Kejuruteraan manusia sangat sukar. Ini kerana, ia terdiri dari satu struktur ciptaan Ilahi yang kompleks dan sosfikated membuatkan kita agak sukar menafsirkan makna yang tersirat. Kita tak mampu mengetahui perkara sebenar yang ingin dituturkan oleh akalnya. Lisan berkata lain, akal bermaksud lain. Mungkin hanya melalui pembacaan, pengalaman dan pengetahuan yang sedikit, kita dapat 'meneka' apa yang bakal diungkapkan atau reaksi seseorang manusia. Namun ianya tak selalu tepat dengan apa yang kita sangka...
Suatu ketika dahulu, ketika saya mulai masuk ke Maahad Tahfiz Terengganu, saya berkenalan dengan seorang sahabat bernama Amin. Dia rupanya satu kampung dengan saya. Pada awal perhubungan, kami agak dingin. Perhubungan yang dimaksudkan bukanlah perhubungan kekasih atau perhubungan yang sewaktu dengannya. Akan tetapi yang saya maksudkan adalah perhubungan pertalian seorang sahabat bernama lelaki. Boleh faham ya? Saya agak sukar menerima dia dalam rekod kehidupan saya. Sementelah Amin pun bersikap dingin dan acuh tidak acuh.
Balik bercuti pada hujung minggu, adalah satu kegembiraan bagi kami. Cuti yang diperuntukkan walau hanya 2 hari, namun amat bermakna buat kami. Seawal pagi Khamis lagi kami akan menyiapkan barang untuk pulang. Saya seperti biasa, memang penakut untuk menaiki bas hanya emak sahaja yang rajin datang mengambil untuk membawa saya pulang. Maka saya tetap seperti biasa menelefon emak untuk memberitakan kedatangan pulang saya pada hujung minggu ini bersama-sama.... ya..bersama-sama pakaian busuk yang saya sangat rajin kumpulkannya buat tatapan emak :p
Pulang bercuti bermakna kami akan bebas selama 2 hari dari 'belenggu' ustaz yang 'memaksa' kami menghafal Al-Quran. Perkataan 'belenggu' dan 'memaksa' saya gunakan kerana saya bukanlah seperti sahabat-sahabat saya yang lain yang memasuki Maahad Tahfiz atas kerelaan diri. Saya masuk kerana ingin menyempurnakan hajat emak yang ingin melihat anaknya ada seorang yang beraliran agama dan mampu membela keluarga pada suatu hari kelak. Oleh sebab itu, saya tidak seperti orang lain yang lancar dan rajin menghafal alQuran. Saya memang pemalas dan sangat tidak pandai. Adik-adik yang membaca entri abang ini, janganlah jadi seperti abang. Abang menyesal dengan apa yang telah abang lalui dan bazirkan.
Berbalik kepada cuti yang diberikan, kami rasakan ianya amat singkat dan sangat sekejap. Mujur saya hanya tinggal di sekitar Kuala Terengganu. Maka, saya cepat sampai ke rumah dan saya amat rindukan game 'Age Of Empire' saya yang telah lama saya tinggalkan demi sebuah pengorbanan kepada diri sendiri. Tak dilupakan juga segala masakan emak dan aliran kasih-sayang dari ayah serta adik beradik yang lain. Kami bergaduh, kami makan, kami berjalan-jalan dan sebagainya layak seorang anak yang pulang bercuti dengan meluangkan masa bersama keluarga. Macam tu lah. Macam mana lagi.
Masa saya yang paling berharga dan paling akan cepat mematangkan pemikiran saya ialah ketika saya pulang dari asrama menuju ke rumah bersama-sama emak. Perjalanan dari Kampung Padang Midin menuju ke Wakaf Tembesu, berskala kira-kira 15km itu amat emak manfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai leteran dan pelajaran. Maklumlah anak sulung. Maka segala curahan perasaan dan perkongsian pengalaman emak akan tuturkan kepada saya untuk saya sama-sama dan cepat memahami erti kehidupan ini dari pandangan orang-orang tua.
Saya mengadu perihal kawan saya si Amin yang susah sikit nak bergaul dan sesuaikan diri. Emak berpesan agar bersabar. Kadang-kadang orang yang kita tak suka pada akhirnya akan menjadi rakan paling erat kita. Begitu juga sebaliknya. Pi kena sabar dalam menghadapi manusia. Manusia ini tak sama ragamnya. Lain orang, lain ragamnya. Hanya dengan kesabaran sahaja ubat bagi kita nak meredakan keadaan yang kadang-kadang mungkin akan menimbulkan ketegangan dan keributan. Sabar dan sabar. Apa sekalipun yang berlaku, sabar adalah perkara terbaik.
Saya diam dan saya buntu. Emak cakap senanglah. Asyik sabar, sabar, sabar. Tak uptodate langsung. Pemikiran saya ketika itu, saya inginkan sokongan. Saya ingin seseorang yang akan mengiyakan perkataan saya. Contoh ketika saya mengadu sedemikian, emak akan berkata "Oke! Nanti Pi jangan berkawan dengan dia dan cari kawan lain!" Itu akan membuatkan saya seronok serta berasa sedap duduk (bahasa terengganu 101 yang bermaksud selesa) akibat mendapat sokongan dari orang yang paling saya percayai.
Tapi.
Saya silap. Jawapan sebaliknya telah diutarakan oleh emak. Lalu membuatkan saya rasa baik saya tak payah mengadu apa-apa. Emak senyum dan berkata :
"Percayalah, dia akan menjadi sahabat baik Pi satu hari nanti. Sabar jer dan buat baik."
Percakapan selayaknya seorang ibu kepada anak remajanya yang sedang membesar dengan keadaan sekeliling berkawan dengan orang baik-baik yang hapal alQuran.
Sehingga kini, saya dan Amin adalah seorang sahabat baik dan kami selalu membuat kerja-kerja nakal bersama-sama ketika di Maahad itu. Juga selepas tamat pengajian, kami juga ada membuat bisnes kecil-kecilan bersama-sama. Sejak dari itu, saya semakin percaya cakap emak.
Apa yang saya lalui berbelas tahun yang lalu, kini kembali terjadi kepada diri saya membuatkan saya senyum sendirian ketika membawa kereta pulang melalui Ajyad Tunnel menuju ke rumah selesai sahaja kerja 'part time' saya bersama TH Travel.
Saya terpaksa bekerjasama dengan Yusof, seorang Reservation Officer dari Syarikat Firdous Group yang terkenal dengan sikap tak berapa nak kamceng dengan orang ramai. Mulanya kami hanya berkenalan melalui telefon sahaja memandangkan saya terpaksa juga telefon dia untuk sebarang confirmation hotel-hotel di sekitar Makkah ini. Mendengar suara dari telefon sahaja pun terrrrrrrlalu dingin jawapannya.
"Ha! Nak apa? pagi-pagi nak tidor pun tak senang!"
Amacam? Jawapan agak-agak kalau sebaya dengan saya, saya mungkin ajak turun padang kita lawan satu sama satu. Mujurlah Encik Yusof ini seorang yang telah berumur.
Pertemuan pertama kami berjalan dengan dingin dan agak tak berapa smooth. Cuma saya memegang kata kunci emak iaitu :- " ber'sabar'lah, mungkin dia akan menjadi rakan baik kamu suatu hari nanti" walaupun saya nampak ianya adalah sesuatu perkara mustahil. Sangat mustahil seorang yang berkaliber dan berpengalaman selama 20 tahun lebih dalam kerja reservation, seorang orang tua yang berpengalaman tinggi ingin merendahkan diri berkawan dengan seorang pelajar yang tak berapa pandai nahu, seorang fotografer yang perasan gambar cantik dan seorang reservation officer bagi syarikat TH Travel yang mungkin akan kena pecat pada bila-bila masa akibat dari ketidak-seimbangan membuat booking bagi menghasilkan keuntungan kepada syarikat TH Travel. Itu pikiran saya.
Setiap hari kini, saya 'terpaksa' menghadap si Yusuf. Hari-hari saya cuba 'pikat' dia dengan merendahkan keegoaan saya serendah-rendahnya. saya bertanya bermacam perihal mengenai pem'booking'an dan ilmu matematik yang sangat saya lemah. Kadang-kadang perkara yang diterangkan oleh Yusuf saya sudah maklum dan sangat tahu, cuma saya percaya kepada prinsip yang saya suka untuk berkongsi dengan anda bahawa
"Perkara yang paling mendesak dalam kehidupan manusia adalah idaman untuk dihargai".
contoh saya berikan seperti sketsa (sketsa tu apabenda?) berikut :
si Ahmad suka bertanya pelbagai soalan mengenai ilmu feqah kepada Ali yang baru sahaja masuk tahun pertama Master Kuliah Syariah di Umm AlQura University. Ali akan menjawab dengan sedaya upaya dia tentang apa sahaja soalan Ahmad kerana pada pikiran dia, Ahmad ni tidak cerdik dan dia pula adalah seorang pelajar Master dalam bidang Syariah. Sedangkan tanpa pengetahuan Ali, Ahmad adalah seorang anggota Majlis Syura di Saudi buat beberapa tahun lepas sebelum dia dilantik menjadi Qadi besar di wilayah utara Saudi. Namun, kerana ingin bersahabat dan ingin membuatkan Ali merasa bangga dengan apa yang dia ada, maka Ahmad 'merendahkan keegoaan' dengan bertanyakan pelbagai perihal yang Ahmad tahu Ali mempunyai pengetahuan tentang perkara itu walaupun sedikit. Manusia ini, apabila dia mengeluarkan 'kebanggaan' diri dia di hadapan orang yang begitu 'pandai' mencungkil hatinya maka tak susah sangat untuk dia percaya kepada lelaki yang berada tepat dihadapannya yang baru dianggap sebagai 'sahabat'!
Percaya atau tidak, saya telah menaiki motor bersama-sama si Yusuf ketika dia ingin menghantar saya pulang dari pejabatnya menuju ke tempat parkir kereta saya di Mahbas Jin, kira-kira 6km dari pejabatnya!
Hebat jugak cerita saya ini. Macam filem Slumdog Millionaire pun ada. Fuh!
Apa pelajaran yang anda dapati dari kisah seram saya di atas?
Yusuf pandai membawa motor?
Mahbas Jin mungkin berasal dari tempat tinggal jin suatu masa dahulu?
TH Travel adalah sebuah syarikat dari Malaysia?
Saya tidak pandai naik bas?
Ingat pesan saya bahawa "perkara paling mendesak dalam jiwa manusia adalah idaman supaya dihargai". Amalkan dan anda dengan mudahnya akan mendapat rakan-rakan. Ngejah awek panda ngak!

15 comments:
dok ketaq lutut nih..
seram sungguh!
ohh,, lps ni kena mtk mak teman balik kg skali
mama x leh tido malam ni...rase seram2 sejuk...
huhu mekaseh kerana memberikan pengajaran berguna buat kami. mmg seram!
dup dap dup dap wehhh..
memang seram lah sangat nye nih..
seram ya nak mendapatkan ni ha...
"Perkara yang paling mendesak dalam kehidupan manusia adalah idaman untuk dihargai".
agak-agak BHS la dalam diam kau tu di hargai...relax la geng..
seram...seram...siram...
boss...mmg betul,"perkara yang paling mendesak dalam kehidupan manusia adalah idaman untuk dihargai"..tapi syukurlah...Najwa dah pun hargai boss..
sy nih bila la org nak hargai...wakaka
rindu doh budak2 tuh!!!
Nasib baik takdok cerita kisah aku...he3x.
owg arab mmg macam tuh abg pie...jangan dok layan sangat ah... 'bersabar' je la...
seram sampai sakit perut ni.. tumbuh bisul dalam perut.. hehe.. sabar...
Seram ke? macam lawak pn ade skit2.
Ayat pesanan tu adalah ayat orang yang malas @ dok ikhlas. hehehe...
Dear Lotfi.
Mengalahkan cerita seram Exorcist lakonan Linda Blair tahun 70-an dulu. Uncle tutup telinga kot2 terdengar suara Usop Santorian tu...tapi baca pun dah ngeri...apa Usop ni BELA?
Salam dekk.lutfi..
Tahniah ...yg kita tak suka tulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..
Naiklah bas sekali sekala..mesti best jugakan...dapat suatu pengalaman baru...untuk ditulis dalam n3...
Berbuat baik tak semestinya kerna sesuatu yang kita hajatkan...tetapi secara ikhlas...bole membuatkan seseorang ingin dekat bersahabat dengan kita...tak rugi kalau berbuat baik dalam apa jua ..janji Allah buat baik di balas baik..insyallah dek...
"perkara paling mendesak dalam jiwa manusia adalah idaman supaya dihargai"
saya setuju 100% dan saya minta izin untuk quote
Quote yang menarik... :)
Semua orang secara normalnya suka dihargai.....
Berapa ramailah pula yang tahu menghargai...?
Post a Comment