pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, July 1, 2010

MLM, Merdeka & Hendel Stereng (aku sambung neh) 3

Kali ni betul2 tak tipu punya. hahaaha.. sebab esok hari jumaat. Hahaha. (tak ada kena mengena)

Previously on Jazbah :

Pak Abu renung saya dalam-dalam... Matanya bercahaya seolah-olah ingin memulakan satu bicara yang panjang.... Lalu...


Dia melepaskan nafas kecilnya secara perlahan-lahan. Kedengaran dengusan nafas yang berada di antara seolah-olah lancar dan tersekat. Matanya disorotkan mengecil memandang wajah saya. Saya hampir tidak tenteram menelan roti planta di Felda Dsaji.

"Engkau faham tak konsep MLM ni macam mana?" Tanya Pak Abu serius.

"Itu sistem Multi level marketinglah setahu saya pakcik. Makin banyak kita cari ahli, makin banyak kita dapat untung." Macam orang bijak-bijak saya bagi jawapan. Terkedu jugak saya ingat Pak Abu nih. Dia ingat kita tak tahu apa itu MLM. Saya ada 2 keahlian CNI dan HPA. Itu dia tak tahu. Bangga saya jawab.

"Oke. Ini apa yang aku nak cerita kat engkau pasal MLM akhirat." Jelas Pak Abu tanpa dipinta.

"Kita, setiap kali masuk Haram (MasjidilHaram) mesti kita minum air zamzam kan?" Tanya Pak Abu pada saya lagi. Banyak betul soalan dia.

"Betul pakcik." Apa lagi nak jawab.

"Gelas tu, engkau jangan buang. Engkau buat macam pakcik. Engkau pergi tawaf, bawak gelas tu, setiap kali nampak tisu, nampak biji kurma, engkau kutip letak dalam gelas. Susah tak?"

"tak susah, tapi MALAS" Hehehehe.

"Engkau memang." Balas pak Abu sambil ketawa nipis. 

"Itu biji kurma kecil, tapi kalo kena pijak sakit. Wheelchair pun tayar rosak kalau silap gaya. Apa salah kita kutip, kita letak dalam gelas yang kita bawak, nak keluar dari masjid, ko campak dalam tong sampah. Senang kerja. Itu Insya allah, kerja bersihkan masjid Allah akan bagi ganjaran. Engkau cerita ini pada jemaah. Kerja pun senang diorang buat. Datang anak beranak, semua anak beranak buat. Pahala pun dapat, engkau pun untung bila diorang buat apa yang engkau ajar. Itu konsep MLM akhirat.Pahala berkembang dan tak rugi. Kerja pun bukan susah. Tak kacau orang. Orang ni pelbagai. Bukan semua jenis suka dengar ceramah panjang-panjang. Kita bagi yang ringkas, cukup."

Bagi saya, apa yang Pak Abu sampaikan adalah apa yang dia lalui. Apa yang dia dapati dari pengalamannya sendiri. Benar. Ada kebenaran apa yang disampaikan. Membersihkan rumah Allah. Lagi-lagi di dalamnya terdapat Baitullah asShareef. Apa tak mulia lagi kerja tuh? Benar, ada tukang bersih.Tapi manusia yang datang juga beribu. Malahan berjuta. Sedikit usaha yang kita lakukan Allah Maha Melihat. Maha Mengetahui. Benda kecil tapi manfaatnya besar. Err.. Pikir saya lagi, sebab itu mungkin Saudi ini kotor dan pengotor? Nak bagi kita peluang pekerjaan? hahaha. Apa-apalah yang related boleh dipikirkan. Kita pikirkan bersama. 

Merdeka? Itu kita sambung next entri. Baru saspen. Sementara tu bolehlah buat cupcakes ker, buat chocolate ker, buat nasi mandi ker, sambil-sambil saya reka cerita baru pulak untuk next entri. 

p/s :
saya boleh bezakan orang arab dari pengamatan mata saya sahaja. Kadang-kadang tak boleh jugak orang Jordan dan Syria. Arab Saudi dan Emirates sebab kadang-kadang pakaian lebih kurang sama. Tapi dari segi lahjah percakapan, kita boleh tahu. Cantik-cantik arab pun, melayu lagi comey (sebab pembaca belog ini orang melayu. wakakaka)

kak turkey dan makcik (kakak kepada ayah dia).

pakcik dari tunisia dibayangi oleh lens flare yang cantik.
semua orang tengok aku. sebab aku orang melayu.

besorlah bangunang2 nim. waser duk newyork pom ada.

6 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Akhirnya... lengkaplah satu episod :)

Yeah, once one opens his or her mouth to speak..... dapatlah kenal kampungnya ;) dan secara tak langsung menyebabkan orang mengetahui latarbelakangnya...

Itu yang boleh dijadikan modal dalam movie "My Fair Lady" ...

kucingorengemok said...

semua orang tgk awak sebab awak hemsem kot...?

DARUL NAIM TRAVEL AND TOUR'S SDN.BHD said...

salam....

betul tu cakap pak abu..

indahhouse said...

Salam ziarah Lotfi,
Betul kata pak abu. amalan baik tetap dikira walau sebesar zarah.
Akak tak sabar nak baca 2 perkara lagi . Nice sharing :)

Linglung said...

gua suke sama MLM akhirat :))

azmietaha said...

Pesan Pak Abu dah terpahat dalam hati.

Memang pandangan mata manusia kecil bagai debu tapi tidak bagi Allah yang Maha Pemurah. Dia tak pernah perlekehkan amalan hamba-Nya.


-Rasa malas juga nak buang duri di jalan tapi bila dah baca peringatan Pak Abu, semangat dah lain macam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...