pengikut-pengikut yang menawan

Monday, June 28, 2010

Jazbah

Suasana dalam masjid beberapa jam yang lalu.

Jazbah ini perkataan dari bahasa arab 102. Ia memberi makna tarikan. Ketika saya mula memasuki level 2 di Maahad Ta'lim Lughah Arabiah, kami diajar menggunakan perkataan jazbah ini oleh Dr Hassan, seorang lecturer dari Egypt yang boleh berbahasa fushah (standard) dengan lancar bukan seperti encik-encik Mesir yang lain. Antara perkara-perkara yang jazbah (menarik hati) adalah Kaabah. Kaabah memang sangat menarik hati orang-orang yang pernah melihatnya mahupun orang yang tidak pernah melihatnya kecuali melalui gambar-gambar sahaja seperti yang dipamerkan di atas. Ada satu tarikan yang tidak terdapat pada perkara lain yang terdapat pada Kaabah. Ia amat meruntun hati untuk terus menatapnya. Pompuan? Yerlah. Pompuan cantik pun ada jazbah jugak tapi mana bleh tengok lama-lama nanti dapat dosa. Tengok Kaabah takpe, dapat pahala.

Oke, berbalik kepada cerita Kaabah itu tadi, saya sebenarnya bukan seperti orang lain yang berada di sini. Mereka yang sangat seronok melihat kaabah, hari-hari datang melihat dan melakukan ibadah di dalam masjidilharam, melekat di Kaabah dan sebagainya lagi. Saya sudah terkena sindrom 'biasa'. Sindrom 'biasa' ini saya hidapi sejak saya berasa selesa dengan keadaan saya berada di Tanah Suci. Jarang-jarang orang terkena sindrom ini tapi jarang-jarang pun, banyak juga. Sindrom 'biasa' ini berlaku akibat kita selalu sangat hari-hari menghadap Kaabah dan MasjidilHaram menjadikan kita sudah lali dengan pemandangan ini dan tak heran sangat. Ia juga terjadi dek kerana ilmu yang cetek mengenai kepentingan memartabatkan agama Islam dan menyanyanginya. Jemaah umrah mahupun haji jarang terkena sindrom ini kerana mereka sangat menghargai tempoh kehadiran mereka di tanah suci. Mereka meluangkan sepenuh masa mereka di MasjidilHaram untuk melihat Kaabah siang dan malam. Mereka sanggup meninggalkan waktu sarapan, makan tenghari, dinner dan ziarah di luar Kota Makkah semata-mata mahu berdampingan dengan Kaabah ini. Mahu berdekatan dan mahu melihat Kaabah ini. Melihat manusia yang tawaf, berdoa, bermunajat, beribadah dan bermonolog dengan 'Tuhan' mereka. Mereka amat menghargai kerana mereka membayar harga untuk datang melihat Kaabah yang mulia ini.

Tapi dengan sindrom 'biasa' ini, kita seolah-olah lali dengan MasjidilHaram dan pemandangan di dalamnya. Masuk jumpa Kaabah pun main lambai-lambai jer. Solat sunat 2 rakaat dan pulang. Itu yang amat merisaukan hati saya. Namun pada pagi ini, saya keluar sahaja dari Felda Dsaji setelah usai bersarapan dengan siapa lagi kalo tidak Pak Abu saya telah 'terfikir' untuk ke MasjidilHaram.

Saya masuk melalui pintu Ajyad memandangkan saya tidak mempunyai wuduk, maka saya pergi ke tempat minum zamzam yang berada di sebelah kanan pintu Ajyad. Saya berwuduk dan meminum air zamzam dengan sepuas-puasnya. Sangat puas hati dan sukar untuk digambarkan dengan kamera SLR perasaan itu.

Kemudian, hati melonjak-lonjak ingin melihat Kaabah dan terus saya mengerjakan tawaf sunat yang saya boleh bilang berapa kali saya buat dalam seminggu. Cuaca tidaklah begitu panas seperti yang dihebohkan. Alhamdulillah sedap-sedap untuk tawaf dan solat sunat tawaf. Saya perhatikan Kaabah pada kali ini dengan perasaan yang sedikit berlainan dari sebelum ini. Ya. Perasaan itu hadir menangkis sindrom 'biasa' saya akibat dari kesedaran. Kesedaran yang diberikan oleh orang tua bernama Pak Abu.

"Aku nak kasi nko 3 benda buat nko tulis dalam belog nanti. Lepas tu, print dan sharelah dengan aku. Boleh aku baca apa nko tulis." Ulas Pak Abu pagi tadi. Bersyarah lagak seorang lecturer dengan anak muridnya yang baru bangun tidur.

"Apa dia pakcik?" Tanya aku macam tak sedap hati.

"MLM, Merdeka dan Hendel Stereng." Ringkas jawab Pak Abu sambil mulut tak lepas sedut rokok Dunhill dan menghembuskan asap ibarat puas hati tengok Argentina belasah Mexico semalam.

"Apa dia pulak tuh?"

Pak Abu renung saya dalam-dalam... Matanya bercahaya seolah-olah ingin memulakan satu bicara yang panjang.... Lalu...



... bersambung ke entri seterusnya. Itu pun kalo saya rajin. wakakaakaka

8 comments:

badruddin said...

biasenye kalo ko kata bersambung tu maknenye cerita ni tergantung xde sambungan

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kakaka.. ko memang pandai.. nanti aku pikirkan sambungan dia. wakakakaka

Uncle said...

Pak Abu dah pakai kasut belum? Selalu pakai sandal...heh3...kirim salam kat pak abu!!!

yongzu @ 9W2YZU said...

A very good ending.... ;)

kucingorengemok said...

saspen tak sudah...

Anonymous said...

salam..just wanna tell u the truth..ada je encik2 egypt pandai cakap bahasa Arab fushah.cuba dtg egypt, stay kat aegypt for some time, then, u can realize ramai sebenarnya encik2 egypt yg boleh cakap fushah dgn lancar sehingga kita terpegun!! try n then trust k..memangla ada yg tahu cakap ammi je, but dont judge all egyptian didnt know how to speak fushah..peace no war!! :)

iYda Juhar said...

nyo buat suspen gini la weh..

azmietaha said...

Cuba bagi tau kat PAK ABU:
-Dia beruntung 'makan garam' dulu, kalau dia 'makan gula' dulu, sahih dia menderita 'Kencing Manis' laa nih!'Heh!Heh!Heh!

-manisnya madu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...