behind the scene. sb600+umbrella+nikkor 35mm+tamron 10-24mm+nikon d80.
Food Photography
mendung
cahaya nipis harapan
mendung di bangunan sultan abd samad
mendung di bangunan sultan abd samad 2
ni dari zaman siapa aku pun tak tahu. tapi ini adalah bangunan kerajaan.
bapak mithali. tapi tengok muka naseem macam dah boring. hahaha.. din, din.
Lama sudah tidak menggunakan gantinama diri 'aku'. Hari ni aku nak guna perkataan 'aku'. Agak mesra orang kata. Banyak perkara berlaku dalam kehidupan seharian aku. Aku bangun tidur, aku mandi, aku makan, aku jalan kaki, aku 'gohek' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud memandu) kereta, aku makan, aku tido, aku mandi dan sebagainya. Banyaklah tu.
Berbalik kepada beberapa perkara yang aku kira sangat 'annoying' ialah perkara kelmarin. Aku berniat nak tolong satu orang local staff tu untuk menyiapkan tugasan dia membahagikan bilik, tapi dijeritnya aku pulak dihadapan jemaah. Hampeh. err.. nanti sambung balik. nak pergi felda sat. nak makanggg!
oke, berbalik kepada cerita kelmarin.
dia, memang dia telah melemahkan semangat aku. Aku memang nak tolong dia untuk setelkan masalah jemaah, walaupun aku ada buat silap ter'duplicate' nombor bilik jemaah. Tapi sepatutnya itu tak jadi masalah, dia pun ada reference, kenapa tak rujuk sebelum maki aku. Betulkan jerlah sendiri. Ini tak. Maki bukan main depan jemaah. Buat macam aku pulak orang Patani yang kerja dengan orang Malaysia. Siap cakap, lainkali ko tak payah buat kerja aku. Aku tahu. Oke. Baik.
Aku yang telah lemah semangat, terus down utk beberapa seketika. Aku memang sakit hati. Balik, macam biasa, aku mengadu pada bos.. Bos, aku nak berhenti kerja terus. Malas dah aku nak kerja. Buat sakit hati jer. Tapi bos sangat cool. Sabarlah.. jawab bos tenang sambil kunyah makanan dari dalam telepon. Kena marah tu, biasalah. Aku pun kena marah. Macam tak biasa kena marah. Kena maki. Sabarlah takat 25hb nih. Buleh gaji, blah lah. Oke?
Aku pun, macam budak-budak.. oke lah bos. Aku pun akan buat tak tahulah.
Hari ni, aku tekad dalam hati, semua booking-booking yang selama ni aku hantar suap kat dia, aku tak akan hantar. Enko carilah sendiri dah pandai sangat! Dah berasa jadi orang malaysia sangat.
Dalam perjalanan ke pejabat, aku singgah macam biasa ke pejabat satu lagi, tak masjidilharam, felda. 2 tu lah tempat aku punch kad sebelum masuk pejabat utama. hehe.. dalam pada melepak di masjid, aku terfikir dan tiba-tiba datang ilham bahawa apa yang aku buat nanti memang akan menyeronokkan hati aku. Aku akan puas hati melihat dia terkapai-kapai segan nak minta dengan aku untuk booking jemaah yang akan sampai hari ini. Bos pasti akan marah pada dia bila dia tak mampu nak selesaikan bilik-bilik para jemaah. Aku akan tertawa kegembiraan. Rasa puas hati pasti membuak di dada. Akan tetapi..
Apa yang aku buat akan memberi impak pada jemaah. Pada perjalanan dan kelicinan ibadah mereka. Mereka akan tertunggu-tunggu nombor bilik yang lambat dibahagikan, memaki hamun dan mengkomplen pada kelemahan tabung haji travel dan sebagainya.
Lalu.. aku buat bodoh jerlah hari ni. Tengok pun buat tak tahu jerlah. Sabar dan sabar. Kerja yang selalu aku suap pada dia pun, hari ni aku tetap suap seperti biasa. Biarlah dia seronok tengok aku bodoh sorong jugak kerja pada dia. Biarlah. Asal jemaah boleh beribadah dengan selesa tanpa memikirkan masalah teknikal yang sedikit sebanyak akan mengganggu mereka.
Balik dari kerja, aku puas hati dengan tindakan yang aku dapat dari ilham itu tadi. Berbaloi untuk diri sendiri dan orang lain. oke.. Itulah cerita untuk hari ini. Aku tetap hero dalam belog sendiri. Terima kasih.
Follow @USERNAME

5 comments:
Salam Sdr Lotfi.....
Cantik bebenor gambo2 nih, mengalihi pro. Balik nanti bleh bukak studio n mengajar fotografilah.
First time jengah ni. Keep snapping.
kamu memang seorang budak yg baik wahai Lutfi. don't harbour ill feelings towards others. :-)
hee..i enjoyed that story..you took the high road, so well done. kalau nak settle ngan orang tu, lain masa ada lagi, tapi jangan sampai affecting orang lain lah. Even better, forgive and forget!
hero jangan tak hero...
kau mmg hero yg warak. so proud of you bro! teruskan blogging. suko den baco blog ekau ni :-)
Post a Comment