Saya menulis ketika sedang saya berada di Maktab Ahwal Madani. Ntah apa nak terjemah bahasa melayu pejabat ni saya pun tak tahu. Mungkin Pejabat Hal Ehwal Penduduk kot? yang penting, dalam pejabat ini terdapatnya bahagian pendaftaran kelahiran dan kematian.
Telah berlalu 4 bulan yang pertama dan saya masih lagi belum mendaftarkan kelahiran anak saya.
Benar, semuanya silap saya. Kan saya dah kata, saya ni jenis suka bertangguh.
Dek kerana kesibukan dan kelekaan, saya terlupa tentang anak kedua kami, Si Naseem.
Selepas kelahiran, apa yang perlu dibuat di Polyclinic Rahmah adalah menyerahkan salinan pasport ibu dan ayah bayi yang telah disahkan oleh pihak Universiti. Juga tak dilupakan sijil perkahwinan. Kemudian selepas seminggu, kami perlu mengambilnya kembali dan mendapatkan cop daripada Pusat Kesihatan yang berhampiran tempat tinggal. Step seterusnya adalah mendaftarkan kelahiran di Pejabat di atas ini.
Tepat semalam, selepas 4 BULAN, saya datang mendaftarkan anak saya di sini. Cik Naseem yang cantik jelita tapi kuat melalak.
Sedang saya mengisi borang kelahiran, saya mendapati satu soalan yang saya tinggalkan ruangnya kosong.
صفته في تبليغ
bermaksud sifat orang yang menyampaikan pengkhabaran. Puas saya pikir. Kena ke maksud terjemah itu? Apa yang saya nak isi? Saya cukup sifat? saya lelaki? saya ada 2 telinga? saya kuat tidor? saya hensom? takkanlah saya nak tulis perkara-perkara itu? macam tak berapa kena. Sat lagi, bantai gelak pegawai arab tu, tak malu saya?
Lantas saya tinggalkan kosong dan saya hantar borang tersebut. Lepas itu, saya buat-buat terlupa nak isi dan minta tolong dia isikan. Oh.. iya bermaksud apa relation saya dengan anak rupa-rupanya. Bodoh betul saya dalam pemahaman bahasa arab. Nasib baik tak isi yang bukan-bukan. Saya ingat, mahu dekat 2 minggu arab tu bukak cerita dengan kawan-kawan.
Setelah mengisi borang-borang terbabit, dia minta saya kembali pada keesokan harinya dan membayar denda kerana kelambatan sebanyak sr50. Alhamdulillah, lega rasanya hati. Ingatkan kena denda seribu. Tapi yang menjadi masalah adalah dia minta saya datangkan 2 orang warga Saudi sebagai saksi!
Pulang ke rumah, saya berfikir bagaimanalah saya nak dapatkan saudi dengan percuma!
Akhirnya ilham datang. Saya mencuba telefon Ibrahim Barakat asShareef dan minta dia mendapatkan seorang lagi teman saudi buat saya yang dalam kesusahan ini. Tanpa banyak bicara, dia sanggup untuk datang pada keesokan harinya (hari ini) dan akan membawa Soleh Bouti, juga teman sekelas kami untuk datang.
Alhamdulillah, ucap saya sendirian tanpa sedar dengan berita gembira itu.
Hari ini, ketika sebelum saya menulis entri di atas, beliau dan rakannya telah datang ke mari. Kedatangan beliau rupanya mengundang banyak kenalan baru buat saya. Di pintu masuk pun, beliau telah disalami dan ditegur oleh beberapa pegawai atasan. Rupa-rupanya beliau amat dikenali oleh beberapa kakitangan pejabat ini dek kerana beliau seorang pegawai MasjidilHaram. Kita pun tumpang salam sama lah dengan orang yang sebelum ini pandang tak pandang jer pada kita.
Terus kerja saya hari ini menjadi sangat senang dan lancar dengan izinNya. Beliau iaitu Ibrahim Barakat AsShareef merupakan salah seorang keluarga yang dikatakan berketurunan Rasulullah S.AW dan juga rakan kami Soleh Bouti telah menandatangi borang dan perjanjian untuk menjadi saksi kepada kelahiran Naseem ini dan bertanggungjawab atas apa sahaja yang terjadi jika ada masalah yang timbul kelak. Subhanallah. Betapa cantiknya Allah menyusun perjalanan ini. Kelahiran pramatang Naseem rupanya mengundang rahmah buat saya dengan mendapat ramai kenalan baru di Pejabat Pendaftaran ini.
Setelah selesai pendaftaran, Naseem akan mendapat sijil kelahiran sementara untuk saya uruskan pendaftaran passport dan kemudiannya memindahkan Naseem kepada kad permit PELAJAR saya.
Oh ya, sebelum terlupa, saya ingin menjelaskan bahawa saksi saudi diperlukan hanya jika bayi telah dilahirkan di Poliklinik dan bukannya hospital kerajaan mahupun swasta. Sebagai bukti pengesahan sahaja mungkin.
Keadaan ketika saya hampir selesai menulis ini masih lagi seperti semalam dan 3 tahun lepas ketika saya datang untuk pendaftaran Waseem. Dengan suasana kelam-kabut. Pegawai yang kesemuanya lelaki membuat kerja sambil jerit-jerit. Sudahlah hampir separuh abad umurnya, gigi kuning, celahan kuning ada hitam, ada yang sedang minum teh dan sembang dengan kawan tanpa menghiraukan kami yang beratur panjang. Panggil nama ikut sedap tune mulut. Kalo dengar, dengarlah. Komputer? Apa tuh? Pemain Liverpool ker?Semua pakai tulis tanganlah.. Kerusi tempat duduk pelanggan pun kena berebut. Apatah lagi nak guna sistem nombor? macam-macam hal ada.
saya membelek-belek resit bayaran denda saya tadi yang berjumlah sr50. Tiba-tiba ada seorang encik Pakistan di sebelah saya bertanyakan :
"resit apa tu?"
"resit denda sebab terlambat daftar anak. Memang lambat sungguh. 4 bulan baru aku daftar. Terlupa. Apa nak buat." Jawab saya macam dah kenal lama dengan dia.
Dia sengih-sengih dan keluarkan resit dia dari dalam kertas berjumlah sr200 dan hulurkan pada saya.
"ini bil api ker?" saya tak tanyalah macam tu. Bersuara dalam hati jer.
"Kenapa nih?" soal sebenar saya.
"Lepas 5 tahun baru aku datang nak daftarkan anak..." sengih dia dan sengih saya sama naik dan agak sengit.
Benarlah pepatah yang pernah saya baca di dalam komik Dewata Raya suatu ketika dahulu berbunyi :
"Di atas awan, ada lagi awan." wakakakakakaka
borang pendaftaran buat anak yang baru lahir. Berbelit jugak otak nak ingat Bahasa Melayu.
keadaan di sekitar MasjidilHaram.
Selipar yang kuat melalak. Sapa nak beli?
Berikut adalah keputusan peperiksaan saya yang baru-baru ini buat tatapan emaklah...
Lughah Arabiah : ??
Fiqh : 70
Sirah Nabawi : 75
Usul Fiqh : 76
Tafseer : 80
Ulum Quran : 85
Ulum Hadis : 88
Hadis : 88
Fiqh Perbandingan : 90
Aqidah : 90
AlQuran : 95
Subjek yang paling saya takuti belum lagi keluar keputusannya. Kenapa saya letakkan lughah arabiah yang pertama? kerana saya pasti, itulah tempatnya jika mengikut susunan.. adoilah... Abang Ibrahim kita pon kena bawak subjek tu ke sem depan, apatah lagi saya..





23 comments:
Salam Ustaz Lutfi,
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pendaftaran kelahiran si cantik manja....
Mabrouk..
keputusan exam tu..fullamak! nanges..! Subhanallah!
Cik Naseem memang cantik menawan..dah nampak macam rupa mama dia pulak sekarang..melalak tu biasalah..cara dia nak menyatakan kehadirannya di sisi keluarga..kalau senyap jer lagi risau..
si kuat melalak ni kerut mata macam mama dia lah... hehe
assalamualaikum Lotfi
kesian si Naseem letak diatas selipar
taniah dgn keputusan peperiksaan tu
Wassalam
comel baby tu
Nak minta tawassul dengan Ibrahim Barakat asShareef, semoga cepat dapat tunaikan haji!
Hehee...atas awan ada lagi awangan!
terawang-awang dengan result paling atas tu Ustaz!Insyaallah.
ahh terlalu comel selipar yang kuat melalak itu. dan terlalu comel untuk disarung kaki. 2 singgit? heh~
pasti natijah lughah arabiyah itu berada paling bawah dalam list ;)
salam Lutfi...
mama rindu kat lutfi!! dah hampir 2 minggu tak baca blog nih...
terer mu lutpi ....
exam skor gred A belake ...
nk tanye mu kalu ambik gambo WB mu pakai mende ?
preset ke?
auto ke?
ke mu main edjas kelvin setting?
ibu sayang,
salam. alhamdulillah. terima kasih di atas doanya. insya allah dipermudahkan. amin.
kak pinat,
ooh. keputusan saya tak berapa bagus tu. tapi saya amat berpuas hati kerana saya memang betul2 tak study cuma saya ingat apa yang dipelajari sahaja kerana semua yang belajar adalah perkara praktikal harian. alhamdulillah atas kesemuanya.
betul jugak tuh. sampai kul 3 pun melalak. ooo.. letih betul ada anak pompuan neh. hahahaha
kog,
dah nama anak emak. hahaha
rozali,
wsalam wbt..
sebab tengok baju dia dengan selipar sama warna. tu yang terus letak tuh.
terima kasih banyak2.
shiwawa,
terima kasih. nasib baik tak tengok bapak dia lagi.. hahaha
ustaz al azmie,
hehe. terus nak mintak tawasul? hehehe.. nanti contact dia sendiri. hehehe
betul. terawang-awangan dengan result yang bakal keluar tu. macam dah konpem tak lulus.. jawab merapu ikut sedap gigi jer. mana nak lulus.. kecuali keajaiban yang amat sangat dikehendaki Allah berlaku..
shazwani,
2 singgit? tak aih. 50 sen dapat 3. hahaha. orang terengganu sebut 'samah'.
natijah yang paling ditakuti tulah, yang kuar lambat sekali.. ya allah.
mama,
hahaah.. mama sibuk round2 dunia.. tu yang lupa kat kita. hahha. tapi seronok betul tengok gambar2.. cantik2 tempatnya! pasti akan pegi jua satu hari nanti..
kudaku lari gagah berani,
nganying kat aku mung owk. wakakaka..
mekasih borh.
aku kalo shoot gambor, biasa wb aku akan setting guna kelvin. jenis aku, aku shoot dulu gambor pertama. aku tengok apa yg kurang. kalo kurang kuning, baham tinggi sket ah temp dia. dalam 5200 ke. kalo kuning berdooh, aku kurang sikit ke 4300 atau gitu ah maing nnimbang. nama white balance. hehehe.. auto aku dop waper suke sebab kadang2 dop sapa maksud warna hok kiter nopkang tuh.
rindu naseem....:)
bb klu nangis besanya sht & ssh diserang sakit. kata ummi sayalah... sbb sy ms kecik pon kuat melalak dgn biji mata t'beliak haha... tp mmg x p'nah dpt sakit.
salam..nak tumpang tanya..boleh tak saudara 1 entry ttg harga barang di sana? eg: jubah, kurma, Quran..jzkk
Aslm, thn ni sya dpt pi hj, moga2 ilmu cukup, risau juga, isyaallah kalau teringat nnt nak hubungi ustaz kot2 ada masalah.. Salam perkenalan
gambar si cantek naseem sungguh menggamit hati..sungguh shumel.
Post a Comment