesional ini saya percaya sangat luas dan besar. Masing-masing bebas menggayakan maksud profesional mengikut apa yang diketahui atau dipelajari. Bagi saya, profesional ini terbit dari sikap dan kekuatan diri sendiri. Antara sikap yang boleh dipanggil profesional adalah tidak ego dan tidak mementingkan diri sendiri.

Bulloh sangat taat pada ibu dan ayahnya serta keluarga. Begitu juga dengan rakan-rakan. Dia selalu mengalah. Ego dirinya telah diletakkan di tepi. Apa yang dia ada adalah perasaan untuk memberi kegembiraan pada insan yang lain dengan menolong dan membahagiakan mereka. Ini bagi saya satu sikap profesional. Profesional dalam menangani masalah hati dan perasaan.

Bulloh mendapat tawaran ke Universiti Madinah terlebih dahulu daripada saya. Sekitar tahun 2003. Setelah lebih kurang sebulan pemergian Bulloh, saya pula mendapat tawaran ke Universiti Umm AlQura di Makkah. Kedatangan saya di Makkah disambut oleh rakan-rakan baru dan asing bagi saya. Tak dinafikan mereka sangat baik dan sangat mesra. Tetapi, saya tetap mencari seseorang yang telah saya kenali untuk berasa lebih selesa. Lalu Bulloh pada tiap-tiap minggu turun ke Makkah dari Madinah menaiki bas atau teksi semata-mata untuk menemani saya yang amat penakut dalam kebanyakan perkara tetapi berani tidak kena tempat.

Bersama Bulloh, saya menyelongkar bumi Makkah menaiki sebuah skuter kecil berwarna hitam. Sehinggakan Bulloh amat mahir selok-belok tanah haram Makkah melebihi saya. Oke. Itu cerita sampingan. Mungkin anda akan katakan, tajuk yang sesuai adalah sahabat sejati. Bukan profesional. Baik.

Kita mendapat satu point di sini bahawa 'tidak mementingkan diri sendiri'.

Kita bawa sikap 'tidak mementingkan diri sendiri' dalam kehidupan rumahtangga kita. Saya percaya di luar sana, ada makcik-makcik, kakak-kakak dan datin-datin yang membaca belog ini. Mungkin sambil lalu atau sambil lewa tapi kurang-kurangnya terbaca. Dalam kehidupan berumahtangga, seringkali kita ditekankan dengan perkataan 'mengalah'. Mengalah dan tidak mementingkan diri sendiri bagi saya adalah satu perkara yang sama.

Anda sudah berjanji dengan rakan untuk makan di Asia Restaurant contohnya pada petang itu, tiba-tiba anda mendapat panggilan telefon dari orang penting melebihi perdana menteri iaitu si 'isteri' anda. Panggilan yang memberikan arahan mandatori walaupun dalam nada lembut dan sayang iaitu :

"sayang sudah masak lauk sardin hari ini, abang balik kita makan sama-sama yer".

Apa mahu jawab? err.. sibuk? abang ada kerja? abang mungkin balik lambat? abang ada meeting dengan client? Client ajak makan? abang perlu tolong kawan abang mungkin tak makan kot? ayang makanlah dulu. blablbalbalabla..

Jawapan yang mungkin kita boleh berikan dengan seribu alasan. Akan tetapi, moral si isteri sudah jatuh satu tahap mendengar jawapan begitu dari anda. Apalah sangat sedapnya sardin jika dibandingkan dengan tomyam pedas, tomkha, catfish, ikan masak stim dari Asia Restaurant yang telah kita janjikan dengan kawan-kawan. Lagi pulak ada kawan-kawan bersama! Banyak topik yang boleh kita sembang seperti Rooney telah dibuang padang semalam. Arsenal bakal menang, MU mungkin akan menjadi juara Champion League, pasukan kegemaran ketika Piala Dunia bakal berlangsung, Nikon D300s bakal dilelong di Jeddah dengan harga borong dan sebagainya. Akan tetapi, mempraktikkan sikap 'tidak mementingkan diri sendiri' itu tadi bakal menyelamatkan rumahtangga kita.

Bukankah itu satu perkara 'profesional'?

Itu satu contoh bagaimana ke'profesional'an mengikut definisi saya berjaya menaikkan motivasi seorang isteri.

Kita terjun ke dalam bidang pekerjaan atau bahasa moden dipanggil profesyen. Kata kunci bagi sikap profesional definisi lutfi itu tadi adalah 'tidak mementingkan diri sendiri'.

Orang melayu khususnya mempunyai satu sikap yang diwarisi sejak turun-temurun iaitu hasad dengki dan tidak suka kepada kejayaan orang lain. Kebanyakanlah. Bukan semua. Dalam pekerjaan juga terdapat perkara sebegitu. Kita sangat sakit hati jika rakan yang tidak sekutu dengan kita mendapat sesuatu lebih dari apa yang telah kita capai. Sakit hati ini akan berlanjutan sehingga menambahkan kebencian dan keporak-perandaan. (betul ke bahasa melayu aku ni?).

Lantas, kita akan menggunakan segala apa sahaja cara untuk menjatuhkan dia sehingga kita mendapat kepuasan hati. Itu satu sikap yang tidak profesional. Jika sekalipun dia musuh kita, namun kerana kepercayaan yang syarikat telah berikan, kita sepatutnya bekerjasama dan ketepikan perasaan irihati serta hasad itu tadi. Jadi profesional dengan tidak mementingkan diri sendiri serta tidak mencampur-adukkan hal peribadi dengan pekerjaan. Bos tidak mahu tahu apa yang telah berlaku antara anda dan dia. Bos hanya mahu tahu, kerja siap! Bukan begitu bos? (kalau saya punya bos baca ini, mungkin dia akan terharu).

Kaitan perenggan pertama dengan apa yang saya celotehkan di atas ini adalah mengenai penerangan tentang sikap profesional itu tadi. Saya kaitkannya dengan sikap profesional Hasbullah untuk senang anda relatedkan topik dan nampak apa yang ingin saya sampaikan. Kerana manusia itu senang melihat contoh di hadapan mata baru mereka mempercayainya.

Sebab itu Allah mewujudkan Kaabah. Tanya sahaja kepada mereka yang pertama kali menonton Kaabah, jika hati mereka benar-benar bersih pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan dan takjub. Kaabah yang selama ini menjadi kiblat dan tempat panduan solat kini berada di hadapan mata. Ini adalah salah satu keistimewaan dan rahsia kejadian Kaabah untuk bukti kebesaran Allah yang lagi berkali-kali lebih hebat dari penciptaan batu Kaabah ini.

Artikel saya kali ini secara kesimpulannya mempunyai banyak perkara yang mungkin anda boleh adaptasi ke dalam kehidupan harian ataupun mungkin anda tak nampak.

Pertama : Sikap 'tidak mementingkan diri' yang saya gelarkannya sebagai profesional
Kedua : Penggunaan contoh hampir di hadapan mata untuk senang orang nampak
Ketiga : Isteri masak apapun, balik makan di rumah
Keempat : Janganlah sibuk nak bergambar depan kaabah sangat sampai lupa nak bertaa'mmul (berfikir tentang kebesaran) yang telah Allah tunjukkan


Allah telah mengurniakan kita aqal. Untuk apa lagi kita peram aqal itu? buat keju? Gunakanlah..

15 comments:

Anonymous said...

Post yang penuh makna dan kesederan. Ringkas dan padat.

mysabani said...

Assalam
Lufti tima kacih kerana mengingatkan tentang appoinment dengan darling isteriku

mysabani said...

Assalam
Lufti tima kacih kerana mengingatkan tentang appoinment dengan darling isteriku

nurhaziraa said...

mashallah.buat buku la abg pi.

syukran ya!:)

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

anony : terima kasih. sekadar berkongsi

sabani : haha.. jangan buat2 lupa tuh. paling penting!~

nur : waahh. .buat buku? tak tahulah bila nak siap..

ummuhaq said...

setuju dgn semua kesimpulan terutamanya yg no 3... hehe... nasib suamiku mmg ape pon wife FIRST...

uncle pet..!! said...

pi.. ko buat kn bnyi kawen tu mcm best le pulops.. nk kene cpt ni.. ahiksss..

kimitot said...

actually isteri pun kene bersikap professional :D
buatnya si suami tiba2 ada keje adhoc camno?
balik mkn pehtu patah balik opis?
balik mkn tp masa tu dh lewat?

Anonymous said...

Salam tuan.

Semua kesimpulan tu baik-baik belaka.

Kesimpulan ke-4 tu: Memang kena fikir betul-betul. Kalau ambil gambil sambil tawaf, sah ke tawaf tu? Kalau tawaf tak sah, saie dan bercukur selepas tu tidak sah. Nanti balik rumah, masih lagi dalam berihram. Bla.. bla.. bla.. Sorry terpanjang pulak komen

Anonymous said...

Salam tuan.

Semua kesimpulan tu baik-baik belaka.

Kesimpulan ke-4 tu: Memang kena fikir betul-betul. Kalau ambil gambil sambil tawaf, sah ke tawaf tu? Kalau tawaf tak sah, saie dan bercukur selepas tu tidak sah. Nanti balik rumah, masih lagi dalam berihram. Bla.. bla.. bla.. Sorry terpanjang pulak komen

Anonymous said...

Salam tuan.

Semua kesimpulan tu baik-baik belaka.

Kesimpulan ke-4 tu: Memang kena fikir betul-betul. Kalau ambil gambil sambil tawaf, sah ke tawaf tu? Kalau tawaf tak sah, saie dan bercukur selepas tu tidak sah. Nanti balik rumah, masih lagi dalam berihram. Bla.. bla.. bla.. Sorry terpanjang pulak komen

Mohd Saad Hamid said...

Salam tuan.

Semua kesimpulan tu baik-baik belaka.

Kesimpulan ke-4 tu: Memang kena fikir betul-betul. Kalau ambil gambil sambil tawaf, sah ke tawaf tu? Kalau tawaf tak sah, saie dan bercukur selepas tu tidak sah. Nanti balik rumah, masih lagi dalam berihram. Bla.. bla.. bla.. Sorry terpanjang pulak komen

Mohd Saad Hamid said...

Salam tuan.

Semua kesimpulan tu baik-baik belaka.

Kesimpulan ke-4 tu: Memang kena fikir betul-betul. Kalau ambil gambil sambil tawaf, sah ke tawaf tu? Kalau tawaf tak sah, saie dan bercukur selepas tu tidak sah. Nanti balik rumah, masih lagi dalam berihram. Bla.. bla.. bla.. Sorry terpanjang pulak komen

pasubungaku said...

betul...jgn ada sikap mementingkan diri sendiri..

wan lisz hazimah said...

wahhh!!!giler touching entry ni lutfi....hasbullah bace konfem nangis seminggu x brenti,hahaha
dh ah tyme my besday...thanks lutfi...cuz u remind me how lucky i am having 'dat professional guy' as my brother....pdahal sokmo baloh tyme kecik2 dulu,huhuhu but deep down i know he's a gud guy even me as his notty sister cant even doubt dat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...