Seorang lelaki dari Iraq membawa tasbih di tangan kanannya. Tasbih adalah satu alat yang digunakan oleh umat Islam untuk berzikir kepada Allah. Ada diriwayatkan dari Nabi S.A.W tentang bilangan tertentu zikir yang dibaca selepas usai solat. Namun, perkara membesar-besarkan kelebihan tasbih adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam dan menjurus kepada perkara khurafat dan bid'ah.
Mencari hotel yang tidak diketahui letaknya di mana.
Menyeberang jalan sambil memegang tin minuman dan buku catatan. Kebanyakan pekerja yang datang dari luar Saudi akan memakai pakaian kasual ketika pergi bekerja di pejabat. Namun, pakaian rasmi untuk pekerja Saudi adalah jubah atau 'thobe' berwarna putih dan memakai shimag merah atau ghutrah putih.
Jemaah dari Pakistan yang merenung jalan dan membilang bilangan tapak kaki dari hotelnya menuju ke Masjidilharam. Aku pernah kira, dari hotel Hajeej ini bilangannya adalah lebih kurang 700 langkah menuju ke dataran pintu Malik Abdul Aziz (Gate 1). Boleh tahan.
Seorang jejaka Yaman menyorong kereta sorongnya yang berisi barangan makanan untuk jualan seperti kacang, kacang botol, botol susu dan sebagainya sambil bercakap telefon bertanyakan emaknya perihal perkembangan terkini kampung mereka yang terletak di Eden, Yaman.
Suasana di Lobi Hotel Hajeej ketika perlawanan Slovakia menentang Itali. Ramai yang tidak berpuas hati mengenai kekalahan Itali di tangan Slovakia. Itu termasuk Baki (yang berada di hadapan aku) seorang pakar IT dari Kuala Lumpur yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau juga salah seorang jemaah TH travel pakej Delima yang menginap di Hotel kami. -Baki, kalo ko jumpa aku punya belog ni, maaf yer, guna nama nko. wakaka.
Tajuk macam hebat. Tapi hakikatnya, memang aku menembak di tepi jalan. Ini semua gambar-gambar petang Khamis. Dah macam boring tak ada kerja, cuba tembak seberapa banyak yang dapat. Waktu taklah cantik sangat. Dah menghampiri maghrib. Sebelum pulang, cuba-cuba ambil sekeping dua gambar buat modal dalam belog. hehe.
Saudi memang kepanasan sekarang ini, namun cuaca panas itu tak menghalang manusia dari mengerjakan rutin harian mereka seperti makan, minum, tengok bola dan solat 5 waktu. Juga tak ketinggalan berbelog. Panas pun panaslah, asal belog update sudah. Bukan update belog tengah jalanraya. Sebenarnya, kepanasan memberikan satu hikmah kepada orang lain selain kita. Antaranya ialah pencuci kereta jalanan dan pembasuh baju di kedai dobi juga isteri di rumah.
Mereka (pencuci kereta jalanan) bergantung wang saraan daripada hasil cucian kereta yang datang tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa. Rezeki mereka memang terbuka luas di saat ini. Di saat cuaca tak menentu, ribut dan paling penting panas! Sekejap jer cuci, dah kering. Terus boleh ambil orang lain untuk dijadikan next customer. Sekali cuci sudah 15 riyal (Approximately 13 inggit) kita kena bayar. Kalo ada 20 kereta sehari, itu sudah 300 riyal! 300 riyal dengan 25 hari bekerja sudah sr7500! Amacam? ada berani letak jawatan dan cuci kereta? theehehee..
Tapi risiko bagi pekerjaan sebegini adalah ditangkap polis dan jawazat (bahasa arab 102 yang bermaksud imigresen). Kerja anda adalah sentiasa melilau mata memerhatikan suasana dan keadaan. Tak selamat. Dalam erti kata lain, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Itu penting. Jika kita terseksa dalam kerja, sabar dan cuba-cuba pandang kepada orang di sekeliling kita dan selami keadaan hidup mereka. Kita akan dapati kita lebih jauh beruntung dari mereka. (Aku menulis sebegini kerana memandangkan ramai juga pembaca belog ini adalah pekerja-pekerja biasa yang pendapatannya tak lebih dari 20 ribu ringgit sebulan) Pesan aku, sabarlah dan cuba enjoy dengan kerja yang anda dapati sekarang.
Pesan Mad Cenok (walaupun dia bukanlah pakar motivasi atau pakar sakit puan) apa sahaja kerja yang kita dapati, sambar dulu. Ambil pengalaman dan bila kita bermula dari bawah, kita akan lebih menghargai pekerjaan dan pangkat yang kita dapati kelak. Sudah 3 orang pesan aku sebegini. Pertama, emak. Kedua Uncle (kepala penyamun yang kini dah jadi orang besar di Langkawi) dan ketiga Mad Cenok. Kini, aku sampaikan pada anda dalam siri pelajaran yang tak ada diajar di Universiti mahupun sekolah. (khas untuk pelajar-pelajar sebab ramai juga pembaca belog ini dari kalangan pelajar)
Menyentuh mengenai pembelajaran. Kadang-kadang akal kita bertanya. Untuk apa saya belajar matematik? Untuk apa saya belajar kemahiran hidup yang memerlukan saya buat kerja bengkel, bertukang, betulkan paip, mengenali asas kendiri dan sebagainya? Betul atau tidak, remaja yang sebaya aku pasti pernah melalui perkara-perkara sedemikian. Seperti biasa, perkara yang kita tidak nampak di kemudian hari, pasti orang tua terlebih dahulu nampak. Begitu juga dengan perkara ini.
Isu pembelajaran subjek-subjek di sekolah memang amat membosankan dan mengerikan. Bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 3 petang mungkin amat menyeksakan. Sudahlah tak boleh berfesbuk, tak boleh berchit-chat, tak boleh main game dan tak boleh berbelog. Amat menyeksakan. Lebih-lebih lagi cikgu pun membosankan. Tengok cikgu, tengok penunu bunsen. Tengok penunu bunsen, tengok cikgu. Makin lama cikgu cakap, makin nampak cantik pulak penunu bunsen itu kalo letak cikgu di atasnya. Tapi.,cubalah untuk mendapatkan istifaadah (bahasa arab 102 yang bermaksud faedah) dari siri pembelajaran kita. Kita akan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita suatu hari kelak jika pun kita tidak berjaya di dalam SPM atau PMR.
Dalam perniagaan contohnya, anda akan menyesal jika tidak betul-betul cekap dalam pengiraan. Anda akan mudah ditipu dengan senang-senang dan akan salah buat perkiraan jika tidak perhatikan dengan betul. Ini bukan peperiksaan. Ini adalah kehidupan yang memberikan natijah (bahasa arab 102 yang bermaksud keputusan) yang hakiki. Contoh seperti apa yang aku lalui sekarang. Aku perlu mengira berapakah harga bilik bagi seorang pelanggan yang tinggal di Hotel Dar Firdaus termasuk makan. Apakah keuntungan yang aku boleh dapati dari penginapan pelanggan itu di hotel tersebut. Aku berurusan dengan Pak Abu (tokey cantumas travel) untuk urusan menguruskan pelanggannya. Pak Abu sudah mendapat jawapan berapa keuntungan yang akan diperolehi hasil congakan ringkasnya dalam telefon sedangkan aku baru nak bukak blackberry cari calculator punya icon! Lihat. Betapa pentingnya ilmu matematik dan mencongak yang kita pernah belajar dahulu sewaktu kecil. Seingat aku, masa tahun 1992, tiap-tiap kali matapelajaran matematik, Cikgu Zarina Abdullah akan memanggil setiap orang demi seorang ke hadapan dan bacakan sifir 3, atau 5 atau ikut suka dialah nak suruh baca sifir berapa pun. Tiap-tiap kali subjek matematik waktu pagi, memang ketar lutut hafal sifir dan petang sebelumnya konpem takleh tengok power rangers atau gaban x atau suria perkasa hitam. Frust betol. Tapi, sekarang selepas 18 tahun, baru tahu betapa pentingnya perkara itu!
Macam panjang jugak membebel kali ini. Apa yang baik, simpanlah untuk pengajaran anda dan apa yang buruk, jadikan sempadan. Aku juga insan biasa yang bisa melakukan kesalahan dalam kehidupan dan janganlah terlalu memuja aku. Kita adalah sama. Apa yang membezakan kita adalah amalan kita. Terlajak tidor? Aku pun macam korang jugak.
Wassalam.






3 comments:
dalam bisnes
kira2 antara elemen terpntg selain rajin
;)
Pertama: Gambar... suka yang ke 5. Kabur di depan yang tidak secara langsung jadi frame... :)
Kedua: Kandungan blog menarik.... terutama mengenai proses pembelajaran. :) Itulah cikgu dah pesan dari dulu lagi..... tapi biasalah.... bila dialami sendiri baru tahu betapa pentingnya ilmu sebagai asas yang diajarkan di sekolah. Apa2 pun lebih baik sedar dari sekarang dari tak sedar-sedar langsung sehingga habis hayat....
Satu soalan: Bagaimana sdr mengenal pasti dari negara mana individu tersebut? :) Rupa luaran? Pakaian? etc?
TQ
salam..
tmpt lepak tengok bola tu mcm d lobi hotel firdaus palace jerr .. btul ke ya akhie?
Post a Comment