pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, June 22, 2010

food photography


food photography?

Ni lah pengalaman pertama aku shoot produk nih. Langsung tak ade baca dan ulangkaji. Maka hasilnya.. Bolehlah. Terima kasih kepada rakan2 yang memberikan seribu kepercayaan kepada aku untuk shoot gambar ini. Agak2 kalo brother Ted Adnan tengok, mungkin ketawa sampai keluar air mata, tapi takpelah. Buat permulaan sebelum melangkah lebih setapak ke depan. hahaha.

Buat semenjak tiga menjak ni, aku menjadi sedikit sibuk dan sangat tidak mempunyai masa. Perjalanan jemaah yang datang semasa cuti sekolah amat merungsingkan kami team TH Travel di Jeddah dan kesemuanya secara keseluruhan. Kebajikan dan perjalanan jemaah harus dijaga dengan teliti dan terbaik. Mereka bukan sekadar datang melancong, akan tetapi datang untuk beribadah!

Kepanasan di Saudi kini mencecah pada tahap microwave. Letak ayam, boleh jadi ayam panggang. Letak telur, boleh makan separuh masak. Panas. Tapi, kerana kecintaan manusia kepada Kota Makkah, ia tak pernah lengang dan tak pernah sunyi dengan kedatangan manusia.

Pembangunan di Kota Makkah juga sangat giat berlaku. Ia, mengakibatkan debu dan habuk bertambah. Para jemaah yang berhajat untuk datang ke sini, dinasihatkan agar datang memakai topeng penutup mulut dan hidung ketika dalam perjalanan dari hotel ke masjid bagi mengelakkan mendapat penyakit. Jangan pakai topeng ultraman sudahlah. Berhenti orang tawaf nanti.

Sekian dulu laporan untuk hari ini.

Selamat pulang bercuti bagi rakan2 yang akan pulang ke Malaysia. Aku? tak turun ilham lagi..

5 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Lotfi

kacang kuda masak kari kee

Ahmad Nazif Ishak said...

salam pi,

wah betul ke panas sampai camtu sekali? aku 50 lebih pon dh xley tahan..

boxhousestudio said...

salam pi

BHS sambung kata-kata PI yang di bawah pada sesiapa berkenaas yang nak balik Malaysia for good...BHS nantikan kepulangannya...kejayaan sudah di depan mata.....Insha ALLAH!!!....aminnnn...

shami2 said...

Salam dek lutfi..

kacang kuda sambal ker kari tu..macam sedap sangat...aper ke namer kormersial nya tu..
Aikk gambar ajk dapur lagik besar dari gambar makanannya..hihii
Tahniah dek...

azmietaha said...

FOOD PHOTOGRAPHY banyak untung dia, sebab lepas shoot gambar boleh MAKAN FREE.

-Lapar bila nampak dapur!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...